Langkau ke kandungan utama

Catatan

Yang Ditampilkan

Beautiful Fate

Lena tidur aku yang bersambung tadi hampir terhenti apabila aku mendengar ada suara orang membaca al-Quran. Perlahan-lahan aku buka mata aku. Kepala aku terteleng mengikut arah suara itu dan terhenti pada satu figura yang duduk di atas sejadah di lantai tetapi membelakangi aku. Adan? Tidak berani aku bangun dari katil ini kerana aku takut, dia akan sedar yang aku sudah terjaga. Dengan bantuan lampu tidur di tepi sofa yang dekat dengannya, dia menunduk membelakangi aku sambil bibirnya membaca surah. Suaranya halus.. gemersik menyentuh panorama bayu. Bahu tenang mengikut romabakan dadanya. Bunyi nafasnya pada setiap harkat yang dibacanya juga, walaupun tidak sempurna tetapi sudah cukup membuat hati aku berdetik dengan satu rasa. Rasa bersalah. Tiba-tiba sahaja dia berdiri dari duduknya tadi. Aku pura-pura memejam mata dan celikkan sedikit sahaja mata sebelah aku. Lelaki itu mengangkat takbir. “Allahuakbar” Dan bibirnya membaca surah Pembuka. Mata aku pejam sepenuhnya kembali. Entah apa yang aku…

Catatan Terbaharu