Sweet and Strange: 2


 




Bab 2: The Third Prince

 

Masa lalu:

 

THE world doesn’t know the pain. Isaac tersenyum sendiri. Bola mata terangkat merenung burung merpati yang bertenggek di atas pehanya. Cermin mata tebal ditolak ke batang hidung. Tangan kanan mengusap bulu burung merpati. Dia senyum sendiri. Sudah sebulan kejadian itu berlaku tetapi Isaac sendiri tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi. Jack dan kawan-kawannya sudah dapat balasan yang setimpalnya. Syukur. Itu semua hasil daripada pertolongan Emma.

Hey, cute boy!”

Speak of the devil.

Isaac ketawa dalam hati. Mata terangkat merenung Emma yang berdiri di hadapannya. Gadis yang muda dua tahun daripadanya itu tersenyum lebar dan mengenyitkan mata sebelah. Konon comel. Isaac menggeleng sendiri tetapi senyum di bibir tidak dapat ditahan.

Bukan dia memang comel ke, Isaac?

Isaac mahu memukul setan kecil yang berbisik dalam kepalanya. Bau bunga lily merebak masuk ke dalam hidung Isaac apabila Emma Sweet duduk di sebelahnya. Burung merpati yang bermanja-manja di tangan Isaac tadi, terbang ke udara. Bunyi sayap mengepak memukul bayu, memenuhi suasana. Beberapa kumpulan burung merpati yang lain mengelilingi mereka di atas bahu bangku dan di lantai.

Emma memerhatikan dengan riang.

Isaac memerhatikan Emma dengan senang.

I wish, I can be a little bird.” Emma mengeluh berat. Sepasang bola mata merayau pada dada langit. Dia rapatkan tubuhnya pada tubuh Isaac. “Kau tahu, kenapa aku nak jadi burung, Isaac?”

“Perlu ke aku tahu?” Isaac menjawab selamba. Muka tiada reaksi.

Emma mengembungkan pipi. Bibir dimuncungkan. Mata biru disepetkan ke arah Isaac. Geram. Layan dia macam nak tak nak aje lelaki bernama Isaac ini! Mahu aje Emma ketuk kepala Isaac berkali-kali supaya fius cerebral artery nya kembali berfungsi!

“Kau ini, boring lah Isaac. Layanlah aku nak jadi deep deep kejap!” Emma menggeleng kepala. “You’re not romantic at all, Isaac!”

Why should I be romantic to you, though?” Isaac ketawa sinis. Langsung tak ada rasa bersalah. “Jangan ingat kau tolong aku, kau boleh main-main dengan perasaan aku, Emma. Aku... aku tak mahu ada hubungan serius dengan kau. Nak berkawan dengan kau pun, aku fikir banyak kali, Emma. If you think you can be my best friend just because you help me, forget about that shit. It ain’t getting you anywhere.”

Emma tergamam dan jantungnya berdetak kuat. Sakit.

Isaac masih dengan wajah beku. Lelaki itu bangun daripada duduk. Beg sandang di atas kerusi, dia ambil. Hujung matanya menjeling ke arah wajah Emma yang sugul. Isaac rasa terpukul di jiwa, mahu sahaja dia tarik semula kata-katanya tetapi dia tahan. Penumbuk sendiri digenggam, menahan rasa sakit yang dicerna jiwa ke dalam ruhi yang paling dalam.

I didn’t mean to hurt you, but I want you to realize that... I’m not someone whom you can be friend with, Emma. I’m full of bullshit. You’re different Emma. Our world is not aligned. It can’t be.” Sambung Isaac lagi.

Tanpa menunggu respon Emma, dia melangkahkan kaki pergi dari situ. Loceng sekolah berbunyi, menandakan sesi persekolahan sudah mula. Kereta-kereta para pelajar yang kaya dan selalu datang lambat, mula masuk ke dalam perkarangan kawasan sekolah. Beberapa pasangan bercinta, bercumbuan dibawah pohon. Manakala, budak nerd seperti dirinya, berlari masuk ke dalam bangunan sekolah dengan cemas.

Isaac mahu berpaling ke belakang dan memanggil Emma. Dia mahu pujuk gadis itu dan minta maaf. Tetapi Isaac masih ingat, sebulan lepas, ayah Emma ada berbisik sesuatu di telinganya...

“Aku akan tolong kau, Isaac. Tapi, aku tak mahu kau dekati anak aku lagi. Aku tahu siapa kau dan apa yang kerja Isaac. You’re piece of shit. My daughter is a sweet perfect little girl. Our world is different.”

Fuck this life. Fuck them all!

Isaac menekan dadanya yang sakit. Matanya dipejam rapat. Dia mahu menangis. Dia juga lelaki dan dia juga ada rasa. Dia layak menangis. Tetapi Isaac tahu, menangis tidak ubah apa-apa. Mungkin apa yang diberitahu ayah Emma, benar belaka.

“Aku tak layak untuk Emma.” Isaac berbisik sendiri. Dia tak menyangka, ayah Emma tahu siapa sebenarnya dia. Isaac tersenyum pahit. Kaki mula berlari di sepanjang koridor sekolah yang sesak dengan para pelajar. “Aku lelaki kotor. Aku jahat. Aku setan.”

Dia berbisik pada dirinya sendiri. Aku hanya lelaki nerd yang bersekolah di waktu siang dan pelacur di waktu malam.

I don’t deserve Emma.

 

 

 

 

 

 

 

 

ISAAC menolak tangan wanita yang memeluk tubuhnya daripada belakang. Rambutnya yang kusut, dia betulkan. Buat seketika, tubuh wanita 30-an yang tidur di sebelahnya itu dipandang. Jijik. Isaac menggeleng sendiri. Bola matanya berlari pada duit yang diletakkan di atas meja. Bibirnya mengukir senyum kecil.

Sekurang-kurangnya, dia ada duit untuk beli makanan untuk Sheila dan simpan sedikit duit untuk tanggung bil hospital bila anak Sheila lahir. Isaac melepaskan keluhan berat. Beginilah hidup dia. Selepas pulang daripada sekolah, dia akan bekerja di restauran Cina. Jika ada ‘job lebih’, agensi pelacuran tempat dia kerja akan panggil dia untuk datang melayan pelanggan.

Isaac jijik dengan dirinya sendiri.

Tapi ini semua cara untuk dia terus hidup dan kuat.

Baju yang bersepah di atas lantai, dia ambil dan disarungkan semula pada tubuhnya. Cermin mata, dia sarungkan semula. Apabila sepasang mata hijau miliknya bertemu dengan pantulan cermin meja solek, baru dia tersedar yang pelanggannya sudah bangun.

Lara tersenyum pada Isaac. Sepuntung rokok diselitkan pada bibirnya. Lighter dicampakkan di hujung kaki. Kening wanita itu terangkat tajam ke atas. Isaac faham dengan arahan itu. Dia menyampah. Dia benci untuk menjadi hamba yang ikutkan sahaja cakap pelanggannya, tetapi dia terpaksa. Isaac ambil lighter yang dicampakkan. Dia berjalan lemah ke arah wanita itu.

Rokok Lara, dinyalakan.

Dalam imaginasi kepalanya, muka Lara, dia bakar.

Good boy,” Lara tersenyum senget. Tangannya menggosok rambut lebat Isaac. “You know what my dear, kalau kau tak pakai cermin mata dan tak pakai baju yang terlalu longgar, kau nampak lain. Body kau... muka kau, kenapa kau fake kan wajah kau? You look like a nerd but only your customers know how gorge—”

“Aku nak balik.” Isaac memotong. Dia jijik mendengar pujian tentang tubuhnya. Dia rasa kotor. Dia rimas. Lighter Lara dicampakkan ke peha wanita itu. “Kau pun balik. Kau ada anak dengan suami. Mereka tunggu. Don’t be such a bitch, Lara.”

Wajah Lara berubah. “Kau cakap apa?! Hei, aku yang bagi kau duit!”

Yeah, I got it. You gave me your money, I gave you my body. Now our business ends here. Get the hell away out of my sight unless you want for another hour, give me money. I don’t want to talk. I only do my job. Berambus.” Isaac, masih beku seperti biasa. Dia terus berjalan ke arah meja solek. Duit Lara diambil dan disimpan ke dalam poket. Dia memang sudah biasa dengan Lara. ‘Regular customer’ konon.

Lara ialah seorang perempuan cantik berumur 33 tahun. Wanita itu mempunya seorang suami kaki pukul dan dua orang anak yang masih bersekolah tadika. Itu apa yang Isaac tahu tentang Lara. Walaupun kisah perkahwinan wanita itu menyedihkan, Isaac tak mahu ambil tahu. Kepala otak dia semakin sakit apabila dia cuba faham kepedihan orang lain dan cuba menyelesaikannya.

Isaac tak mahu. Isaac malas ambil tahu. Lantak.

“Kau ini kurang ajar sangat lah Isaac,” Lara ketawa kecil. Dia sebenarnya sangat tertarik dengan Isaac kerana lelaki muda ini sangat beku. “By the way, thank you for tonight. Macam biasa, kau bagus dalam buat kerja. Esok aku datang lagi.”

Isaac tidak memberi respon. Dia terus ambil telefon di atas meja dan kaki melangkah keluar daripada bilik neraka yang sangat menjijikkannya. Pintu bilik dihempas kasar dan dia terus berlari keluar daripada kawasan hotel murah itu.

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Nama Emma muncul paling atas.

Isaac mengertap bibirnya yang hampir mengukirkan senyum lebar. Apabila nama Emma muncul, gambar gadis itu yang dia curi-curi tangkap juga tersembul. Hati Isaac jadi tersentuh dengan satu rasa nyaman. Malangnya, rasa itu cepat-cepat dia buang.

I don’t deserve Emma.

Ibu jari Isaac membuka peti mesej. Anak mata berlari pada barisan teks yang dihantar Emma.

Hullo, cute boy! Jom keluar makan ais skrim malam ini. Aku belanja! Aku nak minta maaf pasal pagi tadi. Aku cuma nak berkawan dengan kau aje. Sini, bagi aku alamat rumah kau. Nanti aku ambil! Cepat! Kita dating sebagai kawan. Hehe.’ —Emma Sweet.

Isaac ketawa kecil juga akhirnya. Pipi putihnya naik merah. Dia melepaskan keluahan berat apabila senyumannya tadi pudar. Wajah ayah Emma terbayang. Dia tak mahu dimarahi ayah Emma lagi. Dia tahu... dia tak layak berkawan dengan Emma.

Wajah Isaac jadi sugul.

Akhirnya, dia membalas semula mesej Emma.

Go to the hell, Emma. No.’—Isaac Strange.

 

 

 

EMMA tersenyum sendiri. Sudah dua hari dia tidak berjumpa dengan Isaac. Dia hanya merenung Isaac dari jauh. Macam biasa, lelaki itu sangat terpinggir. Jika makan di kafe, Isaac akan duduk seorang diri di meja hujung kafe yang berdekatan dengan tong sampah, tempat yang semua orang tak suka duduk sebab bau busuk sampah. Jika Isaac lalu di koridor locker para pelajar Jericho High School, pasti ada sahaja pembuli yang suka hati mahu langgar bahu dan menolaknnya.

Itu tidak cukup lagi, apabila Isaac mendapat cemuhan tentang dirinya yang kotor dan ‘gay’ oleh para pelajar sekolah ini setelah video dia ‘diseksa’ Jack dan rakan-rakannya tersebar. Emma tidak dapat membaca reaksi wajah Isaac dan dia sendiri tak faham dengan apa yang Isaac rasa. Lelaki itu... beku.

Seolah-olah, Isaac sudah biasa dengan ini semua.

Emma menggeleng sendiri. Satu keluhan berat, dia lepaskan. Isaac... lelaki itu ialah manusia paling kuat yang pernah dia jumpa.

“Jadi Emma, apa yang kita kena buat untuk kempen minggu bahasa inggeris sekolah akan datang?” Salah seorang ahli kelab ‘Human Right’ itu menyoalnya.

Emma tersentak. Matanya membulat apabila dia tersedar yang dia mengelamun tentang Isaac dan langsung tidak fokus dengan perbincangan yang diadakan. Empat pasang mata lain menunggu Emma memberi jawapan. Gadis manis itu tersengih comel. Rambut golden-honey-blonde, digaru. Hari ini, Emma pakai reben berwarna putih di atas kepala yang digayakan dengan top dan bottom berwarna putih dan pink kristal. Pipi merahnya... sentiasa merah seperti selalu. Lebih merah lagi apabila dia rasa malu kerana tak fokus dalam perbincangan ini.

Urgh, well done Isaac! What have you done to me?

Erm, boleh ulang semula soalan?” Emma menyoal Rani, setiausaha kelab itu yang mengajukan soalan kepadanya tadi.

Rani berwajah tenang. Pen ditangannya, digoyangkan ke kiri dan ke kanan. Mata pen mengetuk lembaran dada kertas putih buku nota. “I was asking you, what are we going to do for the next English’s week, Emma.”

“Oh ya,” Emma terangguk-angguk sendiri. Dia mengangkat wajahnya, merenung setiap ahli kelab Human Right dengan penuh karisma. “Apa kata, kita buat talk dan poster tentang kesedaran bahaya membuli, impak kepada membuli dan kita kaitkan dengan mental health issue. Kita buat bilik khas untuk psychotherapy talk. Masalah depression dan masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah kita semakin teruk. Kita kena buat sesuatu! Minggu bahasa Inggeris tidak terhad hanya tentang bahasa sahaja. Kita luaskan lagi kreativiti kita!”

Ahli kelab Human Right yang lain, mengangguk-anggukkan kepala mereka. Masing-masing mencatatkan sesuatu ke dalam buku nota mereka. Emma tersenyum lebar. Puas hati dengan persetujuan yang diterima.

Emma Sweet, presiden kepada tiga kelab sekolah. Pertama, presiden kelab matematik.  Oh, she’s a genius when it comes to number and formula! Kedua, presiden kelab Human Right. Emma bercita-cita mahu menjadi peguam seperti ayahnya. Tetapi dia masih tak yakin dengan dirinya sendiri. Entah kenapa. Ketiga, Emma Sweet ialah presiden kelab wanita di sekolahnya. Moto yang Emma selalu pakai ialah, dia mahu mendidik wanita di sekolahnya untuk lebih berani dan cemerlang dalam setiap aspek kehidupan.

We’re no longer a girl! We’re a grown woman! Kita boleh pakai kasut tinggi dan gincu sambil pegang pistol! Remember that, bitches!”

Kata-kata semangat Emma membuatkan semua ahli kelabnya bersorak keriangan dengan penuh bersemangat. Mungkin kerana Emma seorang yang ‘high-spirited’ person, maka dia digemari ramai guru-guru dan rakan sekolahnya.

Emma juga akan memastikan, setiap awal bulan, bunga-bunga dan kata-kata semangat akan diberikan kepada semua guru wanita dan pelajar sekolah itu.

Emma Sweet. The flower of Jericho High School.

“Emma, Mr. William ada suruh kita untuk buat speech semasa perhimpunan isnin hadapan.” Rani memberitahunya. “Dia suruh kau buat, Emma. Depan semua pelajar Jericho High School. Are you okay with that?”

Emma tersenyum lebar dan angguk. Yakin.

Bring it on!”

 

 

 

 

ISAAC mengeluh berat. Kepalanya sendiri dipicit. Matanya mengintai si gadis comel yang berdiri di hadapannya sambil memegang sekuntum bunga matahari yang hampir sama warna dengan rambutnya. Tangan kanan Emma, ada sepaket coklat. Isaac menggeleng perlahan. Senyuman yang mahu melebar di bibir, dia tahan lagi.

“Kau nak apa, bodoh?” Macam biasa, Isaac memang kasar orangnya.

“Sampai hati kau panggil aku yang manis ini bodoh, Isaac?” Emma pura-pura tarik muncung. Kepalanya menggeleng sendiri dan serentak dengan itu, tocang dua yang diikat juga turut bergoyang sama. Dia berjalan mendekati lelaki beku di hadapannya. “Ni bunga untuk kau. Aku pun belikan kau coklat juga. Makanlah. Bila kau makan, jangan lupa ingat aku. Aku manis macam coklat itu. Ehee....”

Fuck off, Emma.”

Wajah Emma berubah.

Isaac menggigit bibir. Aku minta maaf, Emma.

“Isaac, kalau kau tak nak berkawan dengan aku pun, kau ambil lah bunga aku ini. Penat aku cabut dekat belakang rumah mak aku. Yang aku tahu, balik ini mesti dia sumpah aku jadi katak sebab cabut bunga kesayangan dia.” Emma mengeluh berat.

Bahunya jatuh ke bawah. Memang betul, dia tahu yang mak dia akan rembat dia dengan periuk atau belanga bila dia balik nanti. Kalau Isaac tak terima bunga matahari dia, Emma akan rasa usaha dia mencuri bunga matahari mak dia, akan menjadi sia-sia!

“Kau ini, merepek apalah Emma.” Isaac menggosok kepalanya. Penat dia nak menolak pelawaan gadis ini. Semakin dia tolak Emma jauh, semakin Emma ligat nak kejar dia. Akhirnya, Isaac ambil bunga matahari di tangan Emma. “Okey, aku ambil. Tapi lepas ini aku nak kau berambus dari hidup aku.”

“Ambillah coklat ini juga.” Emma hulurkan coklat mahal itu kepada Isaac. Mata birunya dikerdipkan beberapa kali. Tocang dua di kiri dan kanan kepalanya yang seperti telinga gajah, digoyang-goyangkan. Seksi dan comel, konon.

“Aku tak suka makan coklat. Manis. Aku tak suka benda manis.” Isaac menjawab. Coklat yang dihulurkan, dia tolak. “Cukuplah aku ambil bunga matahari kau yang buruk ini.”

“Tipulah kau tak suka benda manis. Kau tak suka aku ke? Aku kan manis....” Emma sudah mula main kenyit-kenyit mata dan gulung-gulung rambut. Aduhai minah ini....

That’s why I dislike you, Emma. You’re so sweet, so strange.”

Mendengar jawapan jujur Isaac, Emma jadi terkaku. Pipinya naik merah. Mata biru yang membulat tadi terkedip-kedip perlahan. Dia tidak pasti jika apa yang dikatakan oleh Isaac itu sebenarnya pujian atau hinaan. Tetapi badan Emma rasa panas.

Isaac? Dia seperti biasa. Beku.

“Aku nak balik. Thank you for the flower.” Isaac menunduk hormat di hadapan Emma sebelum berlalu dari situ. Apabila dia berpaling membelakangi Emma...

Bibirnya tersenyum lebar.

Perlahan-lahan, bunga matahari di tangannya, dia bawa ke bibir. Mata terpejam. Membayangkan yang dikucup ini, gadis yang bernama Emma Sweet. Hatinya yang beku, dicengkam rasa suam. Sungguh hangat.

Dan lama-lama, rasa ini amat menyakitkan.

Emma, you’re so sweet and you’re so strange.

 

 

 

PULANG daripada kerja di restaurant Cina, Isaac bebas dari dipanggil mana-mana ‘pelanggan’ nya. Malam itu, dia pulang ke rumah dengan senyuman yang melebar di bibir. Rumah kayu yang dihuni ibu dan adik perempuannya gelap. Yang ada cuma bunyi muzik yang bergema dari bilik adiknya memenuhi kesunyian malam. Isaac terus masuk ke dalam biliknya yang kecil.

Lampu bilik dibuka.

Benda pertama yang menjamah mata Isaac, ialah bunga matahari Emma yang diletakkan di dalam pasu bunga plastik yang dibelinya selepas pulang daripada sekolah tadi. Dia sanggup tidak beli makanan untuk dirinya kerana dia mahu simpan duit untuk beli pasu bunga plastik untuk bunga yang diberi Emma.

Melihat bunga itu, Isaac ketawa kecil.

Emma, what have you done to my damaged heart?

Emma, did you try to make my broken soul become whole?

Isaac mencampakkan beg ke lantai. Dia terus mencapai diari kecil yang diletakkan di atas mejanya. Pen yang hampir habis dakwat, ditekan pada hujung sehingga mata pen terkeluar. Buku itu diletakkan di atas pehanya. Dia mula membaca tajuk mukasurat.

What will I do when I become a powerful man one day.’

Isaac mula menambah sesuatu di dalam barisan list itu...

100. Bila aku kaya, aku nak Emma. Aku akan kejar Emma sampai dapat.

 

Buku ditutup. Pen dicampak ke tepi.

Mata Isaac naik merenung dinding di hadapan katilnya. Hati lelaki nya yang sunyi, jadi riang kembali. Gambar-gambar yang diambilnya semenjak bulan lepas, pada setiap hari, semakin banyak memenuhi dinding itu. Gambar-gambar Emma. Emma yang sedang tersenyum. Emma yang sedang makan di restauran. Emma yang sedang membuka pintu rumahnya. Emma yang sedang berjalan di tepi pasar bunga.

Only God knows I am obsessed with you, Emma Sweet.

Isaac tidak boleh lupakan, duit yang diberi oleh ayah Emma untuk Isaac jauhkan diri daripada Emma, Isaac gunakan untuk beli kamera murah. Kamera itu, Isaac gunakan untuk tangkap gambar Emma. Tanpa Emma sedar, setiap hari... dari jauh... Isaac akan memerhatikan Emma.

Isaac tersenyum puas.

I’ll wait for you, Emma.

 

 

 

 

 

Masa kini:

 

EMMA menghembuskan nafas lega apabila dia sudah sampai di lapangan terbang. Baju yang dipakainya, dia betulkan. Rambut kuning keemasan yang dilepaskan ke bahu, dia sikat dengan jari jemari. Dari jauh, dia sudah nampak jet peribadi The Prince turun ke bumi amerika ini. Beberapa orang pengawal peribadi mula mengawal wartawan yang memenuhi kawasan itu. Emma semakin berdebar-debar seperti orang yang nak jumpa buah hati.

Wait, what?

Emma ketuk kepalanya sendiri. The heck. Aku nak jumpa buah hati?! Wilson aku nak campak mana? Emma mula teringat kepada tunangnya itu. Minggu hadapan, mereka akan berkahwin. Emma tak tahu mahu rasa apa. Dia rasa kosong. Dia hanya melayan Wilson baik kerana Wilson seorang lelaki yang tak jemu untuk tolong dia dapat apa-apa keadaan.

“Damn Emma! You’re here on time!” Madison menegurnya.

Entah dari mana entah gadis itu muncul, Emma tak perasan. Madison ialah kawan satu tempat kerja dengannya. Emma sebenarnya berkerja dengan syarikat The Prince. Selama hari ini, pekerja-pekerja syarikat The Prince tidak pernah berjumpa dengan ‘bos besar’ mereka kerana bos besar mereka mengawal pergerakan syarikat di Rusia. Tetapi hari ini, ‘bos besar’ mereka atau dikenali sebagai The Third Prince datang ke Amerika!

Emma, Madison dan beberapa pekerja lain diarahkan untuk menyambut bos besar mereka ini. Dari semalam, Emma tak dapat tidur memikirkan apa yang akan berlaku pada hari ini. Macam manalah muka The Thrid Prince ini. Orang kata... semua orang Rusia ini, garang-garang! Itu tidak termasuk lagi dengan berita yang The Prince terlibat dengan sindiket Mafia di Rusia.

Emma terus memerhatikan pintu jet peribadi yang terbuka.

Dadanya semakin berdegup kencang.

The Prince ialah sebuah syarikat milik Prince Maksim Christopher Tregarns. Prince Maksim Tregarns mempunyai tiga orang anak yang dikenali sebagai The First Prince, The Second Prince dan The Third Prince. Dua tahun lepas, Prince Maksim telah mengangkat anak ketiganya untuk menggantikan takhta nya sebagai Presiden yang paling utama dalam syarikat The Prince.

Namun, identiti The Third Prince sangatlah misteri sehingga Emma juga tertanya-tanya mengapa hari ini, The Third Prince memilih untuk munculkan diri....

“Hei, Emma!” Madison mengejutkan Emma dari mimpi siang. Tangan Emma ditarik. “Jom, kita kena duduk di baris paling hadapan sekali. Kita kena sambut kedatangan The Prince. Lepas ini, The Prince kena melawat pejabat Presiden Amerika pula. Kita juga kena ikut dan aturkan perjumpaan itu!”

Emma baru teringat akan tentatif hari ini. Dia mula mahu pitam. Damn! Susah betul hidup bekerja dengan orang kaya nak mampus ini.

Kini, dia dan Madison sud berdiri sangat hampir dengan pintu jet peribadi The Prince yang sudah terbuka luas. Beberapa orang bodyguard The Third Prince turun daripada jet peribadi itu. Masing-masing sibuk mengawal keadaan. Bunyi kamera wartawan dan keriuhan mereka semua, menaikkan debaran dalam hati Emma.

Aura The Third Prince sangat menakutkan.

Saat itu....

Sepasang kaki, slender, turun daripada tangga. Cermin mata hitam yang dipakainya menutup warna mata. Rambut hitam yang sedikit panjang tetapi diikat tocang bunjut ke belakang, menaikkan seri karisma yang ada. Bunyi kamera wartawan semakin menggoncangkan atmosfera.

Emma tertancap pada sebatang tubuh bongsor yang sudah turun daripada tangga jet.

Damn it, he’s beautiful.”

Itu apa yang keluar daripada bibir Madison yang berdiri di sebelahnya. Emma tergamam. Tubuhnya tidak dapat bergerak. Madison memang betul. He’s so beautiful. Tetapi bukan itu yang membuatkan Emma tergamam. Bola matanya jatuh pada sekuntum bunga matahari yang dipegang oleh lelaki itu.

Hati Emma, rasa tidak enak.

Apabila matanya naik semula merenung The Third Prince, jantungnya hampir berhenti berdegup.

Lelaki itu tersenyum padanya.

Gerak langkah slender, menuju ke arahnya.

 

 

 

Akan bersambung.

 

 

 whatdayouthink

jangan lupa komen >_<

 

 

 

Comments

  1. BSUSGSGSBSHDHSHHDHDGDHSB APA NI YA ALLAH, KAK EL IZINKAN SAYA PITAM, I NEED MORE HSUSVSHXBSHSJ

    ReplyDelete
  2. aaaaaa kak elll 😭😭😭😭😭 yg pasti tu mesti isaac kan goshhhhh

    ReplyDelete
  3. Sangat nice aaaaaaaaaaaaa! Isaac aaaaaaa kesiannya dekat dia eee bapak emma punnnn, ada jugak kena sumpit ni! 😤

    ReplyDelete
  4. THANKS SEBAB UPDATEEEEE JABXHEBDHS PLS LA CITA NI BEST

    ReplyDelete
  5. Kesian Isaac :(((( btw curious psl the third prince heheh cant wait for the next update!!

    ReplyDelete
  6. AAAAAAAAA I GIVE YOU INFINITYY TO THIS AMAZING STORYY😭🤍👍🏻 THANKYOU UPDATE KAKYEL😘

    ReplyDelete
  7. suka suka suka suka suka sweetstrange couple ini! :D thankyou again kak hahahaha release stress saya

    ReplyDelete
  8. Tq update kak el!! 😍..eeee isaac kah itu??? Tapi Isaac misteri betul. Sebak rasa baca part Isaac. ❤️

    ReplyDelete
  9. Bru nak thu siapa third prince rupanya dah hbis.. Hahahah.... I can't wait for the next. 😍

    ReplyDelete
  10. i really need more ARGHHHHH !!!

    ReplyDelete
  11. AAAA BESTNYAAAAA , SAYA SUKA SAYA SUKAA

    ReplyDelete
  12. Saya tak tau lah berapa lama saya baca entry yang ini saja! Baca sikit, berangan. Baca sikit, tutup muka. Baca sikit, tutup handphone.

    Tapi...

    Lelaki yang suka menulis ni... nampak schumuel!

    ReplyDelete
  13. Kesiannyaa isaac yang dulu huhu tapi dia buat comeback mesti kebabom! Bom! Bom! Bom!

    ReplyDelete
  14. aaaaaaa kakyellll isaac kannn pleasee laaa isaac aaaaaa

    ReplyDelete
  15. kakyell takmo main dengan hati saya yang lemah ni

    ReplyDelete
  16. SIRR IM WAITING FOR THIS MAN TO KIDNAP ME PLS IM HEREE

    ReplyDelete
  17. YANG SAYA TAHU ISAAC SAYA PUNYAAAA >_< ;)

    ReplyDelete
  18. OmO, kak el cerita ni best sangat thank you for the updatee <3

    ReplyDelete
  19. tak sabar nak baca bab 3😩 confirm isaac kan the third prince !!!! aaaaaaa

    ReplyDelete
  20. OMG BREATHTAKING WHY THEY REMIND ME OF LILITH AND HAYDEN HSJAKANAAN THEIR MIDDLE NAMES ALSO SSKAJAAWOWK HUKHUKS CYDUK

    ReplyDelete
  21. Asdffffhgghhghjggffggffg omooo I almost forgot how it feels to wait for your fav author to publish in blog! Now the feeling, nostalgic!! 🖤🖤

    ReplyDelete
  22. nak nightmare lagi! nak nightmare lagi mak! AAAAAAAAAAAAAAAAA

    ReplyDelete
  23. Jeng jeng jeng~

    ReplyDelete
  24. bestnyaaa! ��♥️�� nak lagi��♥️

    ReplyDelete
  25. aaaaa kakelll what a supriseeee sia 😭takkan a isaac the third princeee dayummmmm <3

    ReplyDelete
  26. omg kak el , tak pernah mengecewakan but the suspense , memang terpaling suspense laaaaaaa ...great job kakyellll

    ReplyDelete
  27. kinda eager to know who is him and hoping it's isaac AAAAAA

    ReplyDelete
  28. ASTAGAAA KAK ELL JANGAN SEKSA KAMI MACAM NIII. RJENENE

    ReplyDelete
  29. Oh my god, kak el! You got us all frustrating, waiting for the next chap, but we are all willing to wait. And oh, I'm not sure why, but I kinda imagine Isaac as Conan Gray and Emma as Ashley. Cuz they both are sweet in a strange way. Haha, bebel pulak aku.

    ReplyDelete
  30. I...CANT...BREATH...PROPERLY...I...NEED....THISSS...DRUG...MORE...AND...MORE...feeling bila tunggu favourite author update JWKFKSLTMSLROEOSWJDIEISKQLELFLRL 💋

    ReplyDelete
  31. The story bcame more interesting😍❤️ Can't wait to know the trigger, hopefully Issac n emma can dating n live together as soon as possible like a normal person!

    ReplyDelete
  32. wait kak el ...rase mcm pernah dngr nama The Prince tu ...
    kt mne ekkk ke before this name die le prince ...ehh konfius hahaha

    ReplyDelete
  33. Kak ellll tabaik buat saya macam niii aaaa hero kak el semua letopsss

    ReplyDelete
  34. I'M SCREAMINGGGGG AAAAHHHHH ������

    ReplyDelete
  35. OH MY GOD KAK EL SHDHDIDLDMXNSLLC

    ReplyDelete

Post a Comment

My stories are your sweet sweet nightmares.

Popular posts from this blog

Beautiful Escape (Full)

Beautiful Fate