Posts

Showing posts from 2021

Sweet and Strange: 3

Image
  Bab 3: She’s so sweet.     Masa lalu :   EMMA tidak berputus asa. Hari ini, dia bersemangat pergi ke sekolah dengan membawa sandwich ayam yang dia sediakan dari rumah. Seperti biasa, Emma suka pergi ke sekolah dengan memakai baju yang kemas! Bersih! Dan comel! Emma berdiri di hadapan cermin biliknya. Sepasang mata biru merenung susuk tubuh sendiri, atas dan bawah. Bibir merah jambu mengukir senyum nipis. Lesung pipit melekat dalam pada pipi kiri dan kanannya. Dia berpuas hati dengan bajunya hari ini. Black mini skirt, jean jacket and red top . Skarf yang dipakainya juga berwarna merah. Bibirnya disolek dengan lipstik yang sedikit merah sama macam warna baju. Rambut blonde keemasan yang mencapai bawah bahu, bergulung kemas pada hujungnya. Emma betulkan rambut depannya yang menutup dahi. “ This bitch is gorgeous.” Melayangkan ciuman terbang pada bayang sendiri di hadapan cermin gergasi. Dengan penuh yakin, Emma turun daripada bilik. Ibu dan aya...

Sweet and Strange: 2

Image
  Bab 2: The Third Prince   Masa lalu:   THE world doesn’t know the pain . Isaac tersenyum sendiri. Bola mata terangkat merenung burung merpati yang bertenggek di atas pehanya. Cermin mata tebal ditolak ke batang hidung. Tangan kanan mengusap bulu burung merpati. Dia senyum sendiri. Sudah sebulan kejadian itu berlaku tetapi Isaac sendiri tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi. Jack dan kawan-kawannya sudah dapat balasan yang setimpalnya. Syukur. Itu semua hasil daripada pertolongan Emma. “ Hey, cute boy !” Speak of the devil . Isaac ketawa dalam hati. Mata terangkat merenung Emma yang berdiri di hadapannya. Gadis yang muda dua tahun daripadanya itu tersenyum lebar dan mengenyitkan mata sebelah. Konon comel. Isaac menggeleng sendiri tetapi senyum di bibir tidak dapat ditahan. Bukan dia memang comel ke, Isaac? Isaac mahu memukul setan kecil yang berbisik dalam kepalanya. Bau bunga lily merebak masuk ke dalam hidung Isaac apabila Emma Sweet duduk di ...