THE MASK
.EPIGRAPH.
"A Joker different from everyone else. He's not a club, diamond, heart, or spade. He's not an eight or a nine, a king or a jack. He is an outsider. He is placed in the same pack as the other cards, but he doesn't belong there. Therefore, he can be removed without anybody missing him. " -Solitaire Mystery.
Once upon a time,
a joker is just a hideous beast
but marvel is boring
fairytale is suck
So I shape it
I twist it
twice upon a time
I let the
beast
beats
the fairytale again.
“Done doctor?”
“Done, she’s okay”
“We need to tell this to the neurosurgeon department. But I think, we need to take her to Malaysia.”
“No, she’ll be alright, just follow all the prescription that I gave, she gonna be alright.”
**--**
5 tahun kemudian.
“Weii!!” suara Adam dari belakang. Lelaki itu keluar dari mini van Volkswagen yang comel itu. Dia merenggangkan badannya. Bibirnya mengukir sengih nakal. “Kita dah sampai la wei!” dia mula kecoh menggerakkan budak-budak lain yang masih tidur dalam van.
Aku menggeleng perlahan. Kecoh betul budak ini. Kamera DSLR aku gantungkan pada leher. Buat seketika, aku juga merenggangkan badan aku yang terasa lenguh sangat. Tudung yang sudah senget aku betulkan. Aku tidak tahu kenapa aku terlibat dengan aktiviti ini. Ini semua kerana si Michael yang paksa aku untuk temankan dia. Aku hanya penulis novel ‘thriller’ yang langsung bagi aku tidak seram tetapi lebih kepada aku, yang seram sebenarnya. Michael hanyalah pengarah Filem yang masih mudah dan tua beberapa tahun daripada aku.
Pelik tetapi benar.
Novel aku dipilih untuk diadaptasi menjadi filem dan pengarahnya yang muka sahaja handsome tetapi sebenarnya ‘sengal’ meminta aku untuk ‘join’ dia dan krew filemnya pilih tempat untuk penggembaraan. Nasib baiklah aku tengah cuti baru habis buat Thesis. Macam orang gila aku dibuatnya apabila segalanya aku perlu buat sendiri dan mencari bahan sebelum refer apa-apa petunjuk kepada Profesor Walton. Dan untuk dua bulan hadapan, aku perlu pulang semula ke Canttenburry untuk berjumpa dengan kembar Dumbledore itu.
“Kita nak tidur khemah ke malam ini?” aku pandang Mikha atau dipanggil Michael. Dia sibuk memerhatikan kawasan sekelilingnya. Dahinya berkerut memandang pokok-pokok dalam hutan ini. Mungkin sudah mula dapat ilham. Apabila tersedar dia diperhatikan aku, dia memandang aku sambil mengangguk, “Kau ada nampak mana-mana hotel ke dalam hutan ini?”
Aku julingkan mata ke atas. “Right” dan beg sandang aku bawa. Hannan, seorang lagi krew mereka yang aku agak kamceng sebab dia perempuan. Dia menarik tangan aku, “Jom lah Bella. Kau ini macam takut-takut aje tengok hutan ini. Kitakan ada Ranger sekali dekat sini” Hanan tunjuk pada seorang lelaki berbaju coklat dan ber ‘cap’ kemas di kepala. Lelaki itu berikan aku senyuman sambil menunduk hormat.
“Assalamualaikum, saya Ahmad” dia senyum segaris. “Awak ke penulis novel Thriller itu?”
Aku telan air liur. Wajahnya bercahaya seperti baru jumpa dengan seorang artis. Aku artis? O..key, itu statement tentang diri sendiri yang sangat syok sendiri. Perlahan-lahan aku mengangguk, “Ya, saya. Tetapi awak jangan beritahu pada sesiapa tau. I mean, I really love to be anonymous”
“But you’re not anymore” Suara Michael di sebelah aku. “Not after you accept the deal”
Aku ketawa kecil. “Fine, atleast, kau pun kenalah tutup rahsia.” Bibir aku menutur sambil bola mata aku laju berjalan ke arah setiap krew Mikha/ Michael yang bergerak membawa semua barang-barang keperluan mereka. Sebenarnya, kami datang ke sini bukan untuk buat penggambaraan tetapi lebih kepada untuk ‘survey’ tempat yang menarik dan boleh dibuat cerita seram sama macam dalam novel aku. Sebenarnya mereka kata, hutan ini dahulu merupakan hutan simpan yang selalu dilawat oleh para pelancong. Tetapi semenjak lima tahun lepas, pelbagai kejadian yang aneh berlaku di tempat ini. Beberapa orang pelancong mula hilang sewaktu lawatan di jalankan.
“Ini Ustaz Zakri” Michael memperkenalkan seorang lelaki yang dari tadi turut ikut sama dengan kami. Cumanya, lelaki ini bukan satu van dengan kami. Beberapa ahli krew yang lain; Hanan, Syida, Fido,Adam dan Jack sudah bersiap sedia dengan barang-barangnya. Mikha bersuara lagi, “So complete kan semua? Camera semua dah bawak ke?”
“Dah!”
“Semua ready?” Ranger tadi; Ahmad bersuara.
“Aye aye captain”
“Ready!”
“On the go, sire!”
“Okay, Ustaz boleh mula bacakan doakan bagi yang muslim” Michael bersuara. Aku dan beberapa yang lain menadah tangan apabila Ustaz Zakri mula membaca doa. Michael dan Jack hanya menunduk diam. Sambil itu, mata aku merenung ke dalam hutan hujan tropika yang agak tebal itu. Entah kenapa, hati aku tiba-tiba rasa tidak sedap. Mata aku tajam merenung setiap bergerakan dedaun yang menyorok disebalik semak dan pokok kanopi yang berimbun cantik bagai melangitkan dada awan dan cahaya matahari yang malu-malu mahu menembusinya. Mata aku jatuh pada bahagian semak itu tadi. Jantung aku tiba-tiba bagai disentap.
Dan sumpah, aku nampak sepasang mata merah merenung aku tajam sebelum..
Hilang.
**--**
“Kau ni sudah kenapa, diam aje?” Hanan menegur aku dari tepi. Mata dia jatuh pada luka di kepala aku. “Kenapa ada garis dekat tepi dahi kau itu?” Dia tutup zip khemah kami dan dia labuhkan punggung di sebelah aku. Bibirnya mengukir senyum dan keningnya terangkat bagai menunggu jawapan aku. Aku hanya menggeleng dan mengeluh.
Tudung aku buka dan rambut yang terikat kemas aku buka ikatannya. Garis kesan luka beberapa tahun lepas aku sentuh. “Dulu aku pernah accident.” Sikat di tangan mula bermain-main dengan rambut yang menghitam lebat. “Aku rasa macam tidak sedap hati” aku berbisik perlahan. Mengharapkan hanya Hanan sahaja yang mendengar. Hanan, walaupun aku baru kenal dia dan krew ini, segala-galanya seperti mudah bagi aku kerana mereka mudah dibuat kawan dan aku pula jenis tidak kisah. Aku menyandar pada beg sandang aku, “Petang tadi aku nampak something”
“Something?” Warna di mukanya mula menghilang. Dia merapat ke arah aku. “What something?”
“Entah” aku mengeluh. Tiba-tiba terasa yang aku tidak patut memberitahu Hanan tentang apa yang berlaku petang tadi. Mungkin segala-galanya hanya bayangan imaginasi aku. Heh, alasan ‘bayangan imaginasi’ inilah yang selalu digunakan untuk orang yang tidak mahu orang lain atau dirinya sendiri menganggap diri dia hanya berilusi. Jadi, mungkin bagi aku, aku hanya berilusi, “Nothing, mainan fikiran kot.”
“Okay.. kau ni kan, menakutkan aku lah. Tahulah tulis novel Thriller. Agak-agaklah kalau kau nak meng’thriller’ kan aku. Tak lawak okey” dia menjulingkan mata ke atas. “Hah, kau dah tahu ke esok kita mahu ke mana?”
“Tak tahu apa-apa tentang program itu” aku menjawab ringkas.
“Esok kita akan pergi ke bahagian selatan hutan ini. Orang kata.. bukan orang kata, Ranger itu yang kata orang kata..”
“Banyaknya nasab keturunan kata-kata kau ni” aku menggeleng perlahan. “Kau teruskan ajelah, aku faham aje. Tak masuk exam pun nasab keturunan dari mana ‘kata-kata’ itu”
Hanan buat muka suspen. Dia duduk rapat dengan aku- gaya klise bila kawan kau cerita-cerita hantu dan semua akan duduk rapat-rapat dengan harapan kononya hantu itu susah nak kacau kalau kau rapat-rapat macam ini. Dia berbisik perlahan, “Dekat situ ada satu rumah. Besar gila. Macam istana zaman Portugis dulu-dulu. Lepas itukan, paling pelik, rumah itu ada banyak gila pokok bunga ros tapi semua dah mati. Orang kata.. eh bukan, Ranger itu kata, orang kampung dekat-dekat sini kata.. yang orang yang pernah lalu depan rumah itu kata yang orang..”
“HANAN” aku pandang dia tajam. “Aku dah cakap aku tak nak dengar nasab keturunan kata-kata’ ini. Tolonglah.”
Hanan buat lambing ‘peace no war’. Dia menyengih sampai boleh kalahkan Fazura yang buat iklan colgate itu. Ini kalau Fatah Amin tengok, mesti dia terpikat dengan Hanan sebab gigi dia pun lebih kurang ‘jelita’ juga macam Fazura itu. Hanan sambung, “Mereka nampak ada seorang lelaki ini, rambut dia hijau. Muka dia pucat tetapi berconteng macam badut. Bibir dia macam berconteng dengan Lipstik merah menyala dan mata dia.. err.. hodoh”
“Macam Joker aje”
“Itulah pasal, aku baru nak bagi tahu kau” dia menggeleng perlahan. “Siapalah lelaki itu agaknya ya? Takkan Joker dekat Amerika itu dah lari Malaysia selepas kena kejar dengan Batman kut? Takkan dia ikut Obama naik flight untuk jumpa PM hari itu?” Hanan mula merepek. “Takkanlah..”
“Ya subhannallah, kau ni Nann..” aku tepuk dahi aku. “Entah betul ke tidak pasal rumah itu. Tiba-tiba kau nak salahkan Obama pula.”
“Aku cuma buat hipotesis berdasarkan IQ aku yang sangat hebat” dia ketawa besar. “Dan aku tertanya lah kan, kalau dia sejenis ‘Joker’. Siapa pula, Harley Quinn dia?” dan ketawanya mati. Persoalannya seperti betul-betul tahap serius sangat dah. “Kau pernah dengar tak pasal sejak lima tahun dahulu, hutan ini mula jadi ‘seram’ sebab ramai orang hilang?”
“Haah” aku terangguk. Kali ini, seperti aku lebih berminat dengan ceritanya. Aku mula pandang dia serius dan menunggu dia membuiat hipotesis nya yang mengarut. Mungkin kadang-kadang, yang mengarut itulah yang paling berguna. Aku mula teringat sesuatu! Wajah Hanan aku pandang, “Tadi kan, aku adalah juga bersembang dengan Ranger itu. Dia kata, kebanyakan yang hilang itu, semuanya perempuan”
“Seramshit” Hanan menyumpah perlahan. “Dahlah kita perempuan. Yang si Syida itu pula, suka hati dia aje kata nak jalan-jalan dekat depan sana itu seorang-seorang.” Hanan dah mula risaukan si Syida. Dia pandang aku tajam, “Weh, aku rasakan..”
“Kau memang sentiasa suka rasa-rasa ini. Kalau nak cukup rasa lagi, kau tambahlah pati ayam nor cukup rasa itu. Insya Allah, cukuplah rasa kau itu” aku cuba buat lawak bodoh sebelum rambut aku ditarik Hanan.
“Cait! Aku serius laa..” dan kali ini muka Hanan betul-betul serius. “Ini berdasarkan Investigation aku, pertama, yang hilang itu semua perempuan dan.. muka lelaki itu macam Joker. Sebenarnya, aku dengar, orang kampung yang pernah nampak dia, memang panggil dia ‘Badut’. Semalam aku try la suruh Syidah cari dekat Google pasal si ‘Badut’ dalam Hutan ini, dah ramai dah cuba cari ‘dia’. The Seeker, Paranormal dan macam-macam group lagi sampailah ke orang luar negara pun cuba cari dia. Dia ini misteri betul.”
“Dia betul-betul wujud lah ini?!” Aku hampir menjerit sebelum Hanan menutup mulut aku.
“Aku tak tahulah weh” Hanan mula resah. “Orang luar panggil dia, ‘The Mask’ dan ada yang gelar dia sebagai ‘Joker’. Dia ini licik sangat. Aku baca lagi, Rumah dia itu, tidak ada siapa yang boleh masuk. Kalau ada yang nak masuk pun, mesti tak jadi. Polis pun macam senyap aje”
Bulu roma aku menegak. “Eee.. seramnya” aku pula yang mula merapat pada Hanan. Tidak sangka pula, apabila penulis novel ‘thriller’ masuk kedalam ‘Thriller’ betul-betul, aku boleh jadi “thrill” macam ini. Oh Allah, rasa macam mahu pulang semula ke Cattenburry! Aku pandang Hanan. Dia pun sudah mula pucat semacam. “Hanan, kau rasa..” sekarang aku mula percaya dengan ‘rasa’ dari Hanan. Aku sambung, “..kenapa dia tangkap perempuan sahaja?”
“Sebab dia Joker. The Mask” Hanan bersuara perlahan. “Aku rasa..”
Kami berpandangan dan kali ini, aku yang tolong sambungkan ‘rasa’ Hanan tadi.
“Dia cari Harley Quinn”
--**--
Welcome to my marvel
Of fairytale
And all its lies
again.
--**--
“Kejut kita pukul tiga pagi ini dah kenapa..” Si Syidah mengeluh berat sambil sibuk mengikat rambutnya yang pandang. Dia menguap besar sehingga mengeluarkan bunyi yang amat ‘merdu’. Hanan pula, sibu menenyeh matanya dan aku sibuk membetulkan tudung bawal lepas aku yang main aci redah aje sarung ke kepala.
Michael pula langsung tidak beriak. Langsung tidak menunjukkan bahawa dia sangat mengantuk. Mungkin dia berjaga sejak dari semalam lagi. Wajah Ranger; Ahmad juga begitu. Dia hanya tenang sambil bersembang-sembang dengan ustaz Zakri. Jack dan Fido pula sibuk membawa kamera mereka dan beg sandang yang penuh dengan alatan yang aku tidak tahu namanya. Sesekali dia bercakap-cakap dengan Michael. Adam pula, masih terpiat-piat dan seperti orang baru bangun daripada tidur.
Aku, Syida dan Hanan sahaja perempuan di sini.
“Hmm, boleh saya tanya? Kita semua ini sebenarnya mahu kemana dan kenapa kami semua dikejutkan pagi buta macam ini?” aku mula bersuara dengan harapan dapat menarik perhatian mereka yang lain. Michael hanya senyum segaris dan tenang. Mata dia berpaling pula pada arah Jack yang memandangnya juga. Seperti menukar pandangan dengan bahasa telepati mereka sendiri. Akhirnya, Ustaz Zakri yang bersuara.
“Kita akan masuk ke dalam hutan dengan lebih dalam lagi. Ini bukan rancangan saya tetapi rancangan Michael.” Dia mengeluh perlahan. “Saya rasa tidak sedap hati dengan rancangan ini. Saya ingatkan kita akan mulakan besok sahaja”
“Kalau mulakan esok dan pada siang hari, where’s the fun in that?” suara Mikha dan Jack terangguk setuju.
“Wait” Adam pula kali ini bersuara. “Kau orang ini nak cari tempat penggambaran dan bukan nak cari hantu kan?” warna wajahnya memucat.
“It’s the feeling of being haunted that we want. Barulah cerita itu nanti ada ‘feel’” Jack bersuara. Syida merengus mendengar jawapan dia dan Hanan pula sibuk berzikir. Takut apa-apa jadi agaknya.
Kadang-ladang, aku terfikir, mengapa manusia capkali hendak mencari entity yang tidak mendatangkan faedah sedangkan dia sendiri tidak pernah berusaha mencari tuhan? Pelikkan? Berusaha mencari hantu tetapi tidak berusaha mencari tuhan? Ke mereka ini semua sejenis yang bertuhankan hantu?
Oh dearself, your heart has been talking too loud and louder than your mouth do.
Aku sorokkan senyuman. “Okey, I’m in.” aku bergerak ke hadapan. Hal ini bukan bermakna aku ingin mencari ‘entiti’ yang mereka suka cari itu, tetapi aku lebih percaya, tiada apa-apa yang akan berlaku kerana Allah sentiasa ada. “Kita bukan nak mencari ‘benda’ lain kan?”
“Yep” Michael mengangguk. “Kita hanya nak mencari ‘aura’ tempat yang sesuai dengan novel kau. Bukan mahu cari benda bukan-bukan.”
“Aura dengan ‘benda’ itu lain ke?” Kali ini Syidah pula yang bersuara setelah berdiam lama. “Ada beza ke? Bukan kalau ‘benda’ itu tidak keluar, tak adalah auranya. Tak ke?”
Dan kali ini, Syidah seperti menyentak mereka semua. Seperti kata-katanya tersangatlah betul. Aku mengukir senyum sinis. “You’re right, Syidah”
“Apa kata kita go on aje lah” Adam pula sudah masuk puak membela paln Mikha.
“Tapi bahayalah malam-malam macam ini..” Ustaz Zakri bersuara.
“Apa kata..” Hanan yang seperti biasa, seorang yang bijak membuat andaian dan keputusan walaupun mengarut, bersuara, “..kita tanya Ahmad”
Dan Ahmad terkebil-kebil memandang kami.
“Ahmad?” aku tekankan suara aku. “Awak rasa?”
Ahmad memandang aku sejenak dan beralih pada wajah-wajah yang lain dihadapannya. Dia seperti menelan liur yang pahit apabila kelihatan kerungkungnya bergerak perlahan. Wajahnya seperti keliru. Keluhan terlepas dari bibirnya dan mata dia merenung semula ke arah dalam hutan sana. Lama matanya melekat di situ dan dari raut wajahnya, aku dapat rasakan dia memikirkan sesuatu yang.. sukar ditafsir. Wajahnya bertukar sayu dan sekejap-sekejap bertukar menjadi senyuman yang cuba disorokkan. Aku bagaikan cuba membaca setiap bahasa wajahnya. Ahmad kembali memandang kami dan..
Mata dia tepat memandang aku.
Lama.
Satu perasaan seram mula menyelinap ke dalam hati aku. Dah kenapa dia ini? “Ahmad?” aku mula menegurnya dan dia seperti tersedar akan renungannya yang membunuh aku. Dia senyum segaris dan jawapannya menjadi langkah tuju plan kami seterusnya.
“Okey, kita gerak sekarang”
Rahang aku jatuh.
Mungkin, Hanan bukanlah tukang ahli nujum yang sebagus Pak Belalang.
--**--
Hanya Adam yang tinggal di belakang untuk menjaga tapak perkemahan kami. Syidah dan Hanan berjalan di hadapan aku. Michael dan Jack di hadapan kami semua manakala Ustaz Zakri di belakang mereka. Kiranya, akulah orang yang paling belakang sekali bersama-sama dengan Ahmad.
Semakin jauh kami berjalan, semakin semput nafas aku. Bau dedaun yang menghijau menyengat mucus hidung aku dan bunyi unggas berdangdut merdu dalam hutan semakin membuatkan sepi dan kuap menyelinap dalam jiwa aku. Sudah beberapa kali aku tahan kantuk yang menggila membunuh diri. Nasib baik Ahmad ada di belakang aku dan mencuit bahu aku untuk mengejutkan aku daripada mimpi berjalan.
“Lama lagi ke nak sampai ini?” Hanan mengeluh.
“Kita sebenarnya mahu pergi mana?” Syidah pula bersuara menggantikan Hanan.
Aku mengangguk setuju. Kita sebenarnya mahu pergi mana? Kadang-kadang aku rasa Syidah sentiasa memberikan persoalan yang sangat realistic dan kena dengan keadaan. Mendengarkan soalan dari Syidah, Michael hanya memandang Ahmad. Ahmad bersuara tenang, “Saya suggest awak semua pergi sahaja tinjau satu kawasan ini. Dia dekat dalam hutan sana. Ada rumah banglo besar macam istana dan di luar pagarnya ada banyak gila bunga ros yang sudah layu. Hanya meninggalkan durinya sahaja. Kawasan itu nampak seram sangat. Tidak ada siapa yang berani masuk ke rumah itu.”
Dan kali ini, aku dan Hanan berpandangan sesama sendiri. “Bukankah rumah itu misteri dan tidak boleh kita masuk?” aku menyoal Ahmad. “Lagipun, risiko dia tinggi kut. Saya pernah dengar, ramai gadis-gadis yang hilang dalam hutan ini”
“Tetapi, yang hilang itu bukan sebab rumah itu.” Ahmad menangkas kata-kata aku.
“Iyelah” aku dah keluarkan semangat ‘debat’ aku masa zaman sekolah dahulu. “Cuba fikir semula, mungkin semua gadis-gadis itu pergi ke rumah itu dan hilang. Tak ke make sense sebabnya, dalam hutan ini, itu aje rumah yang ada.”
“Polis pernah cek rumah itu, tak ada apa-apa pun.”Ahmad semakin membela ‘rumah usangnya’ itu.
“Mana ada polis pernah masuk rumah itu” aku teringat cerita Hanan semalam. Aku peluk tubuh dan memandang si Ahmad tajam. “Polis tutup kes pasal rumah itu”
“Awak percaya pada media?” Ahmad ketawa sinis. “Saya sudah lama jadi duduk dan bekerja di sekitar kawasan hutan ini”
Dan kali ini, berbalahan aku dan Ahmad menjadi tumpuan mereka semua.
“Dan” aku tekankan suara aku. Aku pandang dia tajam. “Berapa kali awak pernah masuk ke rumah itu? Awak pernah jumpa dengan si Badut atau digelar oleh orang luar ‘The Mask’? ‘Joker’?”
“Dia bukannya hantu pun!” suara Ahmad meninggi. “Apa masalahnya!”
“Jadi betullah dia wujud? Awak pernah jumpa dia?” Hanan pula yang berani bersuara. Muka Syidah dan yang lain sudah pucat kecuali si Michael yang masih berlagak ‘cool’. Ahmad terkebil-kebil memandang kami semua.
“Saya.. saya tak pernah” dia menunduk. Wajahnya bertukar resah.
“Stop it, girls” Michael mendekati kami. Dia memandang kami semua tajam. “Janganlah bergaduh pasal The Mask dalam hutan dia. Kau orang ini tak rasa takut ke?” dia kembali berjalan ke hadapan dan diikuti dengan kami semua. “Dah lah kau orang ini, cepat jalan! Lagi cepat kita jumpa rumah itu, lagi cepat kita boleh balik”
Kalau kita balik. Aku mencebik sendiri. Langkah kami mengikut gerak Michael dan Ahmad hanya memberi arahan mana jalannya. Aku, Hanan dan Syidah masing-masing mengeluh sendiri. Iyelah, kami sahaja yang perempuan di sini dan macam mana kalau si Joker pelik itu tangkap salah seorang daripada kami. Mengenangkan ayat si Michael tadi, Aku mula bersuara kembali- sekadar untuk memecahkan kesunyian sahaja,
“Bila masa pula hutan ini hutan dia?” aku, tanpa sedar, bersuara kuat dan tajam. “Tidak ada pun tulis nama dia di mana-mana.”
“Be careful, Nabella” Ahmad bersuara dari belakang. “He heard everything, who knows he’s here around us and he’s looking at you right now. Who knows”
Aku julingkan mata ke atas. “You had that sense of ghost-humor, Mr Ahmad.” Dan aku lajukan langkah aku mengejar mereka yang lain. Aku dengar, Ahmad dibelakang aku hanya ketawa sinis.
“He likes you very much, Cik Bella” Ahmad seperti sengaja menakut-nakutkan aku.
“Who?” Hanan menyampuk.
“The Mask” tawa Ahmad semakin kuat sehingga aku dapat rasakan seluruh bulu roma aku gugur.
Shit!
--**--
“Ke kanan.” Ahmad melaung dari belakang aku dan Michael di hadapan kami hanya mengikut. Aku langsung tidak berani bersuara. Semenjak terasa yang aku betul-betul seperti diperhatikan tetapi bukan diperhatikan oleh mereka semua yang di sini, tetapi aku dapat rasakan seolah-olah aku diperhatikan oleh seseorang yang ‘tidak ada di sini’.
Mungkin ini hanya sebuah perasaan.
Perasaan yang datang selepas kau tengok cerita hantu dan kau takut nak pergi tandas seorang diri. Mungkin perasaan seperti itu yang aku sedang hadapi. Mungkin ini semua hanya permainan Amygdaloid aku. The Mask bukan sesiapa tetapi hanya hantu yang bertubuhkan manusia. Jadi, apa barang untuk aku takut dengan makhluk sejenis ini? Aku kan ada Allah.
Aku mengucap perlahan. Tiba-tiba otak aku diserang rasa yang sangat menakutkan apabila kami semakin masuk ke dalam hati hutan. Bunyi Unggas menghilang dan yang ada hanyalah bunyi dedaun dan pepohon yang seakan-akan menyanyi merdu sesame mereka sendiri. Pokok-pokok kanopi mahupun semak disekeliling kami seolah-olah merenung kedatangan kami tajam dengan mata alam mereka.
Dan tiba-tiba tali kasut aku terasa seperti dipijak seseorang.
“Oh sorry” Ahmad bersuara. Dia mengundur. “Sorry.. I’m so sorry..”
Aku mengeluh berat. Masa waktu timing seram-seram inilah pula, si Ranger yang tidak ubah seperti banduan mental ini mahu pijak tali kasut aku. Aku hanya memandangnya dengan hujung mata sebelum aku dan dia menghentikan langkah kami. Aku bersuara perlahan tetapi tetap bernada beku, “Tak apa.” Aku menunduk dan mengikat semula tali kasut aku.
Selesai sahaja aku ikat tali kasut aku, aku bangun dari menunduk sedari tadi. Sakit pula verterbrae belakang aku. Aku renggangkan badan dan mata aku mencari kelibat krew yang lain sebelum..
Nafas tersekat di hujung trachea.
“Mmmana..” liur ditelan. Perit dan pahit. Bibir aku terasa semakin sejuk. Nafas aku semput lagi. Aku berpaling ke arah Ahmad yang berdiri tegak dibelakang aku. “..mana mereka semua?” aku masih dalam panik. Cuba mencari kelibat mereka semua yang sudah hilang.
Ke aku yang sebenarnya menghilang?!
“Dah tinggalkan kita” Ahmad memandang aku tajam. “Mereka semua sudah tinggalkan kita”
“WHAT?!” aku rasa lutut aku longgar. Aku menggeleng perlahan. “Tttak.. tak mungkin.” Dada aku berdegup kencang, Terasa seluruh neuron aku seperti tidak berfungsi lagi. Adrenalin aku semakin mendebarkan jantung aku. Aku pandang Ahmad, “Jom lah! Kita kena cari mereka secepat mungkin!” aku cuba gerakkan kami beberapa langkah sebelum terasa pinggang aku dirangkul dari belakang.
Masa seakan terhenti.
“Ahmad!!” aku pijak kami dia tetapi dia seakan-akan tidak rasa apa-apa. “Kau nak buat apa ni hah, gila!!” aku cuba siku dia tetapi sekali lagi, dia menangkap tangan aku setangkas mungkin. Aku menjerit kuat tetapi mulut aku ditekup. Aku dengar Ahmad sudah ketawa seperti pergelutan kami sangat lucu baginya. “KAU GILA KE?!!”
“DIAM!!!” dia menengkin kuat. Tiba-tiba aku dapat rasakan suaranya sangat lain. Pinggang aku dirangkul kuat dan aku dapat rasakan tangannya menyeluk ke dalam baju aku. Tangannya menyentuh bahagian abdomen aku yang diusap lembut sehingga membuatkan seluruh anggota tubuh aku terdiam kaku.
Dan terasa ada sesuatu yang tajam tetapi sejuk menyentuh perut aku.
Shit shit shit. Pisau. Terasa nafasnya menyentuh pipi aku. “Diam, sayang” dia berbisik lembut dan penuh romantic tetapi tetap membuatkan aku rasa bagaikan inilah pengakhiran nyawa aku! Perlahan-lahan aku berpaling dan melihat dia dari tepi. Hidung kami hampir bersentuhan dan aku cuba menjauhi dia tetapi pisau dibenam sedikit demi sedikit sehingga menghiris tajam kulit perut aku. Nafas aku semakin perlahan. Mata aku semakin kabur. Apa yang aku cuba lihat hanyalah wajahnya-matanya yang hijau. Buat seketika, aku tersedar sesuatu.
“You’re not Ahmad.” Suara aku semakin hilang bersama nafas. “You’re not Ahmad” dan aku mengulang banyak kali. Lutut aku terasa longgar. Ini bukan Ahmad. Mata Ahmad hitam pekat.
“Brilliant” dia senyum lebar tetapi tidak ternampak langsung otot pipinya yang sepatutnya mengikut sama dengan senyumannya. Dia merapatkan lagi rangkulan dan pisau semakin tajam menghiris abdomen aku. Aku menahan perit apabila terasa ada cecair suam dan merah membasahi baju aku. Darah..
“Pleasee..” suara aku separuh merayu. “..siapa kau? Aku tidak kenal kau! Tolong lepaskan aku!” air mata aku bergenang. Lelaki itu hanya ketawa dan semakin lama tawanya semakin menggila sehinggakan aku dapat rasa tawanya itu seperti bukan tawa biasanya.
“Kau kenal siapa aku” dia mendekatkan pucuk hidungnya pada pipi aku. Aku menahan rasa yang jijik bertandang apabila nafasnya menampar wajah aku. Perlahan-lahan aku lihat, dia menarik sesuatu daripada bawah dagunya. Seperti kulit yang ditarik dari dagingnya, tetapi semakin lama dia tarik, semakin jelas kelihatan yang dia hanya memakai topeng serupa dengan wajah Ahmad. Dan nafas aku semakin perlahan apabila wajahnya semakin jelas dan semakin jelas..
Sangat jelas.
Sangat.. hodoh.
Sepenuhnya jelas. “Hi lovely” bibir merah bergincu comot itu tersenyum sehingga menampakkan urat matanya yang hampir sepet. Rambutnya hijau seperti badut dan mukanya putih pucat seperti di kapurkan sepenuhnya. Mata dia yang hijau kelihatan lebih hijau apabila keseluruhan kawasan matanya di celak dengan warna hitam. Dia mendekat dan perlahan-lahan tangannya menarik tudung aku. “Guess who am I?” nafasnya berbau bunga ros.
The Masked.
“Please.. jangan buat apa-apa dekat aku” aku cuba menjauh. Cuba menarik semula tudung aku yang ditanggalkan. Air mata aku jatuh berderaian. Bibir aku bergetar. Aku tidak pernah alami situasi begini. “Aaku ttak ada apa-apa nak bagi dekat kau.. tolonglah” suara aku pecah. “Lepaskan aku.. ttolong.. llepaskan aku”
“Nope nope nope, little girl” dia berbisik di telinga aku. Rambut aku diselak dan aku menahan geli apabila leher aku diusap. Dia berbisik lagi, “You’re too tired and now, it’s time too sleep,baby”
Dan terasa bagaikan ada sesuatu yang mencucuk tajam ke dalam kulit leher aku. Nafas aku semakin perlahan. Bibir aku semakin beku dan sejuk. Seluruh tubuh aku terasa kaku dan mati dengan sendirinya. Kantuk seolah-olah menelan diri aku. Mata hijau yang merenung aku tajam itu aku pandang buat kali terakhir sebelum entah apa yang disebut bibir aku.
“Rayyan..” aku menutur perlahan tanpa sedar. Tidak tahu siapa Rayyan dan tidak tahu mengapa bibir ini menyebut nama itu. “..Rayyan” dan mata tertutup semakin perlahan bersama-sama air mata yang bergenang. Tidak mengerti mengapa nama itu yang hadir sedangkan aku tidak pernah kenal siapa lelaki yang aku sebut namanya ini dan.. aku tidak mengerti, mengapa aku harus menangis? Tubuh aku semakin lemah dan aku semakin membiarkan tubuh aku jatuh disambut seseorang. Terasa mimpi menenggelamkan aku. “Rayyan..” dan bibir menutur lagi sebelum terasa seseorang berbisik perlahan di telinga aku.
“Aku dekat sini, sayang..”
Dan aku tidak pasti, bisikan itu mimpi ataupun realiti.
--**--
SRRPP!!
Aku dapat rasakan telinga aku seperti mendengar bunyi seseorang menarik langsir tingkap. Bibir aku terasa semakin kering dan seluruh badan aku menggeletar. Sejuk. Aku dapat rasakan lagi seseorang menarik selimut dan ditarik sehingga ke dada aku. Nafas aku tersekat dan tekak aku terasa kering. Mata aku buka perlahan-lahan dan cahaya suram dari luar membuatkan pupil mata aku mengecil. Kelopak mata aku terkelip-kelip dengan tindak balas cahaya itu. Terasa sakit pula kornea mata aku.
“Awak sudah bangun” suara seorang perempuan menyapa aku. Aku berpaling kea rah suara itu dan apa yangaku nampak hanyalah seorang perempuan yang kulitnya putih pucat. Dia memakai baju ‘gown’ seperti gaya pakaian orang gaji. Pakaiannya semua putih dan rambutnya pendek menyentuh atas bahu. Dia sibuk membelakangi aku sambil mengemas pinggan dan cawan di atas meja sebelah katil aku. Bau ayam yang dipanggang dan kentang menyengat hingga ke mucus hidung aku. “Tuan, suruh awak makan kalau awak sudah bangun” dan kali ini dia berpaling ke arah aku.
“Allah!” aku hampir menjerit kecil apabila mata aku menyapa wajahnya. Aku mengesot ke belakang sehingga verterbrae aku menyentuh bahu katil. Selimut aku rapatkan hingga ke dada dan cadar katil aku cengkam kuat. Perasaan takut mula menyelubungi seluruh jiwa aku apabila melihat wajahnya. Bibir aku yang bergetar perlahan-lahan bersuara, “Sssiapa awak? Ssaya ddekat mana?!”
Bibirnya yang merah seperti gincu yang sangat comot hingga tercongteng hingga ke pipi mengukir senyum seram. Matanya yang berwarna biru- yang aku anggap mungkin contact lense, merenung aku tajam. Wajahnya putih pucat seperti diconteng kapur putih. Bulu matanya- bulu mata palsu yang sangat panjang dan berwarna hitam pekat melentik cantik. Separuh wajahnya sahaja yang aku nampak manakala, separuh lagi dititip dengan topeng yang seperti ‘badut’.
THE MASKED.
“Awak dekat syurga” dia senyum dan senyumannya pecah hingga menjadi satu belahan yang semakin melebar dengan tawa kecil yang meletus. “Awak dekat syurga, sayang! Hahahah!” dia semakin galak ketawa. Rambut merahnya yang sangat merah digulung-gulung gaya manja. “Selamat datang ke syurga! Hahahahah!”
Jantung aku berdegup kencang.
“Siapa kau orang semua?!” aku peluk lutut aku. Mata aku meliar ke kiri dan ke kanan. Rasa seram sejuk mula mencengkam segenap ruang hati aku. Riak wajah perempuan itu yang hanya senyum dan ketawa tanpa henti sambil menari kecil dalam keadaan dia menuangkan air dan menyediakan makanan aku membuatkan adrenaline aku semakin giat berfungsi. Terasa seluruh empat ruang jantung aku mahu meloncat keluar dari tubuh ini. “Siapa kau hah?! Kkenapa.. kkenapa kau sama macam The Masked?!”
“Pandailah awak ni, sayang” dia menari dan sambil itu menyanyi kecil. Gaya orang tidak betul. Wajah aku dipandang dengan senyuman yang amat.. amat menyeramkan. Jarinya jatuh pada rambut aku dan rambut aku digulung-gulung manja sebelum aku tolak tangannya kasar. Gila ke apa?!! Dia ketawa mengekek dan merapatkan wajahnya. “Gosh darling! You’re so ugly” dia pagut dagu aku. “Tuan tak suka perempuan tak comot macam kau ni”
“JANGAN SENTUH AKU!!” aku tolak dia kasar.Aku cuba bangun daripada katil sebelum terasa kaki aku tidak boleh bergerak.
Wait, what?!!
“Apa kau orang buat ini?!!” aku tarik selimut. Mata aku membesar pada kaki aku yang digari.”Kau orang buat apa dekat aku hah?!!” Nafas aku kencang. Mereka semua gila!!
“Alaa awak ni sayang..” Perempuan tadi ketawa besar. Dia memagut dagu aku sekasar mungkin sehingga aku dapat rasakan kesakitannya yang amat perit. Dia berbisik tajam di telinga aku, “janganlah marah kita orang, kita orang cuma nak pakaikan awak gelang je..”
“GILA!!!” aku menjerit kuat sekuat hati. “KAU ORANG SEMUA BADUT GILA!! LEPASKAN AKU!!” aku tolak tubuh dia sekuat hati aku dan dia terjatuh ke bawah. Aku tidak tahu tahap kegilaan dia sehingga aku tolak dia pun, semakin galak gelaknya. Nafas aku kencang. Perempuan ini gila!!
“Alaa weh, rilek ah, nanti kau jadi gila macam kita orang juga. HAHAHAHAH!” dia ketawa lebih kuat. “Siapa masuk istana ini semua akan jadi gila! Hahahaha! Kau tak payah lah risau! Syok tau duduk dalam ini! Kau akan dilayan tak ubah seperti seorang puteri! Hahaha, dia akan bagi kau apa yang kau mahu, dia akan belai kau, dia akan buat kau jatuh cinta selama-lamanya. Hahaha!!”
“DIAM!!” Aku tekup telinga aku. Tawa dia semakin kuat. “DIAM!!” air mata aku mengalir perlahan. Aku nak keluar dari sini. Aku nak keluar.. aku tidak mahu duduk sini. Aku tidak mahu jadi Harley Quinn atau salah seorang The Masked. Aku mahu jumpa Umi dan Abi.. Aku harap ini semua mimpi.
Aku tekupkan telinga aku lagi. Kali ini lebih kuat dan air mata aku mengalir sederas-derasnya. Bibir aku bergetar. Terasa jiwa aku bagaikan dikoyak perit setiap kali mendengar tawa dan setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya.
“Kau akan disayangi..”
“DIAM!!”
“Kau akan jadi cantik macam kami. Hahahah!!”
“Tolonglah..” air mata aku mengalir deras bersama mata yang terpejam. “..kau orang gila! Gila! Aku tak mahu jadi gila macam kau orang semua! Lepaskan aku. Tolonglah.. tolong..”
“Sayang, janganlah menangis” terasa tubuh aku dipeluk tiba-tiba. Aku cuba menolak tetapi dia masih berdegil. Tiba-tiba tawanya bertukar menjadi sebuah tangisan yang sama dengan aku. Aku terkedu. “Janganlah menangis, sayang.. kau jangan risau. Nanti Tuan akan buat kau rasa bahagia macam kami semua. Kalau kau melawan, nanti dia buat kau macam dia buat yang lain” Tangisannya semakin kuat. Malah, lebih kuat daripada esakan aku. Aku kelu.
“Dddia bbuat apa?” seluruh tubuh aku mengigil.
“Dia..” dan suaranya meleret. Tubuh aku dilepaskan perlahan. Wajahnya memandang aku dengan satu senyuman misteri seolah-olah air matanya tadi tidak bermakna apa-apa. “..tak buat apa-apa pun. Hahahahah!”
“GILA!!”
“HAH! Pandai la kau ni. Itulah aku nak cakap!” Perempuan tadi bangun. Dia menari-nari kecil sambil menyanyi lagu yang bahasanya aku tidak faham. Gila! Dia angkat tray kosong yang ada di atas meja aku tadi dan terus di bawa rapat ke dadanya. “Dia akan buat kau gila. Tu aje. Jangan risau. Hmm.. lalala..” dia menari-nari lagi sambil kakinya menuju ke arah pintu.
“Wait! Apa.. apa maksud kau.. gila?”
“Oh!” dia sengih dan kali ini kepalanya disengetkan ke kiri dan ke kanan. Gaya sedang berfikir tetapi gayanya ini amat melampau dan tidak ubah seperti orang gila. “Dia jadikan kau gilalah. Itu aje. Takkan kau tak faham maksud gila macam mana? Kau tak pernah tengok orang gila ke? Kesiannya kau. Tsk tsk tsk!” dia tergeleng-geleng perlahan. “Hmm.. orang gila itu macam.. macam aku ni ha. Hah, ye kut macam aku.”
Aku terkedu. Mata aku mengintai riak wajah perempuan ini. Kenapa dia jadi macam ini? “Kenapa.. kenapa kau jadi macam ini?” satu rasa simpati mula menyelubungi aku. Mungkin kerana dulu aku ambil degree in psychology di Belfield sebelum aku sambung master di Cattenbury.
“Suka hati akulah” dia mencebik. “Sibuk je kau ni! Well sometimes, Jadi orang gila macam aku lagi best!”
“Kkenapa?” berhati-hati aku bertanya.
“Sekurang-kurangnya orang gila macam aku hanya sibuk dengan dunia aku. Tak adalah sibuk dengan dunia orang lain macam kau orang yang tak gila ini. Crazy is a gift siot! Hahahaha!!” kali ini tawanya bergema lagi sehingga dia hilang dari pandangan mata aku.
Aku tergamam. Cuba mencerna setiap baik katanya. Aku tahu, aku patut keluar dari sini. Tetapi bila difikirkan semula, jika aku keluar dari sini, berapa ramai lagi wanita diluar sana yang akan jadi mangsa selepas aku? Aku mempunyai ilmu dalam bidang Psychology dan mengapa tidak aku gunakannya? Mungkin.. mungkin ini takdir aku untuk membetulkan segala-galanya.
Mungkin, aku juga harus bermain-main dengan takdir ini.
**--**
“Hello mummy..”
Aku yang sedang termenung tersentak apabila seorang gadis menegur aku. Aku berpaling. Bibir aku kelu sendiri apabila seorang gadis yang berambut hitam yang sangat hitam dan panjang sehingga jatuh ke bawah pinggangnya menegur aku. Wajahnya putih pucat; sama seperti perempuan gila yang melawat aku pagi tadi. Bibirnya tidak comot dengan lipstick tetapi hanya ada warna merah jambu yang dibentukkan dengan corak ‘love’ di tengah-tengah bibirnya. Matanya membulat. Wajahnya tidak betutup dengan topeng dan hanya seperti diconteng dengan celak yang menebal sehingga ke bawah matanya. Macam panda. Gadis itu merenung aku sedalam mungkin. Mungkin.. dia berumur empat tahun.
“Mommy?” aku menjauh dari dia. Kain yang aku jadikan tudung untuk menutup kepala, aku tutup sepenuhnya sehingga ke dada. Aku menggeleng laju. “I’m not your mommy”
“Daddy said, you’re my mommy”
Aku tersentak. “Sssaya bbukan..” bibir aku menggeletar. “Tak, saya bukan. Keluar!!” aku menjerit kuat. Wajah gadis itu tiba-tiba bertukar keruh dan entah kenapa, dia campak anak patungnya yang diheret ke dinding. Dia jatuh terjelopok ke lantai dan esakannya bergema.
“Daddy tipu..” air matanya mengalir laju. “Daddy tipu” dia menangis teresak-esak di lantai. “Daddy tipu Sara!! Daddy tipu! Daddy tipu!” dan seluruh tubuh kecilnya menggeletar dengan tangisannya yang aku dapat rasakan, dia betul-betul menangis. Dia seperti tidak.. gila.
Dan kenapa budak sekecil ini ada di sini?
“I want mommy.. I want mommy” dia menangis tersedu-sedu dan air matanya mencacatkan wajahnya dipucatkan. Jelas kelihatan warna sebenar kulitnya yang putih kemerahan. Muka dia seperti campuran Inggeris. Dia menangis lagi dan kali ini dia memeluk kakinya, “Where’s my mommy? I want my mommy..”
Dan hati aku tersentak satu rasa. Rasa yang tidak pernah hadir dalam diri aku. Melihat seorang budak kecil yang seperti tidak tahu apa-apa dan mencari ibunya. Mungkin. Mungkin dia juga ‘terperangkap’ di sini seperti aku.Perlahan-lahan aku mengesotkan tubuh aku, mendekati si anak kecil yang masih menangis memanggil ibunya. Baru aku tersedar, aku tidak boleh bergerak jauh, kaki aku dikunci.
Aku tidak tahu apa yang aku perlu buat. Aku cuba mengingati namanya yang dia gelar untuk dirinya. Apa ya? Hmm. Berkerut-kerut dahi aku cuba mengingatinya semua. Apa nama budak ini. Sa.. sa what? Esakan dia semakin kuat. Aku mula cemas. Oh God! Apa aku nak panggil dia ini? Dah lah aku tak boleh bergerak rapat ke arah dia. Apa nama dia? Sa.. safa? Safi? Bila masa dia jadi jenama pencuci muka Safi Rania Gold pula ini. Hmm.. apa ya..
Hah! Sara!
“Sara?” suara aku sangat perlahan dan sangat berhati-hati memanggil namanya. “Sara?” dan kali ini aku kuatkan panggilan aku. Cuba mengambil perhatiannya.
Dan dia angkat wajahnya.Mata dia terkelip-kelip comel. Hilang segala ‘make up’ yang menjadikan wajahnya tidak ubah seperti ‘mereka’ yang lain di sini. Dia bangun, “Mommy?” dia mendekati aku takut-takut. Suara kecilnya yang sangat kecil dan seperti betul-betul merindui ibunya membuatkan hati aku rasa bagai dicarik pilu. Sampainya ahti mereka libatkan budak kecil dalam perkara ini!
“Yes, sayang” aku tahan air mata yang jatuh. Perlahan-lahan aku depakan tangan aku. “Mari sini, sayang”
“Mommy?” matanya berkaca.
Aku tahan sebak di dada. “Come here..” nafas aku semakin perlahan. Hati aku disentuh satu rasa pilu. “Sini peluk mommy”
“Mommy!” suara kecil itu menjerit kegirangan sebelum tubuhnya tenggelam ke dalam tubuh aku. Entah kenapa, aku dapat rasakan seolah-olah aku sayang sangat dengan dia. Esakan kecilnya bergema. “I miss you, mommy.. I love you, mommy.. I swear I will be a good daisy for ya, mommy. Don’t leave me again”
Aku peluk tubuhnya. Hairan mengapa aku pula yang menangis teresak-esak. Bibir aku bergetar. Aku tidak pernah rasakan perasaan begini. Sampai hati The Mask buat seorang budak kecil yang tidak bersalah sehingga begini sekali! “I love you too, Sara.” Aku berbisik di telinga. Empat patah perkataan keramat itu seperti ikhlas dari hati aku. “I love you too, Sara. I’m gonna be a good mommy too” aku kucup telinganya. Dia tergelak kecil. “I swear” dan berbisik lagi. Dia memeluk aku erat seolah-olah tidak mahu melepaskan aku pergi. Aku senyum kecil kerana aku sangat selesa dengannya. Tiba-tiba hujung mata aku menangkap gerangan seseorang yang berdiri di sebalik pintu berkayu bilik ini.
Nafas aku sesak.
Bibir merahnya yang seperti Joker yang sangat comot tidak mengukir senyum. Rambut hijaunya jatuh menutup dahi. Matanya yang sengaja dicelak comot seperti badut merenung aku dengan renungan yang membundar tanpa benci atau mungkin.. tanpa apa-apa perasaan yang boleh aku definisikan. Dia memakai kemeja yang tidak berbutang dan dilepaskan begitu sahaja. Menampakkan dadanya yang beconteng dengan..
Masya Allah..
Tatu. Itu tatu yang terlalu menjijikkan. Terlalu banyak di dadanya. Dia nampak kelihatan terlalu kotor dan comot tetapi hanya matanya yang hijau apabila terkena matahari sahaja yang kelihatan original. Dia terlalu hodoh dan sangat kotor dan.. sangat jahat.
Tetapi entah kenapa, pandangan matanya melihat aku kali ini sangat lain. Mata kami bertemu. Lama dan aku tidak dapat rasakan apa-apa daripada pandangan yang dihantar. Dalam fikiran aku hanyalah dia seorang yang hodoh, kotor, comot, dan jahat. Seorang pembunuh yang gila.
Aku alihkan pandangan mata.
“Sara” dia memanggil nama anak kecil ini. Sara leraikan pelukannya. Mata dia bercahaya apabila melihat lelaki gila tadi.
“Daddy!!” gadis kecil itu terus meluru kea rah lelaki gila tadi. Aku tersentak. Apalah yang menjadikan Sara se’gila’ ini sehingga memanggil lelaki yang bukan bapanya tadi itu ‘daddy’?! Apa masalah lelaki ini?! Kenapa sampai budak kecil pun dia mahu manipulasikan?! Aku hanya melihat Sara yang memeluk dia kuat. Gadis kecil itu didukung dan dicium. Sara memeluk lehernya erat, “Daddy, Sara dah jumpa, mommy!”
Dan kali ini The Mask memandang aku. Aku alihkan pandangan aku lagi. Jijik.
“Really cik Bella?” suara dia sangat sini. “Kau mak dia?” The Mask turunkan Sara daripada pelukannya dan dia berbisik sesuatu pada Sara sehingga anak kecil itu pergi dari bilik ini. Apabila Sara semakin hilang, nafas aku semakin kencang apabila matanya tajam menikam wajah aku.
Aku terdiam. Apa aku nak buat ini? “Kau sakit, The Mask.” Aku berbisik tajam. “Kau gila! Kau libatkan budak kecil dalam benda ini! Kau gila! Kau tak sedar ke yang dia itu hanya budak kecil?”
“Apa yang kau fikir?” dia mendekat dan berhenti di hadapan katil aku. “Apa yang kau fikir tentang budak itu?”
“Kau culik dia” aku merenung dia tajam dan jijik. Hodoh dan jahat! “Kau manipulasi dia dan kata kau ayah dia, kau jahat. Kau tak kesian ke dekat budak itu? Dia rindu dekat parents dia! Dia rindu dekat mak dia! Kenapa kau culik kami dan akhirnya kau nak bunuh kami?!”
“Too much talking.” Dia menyandar pada tiang katil yang tinggi itu. Tangnnya menyeluk poket. “Too much and too loud. What a powerful thought, Dr Nabella Hayana. Pakar Psikatri to-be.”
Aku ternganga. “Macam mana..”
“The Mask” dia mengangkat bahunya dengan penuh riak.
“Kau nak apa dari aku?! Kau mahu apa dari budak kecil itu? Tak cukup ke kau buat semua orang dekat sini jadi gila macam kau?!” aku menengkin kuat. “Kau gila!!”
“First of all, yah, I’m crazy, I kill people”
“Bitch” aku menyumpah perlahan.
“But Sara Rayyana anak aku” dia tekankan suara dia. “Dia anak aku dan aku akan bunuh sesiapa sahaja yang ambil anak aku. Aku akan bunuh sesiapa sahaja termasuk kau”
“Siapa nak kahwin dengan kau sampai ada anak macam Sara? Kau gila ke?” Aku sengaja menyakitkan hati dia. “Sara itu comel, kau yang hodohkan dia dengan make up Joker kau itu. Takkanlah kau ada anak macam dia sedangkan kau sendiri hodoh dan gila. Siapa mak dia?” aku mencabar dia. Berani. “Oh ya! Aku baru teringat, mereka panggil kau Joker. Mesti mak dia rambut putih, muka pucat dan comot plus hodoh kan? Siapa nama perempuan gila itu.. ha! Harley Quin?”
Dia tidak beriak. Hanya senyum segaris dan tenang. “Kau memang pandai, Doktor”
“Dan cantik,” aku cuba mengapikan dia lagi.
“Cuba kau teka siapa Harley Quin aku?” dia mendekat. Kali ini dia sudah duduk atas katil. Aku menahan seram. Hodohnya dia ini. Bagi aku, dia sangat hodoh kerasna dia jahat dan sengaja menjadi gila dengan membunuh orang yang tidak bersalah. Comot dan hodoh. Jahat dan menjijikkan.
“Kau gila” aku menyumpah dia di hadapan wajahnya. “Kau syaitan, iblis!”
“Hahahaha!” tawa dia pecah. Dagu aku dipagut kasar kerana aku cuba mengelak dari dia. Kain yang menutup sepenuhnya rambut dan dada aku jatuh. Shit! Dia senyum tajam sehingga kesan comot bibirnya itu kelihatan semakin hodoh. “Aku suka kau, Doktor. Aku suka perempuan panggil aku syaitan! Hahahaha!”
“Gila!”
“Ya aku gila!” dia ketawa lagi. “Kau nak tahu kenapa? Sebab mereka ambil isteri aku?! Mereka tinggalkan aku dan anak aku yang baru lahir masa itu! Kau tahu tak perit dia macam mana?!” dia menengkin aku. Kali ini bibirnya tidak mengukir senyum. Matanya tajam merenung aku. “Mereka buat dia lupakan aku sampai bila dia dekat depan aku pun, dia macam benci aku! Kau tahu taka pa aku rasa?!” dan kali ini dagu aku dilepaskan.
Dia menunduk.
Jantung aku berdegup kencang. Lebih berdegup kencang apabila melihat emosinya yang berubah-ubah. Kini, dia ketawa. Ketwa hambar yang sangat hambar. “Kau tahu apa aku rasa..?” suara dia pecah. “Hahahaha!” dan ketawanya yang hambar tadi menjadi semakin kuat. Bulu roma aku menegak.
Dan tiba-tiba ketawanya berhenti. Wajah aku dipandang.
“Aku rasa sakit” air matanya mengalir. “Aku sayang dia.. dia.. macam dah tak kenal siapa aku” dia senyum hambar. Wajah aku direnung sedalam mungkin, “..dia benci aku. Dia tengok aku macam aku ini gila sangat. Macam aku ini jahat sangat”
“The Mask..” aku cuba memanggilnya. Hati aku disentuh satu rasa pilu.
“Dia dah tak tahu siapa nama sebenar aku” Dia meraup wajahnya. “Lawakkan?! Dunia ini memang kejam!! Hahahaah!” dan kali ini dia ketawa berdekah-dekah. “Sakit gila weh, sakit gila bila anak dia pun dia tak kenal!”
“The Mask.. aku faham perasaan kau” aku cuba bersuara. Cuba mengaplikasikan apa yang aku belajar. “Aku faham, tapi ini bukan cara dia. Bukan cara dia untuk kau dapatkan dia balik”
“Kau tipu la. Gi mampos la! Kau tak payah nak pura-pura faham kalau kau sendiri yang panggil aku syaitan!” mood dia bertukar garang. Mata dia merenung aku lebih tajam. Giginya digertap. “Ini cara aku nak dapatkan isteri aku, nak dapatkan ibu kepada anak aku semula! Kau faham apa? Kau tak faham.” Dia senyum hambar. “Dan sekarang..” dia pandang aku dengan senyumannya yang semakin tajam. “..aku dah dapat dia” dia selak leher aku.
“Huh?” bulu roma aku menegak. “Apa kau nak buat ni hah?!!”
“Kau” dia mendekat. “Kau, aku punya” dan terasa satu suntuikan tajam masuk ke pembuluh aku.
Nafas aku semakin perlahan.
Mata aku semakin berat dan cahaya mula berubah warna. Mula hilang dari photoreceptor terus ke titik buta. Bibir aku bergetar. Aku tidak mahu tidur lagi. Aku tidak mahu hilang dalam gelap. Aku benci gelap. “Welcome my Queen” satu bisikan menyentuh telinga dan leher aku. “My love, This dark is just too beautiful."
Dan dalam dibuai lena paksa, air mata mengalir.
*****Tamat****
Eh tak, main-main je,
Mana tamat lagi.
Berehat bersama kitkat.
