MAGIC (2)
hye lovelies, the heroin here tak muslimah. the language hancur. dare to read the monsterpieces? well, *devilish grin* if the heart is really meant to be loved, dont be scared to be broken.
Fighting flames of fire
Hang onto burning wires
we don't care anymore
are we fading lovers
we keep wasting colors
Maybe we should let this go.
-----
"PRAECIPUA, LEONIS MINORIS!"
No, no, no!
"Ophelia" Rigel di hadapan aku berpaling ke belakang. Mata dia seperti terbuntang. "Your name"
Dan aku tahu, kini seluruh dewan memandang aku.
Percardial fluid terasa terlebih berfungsi dekat jantung. Nafas aku perlahan. Bibir aku kelu. Nnnama.. aku.
"Praeipua, leonis Minoris!" suara Miss Shaqinah.
Oh Allah, like seriously?!
"Disasters" Pictor di sebelah aku pun macam terkejut beruk.
"Ophelia" suara Ras sangat perlahan tetapi aku dapat rasakan dia juga tidak bernafas seperti aku.
Dan mungkin, kalau ada cerita sinetron, mungkin muka aku akan di 'zoom' kan dan muzik suspen dan lepas itu, zoom muka Reg pula.
Muka Reg?
Oh shit. Dia pandang aku tajam dari atas. Aku tidak tahu macam mana dia boleh nampak aku dalam beribu manusia di sini. Mungkin sebab dia juga benci dengan aku. Mungkin sebab senang untuk cari orang yang kau benci dalam beribu manusia di dunia ini.
Dan kenapa manusia rambut putih itu juga yang kena jadi Twinmate aku?!
"Praecipua, Leonis Minoris. Please come on the stage" suara Miss Shaqinah macam suara Bot.
"Ophelia!" Elased berbisik. "She's calling your name"
Aku gigit bibir. Aku tak nak dengan Reg! aku tak nak! tak nak! tak nak! Apa ni.. kenapalah aku juga yang kena melekat dekat dia?! kenapalah dia? tahu tak dia pernah hampir pecahkan tulang belakang aku ? Kenapa beribua manusia di sini, aku juga yang kena pegang watak Ophelia?!
"NO!" Aku jerit kuat. "I DON'T WANT TO BE HIS TWINMATE!" Dan berdiri tegak. Berpeluk tubuh dan mata Regulus aku pandang tajam. "NOT THAT WHITE HAIRED ALIEN!"
Dan semua murid dalam dewan itu kembali bising. Mungkin terkejut dengan kebiadaban aku dalam majlis ini. Oh tolonglah, ini fiksyen!
And not real!
"Ophelia, please.." Queen tarik aku untuk duduk tapi aku berkeras. Ya, aku memang degil. Tapi apa aku kisah?!
"Praecipua, please respect this ceremony" suara Miss Shaqinah.
Aku menggeleng laju dan pandangan mata aku bertemu dengan Reg. Wajah dia tenang tetapi tetap bengis di mata aku. Rambutnya jatuh ke dahi dan aku dapat rasakan wajahnya bertukar merah. Mesti dia pun benci dengan aku. Mesti dia pun tak sangka aku jadi Twinmate dia.
Ini sangatlah mengarut!
Jadi, aku bangun dan keluar dari tempat duduk aku. Aku bergerak ke arah laluan tengah yang memisahkan kumpulan pelajar yang duduk di sayap kiri dan kanan dewan- laluan utama. Aku pandang miss Shaqinah dan mata aku jatuh pada Reg. Mata aku berlari pada barisan 'guru-guru' yang sedari tadi diam dan kini memandang seorang gadis asia yang mungkin sangat lemah di mata mereka. Dan mata aku tertumpu pada seorang lelaki yang berambut putih dan beruniform serba putih dan duduk di atas sebuah kerusi yang sangat tinggi. Proffesor Betelgeus.
Oh my God, ini Hogwart moden ke apa?
Aku berdiri di tengah-tengah laluandan kini mata semua orang tertumpu pada aku. Aku peluk tubuh dan bersuara,"Look, I hate Regulus" aku tidak tahu bagaimana suara aku boleh jadi sangat jelas di segenap dewan. Mungkin kerana kebisuan semua orang yang amat jelas. Aku sambung dan kali ini mata aku pada Reg, "Saya tidak akan jadi Twinmate atau apa sahaja kena mengena dengan alien itu, saya tak mahu ada Twinmate dan ini semua mengarut!" aku membentak kasar. "Carilah orang lain yang lebih sesuai jadi Twinmate mengarut dia kerana saya tidak sesuai untuk dia!"
"Ophelia!" Suara Elased memanggil nama aku, seperti menyuruh aku berhenti membuat tindakan gila aku. Aku jeling dia tajam tanda suruh dia diam.
"And guess what, I'm too kind, humble and sweet to be his Twinmate" suara aku sangat.. gedik bila memuji diri. Oh biarlah! Aku pandang Reg tajam. "Because he's just a jerk, reckless and sexual abuser, yeah, not to mention that Regulus is white haired alien and freak!"
Kali ini Proffesor Betelgeus bangun dan seperti mahu menyerang aku sebelum Reg yang turun dari pentas. Urat kelihatan jelas di pelipisnya dan..
Dia berjalan laju ke arah aku.
OMG.
"Ophelia!" Elased orang pertama yang keluar dari tempat duduknya dan menuju ke arah aku sebelum Pictor menahan dia. Aku tahu, kalau siapa yang 'protect' aku sekarang ini; mungkin dia juga akan nazak.
Mungkin, aku juga seperti sedang nazak.
Regulus berjalan laju ke arah aku. Suasana dewan semakin kecoh dan ramai cikgu dan murid-murid berdiri. Aku tidak tahu kenapa aku sangat berani tetapi aku langsung tidak menyesal! Aku dapat rasakan pupil mata aku membesar dan mata aku berpaling ke arah pintu keluar dewan yang terbuka sedikit.
Okey cun!
Jadi aku lari.
"OPHELIA!!" Suara Regulus dan aku dapat rasakan derap kakinya laju mengejar aku dari belakang. Buat kali pertamanya, adrenaline aku betul-betul membuangkan jantung aku berdegup kencang. Aku berlari laju dan aku dapat rasakan ikatan getah rambut aku longgar. Angin dan aku bagaikan bersatu. Aku memang sejenis 'suck' dengan aktiviti lumba lari dekat sekolah dulu sebab aku budak nerd yang buat latihan math waktu PJ dan aku benci Pendidikan Jasmani yang buang masa itu!
Dan aku benci main lumba lari dengan Regulus!
"JANGN KEJAR SAYA!" Aku jerit kuat dan tapak kaki aku hampir mencapai ke arah pintu dewan besar itu.
"STOP THERE! OPHELIA!!"
Satu dewan kecoh dan aku dengar jeritan kawan-kawan aku. Aku tidak pedulikan Regulus dan aku terus tarik pintu dewan berkayu yang berat itu sebelum..
ZAPPP!
Tubuh aku ditarik dari belakang dan aku dapat rasakan pinggang aku dirangkul kuat. Bau Cologne mencengkam hidung aku. Shit! dia dapat tangkap aku! "You bitch!" aku pijak kaki dia kuat dan lutut dia aku lipat! Dia mengerang kesakitan sebelum dengan pantas aku lepaskan diri aku dari rangkulan dia. Dia tarik rambut aku sehingga rambut aku sepenuhnya bebas dan belakang Patella kaki aku dikunci sehingga aku jatuh ke bawah. Gila! aku tahan geram dan baru sahaja aku hendak siku dia, aku dapat rasakan tubuh aku terapung.
OH MAGGI.
"LEPASLAH!" Aku tarik rambut putih dia dan dia memandang aku tajam.
"SHUT UP WOMAN" Suara garaunya jelas dan dia merengus kasar "Just shut up! stop screaming like an idiot and stop pulling my hair alright?"
Aku tumbuk dada dia. "You're damn muggle! you're pain in the arse!" Aku cuba lepaskan diri aku dan Reg dengan selamba muka-kicap-cap-tamim dia, berjalan ke arah pentas dan semua orang memandang kami dengan ternganga. Aku sambung menyumpah dia, "You're stupid crazy insane lunatic and only God knows all words to describe your idiocy, white hai.."
PLUPPP!
Dia dengan selamba jatuhkan aku depan miss Shaqinah dan beribu manusia dibawah. Aku yang jatuh tergolek seperti nangka busuk ternganga. "YOU !" Aku pandang dia tajam sambil mengerang kesakitan.
Berapa lama lagi aku mahu berada dalam cerita ini dan berapa banyak tulang aku akan patah?!
"Stupid white ha.."
"Shut up, idiot" suara garau itu dan lengan aku kedua-duanya ditarik kasar- memaksa aku bangun. Aku merengus kasar. Reg hanya buat tidak tahu dengan aku dan mata dia merenung Shaqinah. "Proceed"
Dan Miss Shaqinah seperti terdiam sejenak. Mata aku ditenung dan kemudiannya beralih pada Reg. Dia keluarkan sesuatu daripada globe kaca.
"Praecipua, Leonis Minoris. The Principal Star" dan dia ambil tangan aku. Baru aku nak melawan, tangan Reg menahan pergelangan tangan aku. Aku gertap bibir. Aku tak suka kena paksa!! Aku lihat Miss Shaqinah keluarkan sesuatu.
Dan nafas aku terhenti.
Pisau kecil. "Are you ready, Opehelia?" suara Miss Shaqinah sebelum pisau tadi di menghiris kulit aku.
Dan darah mengalir ke dalam Globe tadi.
Aku tidak tahu apa yang aku rasa. Air mata aku mengalir. Benda ini sangat mengarut. Novel-novel fiksyen sangat mengarut dan aku takut.. kalau semua ini memang 'real' dan.. aku harap sangat ianya tidak melarikan akidah aku. Walaupun aku tidak kuat dalam agama tapi..
Air mata aku jatuh. Chill, this is not real. This is all just a dream.
Hanya mimpi.
Aku tidak tahu apa yang berlaku seterusnya, aku hanya melihat dari hujung mata. Cara yang sama dilakukan pada aku, terjadi pada Reg.
Aku menunduk dan tidak mahu melihat apa-apa. Aku dapat rasakan suara aku dipanggil Miss Shaqinah dan dia memandang aku sambil senyumannya melebar. Satu kalung berwarna silver diberikan.
Dan ada bentuk Singa.
Aku pandang Reg dan dalam masa yang sama, aku tersedar Reg juga memandang aku. Aku kerdipkan mata apabila terasa dunia aku seperti berputar. Seperti terasa lain. Nafas aku semakin perlahan. Sekali lagi, wajah Reg aku pandang. "Regulus?" dan dahi aku berkerut.
Aku tidak tahu apa yang terjadi tetapi terasa badan aku tidak seimbang dan hampir jatuh sebelum ada tangan yang memegang lengan aku. Reg.
Aku pandang mata dia. "Reg?" dan aku otak aku terasa berdenyut. Pandangan aku kabur tetapi apa yang jelas hanya Reg. Mata dia bertukar gelap- seperti langit malam. Cantik sangat..
Fiksyen.
Terlalu indah sentiasa bagi yang tidak wujud, dan akhirnya kau termati langkah di situ untuk menelan pahitnya realiti bahawa fiksyen yang kau cintai itu benar-benar tidak wujud.
"Ophelia?" Suara Reg dan kali ini suara dia lain. Badan aku semakin lemah. "Ophelia, what's wrong?" dan badan aku jatuh, tangan dia memegang aku kuat. Pandangan aku kabur. Siling berputar dan wajah Miss Shaqinah dan yang lain kabur dan..
hilang.
Hanya Reg dan matanya yang fiksyen jelas terbayang. Rambut putihnya bersinar bagaikan bintang Regulus di antara Alpha Leonis. Mata aku perlahan-lahan tertutup, "Reg.." aku dapat rasakan bagaikan ada sesuatu rasa yang menarik aku untuk tersenyum. Aku macam.. khayal. Bibir aku mengukir senyum pada dia, "You're beautiful, Regulus. A beautiful star"
Dan khayalan itu menghentikan seluruh saraf aku bersama nafas yang perlahan. Pandangan aku gelap dan lena membuai sepi melankoli kegelapan aku.
***
Aku buka mata aku bila terasa bau cologne kuat. Siling putih yang penuh dengan artificial-star itu menyapa pandangan aku terlebih dahulu. Terasa bibir aku kering dan tekak aku sakit. Dada aku terasa berat dengan sesuatu.
Dan aku menyentuh sesuatu yang memberatkan dada aku itu. Rantai halus dan besi yang berbentuk.. singa.
"Bagus, awak dah bangun"
Terasa leher aku berdenyut dan sekali lagi- bendalir penterjemahan itu mungkin berfungsi lagi. Aku mencari suara garau itu dan dia duduk di sebelah aku. Bibirbya tidak mengukir senyum tetapi tiada pula kebencian di wajah itu seperti selalu.
"Saya dekat mana?"
"In your room?"
Aku terus bangun dan laju aku pandang dia tajam. "What the hell you're doing in my room?!" aku baling bantal ke arah dia dan dia tangkap dengan sangat cekap.
"You're my twinmate remember? so we're like brother and sister" dia bangun dan bantal dicampak ke muka aku. Aku merengus tetapi muka dia selamba. Dia bergerak ke arah pintu, "I know it's disgusting to have you as my twinmate, but who cares about it anyway"
"Get out"
"OPHELIA!!!"
"DAH BANGUN!!"
Queen dan Rigel yang datang dari arah tandas bersama-sama tadi menerpa ke arah aku. Aku terkedu. Oh jadi memang tadi ada Rigel dengan Queen la? Selamat.
Fuhh.
"Hi girls" aku balas pelukan mereka. "Apa awak berdua buat dalam tandas sama-sama?"
"Baju Queen terkena lumpur. Pictor yang gila itu pergi campak dekat dia. Jadi saya tolong dia basuhkan. Queen panik sangat tadi dan kami pun risau tentang awak. Jadi, kami jaga awak dari semalam lagi dan.." Rigel pandang Reg takut-takut. "Reg pun sama. Cuma, saya tahu awak tidak suka lelaki masuk bilik awak sebab awak pernah kata pasal adat awak, jadi kami sepanjang Reg di sini, kami pun ada"
Aku pandang Reg. Keningnya terangkat dan aku balas pandangnya dengan kening terangkat juga. "Thanks?"
Reg julingkan mata ke atas. "That's the nicest word that you've ever said to me." dia bergerak ke arah pintu. "And to be honest, I'm freaked out to hear something like that from your mouth. It's just not normal" dan dia tekan pintu sebelum keluar dari bilik aku.
"So much hate" aku melepaskan keluhan. "Saya nak bunuh dia."
Dan dua orang kawan aku itu hanya menggeleng sambil tersenyum.
***
Aku mahu balik.
Bila aku datang bulan, memang aku aku jadi serigala jadian yang sedang mengaung di bawah sinaran rembulan. Segala-galanya akan jadi macam tak betul. Aku yang sebenarnya seorang yang tidak teliti dan berhati-hati secara automatik akan menjadi telitit dan cerewet. Aku akan hanya suka duduk dalam bilik dan berdengkur. Bangun tidur, tanpa gosok gigi atau cuci muka, aku akan terus menghadap buku dan study.
Itu aku semasa di alam 'realiti'
Dan mungkin sebagai seorang 'alice' di dalam wonderland yang termakan biskut 'eat me' yang membesar dan mengecilkan aku, aku tak ubah seperti Alice yang keliru mana jalan keluar aku. Sekurang-kurangnya.. dia masuk melalui lubang arnab dan aku?
Masuk lubang hidung pun, mungkin aku tak dapat jumpa jalan keluar kecuali hanya mukus berhinggus.
Ok aku mengarut lagi! "Nak balikkkkkkk!" aku menjerit di hadapan cermin. Bergema suara aku dalam tandas ini. Aku kalau tengah stress, memang begini. Sama ada aku merepek atau aku buat benda mengarut.
Contohnya seperti sekarang, aku duduk mereput di atas tab mandi.
"I wanna go home" aku berbisik sendiri. "I wanna watch movie; I mean, a love story, the notesbook, Me before you, Ombak Rindu, Love Rosie. Mungkin cerita hantu pun best juga, Mak Limah Balik Rumah, Zombie Kampung Pisang, Saw" aku mengeluh. "Aku nak buang movie Harry Potter, Star Wars, Avatar, Pirates Of Carribien dan apa sahaja movie fantasi dan ada lelaki rambut putih!"
Tiba-tiba pintu berbunyi kuat dan ada orang ketuk.
Ah sudah, siapa pula yang suka hati masuk bilik aku ini. Ini mesti si Rigel rambut Brunette itu. Sebab dia aje yang boleh masuk suka hati. Aku bergegas ke pintu dan pintu bilik air aku buka.
Rahang aku jatuh.
"Hye" Regulus bersandar pada tepi pintu. Dia memakai baju seperti t-shirt wife beater berwarna hitam. Dia peluk tubuh dengan muka selamba. "Let's go for a twinmate's date"
Dan mungkin sekali lagi, rahang aku tak jatuh tapi terkoyak.
***
"Awak tak boleh masuk bilik saya sesuka hati. Walaupun awak anak Proffesor Betelgeus yang ada semua akses bilik pelajar, awak tak boleh gunakannya untuk masuk bilik sesiapa sesuka hati" Aku samakan langkah jalan dengannya. Kami melalui lalui pejalan kaki yang penuh bunga di kiri dan kanan. Laluam sunyi dan hanya ada beberapa orang pelajar yang duduk bersantai di luar. Aku sambung membebel, "Awak tak boleh suka hati masuk bilik saya, ianya privacy bagi saya! awak faham tak? Dan awak tak boleh suka hati paksa saya dating dengan awak sebab saya langsung tak berminat dengan awak. Wala..."
"Ophelia" dia terus mencantas kata-kata aku dan berhenti berjalan. Dia meraup wajahnya dan aku dapat dengar dia mengeluh berat. "Awak tahu kenapa awak dipilih jadi Twinmate saya?"
"Mungkin sebab mereka nak awak bunuh saya sebab itu sahaja yang awak pandai; membunuh saya" Aku peluk tubuh dan senyum sinis.
Regulus buat muka bosan. "Mungkin betul" dan pandang wajah aku.
Aku senyum bangga. "Saya sentiasa betul"
"Right." Dia mengeluh dan aku lihat kerutan di dahinya hilang. Kerutan yang biasa diberikan ketika kami berjumpa. Kerutan yang sentiasa mengingatkan aku betapa bencinya dia kepada aku. Dia pandang aku yang pandang dia. "What?" keningnya terangkat.
Aku tergelak kecil. "You hate me and I hate you" aku pandang sekeliling kami. "Two person who hates each other and almost killed each others are dating"
"This is not a date" dia tekankan suaranya dan berjalan menuju ke arah Selatan. "Come on, simpleton" dia tarik rambut aku dan aku tampar tangan dia.
"You ruined my pretty hair" aku betulkan getah mengikat rambut aku yang sudah longgar. Kami sampai di sebuah lereng bukit dan ada tangga untuk ke bawah.
"You see that green roof there?" Dia tunjuk pada bumbung hijau di bawah. Mata dia sama dengan warna langit- hitam pekat. Kadang-kadang aku tertanya, dia ini dalam dunia sebenar, mata dia warna apa? Reg pandang aku dan keningnya terangkat. "Kenapa awak pandang saya begitu?" dan mata kami bertemu.
"Oh, tiada apa-apa" aku alihkan pandangan. Terasa leher aku berdenyut lagi. Kenapa setiap kali Translation Fluid itu berfungsi, dia mesti berdenyut? Aku berdehem. "Kenapa dengan tempat itu?"
"That's a green house."
"Oh"
"Have you ever seen a green house before? I mean.." dagunya bergerak dan bibirnya seperti berhati-hati sebelum mahu mengatakan sesuatu. "in reality?"
Aku geleng dan mata aku tertumpu pada langit. Banyaknya bintang. Nafas aku hampir terhenti apabila aku nampak ada pantulan yang sama pada mata Reg. "Reg, can you stop"
"Stop what?"
Aku senyum segaris. "Stop being reckless and scary." Aku rasa, Reg bukanlah teruk sangat. Mungkin, aku patut cuba faham kenapa dia jadi begini. Aku pandang dia dengan satu sengihan nakal. "Because you're better than that"
"Huh?"
"I mean, you're too beautiful to be scary" aku turun ke arah tangga dan menuju ke arah green house itu. Reg mengikut aku dari belakang.
"Ophelia! wait!" dia tarik rambut aku lagi.
"Don't touch my hair!" aku tumbuk tangan dia. Dia tergelak kecil sehingga menampakkan baris giginya.
Wait what? Reg ketawa?!
Aku ternganga.
"Reg" aku masih dalam keadaan tak percaya.
"What?" tawa dia mati.
"Awak terlalu comel kalau ketawa" aku senyum nakal. "Okey Reg, stop being too cute."
"OPHELIA!!"
Dan baru dia mahu tarik rambut aku, aku lari ke arah Green House tadi dan dia kejar aku dari belakang. Bergema suaranya menjerit nama aku bersatu dengan gelak tawa aku.
Dan entah kenapa, aku rasa sesuatu yang indah meresap ke jiwa aku dan memori aku tentang realiti seolah-olah hilang.
***
Penat berlari. Kami berhenti apabila kedua-kedua kaki kami terus menjejak masuk ke dalam Rumah Hijau. Tawa kami masih bersambung dan aku dapat rasakan nafas aku hampir putus kerana ketawa tak cukup tanah.
"Stop calling me cute" Suara Reg cuba dikeraskannya dan wajahnya yang putih bertukar merah. Dia cuba menahan ketawa tetapi satu senyuman pula terukir.
"You're smilling and laughing and that's cute"
"Shit" dia meraup wajah dan memalingkan wajahnya. "Stop it, Ophelia"
"Stop it, Ophelia" aku mengejeknya dengan suara garau. Dia pandang aku dengan mata tajam dan aku sengih. "Okey White-Haired-Alien, you're not cute. You're ugly"
"Ophelia" matanya mencerun pandang aku.
"What?" aku buat muka tidak bersalah sebelum terus masuk ke dalam Rumah Hijau. Buat seketika, nafas aku terhenti lagi dan aku ternganga. Cantiknya.
Masya Allah.
Bunga-bunga yang bersinar dengan cahaya yang mengikut warnanya. Bunga-bunga yang aku tidak pasti bunga apa namanya kerana aku tidak suka bunga. Tapi.. semua tumbuhan dalam ini cantik sangat. Semuanya bersinar macam bintang. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah tengah-tengah di antara pokok bunga kiri dan kanan aku. "So much fiction" aku menghelakan nafas bila terasa kecantikan ini memang indah. "I've never seen anything like this before"
"And I've never met anyone like you before" suara Reg.
Ayat dia buat aku terkedu. Laju aku berpaling dan dia senyum segaris. "Look on your left side, the glowing flower, the gardeners here manipulated the genetic structure of the flower. Those roses.." dia menunduk pada telinga aku dan jarinya menunjuk pada bunga di bahagian kiri aku, "..are glowing in the dark because of genetic engineering"
"I've heard about that before." Aku menjauh bila terasa bau Cologne nya seperti sudah melekat di hidung aku. "Science and fiction" aku julingkan mata.
"But this one," dia tunjuk pada bahagian kanannya dan mata aku terikut sama pada arah yang di tunjuk. "grown not by using genetic engineering methode. We're using the flourescent molecules that will be absorbed into the culture contain sugar. Then we fed the plants water spiked with glucose molecules linked to other functional molecules, I mean.. the flourescent molecules." Dia menjelaskan secara spesifik dan dia mendekatkan wajahnya pada bunga yang 'glow' itu. "And then, it will be absorbed into the ovule’s nutrient-transporting vessels" Dia angkat membelek bunga itu dan aku dapat katakan, warna rambutnya bercahaya dengan warna yang sama dengan bunga itu. "..passed to the fiber-forming cells where they were used to build the plant’s cotton fibers" dan dia angkat wajahnya, merenung aku dengan senyuman. "Science is magic"
"No, you're the magic"
"What?"
Aku tersedar. Er, apa yang aku dah cakap? aku dah gila ke? "Oh nothing"
"I heard that you said I'm the magic"
Aku terkedu. Oh Mommy! Aku berdehem dan menunduk. Aku berjalan melepasinya dan terus kaki aku berjalan ke arah bangku panjang yang kosong. Rumah hijau ini tidaklah gelap mana dan segala-galanya di sini sangat terang. Macam disinari bintang pada waktu malam. Aku lihat Reg berjalan mendekati aku dan dia duduk selamba di sebelah aku. Pokok bunga yang 'glow' yang dipegang tadi itu diletakkan di tengah-tengah di antara kami.
"Awak suka bunga?"
Dia angkat kening. "I like flower and not that I love flower."
"Flowerboy" aku ketawa kecil. Mata aku jatuh pada bunga dalam pasu kecil ini. "Kenapa awak sukakan bunga ini?"
"I love nature" dia tidak senyum cuma suaranya kekal tenang. Matanya jatuh pada kasutnya. "I love reality. Reality is natural and nature is reality."
"Then go live in reality. Why bother to live in this imagination. Find a way out here and go get the life that you want to live in" Aku memandang dia sedalam mungkin. Dia tidak membalas kata-kata aku dan pandangannya jatuh pada bunga-bunga yang bersinar dalam terang di hadapan kami. Bibirnya melpaskan keluhan.
"Imagination is beautiful" dia mengucap tiga patah perkataan itu. "But reality is meaningful"
Aku terdiam. Mata aku tertumpu pada wajahnya dan beralih pula pada langit malam yang tersorok di sebalik bumbung Rumah Hijau ini. Langit di sini terlalu.. real dan fiksyen ini sangat indah. Bagaikan melukis warna sebuah lukisan kosong di atas kanvas, pelbagai warna di warnakan, pelbagai rasa direncahkan.
"Boleh saya tanya?"
"Hmm?"
"Sekarang ini awak dengar saya bercakap dalam bahasa apa?" aku pandang dia.
Dia pandang aku dan keningnya terangkat. "Greek. Kalau awak cakap dalam bahasa Inggeris, saya akan dengar seperti awak cakap bahasa Inggeris."
"Saya dengar awak bercakap dalam bahasa saya juga" Aku ketawa besar. "Kadang-kadang rasa macam tengah menonton cerita di HBO yang diterjemahkan ke bahasa Melayu bila melihat awak bercakap bahasa Melayu. Saya rasakan, bestnya kalau Translation Fluid ini wujud di dunia sebenar"
"Then talk in english, maybe.. we'll feel more real" dia seperti tahan senyum. Matanya merenung ke langit disebalik bumbung itu juga. "Ophelia"
"Yes?"
"The first time you saw me, you don't look scared." suara dia seperti separuh berbisik dan mata dia masih merenung langit. "And until now, you don't even look scared"
"Nothing scares me but imagination."
"I thought everyone loves imagination"
"Let's not talk about imagination." aku buat muka bosan. "Let's talk about you?"
"Me?" dia pandang aku dengan keningnya- seperti biasa dia memang ada skil kening terangkat macam lelaki Star War yang kening tajam itu. Apake nama wataknya..
"Yeah you" aku sengih sampai nampak gigi. "You're weird, Reg. First, you hate me and now, you're taking me here, talking to me like.. Wow, there's nothing happens between us"
"Because we're twinmates, that's all." dan dia bersuara tenang. Nafas dihelakan dan wajahnya tenang. "Ophelia?"
"Yeah?"
"Kenapa awak tidak takut pada saya?" dia menyoal dan kali ini aku dengar dalam bahasa melayu.
"You're talking in Greek, aren't you?" aku senyum segaris. Dia masih memandang aku, meminta jawapan. Aku angkat bahu, "Tak tahu, Reg. Saya tak tahu kenapa saya tidak takut pada awak. Saya rasa apa yang saya alami sekarang hanya imaginasi dan saya sedang tidur. Saya sentiasa percaya yang saya sedang tidur dan suatu hari saya bangun dari mimpi ini. Jadi, buat apa saya nak takut pada awak jika awak hanya sebahagian imaginasi saya ?"
"Awak tahu" dia senyum segaris. "Rumah Hijau ini saya punya. Saya, Polaris dan Sirius. Kami sebenarnya adalah sepupu dan ayah saya ambil mereka sebagai anak angkat. Jadi, kami buat rumah hijau ini tetapi kami tanam tanaman yang lain daripada yang lain mengikut kajian saintifik"
"Patutlah awak sangat sukakan bunga kecil ini" aku ambil pasu kecil yang memisahkan kami dan aku belek. "Awak nampak sahaja ganas tapi rupanya berhati bunga"
Dia tidak membalas dan hanya merenung aku yang sedang membelek bunga dia yang pelik. "Reg, in real world, what's your real name?"
Reg terdiam.
"Reg?"
"I don't remember. I don't want want to remember because I can't remember anything" dia merengus kasar. "Can you please stop asking me about real world?"
"The worst things about imagination is, it kills your reality and you forgot what is real and what is reality"
Reg diam. Dia alihkan pandangannya pada langit. "Ophelia?"
"Yeah?"
"Terima kasih sebab tidak takut pada saya." Suara dia lembut dan jelas.
"Tapi saya tetap benci awak" aku ketawa besar. "And this is Cliche!" aku angkat kaki aku dan mula bersila atas kerusi. Kening Reg terangkat tanda pelik kenapa aku harus kata, ini klise. Aku sambung, "Well you know, in the novel, i mean.. a romance novel, the hero hates the heroin and then, some stupid things happens, they began to fall in love and friendship process and.. deep late night conversation and.."
"Fall in love? kissing under the rain?" Reg sambung dengan muka dia yang kerek itu. "May God help your brain to work more properly, Opehlia. You think we're going to do anything like that?"
"No!" aku membentak tegas sebelum muka aku panas. "Well at least not with you white haired-Alien."
"I'm not an Alien" dia membalas dengan suara robotnya. "And I'm stunningly attractive to be compared with an Alien."
"All fiction heroes are stunningly attractive anyway" aku senyum senget. "Saya tertanya, siapa heroin awak? mungkin heroin awak agak gangster seperti awak."
Dia pandang aku dengan satu pandangan yang sukar difahamkan. Pupil matanya membesar dan rambutnya ditiup angin. Kening aku terangkat, "What?"
Dan dia melepaskan keluhan. "Nothing. You're talking way too much"
"People need to talk a lot on a date, Reg" aku ketawa besar dan yeah, aku memang suka ketawa. Mungkin kerana aku seorang yang cepat terhibur.
Dan sebenarnya, seorang yang cepat sedih juga.
"You're laughing on your own jokes." Reg menggeleng kepala. "And Ophelia, this is not a date"
"This is a fake date" aku ketawa lagi. Ketawa aku lagi besar bila tengok muka Reg seperti pening dengan perangai aku. "I mean, a cliche date, we're surrounded by many beautiful flowers and beautiful me.."
"Oh God" dia meraup wajahnya.
Dan tiba-tiba aku dapat rasakan bunyi hujan di luar dan setitik demi setitik hujan tadi seperti jatuh atas wajah aku- wajah kami. Aku pandang Reg. Rambutnya yang basah sedikit menutup dahinya. Dia mendengus dan rambutnya diselak tepi. Wajah aku dipandang.
"It's raining" aku senyum pada langit. Oh aku suka hujan.
"Yeah, i think it's because you like to be all cliche so much" dia juga pandang pada langit yang sama. "And Mother Nature decided to give you her own version of cliche" dan segaris senyuman terbit di bibirnya. Cantiknya karekter fiksyen..
"Reg?"
"Hmm?"
"You don't have to be so scary like a seriel killer, because you're too beautiful to be scary"
Dan aku dengar satu tawa kecil meletus dari bibirnya. "Flirting?" keningnya terangkat.
"Well, I'm still trying" dan aku senyum nakal dan disambung senyuman kecilnya.
Hujan terus dengan drama cintanya, menyanyi merdu dengan tangisan langit yang dikira indah walau hakikatnya pilu.
Dan aku mula terasa, memori aku semakin hilang dibayu bayu imaginasi.
****
Aku bangun dalam keadaan yang sangat mengejutkan. Aku tidak tahu mengapa kepala aku terasa sangat sakit dan aku rasa seperti kehilangan sesuatu. Sesuatu yang hilang sebaik sahaja aku keluar dengan Reg malam tadi. Mata aku memandang ke luar tingkap- atau lebih tepatnya seperti skrin yang mencerminkan alam luar.
Langit semakin cerah dan birunya amat pekat. Aku mengerling ke arah jam. Nafas aku terhenti apabila aku sedar bahawa aku sudah sangat lewat!
Laju kaki aku melangkah ke bilik air dan mandi dengan gaya yang simbah sahaja mana yang patut. Aku tahu, aku ada beberapa minit lagi sebelum kelas bermula! sekarang ini pasti semua pelajar sedang bersarapan. Keluar sahaja daripada bilik air, aku pakai pakaian yang telah ditunjukkan Rigel semalam. Warna jingga yang hampir mengikut bentuk badan tetapi selesa. 'Cloak' yang berwarna hitam tetapi dalamnya warna kuning keemasan aku ambil dan aku ikat ke leher. Aku tidak tahu mana aku letak getak rambut aku, jadi aku hanya biarkan rambut aku jatuh terurai hingga ke bawah dada.
Aku capai Kot putih makmal yang aku kira sangat diperlukan semasa dalam makmal nanti dan juga beberapa buku Genesis dan Neuron aku letak ke dalam beg kecil aku. Terima kasih kepada Reg yang beritahu aku serba sedikit tentang keperluan kelas hari ini.
Dan teringat Reg, mata aku terus memandang langit biru sebaik sahaja aku keluar daripada bilik dan terus akses ke laluan untuk pergi ke dewan makan utama. Langit, sekali lagi masih sama warna birunya.
Dan mungkin begitu warna mata Reg.
"OPHELIA!" Satu suara menjerit memanggil nama aku. Aku lihat, Ras berlari ke arah aku. Dia tercungap-cungap apabila sampai di hadapan aku dan wajahnya merah. "Kau ni kenapa lambat sangat! kau tahu tak kelas dah nak mula 10 minit lagi. Kenapa tak sarapan awal sikit, kita orang tunggu kau tahu tak"
"Ye ye.. jom la" aku tarik dia dan kami sama-sama berlari ke arah dewan makan. Aku tidak tahu apa yang tidak kena pada aku, kerana sebaik sahaja aku jejakkan kaki ke dalam dewan, semua mata memandang aku dan aku tidak pasti, pandangan itu- pandangan pelik ataupun pandangan yang mengatakan sesuatu akan berlaku.Mereka tidak bising dan kecoh seperti selalu malah mereka berbisik sesama sendiri apabila aku lalu di tepi mereka. Aku perlahankan langkah aku dan berbisik pada Ras, "Kenapa mereka pandang aku macam ada sambal tersekat dekat gigi aku?"
"Bukanlah, kau tidak dengar ke apa mereka kata?" Ras berbisik. Tangan kami sama-sama mengambil makanan di tempat yang disediakan dan beberapa Bot memerhatikan kami. Ras meletakkan botol gelas kecil yang bersi air mineral atas pinggan aku, "Mereka kata kau nampak lain sikit hari ini?"
"Lain apa?" aku berbisik lagi sambil tangan aku ambil roti. "Aku miserable gila kot tadi. Dengan bangun lambatnya"
"You're wearing that cloak and your hair.."
"So?" aku angkat kening aku.
"You look better in this kind of fashion" dia angkat bahu dan bibirnya mengukir senyum senget. Kami sama-sama lalu diantara meja-meja pelajar yang sedang makan. Dari jauh, aku nampak Pictor, Rigel, Queen dan Elased melambai ke arah kami.
"Ras, ini bukan fashion" aku tekankan suara aku.
"Tapi kau nampak cantik macam ini." Dia senyum kecil. "Serius"
Aku lajukan langkah dan mata aku tertumpu pada wajah Ras sambil mulut aku membebel laju, "Aku dah cakap, aku mis.." dan terasa kaki aku disekat.
Kedebuk!
Pranggg!
Aku jatuh ke lantai dan kepala aku hampir terlentang ke belakang. Aku dapat rasakan Mulut Ras ternganga apabila melihat semua makanan aku jatuh ke lantai sekali dengan botol gelas mineral yang pecah. Suasana dewan yang memangnya sudah sunyi kembali lagi sunyi.
"Oh pretty little princess" Suara seseorang dan mata aku terangkat ke wajahnya. "Little shawnty, poor my little shawnty" dan itu Reg, tersenyum senget.
Dia menunduk. Aku pandang dia tajam dan dia keluhan kasar aku lepaskan. Apa lagilah yang dia nak buli aku ini? apa lagilah yang dia tak puas hati dengan aku? Tanpa pandang dia, aku cuba bangun sebelum aku dapat rasakan bahu aku ditolak ke lantai. Aku cuba melawan tetapi Reg menekan kedua-dua lengan aku.
Gigi aku digertap sesama sendiri. "Stupid Regulus"
"Idiot munchkin" dia dekatkan wajahnya.
"Apa masalah awak?!" aku jerit di mukanya. "Lepaslah!" dan dengan segala tenaga yang aku ada, lutut aku disasarkan ke atas mengena abdomennya. Dia tertolak ke belakang dan aku ambil kesempatan ini untuk melipat kakinya dan dia jatuh terlentang ke lantai.
"OPHELIA!" Suara Rigel.
"No! No! Ophelia.. Rigel! Stop it!" seorang lelaki berambut merah menarik aku dari belakang.
Ini Sirius. Aku siku perutnya dan kaki aku menyepak kuat buku lalinya. Dia mengerang ke sakitan dan terjatuh ke belakang. Hah! ambik kau.
"I'm not your little shawnty, freak!" aku menekan kuat peha Reg dan menghalang kedua-dua lututnya bergerak. Dia, yang dalam kesakitan, masih sempat tersenyum mengejek dan aku cekak kolar bajunya kasar sebelum lutut aku menekan abdomennya kuat. Aku kunci bergerakkannya. Rambut aku jatuh menutup separuh wajahku dan terkena pada wajahnya. Aku dekatkan bibir aku dia telinga, "And I'm not your little princess" mata dia aku pandang tajam. Peluh aku jatuh ke dahi. Nafas aku semakin laju.
"That's enough! Both of you!" Kali ini datangnya suara Polaris. Aku dapat rasakan kami berdua macam buat drama WWE dimana semua pelajar mengelilingi kami dengan mulut mereka separuh terbuka.
Reg ketawa kecil. Dia seperti tidak melawan. "Shawnty, stupid little pretty things, idiot princess"
"YOU!" Aku angkat kolar bajunya dan penumbuk digenggam sebelum diang..
ZAPPP! Tubuh aku jatuh disebelahnya apabila dia dengan selambanya menjatuhkan aku dan kaki aku sekali lagi dikunci. Reg menekan bahu aku kuat ke lantai. Aku kertapkan bibir apabila sekali lagi tulang aku rasa seperti mahu patah. Nafas aku semakin sukar.
"You. Stupid" aku menekankan setiap patah perkataan aku. Mata kami bertemu. Reg pandang aku tajam. Kenapa tiba-tiba dia masuk mood membuli ni? semalam macam friendly.
"Little princess in trouble, ey?" keningnya terangkat. Dia menunduk dan bau Cologne yang natural sekali lagi membuatkan aku resah apabila dia mendekat. "Shout for you momma to come help, little princess"
"I'm not your little princess!!" jeritan aku bergema diseluruh dewan.
"REG!! LET HER GO!" Elased cuba menarik Reg dari aku tetapi Reg tetap kuat. Dia mendekat dan bibirnya berbisik dekat pada telinga aku.
"Then, shall you be my queen, little munchkin?"
Nafas aku terhenti.
------------------------
A/N:
was admitted to the hospital due to something. hilang berat, pale white face, simptom and the nature of diseases are joking me. ha ha
and ward aku penuh dengan buku study -_-
and im wearing my winter coat here in malaysia bevause it's more comfortable than normal sweater. im weird but the weather plus aircond here are 'wintering' me.
thanks kak noriatul, you're right, hospital is suck if you're the patient, with all the injection, CT Scan, and injection again and the blood sucker creature, (syringe),
i really really really enjoy my vacation.
