The Mask 4



In the blissful darkness, 
a lonely demon looked up into the night sky,
there's nothingness within the universe,


And asking himself,
Is that impossible
for a demon
to fly without wings?


So he tried to fly,
With no wings
but fury
and memories.





Memories.

Aku sentiasa percaya, bila kau lupa segala-galanya dan buang segala-galanya dari kotak fikiran sama ada engkau memaksa ‘segala-galanya’ itu untuk dibuang atau kau sendiri yang merelakannya, kau tetap akan lupakan segala-galanya tentang memori lalu.

Seperti sesetengah orang, mereka sentiasa berimaginasi sendiri ‘kalaulah’ butang delete ada dalam kehidupan ini, pastinya, mereka akan delete apa sahaja memori yang menyakitkan dan memalukan supaya mereka tidak akan ingat kembali tentang apa sahaja yang mahu ditinggalkan di belakang.

Bagi aku, itu semua tidak mustahil. Sangat tidak mustahil untuk kau lupakan segala titik hitam yang kau mahu lupakan. Aku juga sentiasa kata pada diri aku yang aku ‘boleh lupakan’ semuanya yang menyakitkan. Boleh dan sangat tidak mustahil.

Tapi ada satu yang mustahil.


Kau tidak akan bisa melupakan apa yang pernah kau ‘rasa’ daripada memori itu. . Kau takkan  boleh lupakan, kau boleh pura-pura amnesia, delirium, dementia atau mungkin buat bodoh sahaja dengan memori masa lalu dan hidup seperti kau baru lahir tetapi..


Kau. Takkan. Pernah. Melupakan. Apa. Yang. Pernah. Kau. Rasa.


Sakit dan perit seperti kulit yang dicarik, rasa itu takkan hilang. Bahagia dan manis seperti dalam syurga, rasa itu takkan menghilang. Keliru dan sepi seperti hilang dalam bayang sendiri? Rasa itu juga tak mampu dihilangkan. Maka, wajarkah jika aku kata yang aku sebenarnya tidak pernah lupa apa yang aku rasa? Atau mungkin..



Memori aku bukan di otak, tetapi di hati.





****




Mata aku terkedip-kedip memandang wajahnya. Aku tak faham dengan apa yang aku rasa tetapi bukan ini yang aku mahu rasa. Mata aku merenung sepasang refleksi hijau di sebalik lensa dia. Mencari sesuatu yang mungkin dulu aku pernah rasa dengannya dan mencari sesuatu yang aku hilang. Mencari sesuatu yang telah lama aku lupakan.








"Nama saya Rayyan"



"Kenapa senyap?"



"Awak ni memang tak suka bercakap dengan lelaki eh?"


"Sombong gila dowh! Penat aku mengurat kau. Dah la, chiaw dulu"


"I don't know why, I like you. Really, really like you, Bella.."







ZAPP! Aku dapat rasakan suara-suara itu datang dari dalam fikiran aku. Mata aku masih tenggelam dalam renungannya dan dia hanya diam. Aku tidak tahu mengapa, kali ini aku langsung tidak melawan dia walaupun tubuh aku digendong begini dan sudah pastinya sepatutnya aku boleh sahaja memberontak tetapi..




Bukan sekarang.




“Who’re you?” soalan yang terbit dari bibir aku. Soalan yang mungkin tidak relevan.



Dia tarik senyum biasa, “Who're you, Doctor?” dan kali ini wajahnya didekatkan. Dia seperti memaknakan siapa aku yang sebenar. Aku hanya terdiam. Dia pula seperti dia langsung tidak terbeban dengan berat badan aku. Wait, kenapa ayat aku macam nak cakap aku ringan? Perasannya aku!



“Saya Nabella” aku pandang dia dan kali ini aku pandang dia dengan pandangan berani mati sehingga mata aku betul-betul merenung dia setajam mungkin. Bukan pandangan benci. Hanya menelek setiap lekuk wajahnya- setiap ruang matanya dan setiap roman wajahnya. Aku cuba mahu mengingat.. sedang cuba dan cuba..



He's there in your memory, Bella. Suara Qarin seperti memujuk aku. Now, dig it, dig your memories. Cari.. cari.. cari..




“Saya Rayyan” dia seperti tenggelam dengan renungan aku. “Orang gila yang pernah gilakan awak. Orang gila yang pernah jatuh cinta dengan awak, dan sentiasa gila..” dan kalinya bibirnya dirapatkan di dahi aku, “..gila mengejar awak” nafasnya menyentuh dahi sebelum aku tahan.



“Stop” aku merenung dia dengan mata membundar. “Saya tak faham, saya.. saya selalu dengar suara awak dalam fikiran saya tetapi sentiasa tak jelas. Sampai suatu hari, saya cuba bagi tahu dengan parents saya tentang suara dalam fikiran saya, mereka kata ianya bukan dari masa lalu saya. Mereka kata saya mungkin amnesia yang biasa.”


“Awak bukan amnesia”



Dahi aku berkerut. “Apa awak cakapkan ini?” aku hampir menolak bahunya kuat tetapi masih tersedar yang aku dalam pegangannya. “Dan kenapa saya perlu percayakan awak suami saya sedangkan ibu bapa saya betul-betul tak pernah bagi tahu saya apa-apa tentang awak atau anak saya? Takkanlah mereka kejam nak buat saya lupakan awak semua?”


“Dan dari mana awak dengar semua suara-suara saya dalam fikiran awak?” dia melawan balik kata-kata aku. Sinis. "Awak sengaja ke nak seru suara saya?”


“Mungkin awak buat ilmu hitam dekat saya” aku angkat kening aku.


“Kemungkinan yang sama pada kedua ibu bapa awak”


“Apa awak cuba cakap?!” kali ini suara aku meninggi. Kali ini aku rasa mahu mengamuk pun ada! “Okey, turunkan saya!” aku mula tegas. Wajah aku jauhkan dari wajah dia. Mula jijik. Takkanlah ibu dan ayah aku langsung tidak pernah beritahu aku tentang masa lalu aku? Takkanlah mereka sanggup buat ini semua? Tak logik! Mungkin perempuan dalam gambar itu hanya pelanduk dua serupa.


Suara-suara yang kau selalu dengar itu? Takkan suara-suara itu pun pelanduk dua serupa?


Aku tergamam sendiri.


“Kenapa susah sangat awak nak percaya?” dia masih tak turunkan aku. Aku pula terpaksa berpaut pada leher dia supaya aku tak jatuh kedebuk ke lantai dan Oh aku sangatlah jijik dengan fakta itu. Jadi mungkin, aku lebih sanggup jatuh ke lantai.



Tangan aku lepaskan dari leher dia.




Dia hampir jatuhkan aku ke lantai tetapi tubuh aku dipeluk erat ke dadanya sehingga aku rasa terkepit. Kali ini aku tolak dadanya kuat dengan sekuat hati aku, “LEPASLAH!!”


“Please, Bella.. this is me! Rayyan!!” dia menengkin aku. “Suami awak! Tolonglah! Please ingat balik.. tolonglah!!”


“Awak tipu!!” aku masih berdegil dan kali ini badan aku mula memainkan peranannya. Aku seperti cuba bergelut untuk lepaskan diri aku dari dia! Ini gila! Aku tak pernah ada suami lagi dan anak! Tak.. tak mungkin mereka pernah jadi sebahagian daripada aku. Suara-suara itu semua karut! Mungkin.. mungkin ianya hanya satu kebetulan.



“Bella.. please..” suaranya separuh merayu.



“No! kau tipu! Kau ini hanya lelaki gila!” air mata aku mula mengalir. Masih cuba bergelut dengannya. “Kau tidur dengan perempuan lain, takkan aku ada suami macam kau? Aku.. aku..” bibir aku terkelu. “..takkan aku dapat suami seteruk kau? Tak! Tak mungkin! Aku tak kenal kau siapa, Rayyan!” air mata mengalir deras. “Now! Let go of me, gila!!” dan dalam penafian aku, entah kenapa aku rasa air mata aku mengalir deras dan bagaikan ada sesuatu yang mencarik hati aku.


Sakit. Pedih. Rasa yang salah.


The Mask hanya senyap sejenak dan dia seperti menelan setiap patah perkataan aku sebelum bibirnya mengukir senyum dan tawa kecil meletus. Aku terdiam. Seluruh tubuh aku menjadi kaku apabila tawanya lama-kelamaan menjadi besar dan.. menyeramkan.


“Kau nak tahu kenapa aku tidur dengan ramai perempuan?!” dia menggendong aku rapat ke dadanya dan kali ini kakinya melangkah masuk semula ke dalam bilik. “SEBAB AKU NAK LUPAKAN KAU!!” dan suaranya tinggi sehingga tubuh aku teruk dicampak ke katil. Aku menahan perit tulang belakang aku. Air mata aku masih mengalir deras.


Seluruh badan aku menggeletar.


“Aku ini suami kau!!” dia meraup wajahnya yang merah seraya memanjat katil. “Aku tak faham apa yang mereka dah buat pada kau dan kenapa kau benci sangat dengan aku! Hahahaha! tapi mereka buat aku gila!” dan kali ini dia terus menekan tubuh aku.



Allah.



Seluruh tubuh aku menggeletar. “No.. kau nak buat apa ini?” air mata aku dan esakan aku bercampur. “Please, jangan.. jangan macam ni” dan hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa jantung aku mahu gugur dengan setiap riak wajahnya yang bertukar menjadi seorang lelaki yang bukan ‘The Mask’ ataupun ‘Rayyan’. Aku  menjerit sakit apabila beratnya menghimpap lutut aku, “Arghh.. please.. lepaskan aku, aku bukan dia, aku bukan isteri kau”




“Hahahaha! Kau isteri aku!!” dan kali ini bahu aku ditekan kuat. “Kau isteri aku, kau lupa, biar aku ingatkan kau dengan cara ini. Hahahaha!” dan tawa kasarnya menggila. Wajahnya yang bersih daripada sebarang contengan itu bertukar merah. “Kau nak sangat lupa kan? Kau nak sangat pura-pura lupa! Biar aku kasi kau apa yang kau paling lupa!” dan baju kurung aku diselak.



Seluruh nafas aku beku.



“NO!!” aku cuba menjerit sekuat hati sebelum tangannya menekup mulut aku. Terasa seluruh urat saraf aku terhenti lagi dengan sentuhan dia. Air mata aku mengalir deras. Dunia aku akan hancur. Aku akan hancur.



“When I was just a little boy..” dia menyanyi kecil dan nafasnya menyentuh leher aku. “I asked my mother, what would I be?” dan aku dapat rasakan ada satu sentuhan lembut di anak rambut aku. “Will I be handsome, will I be rich?” dan kali ini bibirnya jatuh pada mata aku.


Esakan aku semakin lemah. No, Not me. Ya Allah..



Mata aku tertutup perlahan bersama linangan air mata yang jatuh sebelum suaranya berbisik, “Here what she said to me..” dan air mata yang mengalir di pipi tadi dikucup lembut. “Que sera sera, what ever will be will be” dan air mata itu mengalir ke tepi pipi aku dan nafasnya mendekat di situ, “The future not ours to see..” cuping telinga dikucup, “Que sera, sera” dan sentuham dia semakin membuatkan aku menjerit dalam tangisan.


Dan seluruh badan aku terkaku.




Que sera, sera..
what will be,
will be.




**--**



Pandangan aku kabur dan setiap apa yang jadi pada diri aku tikala ini hanyalah mimpi dan aku seakan-akan lemah. Bibir aku bagaikan mahu bergerak tetapi lemah. Aku dapat dengar suara dia dan setiap nafasnya pada kulit aku tetapi aku juga rasakan bagai aku separuh mimpi.











"Saya mengandung! Two months!" aku terus memeluk leher seorang lelaki.


"Alhamdulillah, honey" dan tubuh genit aku dirangkul. "I'll always love you, both of you" dan senyuman kami berbalas. Bahagia.


"I'll become a very young mommy" wajah aku bertukar suram. "Ada berapa lagi tahun nak graduate? Saya.. saya takut. Saya takut if I couldn't make it"


Dia senyum tenang aje. Wajahnya segar dan bibirnya masih kacak dengan ketenangan dia. "I'll be there for you, honey. Through all the thorns though the world will go agaisnt us." Dia mengucup pipi aku. "Don't worry, sayang.."


"Ibu dengan ayah patut tahu, you know" aku senyum hambar sambil angkat bahu. "Patut tahu kan? Your parents too"


Dia, sekali lagi senyum tenang. "They will be happy" dan tubuh aku yang digendong diletakkan atas katil. Dahi kami bertemu. "My pa and ma will be happy too, honey." Dan hidung kami berlaga. "They will love this lil fella too" kali ini perut aku digeletek.



Tawa aku pecah. "Jangan lah geletek saya, Doktor Rayyan! I said stop it!" Aku ketawa sehingga air mata aku keluar. "You're crazy macam joker!"



"And you, babe.." kali ini dia berhenti menggeletek. Baju bahagian abdomen aku diselak. Bibirnya jatuh pada bahagian itu. Lama. Aku tahan kegelian dan tawa aku sekali lagi hampir pecah sebelum terasa perut aku ditiup kuat, "..my crazy harley quinn"


Masa aku kecil, orang tiup di perut adalah sesuatu yang amat aku geli. Sekarang juga. Ketawa aku keluar sehingga ada air mata. Dia terus menggeletek perut aku dan aku hanya ketawa.. dan ketawa..


Bahagia.












“Rayyan..” mata aku yang kabur dengan air mata tadi terbuka jelas. Mimpi tadi bagaikan hilang dari diri aku. Kepala aku terasa berdenyut. Tangan aku menggagau mencari tubuh dia dan terhenti pada wajah dia yang beberapa inci dari aku. “Rayyan, stop.. please..” air mata aku jatuh.




Suami aku.



“Not until you remember..” dan terdengar ketawanya meletus.



“Please.. ssaya dah ingat” bibir aku bergetar. “Sssaya dah ingat” dan tangan lemah aku cuba menolak tubuhnya menjauh. Sangat lemah. Aku terbatuk kecil bersama kepala aku yang terasa pening. “Lllepaskan saya.. ttolong..” air mata aku mengalir lemah dan tangan aku masih cuba menarik baju aku untuk menutup yang terdedah.


“Penipu”


“Tttak..” dan terasa aku semakin sukar nak bernafas. “Sssaya ingat, ssaya.. isteri awak” dan aku terbatuk kecil lagi. “Sssara..” kali ini esakan kecil aku hampir bergema tetapi keadaan tubuh aku sangat lemah sebelum terasa ada cecair mengalir dari hidung aku.




Sara anak aku.



“Bella?” dan nada suaranya berubah.


“Ssara..” mata aku tertutup separuh. Hanya cahaya suram yang masuk. “..my baby.. Sssara..” air mata mengalir.


“I’m sorry, apa aku dah buat? Shit, Bella.. kenapa.. hidung berdarah ni?” suaranya sayup-sayup memanggil aku. “Don’t close your eyes, please, I’ll help you.. I’m sorry.. Bella, please, jangan tutup mata” dan dia seperti menjauh dari aku.



Dan seterusnya bunyi suara Rayyan yang panik berganti dengan mimpi aku.















"She's so adorable" suara Rayyan sambil bayi di tangan aku diambil.Sara Rayyana, Little Pumkin and baby boo"


Aku hanya senyum lemah. Mendengar suara bayi menangis, bayi aku, ialah sesuatu yang sangat indah dan.. pelik. Pelik kerana aku melahirkan seorang manusia. Melahirkan. Indah kerana aku rasa aku seorang wanita yang hebat dan.. complete.


Aku seorang ibu.


Air mata aku jatuh.



"Hey, kenapa mommy Sara menangis ini, huh?" Dan dia mengusap air mata aku. "Jangan menangis.." Sara diletakkan dia tepi aku. Bayi yang bagi aku masih merah dan kecil itu hanya tidur dan sesekali jarinya yang terkeluar dari bedung bergerak.




Dan air mata ini mengalir lagi dan lagi..


"Hey mommy, what's wrong.." dia mengucup air mata aku yang jatuh ke pipi. "Kenapa menangis teresak-esak sangat ini" dan bahu aku dipeluk sambil dia tidak berhenti memujuk lembut.



"It hurts me" aku berbisik perlahan dan lemah.



"Hurt you?" Keningnya terangkat.




"Beranak" aku senyum dengan air mata yang berlinangan. "Sakit" dan air mata aku seka. "But it's a beautiful pain, the most beautiful things.. like a miracle happens to me" dan aku ketawa kecil dengan air mata yang tidak berhenti jatuh. Bayi tadi, aku usap bibir merahnya.


Aku tidak pernah rasa begini.


Bahagia sangat..


Menjadi seorang ibu.


Complete.


Dan dia ketawa kecil, "I wish I could help you. Biar saya beranak, awak mengandung aje tapi tak boleh. Saya boleh buat awak mengandung aje lah kut" 



"Rayyan!!" Jeritan bersatu dengan tawa nakalnya. Tiba-tiba Sara menangis kuat.



"Sara menangis, mommy buat!" Rayyan angkat Sara. Bayi kecil iti didukung dengan berhati-hati. Dia hanya senyum nakal sahaja untuk aku sebelum Sara dibawa menghadap tingkap. Tangisan kecilnya terhenti dan aku hanya senyum. Pandainya dia jaga budak..


"Sara, I'll love you, my girl" dia berbisik pada si kecil, anaknya. "Forever.." dan bayi itu dikucup.



Air mata aku jatuh.
















Badan aku terasa panas. Mimpi tadi seperti hilang kembali. Aku dapat rasakan darah di hidung aku terus di lap oleh dia. Suaranya yang panik memanggil nama aku membuatkan aku rasa keliru. Apa dah jadi dengan aku? Kenapa aku susah nak bernafas ini?


“Sayang.. Bella.. tolonglah, stay breathing, I’ll help you, okey?” dan aku dapat rasakan rambut aku diselak dan diusap. Rayyan mengucup dahi aku, “Saya tak buat apa-apa pada awak tadi.. saya.. saya hampir.. saya minta maaf, sayang” dan bertalu-talu dahi aku dikucup.


“Sssara..” bibir aku seperti  berat untuk menutur. Aku mahu Sara. Aku nak anak aku. Aku ibu dia. Sampai hati mereka pisahkan aku dan dia!


“Yeah, Sara will be right here, you calm down okey. Now, I’m gonna check you, I’m sorry, but.. saya kena sentuh dada awak. I’m not doing this for any other purposes macam tadi, saya.. saya minta maaf” dan suaranya kelam kabut dan menggeletar. Aku dapat rasakan baju kurung aku tadi yang separuh terbuka terus diselak. Sentuhan dia pada dada aku membuatkan seluruh badan aku bergerak sedikit. Dia bersuara, “Saya minta maaf, sayang” dan suaranya lembut. Bukan Rayyan yang yang tadi atau The Mask, hanya Rayyan yang aku kenal dulu. “I’m so sorry for hurting you, I’m sorry.. really sorry”


Rayyan aku. Aku.


“I’ can’t..” aku cuba bernafas. Kenapa dengan aku? Dada aku rasa berat. Seluruh badan aku sakit dan terasa kaku. “I can’t breath”


“Wait” dan dia seperti ambil sesuatu dan diletakkan atas dada aku. Seperti disapu. Aku tidak tahu apa dia dan aku dapat rasakan dada aku terasa panas dan suam. “Ubat sapu ini, saya sendiri yang buat hasil kajian dengan herba tempatan, I don’t know if it’ll work on you or not. Let’s just wish it will, honey” dan terasa kucupan lembut pada telinga aku.


“Ssara..” kali ini mata aku tertutup lemah. “anak.. anak saya” dan sepenuhnya tertutup sebelum kegelapan menelan aku sepenuhnya.


'I love you, mommy'




**--***





“Mommy..”


Aku paksakan mata aku untuk dibukakan. Berat. Bibir aku seperti tergerak-gerak hendak menyebut sesuatu. Dada aku berasa panas dan aku dapat rasakan ada cecair jernih mengalir diantara celahan kelopak mataka aku.


“Kenapa mommy menangis?”


“Syhh, Sara, mommy tengah tidur” suara Rayyan. Hanya suara dan suaranya sangat jelas. Suara yang.. aku rindu. “Sara baring tepi mommy, okey?”


“Bila mommy nak bangun, daddy?”


“Let’s just wait and see, honey”


**--**




Mata aku perlahan-lahan terbuka. Bibir aku kering. Apa yang aku nampak hanyalah siling bilik. Bilik Rayyan. Hidung aku mencium bau ubat di sekeliling aku. Aku cuba menarik nafas yang berat. Dada aku berasa semakin tenang apabila nafas yang berat tadi menjadi ringan, semakin ringan apabila aku cuba menarik nafas perlahan-lahan.


Kenapa dengan aku?


Apa jadi pada aku sampai aku jadi begini sekali? Aku cuba mengurut kepala yang sedikit berpusing sebelum tersedar tangan kanan aku dipeluk dari tepi. Sara. Perlahan-lahan aku pusingkan tubuh aku menghadap tubuh kecilnya yang terlalu.. kecil. Separuh rambutnya menutup wajahnya.


Anak aku. Dia anak aku.


Dada aku berdegup kencang. Perlahan-lahan wajah aku dekatkan dengan wajahnya. Hidung kami hampir bertemu dan aku dapat menghidu bau bayi yang sangat harum. Comel. Bibir aku mengukir senyum. Dia seolah-olah sangat penat dan tidurnya sangat lena. Perlahjan-lahan jemari aku menyentuh hidungnya. “Sara Rayanna” aku mengucup pucuk hidung kecil itu. “I’m sorry, sayang..” dan aku berbisik perlahan pada telinganya. Telinganya aku kucup, “I’ll always be your mommy..” dan air mata aku jatuh. “Always” seluruh tubuhnya aku dakap kuat. Dia bergerak sedikit tetapi masih dibuai lenanya.


Anak aku. Anak yang aku tinggalkan..



Hati aku berasa sesak dan sebak. Rambut dia aku kucup bertalu-talu. My daughter. Kenapa ibu dan ayah buat aku macam ini?! Aku.. aku tak tahu apa yang mereka buat pada aku tetapi kenapa sampai perlu pisahkan aku daripada anak aku? Darah daging aku?


Dan kesakitan melahirkan seorang bayi, kesakitan yang sangat indah. Tetapi mereka merosakkan segala-galanya.. aku pula, hanyalah seorang ibu, ibu yang langsung tidak tahu anaknya wujud. Esakan kecil aku bergema dan seluruh tubuh aku menggeletar. Aku rindu anak aku.. anak aku..


“Bella..”


Dan suami aku.


Nafas aku terhenti apabila mendengar suara dia. Segala imej wajahnya dalam mimpi itu dan suaranya jelas. Rasa yang seolah-olah aku alaminya dahulu juga semakin jelas. Sangat jelas.  Seluruh tubuh aku membeku walaupun aku masih mendakap erat anak aku.


“Bella, I’ve something to say” suaranya datang dari arah belakang aku. “Tapi.. saya kena bawa Sara ke biliknya dahulu. I want to talk to you, privately” suaranya lembut. Sangat lembut. Aku masih dalam keadaan membelakanginya tetapi aku dapat melihat pantulan wajahnya disebalik permukaan almari yang licin yang letaknya tidak jauh di tepi katil sana.


Wajah dia comot seperti The Mask.


“Bella?” suaranya lagi.


“Can you wait for awhile?” suara aku serak-serak basah. Aku memeluk Sara erat. “I just to hug my daughter for awhile” dan aku mengucup Sara bertalu-talu. “I mean, forever”


Dan disebalik pantulan permukaan almari itu, aku nampak senyumannya melebar.


**-**


Janggal.


Satu perkataan yang cukup sesuai menggambarkan situasi aku. Aku ingat dia. Ya, aku ingat dia dan sumpah aku tipu jika aku kata aku langsung tidak rindukan dia tetapi perasaan ‘janggal’ ini hadir seolah-olah membuatkan aku tidak tahu mahu buat apa dengan dia. Kini, aku hanya duduk di atas katil sambil merenung dia berdiri membelakangi aku. Dia merenung ke luar tingkap.

Dari tadi dia hanya menunduk dan langsung tidak mengangkat wajahnya untuk merenung aku. Aku tahu, dia masih memakai ‘topeng’ dia dan aku tidak pasti mengapa. Mata aku hanya merenung susuk tubuhnya dari belakang. Susuh tubuhnya yang besar dan tiba-tiba otak aku cuba mencerna kembali ‘wajahnya’ tanpa topeng-topeng itu. Cuba mengingat semula. Mata dia.. bibir dia..


“Apa yang awak mahu beritahu saya?” aku bersuara setelah dia seperti diam. Dari belakang tubuhnya, aku dapat tangkap yang dia seperti ketawa kecil.


“Awak bukan menipu lagi, kan?” dia masih tidak menghadap aku. Seperti mahu sembunyikan wajahnya lagi. “Siapa tahu mungkin awak menipu dan masih berpura-pura sebab awak nak larikan diri”


“Saya takkan larikan diri”


Dia seperti tidak bergerak. Seperti terkesan dengan kata-kata aku.


“Saya gila”


“Awak tak gila” dan kali ini aku bangun dari katil. Masih berdiri di tepi katil dan masih tidak berani mendekatinya. “Mereka tipu awak” dan aku mendekatinya selangkah. Tanpa bunyi. Dia masih membelakangi aku. Masih memakai topengnya. “Saya dengar Ahmad berbual dengan seseorang. Saya tidak tahu siapa tetapi dia kata awak tak gila dan mereka saja buat awak percaya awak gila. Mereka yang buat awak culik semua perempuan itu, mereka yang bunuh dan jual semua perempu..”


“Stop”


Langkah aku yang mendekatinya dan bibir aku yang lancang bersuara terhenti. “Doktor Rayyan Khalid..” suara aku lembut memanggil namanya. Aku ingin beritahu dia, aku benar-benar ingat siapa dia. Aku tahu siapa sebenarnya dia. Aku mahu beritahu dia, aku tidak berpura-pura Cuma.. sesuatu menghalang aku. Memori aku bukan kembali sepenuhnya tetapi perasaan itu masih ada. “Awak tak pernah gila, Rayyan” dan kali ini tangan aku jatuh pada bahunya.


Dia seakan terkedu. Tiada pergerakan.


“Saya tahu semua itu” dia menjauh dari aku. Seperti mengelak sentuhan aku. Masih membelakangi aku dan dia bersuara, “Saya tahu saya tak gila tetapi saya tetap pura-pura gila dan biarkan rasa ini menguasai saya, Bella. Saya.. saya tak tahu apa yang mereka buat pada perempuan-perempuan itu selepas mereka tidur.. I’m sorry, Bella.” Dia seperti berat untuk meneruskan kata-katanya. “Saya buat semua itu sebab hidup saya rasa kosong. Semua orang seperti mahu lihat hidup saya hancur. Saya tidur dengan mereka semua sebab nak lupakan awak dan.. saya.. saya tak tahu mana semua perempuan itu pergi. Semua yang di sini semuanya gila, mereka betul-betul gila dan sebenarnya mereka bekas pesakit arwah bapa saya. Bapa saya juga doktor.. macam awak tetapi dia ada buka pusat rawatan dia sendiri. Sebelum dia meninggal, dia bagi semuanya pada saya tetapi.. hidup saya juga hancur dengan awak yang diambil dari saya”


Dan segala-galanya hancur bagi dia.



“Siapa Ahmad?” aku mula rasa lutut aku longgar. Aku tidak tahu mahu marah Rayyan atau tidak atas apa yang dia pernah lakukan. Tetapi, aku keliru. Masih keliru.


“Adik tiri saya” dia masih membelakangi aku. “Mungkin orang yang dia telefon tempoh hari abang dia, juga abang tiri saya. Mereka anak isteri pertama bapa saya dan saya yang kedua. It’s all about revenge.. they want to destroy me more than you’ve ever imagined but I don’t care anymore” suaranya perlahan. Wajahnya seperti ditundukkan. “Because my life is nothing, nothing after they took you from me and Sara is the reason why I’m still living in this hell.” Dan dia ketawa kecil. Kedengaran seperti menutup peritnya.



“But you’ve Allah” aku mendekatinya lagi.


“Still macam dulu” dia ketawa kecil. Hambar. “Masa first time saya kenal awak, awak hanya budak perempuan yang nerd dan pakai tudung labuh macam budak sekolah asrama itu. Awak nampak sangat pendiam dan tak suka bercakap dengan lelaki but you’re actually the one who loves to stand out instead of fit in, you’re thoughtful and you’re loud though you looked thoughtless and blur, you’re the most suitable person on earth to prove that silence is gold” dia ketawa lagi dan kali ini lebih besar. “Dan awak suka bercakap pasal tuhan”


Aku terdiam.


“Nabella Hayana, do you, ” dia tekankan suaranya. “..remember anything about me?” dan tawanya tadi bertukar sinis.


Aku terkedu.


“No, I guess?” dia ketawa lagi. “You’re the reason why I’m wearing this..” dia tunjuk pada wajahnya dan walaupun dia membelakangi aku, aku masih dapat menangkap wajahnya sipi-sipi. “..mask. You know why, Bella?”


Aku telan air liur. “Nnno..” bibir aku menggeletar.


“Because,” dan dia rapatkan dahinya pada dinding. Seperti lelah. Seperti penat. Seperti sakit. Dan itu semua ada disebalik topeng itu. “I want to forget my real face that always smile for you when you’re there.”


Air mata aku jatuh.


“Sebelum saya kenal awak, saya hanya lelaki yang bebas.. macam sekarang.” Suaranya perlahan. “Dan saya kenal awak, you’re just like my mother. Sweet and always know how to comfort me though sometimes you’re always against the grain, stand by your own opinion that you believed so much and that makes you different from others. I remember every single things about you and I don’t expect you to remember anything about me anyway” dia angkat bahu.













"Nabella?" 


Aku terus memandang Rayyang yang dusuk di tepi Mustaqim yang duduk di hadapan Syauqiah dan aku. Rayyan bertukar pandangan dengam Mustaqim.


"Apa awak nak?!" Aku menyoal garang.


"Mustaqim got something to say" Rayyang senyum sambil skaf yang menutup lehrrnya dibetulkan bersama-sama dengan winter coat dia yang nampak selekeh hari ini. Macam orang tidak betul pula.


"Hah? Apa?!" Aku pandang Mustaqim macam gangster dan suara aku betul-betul ganas sampai Syauqiah tepi aku menegur aku. Aku julingkan mata ke atas. Lelaki zaman sekarang mana boleh baik-baik! "Hah! Cepat cakap, kau nak meminang aku ke apa?!" Aku cuba berseloroh ala-ala gangster tahi kucing. Ha! Ha! Ha!


Dan wajah mustaqim pucat. Rayyan? Lagi pucat!


Masing-masing memandang antara satu sama lain.


Dah kenapa dua ketul makhluk Allah ini?!


"Bella" Rayyan pandang aku dengan tidak percaya.


"Amendenya?!"  PAP! Aku hentak meja dan sekali dengan itu, Mustaqim melompat dari tempat duduknya.



"Bella" suara Mustaqim pula.


Aku gertap bibir, "APAMENDENYA KAU OR.."


"Rayyansuruhakutanyakaunakkahwindengandiatak!"dan Mustaqim terlatah dan ayatnya sangat laju seperti F1. Aku ternganga. Rayyan dah pucat.


"Mus, saya dengar 'katak' aje dekat hujung itu." Aku pandang dia bosan. Mus siku Rayyan dari tepi



Dan Rayyan bersuara, "Okey fine!" Wajahnya tenang dan mata aku direnung tajam, "Bella, jom kahwin?"



"Huh?!" Syauqiah di tepi aku orang pertama yang melompat dari meja dia. Terkejut.


Dan aku?



"WHAT?!" Bapak beruk terkejut!



"Easy, kahwin?" Dia sengih. "Kita. Kau. Aku" dia tunjuk pada aku dan dia. "Lepas itu dapat anak, kita kerja. Anak sekolah, pastu.." dia menerangkan dengan muka seposennya. "...tadaa.. mati."


"Are you kidding me?"


"Nope Bella, let's build a family. But first, we need the bricks" dia senyum comel. "Kahwin?"
















Aku pejam mata. Tiba-tiba terasa denyutan di kepala. Perlahan-lahan aku buka mata dan melihat Rayyan yang masih membelakangi aku. Aku senyum kecil. Rayyan.. Rayyan ini, Rayyan aku. Kaki aku melangkah ke  arah katil dan terus tuala putih yang aku anggap bersih itu aku capai. Perlahan-lahan aku mendekatinya kembali.


Tangan dia aku pegang.


Dia tersentak apabila jemarinya aku genggam. “Rayyan..” aku memanggil namanya lembut. Hati aku bagaikan disentuh satu rasa. Rasa rindu yang jarang aku rasa. Rasa rindu yang.. betul-betul membuatkan seluruh jiwa aku tidak tenang. “Rayyan, do you think I’ll forget everything about you?”


Dan kali ini dia pandang aku.



Wajahnya yang masih bertopengkan seorang ‘The Mask’ itu aku pandang. Mata dia aku tenung dengan berani. Dia hanya diam dan perlahan-lahan jemari aku jatuh pada pipinya yang comot dengan contengan itu. “Kenapa Rayyan saya jadi macam ni..” dan dada aku rasa sakit. Sebab aku, sebab aku dia jadi seperti ini. Ibu jari aku mengusap pipinya sehingga kesan pemerah pipi itu hilang. “Maafkan saya, Rayyan..” dan suara aku pecah. Bibir aku bergetar bersama dengan segunung rasa bersalah. Dia bagai terpaku. Tuala tadi, aku lap pada bahagian wajahnya yang comot. “Awak.. awak tak perlu pakai topeng awak bila depan saya” air mata aku jatuh. “Rayyan, saya.. saya minta maaf” hati aku seperti dicarik, seperti ditikam bertalu-talu. Sebab aku ke dia jadi macam ini? “Rayyan.. saya minta maaf..” air mata aku jatuh dan jatuh. “Saya tak jaga Sara.. saya biarkan Rayyan macam ini..” lutut aku longgar. “Saya jahat, Saya minta maaf..”


Dan tuala aku jatuh.


Dia terkaku.


“Ssaya minta maaf..” aku melutut di hadapannya. “Saya cakap awak gila, saya cakap awak perogol, pembunuh.. saya..”


“Bella” suara dia memanggil aku. Perlahan-lahan aku angkat wajah. Dia menunduk dan melutut menghadap aku. Mata dia merenung mata aku yang penuh dengan mutiara jernih. “Awak tahu tak apa yang awak cakap ini?” dan dia mendekat. Perlahan-lahan bibirnya jatuh atas dahi aku. “Awak kuat merepek” dan suaranya.. broken. Rambut aku diselak dan dia berbisik di telinga aku, “Ada saya minta awak minta maaf?”


Geleng. Air mata aku jatuh.


“Awak tahu apa saya nak minta?” tangannya jatuh pada leher aku. “Jadi ibu kepada anak saya” dan ubun-ubun aku dikucup. “Jadi isteri kepada saya” dan mata aku. “Hanya saya” dan pucuk hidung aku. “Hanya awak” dan..






“Mommy?” Suara Sara. “Daddy?”




Kami terkaku.





Pergerakannya terhenti beberapa inci dari wajah aku. Rayyan mengeluh. Bibirnya yang berhenti beberapa inci di hadapan pucuk hidung aku hanya mengukir senyum. “Sara..” dia mula buat suara ‘garang’ dia. Leher aku dilepaskan. Aku menyimpan senyum kecil dan kami sama-sama kini menghadap Sara. Rayyan sambung, “Kenapa kacau daddy?”




“Sara.. umm..” Sara memintal baju tidurnya. Muka bersalah. “I’m sorry”





“Why sorry?” aku pura-pura bertanya walaupun dah tahu kesalahan dia.





Sara terdiam sebelum..





Wajahnya diangkat, “Because I’m so jelouse” dia pandang kami dengan mata berkaca. “Daddy ignored me because he’s kissing with my mommy!” dan esakannya bergema.


Rahang aku jatuh sementara Rayyan hanya ketawa sambil menekan perutnya. Tawa yang bunyinya sangat merdu apabila melihat orang yang kau sayang bahagia. Ketawa yang mungkin bagi aku, dapat menarik senyum aku juga kerana melihat dia.


Dia yang dulu, mungkin sudah lupa bagaimana untuk ketawa.






**--**






Aku tahu, semua ini perlu berakhir. Bukan selamanya mahu hidup di dalam dunia ini. Bukan selamanya aku di sini. Dia, tempat dia dan Sarah juga bukan di sini. Mata aku mengerling ke arah Sarah yang baring di atas dada Rayyan. Anak kecil itu hanya bermain-main dengan pipi daddynya sambil Rayyan menggulung-gulung rambut hitamnya. Mereka bersembang sesuatu yang aku tak faham dan yang pasti, semua soalan terus meluncur laju dari bibir Sara. Dia memegang gambar kami. Gambar aku yang menggendong dia, yang masih bayi dan Rayyan di sebelah aku.


Perfect.


“Mommy..” suara Sara memecah lamunan aku. “..come here, mommy” dia bangun dan tangan aku ditarik mendekati Rayyan. Bahu aku ditolak dan sepertinya dia mahu aku baring tetapi aku tahan tangannya.


“Sarah nak mommy buat apa?” aku menyoal Sarah dan sekaligus mata aku turut sama mengerling ke arah Rayyan yang senyum tenang.


“Baringlah atas daddy” Sarah tolak bahu aku.


God. Aku rasa permintaan budak ini cukup buat nafas aku sesak. Mungkin peristiwa petang tadi lagi ‘dahsyat’ tetapi tengok situasi la juga. Situasi petang tadi, syahdu  dan situasi sekarang ni..


“No” aku jawab sepatah. Situasi sekarang sangat.. janggal! Aku langsung tidak pandang Rayyan. Aku tahu, dia dari tadi pandang aku dengan pandangan yang sangat menyeramkan.


“Alaa..” Sara muncungkan bibirnya. “..nak baring sama-sama dengan mommy”



Aku sengih dan perlahan-lahan aku tarik dia ke riba aku. “Sayang, Sara baring sini” dan aku hanya senyum apabila dia mengikut apa sahaja yang aku suruh. Perlahan-lahan dia baring atas riba aku sebelum..


“Jap” Rayyan menahan. “Sara baring atas dada daddy, daddy baring atas riba mommy” dan dia terus baring atas riba aku.


WHAT..


“Mommy..” suara Sara yang dah baring atas dada daddynya memanggil aku dengan suara kecilnya. “..goodnight” dan dia senyum sebelum menutup mata. Leher Rayyan dirangkul sebelum dia terus pejamkan matanya.


Wait what? Senangnya budak ini tidur!


“Dia memang senang tidur dekat mana-mana” Rayyan bersuara. Dia masih baring selesa atas riba aku dan aku rasa geli. Sebenarnya, aku cepat geli dengan siapa-siapa sahaja yang baring atas riba aku kecuali budak kecil. Aku mula tidak selesa bila dia merenung aku dari bawah.


Ah sudah.


“Kenapa?” aku angkat kening.


“Awak nampak tak selesa” dia senyum kecil seraya bangun sebelum aku tahan dia.


Aku geleng perlahan. “No, I’m okay. Kalau awak bangun nanti awak akan kejutkan Sara” aku tolak dada dia perlahan dan dia kembali baring di atas riba aku. Aku hanya senyum nipis. “I’m sorry, Rayyan. I still..’


“Feeling awkward” dia sambungkan patah perkataan aku. Mata kami bertemu. “Felling awkward though we’d shared more than this before”


Dan pipi aku panas. “Tapi.. awak tahu, semua bukan mudah bagi saya” aku larikan pandangan anak mata aku. “It feels like this is all the first time”


“Everything changes finally” dia ketawa hambar. Matanya menunjukkan rasa pedih. Aku mula rasa ada sesuatu yang tak kena. Perlahan-lahan dia bangun dan Sara diletakkan di tepi. Dia menjauh dari aku.


“Rayyan.. I’m sorry” aku mula rasa pedih untuk diri aku dan untuk diri dia. “Saya tak berniat untuk sakitkan hati awak”


“I’m okay” dia senyum hambar. “Used to it” dan hujung ayatnya rendah sahaja tetapi tetap jelas di telinga aku. Perlahan-lahan dia turun dari katil dan tubuh Sara diangkat.


“Awak nak pergi mana?” tekak aku rasa bagaikan berat. Bagaikan ianya sampai ke hati. Bagaikan rasa bersalah yang menghantui sehinggakan empat patah perkataan itu cukup berat bagi aku.


“Oh” dia seperti cuba mengawal riak wajahnya. “Sara needs to sleep alone in her room.” Dia gendong Sara dan bawanya keluar dari dari bilik sebelum aku tahan langkah kakinya dengan soalan aku.


“Dia tak takut sorang-sorang?” aku tahu, aku mula dihuni rasa bersalah. “Maybe, she needs to sleep with me, here” aku tepuk bantal sebelah aku.


“Its okay, young mommy” dia ketawa tetapi langsung tidak sampai ke matanya. “She does everything alone, sleeps and sings her own lullaby before sleeps. All alone because she’s used to it.” Dan setiap patah perkataanya menyentak tangkai hati aku. Dia sambung, “She doesn’t need anybody to tell her that there’s a monster under her bed, though” wajah anaknya di tenung dengan.. pandangan kasih sayang. Sangat.. sangat tumpah seluruh kasihnya. Hati aku rasa sesuatu. Sesuatu yang menganggu aku. Dia sambung, “because she told me there’s always a monster inside her head”


“Huh?” mata aku terkelip perlahan sebelum pandangan dua pasang mata ini bertemu dengan matanya yang.. berkaca.


Wajahnya seperti cuba dikawal. Bibir itu masih senyum hambar. Mungkin, ego lelakinya cuba menahan air mata itu daripada tumpah. Anak tekaknya seperti bergerak-gerak. Wajahnya menahan pedih di hati. Ya, aku tahu, dia sedang menahan rasa.


“Rayyan..” aku bangun daripada duduk aku.



“You are the monster” dia pandang aku. “the thought of you leaving her again, she’s been dreaming about you almost everynight. It should be a sweetdream but no” dia ketawa hambar. “because when she woke up, you’re not there. You’re somewhere.” Mata dia merenung aku. Pedih. “Somewhere, chasing your dreams but here, you” dia tujukan pada aku. Jelas. “are her dream. Always her dream” dan dia keluar daripada bilik itu.




Dunia terhenti dengan masanya.



Aku melorot jatuh. Air mata aku jatuh. Aku peluk lutut aku dan teresak-esak aku menangis. Aku tidak tahu kenapa. Aku.. aku tak faham dengan apa yang jadi pada diri aku. Dada aku pegang.




Sakit. Pedih.









**helooisthereanybodyhome?**



Sorry,
this is unedited version.
thanks yg bagi cover (akan digunakan)
thanks yg hantar email
ehem2,
someone siap buat kita cam diary lagi
Report every detail (not very detail actually) dekat email tentang life dia. But its okay, im okay and i read it. I laughed and I try to feel everything that you wrote.
Untuk kaknoriatul, thanks for mail, and bello bello me everyday hahah.
and lain yang email dan wish "get well soon, el!"
Yeah, get well soon me.
hopefully.



Sorry for the late update.
Minggu yang pelik. Mungkin sibuk sebab kena ulang alik hospital,

 tapi haritu suddenly, I saw many young parents. Very young, 20+ and paling pelik, semua cam ada rupa kut, isteri/suami, semua macam 'not bad'

Tiba-tiba masa tengah kusyuk sembang dengan Betty, ada budak (mungkin 2 yrs old?) Jalan laju sambil gelak-gelak dia lari dekat..kita and tiba-tiba kena peluk.



And everyone there be like, "okey.. what's happening here?"




Parents dia pun macam terkejut.


Mak dia yang sangat muda pun jerit la, 'Jangan..' ha, tak ingat dialog -,- tapi bapak dia pun cam muda sangat, tapi macam garang.


But the girl is so adorable!


Aku pun peluk la dia lepas itu dia lari pergi dekat bapak dia sambil gelak-gelak tengok kita. Macam malu dengan kita. Mungkin muka aku macam badut The Mask ni. Mungkin. Hahah. Nak kata dia salah mak, mak dia dekat tepi bapak dia tu je ha.


And suddenly my sweet betty kat sebelah bisik, "I see your future, maybe you'll be her new mother."



Dan disitu juga dia kena peluku.





























Popular posts from this blog

Beautiful Escape (Full)

Sweet and Strange: 2

Beautiful Fate