MAGIC ; Prologik
Kalau dah terbaca Ophelia I full version sebelum di draft tadi, tahniah, sebenarnya saya tertekan. Dan yang ini pula sebenarnya yang awal( dan yang sepatutnya di publish dulu)
Amaran keras.
This is a high-imagination story.
Some people mungkin tak boleh terima but its okay.
Contain some cliches, like all in the fiction-series.
the writer doesn't create any new hogwarts-malay-version, but this is just like her horrid-imagination and horrible illusion. and again, the characters are all came from different countries.
again, just a merepek story from her. well, welcome to MAGIC.
Prologik.
Orang sentiasa kata, dongeng itu tidak wujud. Maka Fantasi itu hanya lukisan bagi sebuah kanvas ilustri yang tidak wujud dan hanya diwujudkan oleh sebuah hikayat.
Dan jika itu definisi dongeng..
Maka, Superman tidak wujud, dan dia hanyalah manusia biasa yang mungkin dijaga oleh keluarga angkat dan membesar menjadi seorang lelaki yang nerd. Maka, Bilbo Baggins pula bukanlah seorang yang terlalu pendek, mungkin dia menghidap penyakit dwafirsm ataupun GH tidak cukup bagi tumbesaran. Mungkin, Gandalf The Grey hanyalah atuk yang suka berjubah putih kelabu sambil memegang tongkat untuk stabilkan dirinya berjalan dan bukan pula tongkat sakti. Mungkin, Harry Potter pula tetap duduk dengan keluarga angkatnya yang kejam dan tidak dapat surat sambung belajar ke Hogwart. Mungkin dia akan terhantuk pada dinding semasa di stesen kereta api untuk ke Hogwart. Mungkin juga lagi, Dumbledore hanya seorang atuk yang terlupa hendak memotong janggutnya.
Dan jika itu benar..
Kau dan aku hanyalah manusia biasa, yang boleh memakai kostum apa sahaja dan menjadi watak dalam sentiap fantasi yang diceritakan. Pernah tak diri kau terbayang untuk masuk dalam sesebuah cerita?
Cerita yang engkau sendiri menjadi wataknya.
-----
"Sakti"
Aku berpaling. Satu senyuman ringkas diberikan buat Ayahanda. Aku ketawa kecil apabila Ayahanda gosok kepala aku sehingga rambut aku berserabai. Ayahanda duduk di sofa bertentangan dengan aku. Dia menolak cermin matanya rapat ke pangkal hidung sementara tangan kanannya mencapai buku Hamka.
"Sakti, nanti mahu sambung bidang apa?"
Aku bersandar pada sofa. Tangan aku menaip satu nama blog di ruang mencari sebelum aku kembali memandang Ayahanda dengan satu senyuman. "Sakti ingat nak sambung bidang sains sahaja. Tak kisah lah apapun. Nak try juga MBBS"
"Kenapa sakti tak mahu bidang bahasa?" Ayahanda yang dahulu cikgu Kesusasteraan Melayu itu memandang aku tajam. "Bidang Sains ni, bukan nya senang dan dah ramai yang menceburinya" setiap patah perkataannya baku sehingga aku rasa terkadang, apabila aku bercakap dengan dia, aku seolah-olah menjawab karangan komsas zaman SPM dahulu. Ayahanda buku halaman bukunya sambil bersuara, "Jadi Doktor ini, bukan sekadar nama sahaja.. jangan dilihat pada nama. Kelak, nama itu mati bersama jasad. Hanya jasa sahaja yang mengekalkannya. Apa kata, Sakti berjasa pada Bahasa. Bahasa Melayu sudah hancur diurbanisasikan bahasa penjajah. Ayahanda lihat, Sakti suka benar baca novel bahasa Inggeris. Kenapa tidak bahasa Melayu?"
"Sebab.." aku gigit bibir. Ah sudah, tak ke novel Bahasa Inggeris lagi gempak dia punya fantasi itu? Takkan mahu jawab begitu pada Ayahanda? "..Sakti minat" aku bersuara perlahan.
Ayahanda hanya diam. Tahu, dia marahkan aku. Aku hanya menunduk dan fokus aku kembali pada kaca telefon pintar aku. Tangan aku menekan satu nama paling atas sekali.
'Myth'
****
Myth ialah blog kegemaran aku yang aku langsung tidak pernah tidak buka dalam sehari. Aku suka baca cerita-cerita dalam blog ini. Sangat penuh dengan fantasi yang aku tidak boleh ungkapkan. Semuanya dalam bahasa Inggeris yang moden tetapi jalan penceritaannya seolah-olah aku membaca sebuah novel fiksyen yang hebat seperti Ender-Game.
Aku tekan pada cerpen atas sekali yang bertajuk, 'Magic'. Cerita apa ini? Cerpen ini bahasa Inggeris tetapi penulisnya yang misteri mungkin orang Rusia. Mungkin cerita baru daripada penulis. Aku lihat pada tarikh update; 7 July 2020
Oh! hari ini lah 7 July 2020.
Ini mesti baru update beberapa minit tadi. Lepas aku lihat jam dia update di hujung bawah blog nya, aku yakin, akulah orang pertama yang baca. Disebabkan aku dah ter-scroll blog sampai ke bawah, jadi aku pun ternampak 'ending' cerita itu.
Dan aku baca nota penulis di bawah sekali.
'Say MAGIC, if you want the story and imagination comes true'
Aku ketawa kecil. Penulis dia ini memang suka berangan dan merepek ke? tak apa, janji aku boleh baca ceritanya. Jadi, aku terus pergi ke atas pendahuluan cerpen. Baru sahaja aku nak baca, aku teringat pesanan penulis tadi..
'Say MAGIC, if you want the story and imagination comes true'
Aku senyum kecil sebelum perlahan-lahan aku berbisik dalam hati.
'MAGIC'
Hati aku mula berdebar-debar. Wajah Ayahanda yang kusyuk membaca buku itu aku pandang. Mata aku memandang sekeliling aku. Hek eleh, tak ada apa-apa pun yang jadi.
Perlahan-lahan aku mula membaca ayat pendahuluan penulis. Lebih kepada synopsis sebelum cerita bermula. Siap ada ''characters describtion lagi" Ini cerita fiksyen ke apa? penulis siap bagi nama pelik.
'Reg/ Regulas- white haired, half-tanned, eagles eyes, loves swords, and 'Regulas'; one of the stars, meaning; The Heart of Lion.'
Bad guy. Aku senyum nakal. Bad guy sentiasa sexy? tak ke? aku ketawa sendiri sehingga Ayahanda mengerling ke arah aku. Aku sengih aje. Bestnya kalau aku dapat jumpa dengan si Reg ni betul-betul. Sekali lagi aku jatuh pada skrin. Kenapa semua nama Character nama bintang? kenapa cerita ini macam.. mengarut sangat?
'Ophelia/Praecipua- Blur and childish, love biotechnology and scientific neuro research, love cakes and is called Ophelia; 'Help'. Praecipua is one of the stars in the sky which means The Principal Star'
Aku ketawa keras. Pergh ini kira karekter semua campur orang satu dunia ke apa? sekali lagi aku sambung baca. Ada nama lain..
Polaris, seorang lelaki yang sentiasa suka bersiar-siar di bahagian utara dan seorang yang sangat suka protect pasangannya iaitu Rigel. Semua nama bintang?! Aku julingkan mata ke atas. Cerita ini tentang apa..
Dan aku skip bahagian 'Character' sebab terlalu banyak. Aku tidak faham cerita ini. Melalui synopsis tadi, penulis mungkin nak buat cerita ala-ala semua manusia hidup di satu dunia baru yang bernama 'MAGIC'. Dunia yang bergantung pada science dan technology sepenuhnya. Dunia yang mana, anak-anak mereka dihantar ke sebuah sekolah bernama 'MAGIC HIGH SCHOOL' . Aku julingkan mata ke atas. Dah terlebih imaginasi betul penulis ini..
MANIPULATION OF ASTRO & GENETIC IN..
Baru aku nak baca maksud MAGIC, Tiba-tiba aku terperasan sesuatu yang aneh. Tulisan dalam blog ini semakin hilang satu persatu. Dari bawah ke atas.
Kenapa dengan phone aku? Aku tekan bahagian 'home' tetapi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dan aku baru perasan sesuatu yang membuatkan jantung aku terhenti.
Kenapa tulisan dalam blog ni yang semakin hilang bagaikan wujud seperti habuk yang ditiup dan aku dapat rasakan kesannya di kulit aku. Aku pandang kulit aku.
Nafas aku terhenti.
"AYAHANDA!" Aku jerit nama ayahanda tetapi Ayahanda di hadapan aku seperti tidak dengar apa-apa. Kulit aku semakin hilang bersama seluruh tubuh aku yang seperti mula hilang anggotanya dari kaki ke pinggang aku. "AYAHANDA! TOLONG SAKTI!" Aku menjerit lebih kuat dan aku tak mampu berjalan kerana kaki aku..
Hilang.
Dan perlahan-lahan aku lihat, bagaikan seluruh badan aku ditiup angin dan hilang ke dalam skrin telefon. "AYAHANDA!"Aku dapat rasakan seolah-olah aku terapung dan nafas aku semakin sukar apabila yang tinggal untuk 'menghilang' bagaikan pasir yang ditiup angin hanyalah bahagian kepala sehingga ke rambut aku. "AYAHANDAA!!!" Aku menjerit sekuat mungkin dan berharap supaya Ayahanda dengar tetapi malangnya, dia seperti tidak sedar apa-apa dan tidak dengar apa-apa. Aku menjerit lebih kuat "TOLON..."
Dan aku tidak tahu apa yang terjadi kerana apa yang aku lihat seterusnya adalah gelap.
--------------------------
Welcome again to the dungeoun.
A/N;
hello for Asha, Erni Kartika (atau kawan awak yang buat cover itu) and Steyfa Isle, kalau dah dapat barang post itu, boleh email atau dm kan gambar untuk sure kan awak dah dapat barang?
it's a small gift, tapi dalam itu ada empat barang. mungkin sampai esok atau lusa.
and dont forget to read my notes. (herher surat cinta) and also kalau perasan yang tulis alamat post dan tandangan itu, bukan saya tapi saya suruh orang lain post kan. cuma saya tulis dekat hadiah-hadiah tu je ori tulisan saya yang buruk. harap anda faham.
.
.
.
bye,
dan tak payah baca cerita ini,
tak apa. tak payah baca. serius mengarut.
