The Mask (II)




  .Thanks to a little rose for the beautiful petals.


 "Dan sesungguhnya, joker juga tidak menyukai dirinya.
Namun apakah daya, topeng yang dipakai mengaburi mata       semuanya. Dan sesungguhnya si gila yang dipanggil itu, ingin kebahagian yang nyata. Bukan topeng semata. Namum kebahagiannya di  ragut begitu bersahaja. Dan sekarang..
hadirnya dia menuntut bela kembali miliknya. Maka jangan dihalang.
kerana akhirnya,
Miliknya tetap miliknya."
- Rabiatul Husna (nama di email.)



'She saw the beauty in his darkness,
He saw darkness in her beauty'
-Joker&Harley.










“Sayaaaaaaaaaaang!”


Mata aku terbuka besar. Suara seorang perempuan mengejut aku. Panik mula menyelubungi aku. Mata aku tertala pada arah derap kaki yang menari kecil dan menyanyi kecil sambil membuka almari baju. Otak aku ligat berfikir. Apa yang dah jadi tadi? Yang aku ingat.. aku hanya tertidur sebelum diri aku seperti dibius..


“Ya Allah..” suara aku bergetar. “Apa yang dia buat dekat aku?! Dia ro.. rogol aku ke?! Ya Allah..” bibir aku bergetar. Macam-macam yang aku fikir dan aku mula hendak bangun daripada katil sebelum terasa kaki aku masih digari. Pakaian di tubuh aku sudah lain. Ya Allah.. apa sudah jadi dengan aku?!! “Apa dah jadi?!! Apa.. apa lelaki itu buat?” hujung tubir mata aku panas.


“Relax lah sayang!” Perempuan yang berambut pendek putih itu ketawa terkekek-kekek sambil dia mengeluarkan beberapa helai baju daripada almari. “Tuan tak buat apa-apa pun, kau ni.. macam lah kau itu cantik sangat sampai dia nak dekat kau sangat. Hek eleh.. “


“Habis, siapa yang tukarkan baju aku?” dada aku kembali tenang.


“Tuan”


Zapp!! Jantung aku gugur. “Ya Allah!” kepala aku mula mahu pengsan. Apa sudah jadi?! Ya Allah.. kenapa semua ini harus berlaku pada aku? Kenapa aku? Kenapa aku diaibkan sehingga begini sekali oleh manusia gila itu. Terasa otak aku beku dan air mata aku semakin bertakung sebelum terdengar letusan tawa perempuan tadi bergema.


“HAHAHAHA! BODOHNYA KAU!” dia ketawa kuat sehingga diri dia seperti sengaja di jatuhkan di atas katil dan dia ketawa terbahak-bahak. Seperti lawak sangat melihat aku yang hampir menangis teresak-esak. Dia pandang aku dengan tawa yang masih bersisa, “Aku gurau ajelah. Mestilah aku yang salinkan.. kau ini, rilek la. Takkan dengan orang gila macam aku pun kau percaya kot. Hahahaha!”


“Dan sebab apa aku kena percaya dengan apa yang kau cakap sekarang?” Nafas aku kencang. Cuba menahan amarah yang menggila. “Dasar perempuan meroyan!”


“Alaa kau ini sayang, aku nak bergurau pun tidak boleh. Bosanlah!” dia mengeluh dan dengan selamba, dia bersila atas katil aku. Tubuhnya menghadap aku sepenuhnya, “Aku bosanlah.. dah lama jadi gila. Apa salahnya kalau aku main-main dengan kau, kau tak nak jadi gila macam aku ke?” wajahnya bertukar murung.


“Nama kau siapa?” aku menelan air liur. Mungkin, aku patut cuba jadikan dia kawan.


“Hmm.. nama aku Fifi” dia sengih dan kepalanya di sengetkan ke kiri dan kekanan. “Nama kau?”


“Err.. Bella” aku menjawab ringkas. “Kau tak ada kawan lain ke dekat sini?”


“Ada, Syika si tukang masak itu. Dia gila macam aku tau, tetapi dia kalau masakkan.. dia akan jadi macam kau, dia jadi manusia normal. Dia itu pelik. Lepastu ada lagi sepuluh orang dekat sini. Semua pekerja Tuan. Aiman, Casandra, Suzane, Lily, Ali, Hannah.. Ahmad.. hmm siapa lagi erk?”



“Ahmad?” kening aku terangkat.


“Haah, Ahmad. Dia itu kerja Ranger, dialah yang keluar masuk hutan dan tukang bagi Tuan maklumat” Fifi ketawa sendiri. Kali ini seluruh wajahnya bertukar merah, “Dia kan.. Hot gila! Badan ketak-ketak doh, sexy habis. Aku yang gila ni pun jadi lagi gila dengan dia. Hahahaha!” dan dia ketawa sendiri dengan lawaknya.


Aku tergamam seketika. Patutlah. Aku rasa, memang Ahmad yang 'sebenar' lah yang aku jumpa sebelum aku masuk hutan. Ahmad yang aku jumpa semasa pertama kali dahulu sangat lain, dia baik dan sopan santun. Berbeza dengan Ahmad yang rupanya hanya topeng yang dipakai oleh The Mask, semasa aku kena culik dalam hutan tempoh hari. Tiba-tiba aku terfikir, macam mana dia boleh buat topeng yang sangat serupa?


“Hah! Kau jangan lupa pakai baju yang aku sediakan ini tau! Tuan ajak Dinner dengan dia, kalau kau tak mahu makan dengan dia, nanti kau yang kena makan.” Dia bangun dan baju tadi terus dicampak ke atas peha aku. Aku menunduk melihat baju tadi. Gown berwarna putih dan bercorak Inggeris. Apa ni?!


“Tudung?!” aku merenung dia tajam. “Aku.. aku nak pakai tudung! Baju ini terdedah dan aku tak pernah pakai baju ini. Dia gila ke?!”


“Lahai kau ni pun, kan Tuan itu memang gila, yang kau tanya lagi buat apa” Dia mencebir sinis. Dia mendekati aku dan laju tangannya menarik rambut aku sehingga aku terjerit kecil, “Ni hah! Kau tengok rambut kau ni! Buat apa kau nak pakai tudung lagi? Kan dah cantik ini..”


Mata aku jatuh pada rambut aku.


Dunia seakan-akan terhenti.


“Apa semua ini?!!” aku menggertap bibir. Kenapa rambut aku bertukar warna putih?! “Kenapa kau orang buat aku macam ini?! Bila masa kau orang buat ini. Ya Allah.. macam mana aku nak ambil wudhu! Kau orang ni memang gila!!!” aku menjerit kuat. “Aku benci kau orang!!”


“Alaaa rilek laa..” Fifi berjalan selamba ke arah pintu. “Kita orang buat rambut kau macam yang Tuan suruh lah. Kita orang warnakan rambut kau masa kau tengah tidur. Apa salahnya kalau ada rambut macam uban. Kan syiok tu. Best betul kau tidur sampai berdengkur macam beruk. Hahahaha!”


“Kau gila!” kali ini aku tidak dapat tahan air mata aku.


“Apa salahnya jadi gila, kadang-kadang aku rasa semua manusia gila. Semua sama dan yang membezakannya ialah sama ada kau tunjuk kau gila atau kau simpan kegilaan kau.” Dia bersuara perlahan. Pintu dibuka dan separuh tubuhnya sudah keluar, “Dan mungkin suatu hari kau sedar, jadi gila adalah benda yang paling diidamkan dan membahagiakan apabila kau tak perlu kisah dan sedih bila orang panggil kau gila. Kau tak perlu sedih bila orang panggil kau jahat dan kau tak perlu sedihkan apa-apa yang orang panggil kau dengan panggilan yang menyakitkan” dia bersuara pedih seolah-olah dia yang ‘gila’ sudah hilang. “Kau sudah tidak kisah sebab kau tahu, diri kau gila. Hahahaha!” dan tawanya bergema sebelum pintu bilik aku ditutup.


Air mata aku kering. Kata-katanya cuba aku telan dan hadam. Cuba aku renang disebalik isi kata-katanya dan aku cuba selam. Segala-galanya seperti di antara ‘topeng’. Di mana, dia mungkin seorang yang bertopengkan ‘gila’ seperti apa yang dia tunjuk tetapi sebaliknya, dia sedar mengapa dia begitu. Kerana dia sakit.


Ya, sakit di hati. Sakit di jiwa. Sakit di akal.  Sakit di rohnya.


Maka, dia tidak tutup luka kepada sakit tadi dengan plaster handyplast. ‘Sakit’ dia mungkin tidak berdarah merah. Sakit dia tidak bisa ditutup dengan apa-apa, maka dia tutup dengan sebuah ‘kegilaan’.  Sakit dia tidak berdarah tetapi sakit dia lebih parah dari darah yang berwarna merah itu.

Mungkin..



Kita semua orang gila yang bertopengkan kewarasan.


--**---




Maka, aku juga harus memakai topeng.



 Aku harus redha dan bermain dengan permainan mereka sehingga aku dapat selamatkan mereka dari apa jua bencana ‘hati’. Aku sangat mengharapkan Tuhan memaafkan segala dosa-dosa aku dan memberi aku peluang hidup selepas ini. Aku tidak mahu mati di sini. Aku hanya ingin membetulkan semuanya dan ini sangat terdesak. Aku harus bertopengkan seorang perempuan yang ‘gila’.


Bertopengkan seorang Harley Quinn.


Aku lihat pantulan wajah aku dicermin. Lily, seorang yang ‘gila’ make up hanya tersenyum sambil memandang aku dengan pandangan yang menyeramkan. Dia mengemaskan ikatan rambut aku yang bertocang dua. Nafas aku hampir putus melihat pantulan aku di cermin.

What a beast.

Comot. Sangat comot. Lipstik merah yang sangat merah berconteng hingga di tepi bibir aku menampakkan yang bibir aku kononnya tebal. Bulu mata palsu melentik yang memberatkan mata aku. Wajah aku yang dibedak putih sehingga nampak sangat pucat. Jijiknya aku tengok muka aku tikala ini.




“Beautiful young lady!” Lily menepuk tangannya sendiri. “Mesti dia akan jatuh cinta dengan awak! Omagosh baby you’re drop dead gorgeous!!”


Yeah, a drop dead gorgeous clown. Aku hampir menjulingkan mata aku ke atas. “Thanks, Lily. I’m so happy” dan aku berikan dia senyuman plastik. “Hmm.. Lily boleh saya tanya?”

“Ya.. boleh aja sih!” dia menyanyi lagu ‘sakitnya tuh di sini’ sambil menggoyangkan punggungnya ke kiri dan ke kanan. Dia mula mengemas barang-barang make up nya. “Awak nak tanya apa? Tanyala. Jangan tanya I single ke available, I ni straight tau!”


Aku hampir tersedak. Ya Tuhan, minah ni la..


“Hmm.. nak tanya, betul ke Sara Rayyana itu anak The Mask?” aku mula bertanya dengan berhati-hati. “Dan.. dekat mana isteri dia? Kenapa isteri dia tinggalkan dia?”


“Eeee you ni kan, menyibuk seperti cebuk laa!” dia ketawa sendiri dengan ‘lawaknya’ yang bagi aku agak hambar tikala ini. Dia sambung, “Ofcourse la budak itu anak dia, dia jaga sejak bayi lagi tau! I yang tolong dia jaga. Dia sayang gilos dengan anak dia tu. Pasal bini dia tu, I tak tahu la! I mana suka gossip-gosip ini, you ingat I ni macam Neelofa dengan Nabil ke? Asyik nak Meletop kebabom kan cerita artis. Jaga tepi kain sendiri sudah la. Huh!” dia buka kipas comel dia dan dia kipas diri dia dengan gaya ‘ala-ala’ diva dan primadona. Dia bersuara lagi, “Dosa tau gossip ini! Tuhan marah tau!”


Aku mengeluh. Hah, tahu pun tuhan marah. Nasib baik orang gila. Haila..


“Tapi tak apa kut, Tuan bukan Artis pun. Apa salahnya gossip. Lagipun I tak tengok meletop, I tengok melodi jerr. Astro mahal lah.Hihihi!” dia mengilai seram. Aku telan air liur. Apa bendalah minah ni. Aduhai nasib..


“Oh, hmm.. kalau macam itu, kenapa dengan isteri dia?” aku cuba mengorek lubang jawapan.


“You ni pening la, sekejap isteri, sekejap bini. Mana satu you nak dengar ini?!” dan PAP! Dia ketuk kepala aku dengan kipasnya. Aku menahan asap yang mahu keluar daripada telinga. Hai minah ni lah kan, nasib baiklah dia ‘gila’. Nampaknya macam aku yang dah naik ‘gila’ ini.


  Tapi, tiba-tiba dia sambung, “Isteri Tuan itu accident sekali dengan Tuan. Masa itu anak mereka baru sepuluh bulan lahir. Kesian betul aku tengok.. hmm.. lepas itu kan, keluarga perempuan itu terus salahkan lelaki itu dan keluarga Tuan pula salahkan perempuan itu sebab mereka sebenarnya kahwin awal. Macam family tak berapa nak setuju. Alaa.. macam cerita korea tu la!”


“Lepas itu? Apa yang telah terjadi?” kening aku terangkat.


“Perempuan itu hilang ingatan” wajahnya suram. “Kesian Tuan.. dia pun jadi gila”


“Cik Bella” suara seorang lelaki mengejutkan kami. Mata aku terus melirik ke arah pintu. Seorang lelaki bertuxedo putih, berambut hitam dan wajahnya memakai topeng anonymous itu bersuara seperti suara.. Ahmad!


“Ahmad?!!” aku terus meluru ke arah dia. “Ahmad! Tolong. Tolong bawa saya keluar dari sini. Tolonglah..” aku separuh merayu. Lelaki tadi hanya beku.


Beku sebeku-bekunya.


“Maaf Cik Bella, Tuan menunggu cik Bella di dewan makan” suaranya formal. Suara disebalik topeng. “Saya disuruh oleh tuan untuk membawa Cik Bella ke sana”




Dan harapan aku hancur. Ahmad yang ini.. Ahmad yang gila. Gila macam mereka semua. Bukan lagi Ahmad yang aku kenal sebagai renjer yang sopan santun. Bukan. Aku mengeluh berat. Perlahan-lahan aku mengangguk dan mengikutnya dari belakang.




Mungkin suatu hari nanti, aku juga harus memakai topeng ‘gila’ seperti mereka. Mungkin.




---***---

  Aku mengikut ‘Ahmad’ yang berjalan di hadapan aku. Langkahnya perlahan dan penuh dengan hati-hati dan sesekali dia berpaling ke belakang untuk mengintai sama ada aku mengikut jejaknya atau tidak. Paling dahsyat, di belakang aku juga, ada seorang lelaki. Memakai Tuxedo hitam dan wajahnya separuh bertopeng dan separuh lagi di ‘make up’ kan seperti seorang badut dengan pipinya yang sangat merah.



Aku mengeluh perlahan. Terasa seperti kepala aku sedang berbogel. Terasa ikatan tocang ‘dua’ ini sangat menyakitkan kulit kepala aku dan mata aku terasa sangat berat dengan bulu mata palsu ini. Kaki aku yang dipaksa pakai kasut ‘High heel’ yang sangat tinggi membuatkan jalanku terhincut-hincut menahan sakit. Aku menahan pedih. Bibir aku gigit.



Ya Allah sakitnya kaki..


Suasana suram dalam rumah ini membuatkan bibir aku bergetar dan seluruh tubuh aku menggeletar. Ditambah pula dengan gelak ketawa ‘pekerja’ di sini yang datang dari semua arah pintu. Aku menggenggam tangan aku. Cuba mengambil kekuatan.


Aku harus hadapi suasana ini.


“Dah sampai” suara Ahmad beku. Tangannya mencapai tombol pintu berkayu dipulas dan pintu dibuka separuh sebelum dia terhenti. Mata aku menangkap pergerakan bahunya yang turun naik seperti nafasnya tidak sekata. Seakan-akan dia sedang memikirkan sesuatu yang berat. Kepalanya berpaling ke arah aku. Dan disebabkan wajah dia sepenuhnya ditutup dengan topeng, aku tidak pasti raut yang disimpan. Hanya mampu meneka, mungkin dia sedang memandang aku tepat di wajah aku.



“Jangan melawan dia, ikut segala apa yang dia suruh dan jangan berani buat apa-apa yang bodoh kalau awak tidak mahu nasib awak buruk”


Aku terdiam. Seakan-akan seluruh tubuh aku menggeletar. Seakan-akan aku masuk ke dalam ‘dunia’ beauty and the beast dan Joker sebagai The Mask atau ‘The Beast’ yang sangat menakutkan aku. Walaupun aku bukanlah dikategorikan sebagai ‘Beauty’ dan aku tidak secantik Belle, namun, aku tetap rasakan seolah-olah aku masuk ke dalam cerita ‘Beauty and The Beast’ di mana aku dipaksa menjadi tetamu tanpa rela dalam rumah ini.


“Masuk” lelaki di belakang aku menolak aku kasar sehingga aku bergerak ke hadapan dan Ahmad pula mengheret tubuh aku untuk masuk ke dalam bilik itu.



Bilik? Mata aku terangkat memandang cahaya lampu chandelier yang terangkut di atas siling yang sangat tinggi. Udara sejuk menyentuh rambut dan kulit aku. Lampu suram dan..


Boom!!




Pintu dibelakang aku ditutup kuat. Aku hampir terjerit kecil sebelum satu perasaan panik menghantui aku. Aku terus meluru ke arah pintu tadi dan aku cuba buka pintu tadi. Terkunci! Aku gegarkan pintu beberapa kali. “Bukaklah!!” aku menjerit kuat. “Please.. jangan kunci aku.. aku takut. Tolonglah.. tolonglah jangan buat aku begini. Tolonglah” hati aku hampir luluh.


Tiba-tiba aku terdengar ada suara ketawa kecil.


Terpaku. Nafas aku berubah. Perlahan-lahan tombol pintu yang aku pulas banyak kali sehingga hampir tercabut itu aku lepaskan. Tawa kecil dari arah belakang aku semakin kuat. Suara seorang perempuan. Laju aku berpaling dan mencari suara tadi.


Mungkin bukan 'seorang perempuan'. Mungkin lebih tepatnya ‘dua’ orang perempuan.


Aku terus bersandar pada pintu tadi. Sangat rapat sehingga tiada ruang di antara aku dan pintu tadi. Tangan aku menggenggam setiap jemari aku yang semakin sejuk. Mata aku tertumpu pada dua orang perempuan tadi. Wajah mereka sangat.. sangat putih dan putihnya seperti dikapurkan tetapi mereka tidak comot. Rambut mereka berwarna merah dan perang seperti sengaja diwarnakan. Mereka tidak comot tetapi lebih kelihatan seperti ‘menyeramkan’ dengan wajah pucat mereka tetapi mereka nampak.. cantik. Dan sesuatu yang menyentap aku..


Mereka duduk di atas peha seseorang. Tangan mereka merangkul leher lelaki itu.


“Astaghfriullahalzim” aku merapat pada pintu. Mata aku terpejam. Cuba mengusir imej yang tidak mahu aku lihat. Dada aku menjadi berdebar-debar. Bella, mereka gila. Ya, mereka gila. Mereka tidak mampu fikir pasal agama dan ikhtilat. Ya Allah.. kenapa aku kena masuk dalam perangkap orang ‘gila’ macam ini?



Dan macam mana kalau aku terpaksa melanggar semua batasan yang aku jaga selama ini? Macam mana kalau aku terpaksa berhadapan dengan situasi orang 'gila' di sini?


Aku menunduk dan sambil itu, aku mengurut dada. Ya Allah, selamatkan aku dari semua ini. Ya Allah, aku terpaksa. Aku buat ini kerana terpaksa.
Selamatkan aku..


“Hallo, Doctor!” suara The Mask yang sangat menjijikkan bagi aku. “Babes, please I have a guest here, jadi kau orang boleh blah” dari hujung mata, aku melihat dia menolak kedua-dua orang perempuan tadi.


Geli. Jijik.


Dua orang perempuan tadi mengeluh dan merengek manja sebelum kedua-duanya berjalan ke arah aku. Tubuh aku ditolak tepi supaya aku menjauh daripada pintu. Pintu dibuka mudah oleh mereka seolah-olah pintu itu tidak pernah dikunci.



What the hell? Macam mana mereka buat?!



“Sanalah, ish dia ni!” yang berambut perang tolak aku kuat sehingga aku hampir jatuh terjelopok ke lantai.


“Hahaha! Tolak sikit pun dah jatuh!” Yang rambut warna merah mentertawakan aku sambil memandang aku seolah-olah aku ini macam mangsa buli. Dia mengggelengkan kepalanya, “Ish ish ish, macam manalah kalau kena tolak dengan cinta, mesti terjatuh cinta tergolek golek! Haahhaha!”


Stupid mad woman. Aku merengus. “Gila punya perempuan” aku mengusap kaki aku yang semakin perit. Aku hanya menjeling mereka yang sudah hilang di sebalik pintu. Pintu ditutup dan seperti dikunci dari luar. Aku mendengus kasar. Aku benci betul dengan rumah orang gila ini! Semuanya gila tidak bertempat!


“Doctor, have a sit” suara seseorang menyedarkan aku yang bukan aku seorang sahaja yang ada di dalam bilik ini. Mata aku mengerling kea rah The Mask. Dia menyisir rambut ‘hijau’nya dengan tangan dan dia duduk dengan gaya kaki berlipat selamba. Rambutnya yang panjang menyentuh hingga ke bahu. Separuh rambut depannya menutup mata gaya karekter dalam komik manga tetapi  di mata aku  dia tidak ubah dengan gaya lelaki yang comot dan kurang bertamadun. Hodoh, lebih tepatnya.



“Kenapa kau tengok aku macam itu? Terpikat dah ke?” dia bersuara jelas dan aku mula tersedar.


“Terpikat dengan badut hodoh dan jahat macam kau?” aku senyum sinis dan kaki melangkah ke arah meja makan. Kerusi aku tarik selamba dan aku aku duduk. Meja panjang yang besar ini penuh dengan makanan. “Aku lebih rela tidak kahwin daripada jatuh cinta dengan badut macam kau” aku angkat garfu dan sudu aku. Buat seketika, mata aku mengerling ke arah, “Kau ajak aku datang sini untuk makan, kan? So, aku makan” dan dengan selamba, aku makan nasi goreng ayam yang terhidang di hadapan aku tanpa memandang dia.


“Aku suka kau” dia bersuara dan aku masih tidak angkat wajah untuk memandang riaknya. Aku masih dengan nasi aku. Dia sambung, “Aku suka perempuan macam kau, ganas dan melawan hahaah!”


“Siapa aje yang boleh benci aku?” aku melawan kata-katanya. Kali ini wajah diangkat dan mata aku merenung pandangan nakalnya. “Well, aku terlalu hebat sehingga lelaki gila macam kau pun boleh suka aku. Malangnya, aku tidak suka kau.” Aku berikannya senyuman manis yang cukup plastik dan aku tahu, dia tahu senyuman itu.”Sungguh malang, Mr.Mask” dan bahu aku terangkat dengan gaya riak.


“Malangnya aku sebab suka kau” The Mask mengangkat cawan kacanya dan air di dalamnya diteguk dengan penuh gaya. Matanya melirik ke arah aku, “Tapi aku rasa, aku tetap suka kau, Doktor”


“Sungguh menyedihkan” aku buat muka kesian yang sangat ‘fake’ sebelum sambung dengan makanan aku. Dari hujung mata, aku hanya dapat lihat senyumannya yang nakal. Ya, biasalah, orang gila memang senyum nakal macam itu. Aku ketawa sinis sendiri. Tiba-tiba, laju sahaja mulut aku mengajukan soalan untuk dia, “So siapa tadi? Siapa perempuan yang duduk atas peha kau tadi, your whore I guess?”

“Guessing is your major skill, Doctor” Terangkat keningnya dengan penuh gaya sambil bibirnya yang comot mengukir senyum nakal.


“And what’s yours?” kali ini pandangan nakalnya aku sambut dengan pandangan yang sama. Bercakap dengan orang begini, kita harus bijak berbicara dan harus ada gaya. “So again, I guess your major skill must be the face that you hide behind those Mask.”


“Again, you’re great in guessing” senyumnya masih tidak pudar dari melonggar. Tetapi pada pandangan mata aku, ianya tetap hodoh seperti badut. “So here, guess what face that I hide behind this..” dia menunjuk pada wajahnya yang tersenyum nakal. “..mask, behind this smile” wajahnya didekatkan.


Aku telan air liur. Soalan apa itu? Aku cuba bernafas tenang. Masih mengawal riak pandangan wajah aku. Cool, bella. Stay cool. Fuh! “Hmmm..” aku mendekatkan wajah aku dengan wajahnya juga; cuba bermain permainan psikologinya. Mata aku terangkat merenung mata hijaunya. “I see something” dan mata itu aku renung.


“What it’s?”


“I see..” dan senyuman aku ukirkan. Manis dan agak menggoda, “..a stupid monsterous guy and that’s you Mister Mask”


Senyumannya mati.


Tawa aku bergema. “Hahahah!” entah kenapa, tiba-tiba rasa macam aku pula yang gila. Aku jauhkan wajah aku dari wajahnya. Gelas kaca yang berisi jus orange itu aku teguk rakus. Sedap juga makanan dekat rumah ‘orang gila’ ini. “Rileks la, Mr Mask, aku bergurau aje. Takkan orang gila macam kau mahu terasa kut”


“At least, aku gila” dia menjawab selamba dan aku lihat, dia hanya senyum segaris dengan wajahnya yang comot dan hodoh. “Nasib baik aku gila dan aku tak ada rasa.”


“Badut ada rasa ke?” aku berbisik perlahan tetapi cukup untuk dia dengar. Aku tidak rasa bersalah langsung dengan setiap patah perkataan aku kerana bagi aku, dia hanya lelaki yang jahat. Aku pandang dia sinis, “Clown macam kau, ada rasa ke? Dan sebab kau tidak ada rasalah kau jadi macam ini. Membunuh dan merosakkan perempuan.”


“Kau sangat bijak menghukum, Doktor” dia menyandar penuh gaya pada kerusinya. Mata dia tepat pada wajah aku. “Apa yang kau faham tentang aku? Kau hanya tahu yang aku ini pembunuh dan perogol. Itu ajekan dalam kepala otak kau itu?” dia masih senyum tenang.


“Aku benci orang yang suka merosakkan perempuan, Mask” aku pandang dia tajam dan kali ini aku tolak pinggan aku. Terasa kenyang dan terlalu kenyang. Mungkin kenyang dengan ke’gila’an seorang badut. “Aku tidak kisah kalau kau nak sehodoh binatang pun, aku langsung tidak kisah. Aku cuma benci dengan lelaki yang sentuh perempuan yang bukan untuk dia dengan cara paksa tanpa sebarang ikatan”


“Ikatan? Means.. isteri?” dia senyum nakal tetapi mata hijaunya tetap merenung aku tajam. Kali ini dagunya di tongkat dengan tangannya diatas meja sambil menghadap aku tepat-tepat. “So, kalau kita suami isteri boleh lah aku paksa kau?”




Nafas aku terhenti.




Bitch” aku menyumpah di hadapan mukanya. “Kau kotor! Aku tak tahulah kenapa aku kena menghadap lelaki gila macam kau dan aku nak kau tahu, aku tak akan rela buat benda gila macam kau suruh mereka semua buat! I’m not your whore!!” dan kali ini aku jerit kuat dan aku tolak kerusi aku ke belakang kasar. Aku paksa diri aku untuk pergi dari situ sebelum zapp!!


Mata aku membulat.


“Lepaslah!!” aku tarik lengan aku yang digenggamnya.


“Kau nak pergi mana, sayang?” dia tarik aku untuk merapatinya sekasar mungkin. Tangan aku digenggam kuat sehingga aku terjerit kecil. Dia ketawa macam orang gila, “Hahahaha! Ada hati nak lepaskan diri dari aku, kau silaplah perempuan!”


“Dayus! Kau tahu tak sakitkan perempuan itu dayus!” aku cuba melawan. “Aku benci kau! Dasar badut hodoh! Pembun..”


Zrappp!


Jantung aku terhenti. Mata aku jatuh pada tangannya yang digari dengan tangan aku. Dan dikunci!


“Hahahaha!!” dia ketawa sehingga bergema satu bilik makan ini. “Cantik tak gelang kita, sayang! Hahahah! Sekarang kau tak boleh lari dah..” dagu aku dipagut dengan tangan sebelahnya. Tangan kami yang sama-sama digari digenggam kuat.


“Aku jijik dengan kau!” aku cuba mengelak. Aku tidak tahu apa yang bakal berlaku. Aku tidak tahu macam mana mahu ‘masuk’ kea lam pesakit yang gila macam dia seperti mana aku kawal pemikiran dan kerenah orang-orang yang pernah aku jumpa semasa aku buat lawatan ke rumah sakit mental dahulu. Dia.. lain.



Kepala aku terasa pening dengan perangainya. Tolonglah, aku nak keluar dari sini. He's a mad man. Hati aku menjerit kuat.



“Kenapa kau jijik dengan aku?” dia pegang wajah aku kasar. Cuba memaksa mata kami bertemu. “Sebab aku hodoh macam badut? Sebab aku gila? Sebab aku pakai topeng gila ini?” suaranya separuh berbisik. “Kau nak tahu kenapa aku bertopengkan badut? Kau nak tahu kenapa?” dia mendekat. Mata dia tajam menikam wajah aku setajam-tajamnya.


Dan masa seakan terhenti.



“Kkkenapa?” lutut aku terketar bersama dengan seluruh badan aku sehinggakan bibir aku juga tidak mampu menjelaskan setiap tutur kata aku sendiri. “Kkenapa kau jadi begini, The Mask?” suara aku, cuba aku lembutkan. Cuba bermain dengan emosinya.


Terkadang, aku lebih gemar dia menjadi ‘gila’ berbanding begini. Kerana bagi aku, itu lebih normal bagi seorang yang ‘gila’, Tetapi keadaan dia yang senyap, ianya seakan-akan membunuh aku dengan kata ‘akal’nya yang mungkin lebih hebat daridapa kata ‘mulutnya’. Matanya sendiri penuh dengan duka. Dan apabila mata kami bertemu, aku tahu, dia bagaikan mahu memberitahu aku rahsianya. Seolah-olah.. dia cuba untuk memberitahu aku sesuatu.


“Aku rindu dia”


“Huh?” aku cuba bernafas. Jantung aku rasa bagai mahu meloncat keluar. Melayan emosi dan mental pesakit begini bukanlah sesuatu yang mudah. “Kkau.. hmm.. kau rindu isteri kau?”


Dia angguk. Tangannya masih memagut dagu aku. Kali ini tidak lagi sekasar tadi tetapi, aku tetap rasa jijik. Aku mahu jerit di mukanya supaya lepaskan aku. Aku mahu menyumpah dan menyakitkan hatinya seperti tadi. Tetapi..


Bila aku fikir semula, mungkin orang gila juga ada rasa. Mungkin dia tidak minta dijadikan begini. Mungkin dia juga tidak mahu bertopengkan tawa dan hakikatnya menangis dengan rasa perit dalam hati.


“Doktor” dia memanggil aku senafas.


“Bella” aku cuba lembutkan suara aku. “Panggil aku Bella. Aku tidak suka orang panggil aku doktor”


“Macam dulu” dia senyum.


“Huh?” kening aku terangkat.


“Aku rindu kau” dia merangkul pinggang aku. Memeluk aku erat. “Aku rindu kau, sangat-sangat..” Wajahnya jatuh ke bahu aku. Aku cuba menahan geli apabila nafasnya menyentuh bahu aku. Tetapi aku kaku dan masih cuba berfikir, apa yang perlu aku buat? Tangan kami yang bergari digenggamnya kemas. “Baliklah.. tolonglah balik” dan dia berbisik diantara bahu dan anak rambut aku. Suaranya pecah. “Tolonglah.. baliklah.. baliklah.. aku sayang kau. Sangat.. sayangkan kau” dan bahu aku basah. Aku terkedu.



Dia menangis?


Aku kaku. Sekuruh badan aku bagaikan terkena renjatan yang mengalir sehingga ke dalam hati aku. Rasa bersalah kerana menghinanya mula menyelubungi aku. “Mask..” aku tidak tahu nama sebenar dia jadi aku mengambil keputusan untuk memanggil dia ‘Mask’ sahaja. “Isteri kau, dia masih tidak tahu ke tentang kau dan anak kau?” aku berbisik perlahan. Nafas aku hampir lemas. Bukan aku tidak pernah hadapi situasi gila macam ini. Lebih dahsyat dahulu, ada pesakit yang kata dia sakit pada bahagian sulitnya dan apabila aku cuba mahu cek dengan lagak formal seorang doktor, terus ‘benda’ itu menegang dan pesakit itu hanya ketawa kerana aku sudah terkena.


Dan itulah hakikat yang paling menjijikkan bagi aku. Terpaksa melayan karenah ‘mental’ mereka dengan cara yang bijak walaupun terkadang melanggar batasan, aku sangat mengharapkan Allah faham yang aku tidak buat semua itu kerana nafsu. Hanya kerana kerja.



“Aku rindu kau, sayang” dia berbisik perlahan dan seluruh tubuh aku tenggelam ke dalam pelukannya. Aku menggertap bibir. Apa aku mahu buat ini?




“Aku.. aku bukan isteri kau” aku cuba menolak tubuhnya tetapi dia lebih kuat. Jiwa aku semakin sesak. “Aku bbukan.. aku bukan isteri kau.” Bibir aku bergetar. Dada aku berdegup kencang apabila dia langsung tidak mahu melepaskan aku.


“Aku tahu” dia angkat wajahnya dari bahu aku. Wajahnya yang comot dengan contengan warna warni serta air mata yang bersisa itu memandang aku dengan pandangan sayu. “Tapi.. tak boleh ke kalau kau berpura-pura?” dan suaranya penuh dengan sendu.


Aku terkedu sekali lagi. “Tapi aku tetap bukan dia” aku melawan pandangan matanya. Timbul rasa kasihan dengan apa yang jadi pada dia dan anak dia. “Kau harus terima realiti, kau harus bangun dari tidur, kau harus dikejutkan daripada imaginasi dan kau harus berhenti berlari ke arah ilusi kerana hakikatnya..” aku senyum ikhlas untuknya. “..kau masih ada diri kau di sini, hati.” Tangan aku ysng tidak bergari jatuh pada dadanya. Thanks God, dia pakai baju full! Tutup tatu dia yang sangat menyakitkan mata.




“Kau sayang aku?” dia menyoal lembut.


Dan tangan aku pada dadanya disentuh dan ditekapkan kuat pada dadanya sendiri. Aku mula rasa yang aku mahu alihkan tangan aku dan tubuh aku dari dia dengan segera tetapi bukan dengan dia dan bukan sekarang. Emosi dia masih tidak stabil.


“Kalau kau sayang diri kau, aku akan cuba sayang kau” aku senyum manis untuknya.


“Aku gila” dia mendekat sehingga hidungnya hampir menyentuh dahi aku. “Kau nak jadi gila dengan aku?” dan tangan dia naik ke tulang belakang aku.


Ya Allah, sumpah aku kata, aku mahu sepak dia jauh dan kalau boleh aku mahu tikam dia bertubi-tubi tetapi dia sakit. Dia bukan manusia normal. Aku telan air liur dan tekak aku berasa sakit perit. Riak wajah cuba aku tahan, “Semua manusia gila, bezanya, mungkin sesetengah daripada kita bertopengkan kewarasan” aku cuba memanipulasikan ayat aku.


“But I live in the darkness” dia berbisik sehingga nafasnya mencapai hujung cuping telinga aku. Aku menahan geli. Ya Allah, apa aku nak buat ini? Dia seperti cuba mendekat lagi tetapi aku mengelak dan dia ketawa kecil. Ketawa yang menyeramkan bagi aku. “I live in the darkness, would you be blind together with me?”


“Yyes..” suara aku bergetar. Mata aku menikam anak matanya. Cuba mewujudkan satu perasaan yakin disebalik dua pasang mata yang menghijau itu.


Dan tiba-tiba satu rasa hadir. Cantiknya dia..



“Would you die for me?”


“Yes” aku menjawab laju. Bagaikan dipukau tetapi aku masih sedar. Ya, aku masih dalam permainan aku. Aku memandang setiap raut wajahnya yang hodoh dan matanya. Matanya yang.. cantik. Terfikir dalam akalku, ‘siapakah’ yang disorokkan disebalik topeng ini dan cerita apa yang disorokkan dalam raut yang di ‘topengkan’ dengan kegilaan. Aku harus selam segala-galanya tentang dia. Aku harus terus dengan permainan ini.


Aku harus jadi seorang ‘Harley Quinn’.



“No” dia ketawa penuh misteri. “That would be too easy, honey” dagu aku dipagut, “Would you.. would you live for me?”


“Yyyes..” bibir aku kali ini menggeletar hebat. Apa maksud dia, ‘hidup’ untuk dia?


“Aww, that’s so sweet. Honey” suaranya berubah manja. Senyumannya yang tadi seperti misteri bersama ketawanya yang menyeramkan berubah menjadi lebih menyeramkan. Dagu aku yang dipagut diusap dengan ibu jarinya. Terasa seluruh dinding epithelium perut aku mengulas. Ya Allah, aku tidak pernah hadapi situasi psiko seperti ini. Dia senyum manis, “Would you live for me?”


Sekali lagi dia bertanya soalan yang sama. “Yes” bibir yang bergetar cuba aku tahan. Cuba menunjukkan keyakinan aku. “Forever”


“Careful. Do not say this oath thoughtlessly. Desire becomes surrender..” Dia memandang aku dengan sangat tajam bersama senyumannya. Ibu jarinya mengusap pipi aku. Lembut. “Surrender becomes power” dan wajah aku diangkat, memaksa mata kami bertemu. Anak rambut yang jatuh di dahi aku diselak sambil dia berbisik, “Apa yang boleh buat aku percaya dekat kau? Pelik. Sangat pelik apabila mula-mula kau kata dan hina aku macam-macam dan sekarang kau seolah-olah berubah. Any plans, doctor?” dan dia senyum nakal- lebih kepada menyeramkan.




Dan ianya memang benar-benar menyeramkan aku. Seolah-olah dia dapat membaca aku.




“No. Aku..” liur ditelan. “Aku tidak maksudkan apa sebelum ini. Kau tak percayakan aku?” suara, cuba aku manjakan.


“Percaya” dia ketawa kecil. Nafasnya menampar pipi aku. “Tapi belum lagi.” Dan tawanya mati. Wajahnya bertukar dari nakal kepada serius. Pipi aku yang tadi dipagut lembut bertukar menjadi kasar. Renungannya dengan mata hijau yang dikelilingi celak yang mencomotkan wajahnya itu, merenung aku dengan sangat tajam. Senyumannya mati dan dia mendengus kasar. Wajahnya bertukar marah.


Kkenapa dengan dia?


Aku semakin tidak tahu macam mana mahu faham dengan ‘mood’ dia. Masih cuba memahami rentaknya. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku jika jalan ini terpaksa bagi aku. Aku terpaksa melayan kerenah seorang yang ‘gila’ dengan pelabagai ragam yang tidak siuman. Apa pun aku buat, aku sangat mengharapkan Dia melindungi aku.


Jadi, perlahan-lahan aku angkat jemari aku. Dengan terketar-ketar, wajahnya aku sentuh. Dia memandang aku dengan wajah yang terkejut. Aku senyum kecil, dan jemari aku yang terketar-ketar tadi mengusap wajahnya yang.. comot. “Percayakan aku, aku cuba fahamkan kau. Kau mungkin gila, tetapi itu semua topeng yang kau pakai”


“Apa yang kau cu..”


“Syhh..” aku mengusap pipinya lembut sehinggakan ibu jari aku bertukar warna; warna contengan wajahnya. Matanya aku renung sedalam mungkin, “Apa yang perlu aku buat untuk kau percayakan aku?”


Dan kali ini dia senyum. Senyum yang sangat menyeramkan. Senyuman yang boleh mematikan akal aku kerana senyuman itu membuatkan aku terfikir, apakah yang ada dalam pemikiran dia? Mata aku jatuh pada sebelah tangannya yang satu lagi  yang tidak bergari dengan tangan aku, tangan itu mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya



Picagari?


Kening aku terangkat. Hati aku mula resah, dia nak jadikan aku ‘gila’ pula ke? Dari mana dia dapat ubat-ubat yang dia selalu gunakan ini? Dan.. dari mana dia selalu dapat bahan-bahan sintetik untuk buat topeng? Macam mana dia buat?


“My love, if you really love me and want me to believe you..” suaranya meleret bersama senyumannya yang penuh makna, “..suntik ini pada leher kau sendiri” dan picagari si serahkan kepada aku.


“Apa ini?” aku masih tidak menyambut objek ditangannya.


“Kalau kau percayakan aku, kau takkan tanya aku” keningnya terangkat. Wajahnya penuh dengan kenakalan yang tampak bijak dan penuh dengan kelicikan. Senyuman tajamnya membuatkan perut aku memulas lagi. Objek ditangannya aku renung.




Ya Allah, what am I supposed to do?! Aku cuba tidak menjerit. Relax, Bella. Kau boleh hadapi ini semua.


Nafas aku tarik sedalam mungkin.


Dan perlahan-lahan aku sambut picagari yang penuh dengan cecair berwarna kuning pudar itu. Tangan aku menggeletar hebat.


“Takut ke, sayang?” bisiknya rapat ke telinga aku.


Aku terkaku. “Tttak..” bibir yang menggeletar aku kertap. Ya  Allah, Apa pun yang aku buat, lindungilah aku. Mata aku terpejam rapat. Ini kerja gila, sangat gila! Aku tidak tahu kemungkinan yang bakal terjadi pada aku.


Allah.


Dan jarum aku tujukan pada mana-mana bahagian leher. Langsung tidak ingat mahu mencari urat atau apa-apa sahaja terms medical dan prosedur yang aku belajar. Aku tidak tahu apa yang merasuk aku. Mata aku mencari sepasang mata hijau yang merenung aku dengan penuh duga. Bibir aku menyoal dia perlahan, “Do you really want to know who’re you in my eyes?”


Keningnya terangkat dan aku sambut renungannya dengan senyum kecilku sebelum menjawab sendiri soalan aku.




“A beautiful monster”





Dan jarum, aku benamkan ke kulit aku.



--**--**--


A/N; Thanks to dia, the one yg buat security dekat blog ni while saya dekat hospital.
Walaupun ada typo, ‘don’t play with fire if you can hanle the heat.’

Hanle pun hanle la. Typo itu gangster. Takpa.













Popular posts from this blog

Beautiful Escape (Full)

Sweet and Strange: 1

Sweet and Strange: 2