MAGIC (I)
when she was just a girl
she expected the world
but it flew away from her reach
so she ran away in her sleep
Dreamed paradise
everytime she closed her eyes.
Mata aku terasa berat. Seperti seseorang yang baru sahaja bangun daripada tidur yang sangat-sangat lena. Suara seorang perempuan yang begitu asing menegur aku membuatkan mata aku terbuka luas. Itu macam bahasa greek.
Mata aku tertumpu pada siling bilik.
Siling warna kelabu yang penuh dengan corak bintang warna argentum yang bersinar apabila terkena cahaya matahari dan bau Salju dan seperti bunga mawar menusuk rongga hidung aku. Mata aku tertumpu pada gadis tadi. Dia sedang bercakap sesuatu pada aku dan aku langsung tidak boleh faham bahasanya. Wajahnya yang putih dan rambutnya yang Brunette. Mata dia yang sama dengan warna rambutnya. Dia memakai seperti pakaian seragam yang sederhanan ketat menyentuh badannya yang langsing tetapi semuanya lengan panjang sampailah ke kakinya. Gaya macam baju orang nak berlawan aje.
Dia seperti menyoal aku dan aku hanya menggeleng perlahan. "I'm sorry but I couldn't understand anything. What language you're using?"
Dia ketawa kecil dan dia mendekati aku. "Greek. Oh God, I've been talking to you for about what.. since last 10 minutes and you don't understand anything" Matanya ramah menyapa wajah aku. "We all here are using the same language other than our own language, the main language is Greek and Arab. Not that very ancient but.." dia menerangkan panjang berjela tentang bahasa yang digunakan kerana bajasa arab dan greek digunakan dalam banyak buku falsafah sains dan sastera pada zaman dahulu. Siap terangkan kitab As shamil fil sinaah at tabibiyah lagi. Aku mula pening sebelum aku tersedar sesuatu..
"WHAT?!" Aku hampir melompat. "Wait, where.. oh my Allah! what is this place?" aku semakin panik. Bukan tadi aku tengah duduk dengan Ayahanda dan tiba-tiba aku buka blog 'Myth' dan terus baca cerpen dia sebelum..
Tak. Ini gila!
"This is MHS, girl" dia ketawa. "You're the new student here but actually everybody is new here, this is an orrientation week but I've been here for about 3 Stella and you just arrived here yesterday. Don't you remember anything?"
Aku ternganga. "What is the date today?" aku pandang Jendela yang terbuka besar. Besarnya tingkap itu, atau aku boleh definisikan itu sebenarnya dinding tetapi transparent macam tingkap! Aku dekat mana ni? apa benda pula natangnya MHS ni?! MHI aku tahu lah. Malaysia Hari Ini. Aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan diri aku. "Who are you?" aku pandang wajah dia. "And why I'm here?"
"God! Ophelia! you're here because this is MHS, Magic High School. And today is 3 Stella 5 Luna" Gadis itu ketawa keras.
"What the heck is 3 Stella 5 Luna?" apa benda itu? kenapa aku rasa macam mengarut sahaja nama-nama ini? Kenapa aku rasa macam..
Aku dalam novel online itu?
Dia panggil aku.. Ophelia?
Magic High School?!
"This is MAGIC" aku bersuara perlahan. Mata aku terpaku pada sekeliling aku. "Manipula.. what the hell freak name.. hmm.. Astro and Genetic In.." aku terus terdiam. Ayat makna MAGIC yang aku baca tak habis. Mustahil.. Mustahil aku jadi Ophelia! Mustahil aku masuk dalam cerita itu?!
"Manipulation of Astrophysic and Genetic Information of Constellation" Gadis itu sambung. "Yes, you're here! Ah ya, we all here communicate in Greek and Arab. It's the most ancient language in the world because most of the scientific researcher and History books use Greek and Arabic language. But I'm Russia, I used to be very fluent in Greek. You can choose between these two languages" dia peluk bahu aku seperti aku ini sudah lama dia kenal. "By the way, I'm Rigel. I'm your roomates! and we gonna have so much fun after this! we gonna have a slumber party together! night conversation and all girls stuff." Dia menjerit kegirangan. "Oh God! this is amazing!"
Rigel?
Sah. Sah aku ada dalam novel itu! Rigel ialah salah sebuah watak kawan baik Ophelia.
"But I'm not Ophelia! " aku telan air liur dan aku dapat rasakan seluruh tubuh aku menggeletar. Aku mahu keluar dari cerita ini! "This is just a dream.." aku berbisik perlahan. Mata aku tutup. "This is just a dream" dan aku berharap selepas aku buka mata, semuanya akan kembali normal- hanya seorang gadis 19 tahun yang menunggu keputusan UPU, yang sedang main handphone sambil mendengar Ayahandanya membebel. Hanya seorang gadis 19 tahun yang bernama Nurul Sakti Sakinah yang bercita-cita sambung MBBS. Bukan seorang Praecipula atau digelar Ophelia. Bukan.. Bukan..
ZAPPP!
Aku dapat rasakan satu kesakitan yang teramat sangat pada bahagian leher aku. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang mencucuk aku pada bahagian leher sehingga tembus ke urat saraf ke belakang leher dan aku dapat rasakan otak aku berdenyut. Apa sudah jadi? Aku pandang Rigel. Dia senyum, "Saya sudah letak jarum penterjermahan pada leher awak." dia mengusap bahagian leher aku dan aku dapat rasakan sesuatu yang pedih bagaikan jarum yang sangat halus masuk di antara urat leher aku. Rigel sambung, "Jarum ini ada sejenis bendalir yang wajib diberikan kepada semua pelajar di sini. Bendalir ini akan meresap masuk ke dalam Cereberum awak dan intrepretasi segala data dan bahasa akan bertukar. Apa yang saya cakap sekarang ini mungkin bahasa Greek tetapi awak dengar seperti bahasa yang selalu awak gunakan."
Aku terkedu. Patutlah aku dengar dia cakap bahasa Melayu tetapi sebenarnya bukan! "Macam mana.."
"Sains dan neuro. Bendalir ini bertindak sama seperti acteylcholine yang mengalir dalam bentuk electrical impulse ke otak awak. It also involves.. maybe but im not sure, subcortial association fibre which not only pass between various areas of cortex in one cerebral hemisphere.." Dia meneragkan secara spesifik dan aku mahu muntah. Dia sambung, "Ianya membantu kita semua berkomunikasi dalam pelbagai bahasa tetapi tetap difahami oleh kita semua. Bukan semua orang faham bahasa Greek dan Bahasa Arab. Jadi, MAGIC memanipulasikan setiap fungsi otak awak mengikut kecederungan bahasa." Dia bangun dan terus bergerak ke arah tingkap. "Kita hidup dalam dunia sains dan bukan bahasa. Bahasa tidak lagi penting buat kita semua. Pada masa dahulu, manusia menggunakan bahasa yang berlainan dan mereka merosakkannya. Maka, hari ini, bahasa dihapuskan nilainya."
Tiba-tiba aku teringat Ayahanda aku yang amat cintakan Bahasa Melayu. Allah, apa benda dah jadi dekat aku ini?! kenapa aku berada dalam dunia yang lain dan.. MENGARUT?!
"And we call the days passed or the day that will come in the future as Stella, which means; stars and Luna is moon. But we're still using times, no hours, but only minutes and second and milisecond" Rigel menerangkan lagi. Bagaikan tahu aku seperti baru sampai ke dunia ini.. dunia yang..
Bukan aku cipta. Ianya Myth.
"Why there's no hours?"
Rigel senyum. "Suatu masa dahulu, Manusia mencipta sebuah gelaran 'jam' tetapi mereka langsung tidak mengerti menghargai masa kerana 'jam' terlalu lama. Human loves procrastination and they're a good procrastinator once upon a time. And today, we create minute and second so that we live in haste, we live like we're chasing time and we all live like there will be no tomorrow. Hence, appreciating every minutes and seconds are worth than hours."
Bukan ke guna minit sama sahaja dengan jam. Satu jam bersamaan dengan 3600 saat dan satu jam sama dengan 60 minit?! Aku tak faham aplikasi masa di sini..
Aku geleng kepala dan wajah aku raup. "This can't be real. Ophelia doesn't exist." Aku dapat rasakan hujung tubir mata aku panas. Macam mana aku nak keluar dari cerita ini?! "Look Rigel, I'm not Ophelia! I'm Praecipula! I was trapped in an idiot novel, I don't know what is happening and suddenly I was.."
"Come on, Ophelia." Rigel tarik tangan aku dan aku dipaksa berdiri. Mata dia memandang aku. "Don't tell anyone how you get here and why you're here. We all know how we get in here but we pretend like we don't know and it's the rule here- never said anything about your 'real world' "
Rahang aku jatuh. "Awak terperangkap di sini jug?!" aku pegang bahu dia. "I mean, you're trapped in this story? in this.."
"We came here with different ways, but we pretend like nothing happens and you and I are not supposed to be discussing about this matter. It's a law"
"No!" aku pegang bahu dia. "There must be a way out" aku menghela nafas. "Mesti ada" nafas aku lelah. Aku pandang Rigel. "You don't want to leave your family, you remember all the things about your family right? takkan awak mahu biarkan keluarga awak cari awak?"
"Ophelia" Rigel senyum hambar. "I've been here for about three days before it happened. They said, every minutes you live here, your memories about the people that you leave behind will be annihilated automatically and three days here.. it feels like three years and i dont remember anything about them."
"No! awak kena tolong saya.. saya kena keluar.. saya tak mahu duduk sini. Please.. saya tak mahu jadi Ophelia!"
"Don't talk anything about this!" suara dia keras. "Or.. they will kill you. I've seen it before. Please.. just, play the role." suara dia lelah. "This place is great. Come on Ophelia! kita kena kejar masa! beberapa minit daripada sekarang, alarm akan berbunyi dalam setiap bilik pelajar dan ruang MSH! nanti ada perjumpaan dan perkenaan murid baru yang baru masuk!"
"WHAT?!" Aku sudah gelabah. "Saya tak nak pergi!"
"Please.." dia pegang tangan aku. "Malam ini mereka akan beritahu kita siapa 'mate' kita. Setiap pelajar ada twinmate tidak kira lelaki dengan lelaki, perempuan atau perempuan, atau lelaki dan perempuan. Kita akan belajar dan berkumpulan bersama-sama dengan 'mate' kita kerana kita semua mempunyai kebolehan yang sama dan hampir melengkapi masing-masing" Dia berjalan ke arah tingkap dan tangan diletakkan di cermin tadi sebelum 'tingkap' tadi terbuka seolah-olah dia ialah sebuah pintu yang dikawal get logik tersendiri.
Aku ternganga. "Itu.. bukan tingkap ke?"
"Ini pintu untuk awak ke bilik saya di sebelah. MSH tiada tingkap dan apa yang awak lihat hanyalah seperti cermin tentang apa yang berlaku di luar sana. Kalau awak mahu keluar, tekan sahaja cermin ini dan awak akan pergi ke mana-mana sahaja bahagian MSH yang awak mahu. Dia ikut imaginasi awak." Rigel ketawa kecil apabila aku hanya ternganga mendengar penjelasan dia. "Semua baju awak ada dalam almari sana. Untuk petang ini, pakai baju warna macam saya pakai. Merah gelap. Setiap warna ada maksudnya"
"Saya tak faham"aku terduduk di atas katil. "Kenapa.. kenapa penulis cerita ini buat macam ini? macam mana dia buat..?" aku gertap bibir. Dan aku terperangkap sebagai Ophelia!
"Sometimes, we love to read a fiction story and fall in love with the character and storyline but," Dia senyum hambar, "Things will be different if we're one of the fiction"
"But why us?!" aku genggamkan tangan. "And how to end this shit?!"
"Because, the writer supposed to finish the ending but she or he doesnt know how to end it" Rigel hanya tersenyum hambar. "And it depends on the reader to continue the story and end it. Readers tend to complain about the storyline and the ending, so maybe" dia ketawa kecil. "maybe this is a revenge"
Aku teringat yang aku merungut bahawa cerita MAGIC ini mengarut.
"So, let's the readers decide the ending"
Dan dengan itu, Rigel hilang di sebalik cermin-pintu itu. Aku terpana. Apa aku perlu buat?
Play the story till the end?
***
Aku tidak pasti apa yang berlaku pada diri aku. Yang aku tahu, aku sedang berada di satu cermin besar yang memantulkan wajah aku. Bilik aku memang besar, sangat besar dan lebih besar daripada ruang tamu rumah aku. Ada sebuah bilik air yang pelik. Bilik air yang menggunakan laser dan sebuah tab mandi yang tidak kelihatan dan hanya 'visible' bila kau tekan butangnya di tepi. Cerita apa aku 'baca' ini? kenapa terlalu 'sains' ?
Dan kita penampilan aku sangat pelik. Wajah aku semakin putih pucat kerana suhu di sini sejuk. Rambut aku semakin hitam keperangan dan aku tidak tahu apa yang berlaku. Rambut asal aku hanyalah hitam biasa dan wajah aku kuning langsat seperti orang Malaysia yang normal. Mungkin..
Ini salah satu watak Ophelia.
Ayahanda selalu tegaskan aku pakai tudung tetapi aku tidak mahu. Walaupun aku ini bekas pelajar Seseri, aku dahulu pakai tudung di sekolah tetapi selepas masuk ke program Asasi, aku terus free hair kerana itulah natural aku, bebas dan tidak terikat dan mungkin orang yang melihat aku menganggap aku ini 'liar'. Tetapi aku tidak pernah tinggalkan solat. Itu yang telah dididik sejak aku di Seseri lagi. Dan nasib baik aku kini datang bulan kerana aku tidak tahu bagaimana mahu cari kiblat di sini. Dan nasib baik juga penggunaan 'sanitary pad' di sini sangat sama dengan 'dunia' aku yang realiti walaupun di sini, mereka menggunakan 'jelly' sepenuhnya yang dilapik pada bahagian bawah tisu kertas biodegerable yang aku tidak tahu apa benda jelly itu. Yang pasti, content dia amat lain dengan 'pad' di 'dunia' aku.
Ya, semuanya di sini lain. Penuh dengan sains dan teknologi.
"Nah, perfectly matched with your face" satu suara datang dari arah belakang aku dan aku tahu, itu Rigel. Aku angkat kening.
"How you get in to my room so easily?" aku menyoal sambil menghadap wajahnya. Dia mungkin lebih tinggi dari aku, mungkin jika aku 160 cm, dia ialah 165 cm.
"Sebenarnya, kita berdua ini ialah roomates, roomates berdua. Saya boleh akses ke bilik awak dengan mudah. Tetapi, kalau awak nak ke bilik orang lain, awak tak boleh terus masuk sebelum orang itu yang benarkan." Dia tarik tangan aku dan kami berjalan mendekati pintu keluar. Lima jarinya didepakan ke cermin-tingkap yang seperti sebuah portal skrin yang sangat 'real'. Sungguh fiksyen. "Look, this is how you go out and get in from your room. We have the manual ways like our previous 'real-world', but this way is much easier and it's automatic." dia pejam mata sebelum berbisik perlahan, "NW-Out"
Dan aku terkedu apabila pintu terbuka perlahan dan kaki aku bagaikan terpasak pada bumi apabila Aku seolah-olah berada di sebuah dunia yang lain. Dunia yang hampir sama dengan dunia aku tetapi persekitaran di sini lain. Rigel tarik aku keuar daripada bilik dan sejurus dengan itu, angin bayu mula mencengkam tulang sumsum aku.
Mata aku mengerling ke arah sekeliling aku. Manusia atau remaja- yang mungkin sebaya aku, memakai baju seperti aku dan mereka semua nampak happy seolah-olah mereka terperangkap dalam cerita ini tetapi mereka tidak mahu keluar.
Well, sometimes, fantasy is better than reality that hurts you.
But this is not real. Aku mengeluh perlahan. Mata aku tertumpu pada pokok yang menghijau pekat dan langit yang terlalu biru sehinggakan aku boleh nampak gegelang Saturn dari jauh dan bulan yang sangat terang. It feels real. Mata aku mengerling pada pokok bunga ros dan tulips, Jasmine, Orchid, Dandelion dan banyak lagi yang tumbuh dengan sangat cantik dan segar. "This is all like in a story book" aku mengeluh. "This is all imagination" aku rasa nafas aku semakin sukar. "This s not real" aku berjalan bersama Rigel yang langkahnya lebih kehadapan kerana dia terlalu laju. "Kenapa mereka semua.. nampak macam.gembira? kenapa tak sedih bila terperangkap di sini?"
"Mereka sudah lupa siapa mereka. Setiap saat merampas memori mereka.. memori kita." Rigel bersuara perlahan. "And we're not following the storyline, Ophelia. We're creating the ending for this story. We're the one who decides it" dia berbisik perlahan seperti tidak mahu sesiapa dengar. "Tak semua orang yang baca cerita itu masuk ke sini jika mereka tak sebut apa yang penulis tulis di hujung Author Notes itu. Hanya kita- tetapi jumlah kita semua sangat banyak"
"Macam mana nak akhirkan ini semua?"
"I dont know, Ophelia" dia mengeluh. "And when I came here, I was alone and have no one with me. You're lucky, you know." dia peluk bahu aku. "Let's go"
Dan kami sama-sama masuk ke sebuah banggunan yang penuh dengan kaca berwarna biru sebagai tingkap. Tertulis di situ, North Wings- trĂ³o
"Kita mahu buat apa di sini?" aku pandang dia. Beberapa pelajar yang melepasi kami memandang aku pelik.
"Cheesecakes, Milk, and dairy food and bla bla bla for Western student. Glutinous rice, Rice and bread for Asian students." Dia tarik aku masuk ke bahagian seperti 'dewan makan' bersamanya. "and as for your question, well yeah, we're going to fill our tummy with healtylicious food"
Dan aku terpegun melihat dewan ini. Ini bukan realiti. Ini fiksyen dan aku hanya dalam sebuah buku cerita. Mata aku jatuh pada siling dewan yang bukan seperti siling tetapi penuh dengan skrin yang menggambarkan bintang dan alam semesta di luar sana. "Is that real?" aku menunjukkan pada siling. Keadaan di dalam dewan sangat bising dan meriah. Mereka semua seperti.. bahagia. Aku tak faham.
Memang sebuah benda dalam novel kena indah ke?
"That's real. It shows us about what's happening to our galaxy out there. We're very aware about the conditions of our Andromeda and stars. Sometimes, the depletion of hydrogen in stars make us wonder about what will happen if there's no stars" Rigel bersuara perlahan. Kami sama-sama berjalan ke arah satu tempat bahagian makanan. Aku pandang perkerja. Bukan manusia..
Robot?!
"Science kills the human-skill, but human kills the nature-skills and forget what's nature and what is natural." dia ambil pinggan putih diatas tray dan diserahkan kepada aku. Aku hanya diam. Ini bukan realiti, Sakti. Sedarlah. Ini semua mimpi.
"Ambil jenis makanan mengikut piramid makanan negara asal awak. Kalau awak tak ingat, awak boleh tanya robot itu. Dia akan pilih untuk awak. Tidak semua negara guna piramid makanan, ada yang menggunakan pie makanan dan sebagainya." Rigel bagaikan tourist guide aku. Dia ambil telur dan susu, juga sebiji epal.
"I don't want to eat" aku mengeluh. "Saya nak balik. Saya nak bangun dari mimpi ini"
"Kadang-kadang, mimpi lebih baik daripada realiti" satu suara garau menegur aku dari belakang dan aku berpaling. Seorang lelaki yang muka macam..
Melayu?!
"Okey, that face, I know what does it means" Lelaki itu ketawa kecil. Cermin matanya tebal dan bulat jatuh ke pangkal hidung. Dia letakkan nasi pulut ke atas pinggan aku dan air kosong. Dia juga letakkan daging bakar. dan sayur sawi rebus. "I'm from Malaysia too, we all here came from different countries."
"His name is Rastaban." Rigel bersuara sambil menarik aku mengikutnya. "Constellation, Draco. Rastaban means, the head of snake"
"Assalamualaikum young lady, saya dah lama tunggu seseorang yang saya boleh berbahasa Melayu." dia cuba samakan langkahnya dengan aku.
Aku pandang dia sedalam mungkin, "Awak pun terperangkap di sini juga?"
"Terperangkap?" suara Rastaban jadi pelik. "Tiada siapa terperangkap di sini."
Aku tersentak. Rigel yang di sebelah kami hanya senyum, "Saya dah bagi tahu awak, semakin lama awak di sini, semakin lupa awak kepada segala-galanya tentang realiti"
Aku terkedu. Aku tidak mahu lupa. Aku tidak mahu duduk dalam alam fiksyen yang indah ini. Aku tak mahu terlalu taksub dengan cerita ini.
Kami melalui jalan kecil antara meja ke meja. Beberapa mata memandang kami atau tepatnya- Aku. Mereka seperti berbisik sesuatu. Sesuatu yang buat aku pelik, mereka semua dari pelbagai warna kulit dan negara dan seolah-olah sudah lama kenal. Kalau benar mereka lupa siapa mereka dulu, mengapa Rastaban dan Rigel masih ingat negara asalnya?
"Hello dudes and chickas!" Rigel berhenti pada satu meja. Rigel- gadis Rusia yang berambut Brunette itu duduk di sebuah meja yang ada seorang lelaki berkulit hitam, seorang lelaki berambut blonde dan seorang perempuan berwajah jepun. Mereka semua memandang aku pelik.
"Have a sit, new bae" lelaki yang berambut blonde tadi memberikan aku senyuman manis yang aku anggap.. menggelikan.
"She's very new" gadis Jepun itu bersuara dan disebabkan bendalir penterjemahan dalam badan aku ini masih ada, aku tidak pasti mereka semua bercakap bahasa apa. Yang penting, ianya wujud pada pendengaran aku seperti dua bahasa- English dan Melayu.
"Becareful with the chair, you don't want to lose your leg" lelaki berkulit hitam itu menegur aku. Aku pandang kerusi yang bagi aku tidak wujud. Aku pandang Rigel, mengharapkan dia ajar aku bagaimana nak 'wujudkan' kerusi ini tetapi Rasbatan yang bersuara.
"Tekan button ini" dia tekan pada satu butang merah di bawah meja aku dan tiba-tiba, lantai yang aku pijak seperti terbelah dua macam pintu terbuka dan keluar sebuah kerusi yang simple macam kerusi kantin sekolah itu, tapi warna hitam.
Ini mengarut!
"Sit down" Rigel mengarah. "Let's break the ice"
Dan dengan itu, aku duduk dengan penuh janggal. Semua di meja itu terdiam dan mereka pandang aku. Tiba-tiba lelaki blonde itu bersuara, "Hello new bae, I'm Ras Elased, in Leo constellation. Call me Elased. Ras Elased, It means, Head of Lion" dia senyum penuh menggoda dan susunya diteguk sebelum menyambung, "This is Pictor" bahu lelaki berkulit hitam itu dipeluk.
"I'm the star of Painter, or known as Pictoris but call me Pictor" Lelaki berkulit hitam itu bagi aku tidak terlalu hitam tetapi lebih kepada brown. Rambutnya kemas dan wajahnya boleh tahan berupa. "Pictor sounds sexy"
"Yeah, sexy like a sexual abuser to be exact" Gadis Jepun itu bersuara dan Pictor merengus. Gadis Jepun atau mungkin korea.. ah, aku tak pasti. Dia senyum kecil dan comel sambil bersuara, "Pleione, the stars of sailing queen. Just call me Queen"
"Because she really want to be a queen." Rigel ketawa sambil julingkan matanya.
"So this is our new groups, Rastaban, im Rastaban, call me Ras. So Ophelia, Rigel, Queen, Elased, Pictor and.." Ras disebelah aku bersuara teruja, "Me myself, the great Rastaban!"
"Oh shut up" Queen julingkan matanya.
"Jadi Ophelia, kami semua tahu yang awak ialah Ophelia" Elased bersuara. Leher aku bahagian tempat jarum penterjemah yang dicucuk itu berdenyut. Mungkin menandakan Elased menggunakan bahasa sama ada Greek atau arab. Mungkin bendalir ini sedang bertindak dalam badan aku. Elased sambung, "Ceritalah pada kami tentang awak."
Aku terkedu. "Nama saya.." aku cuba ingat, aku bintang apa? Tiba-tiba aku teringatkan 'Character Describtion' yang aku pernah baca.
'Ophelia/Praecipula- Blur and childish, love biotechnology and scientific neuro research, love cakes and is called Ophelia; Help. Shakespeares story. Praecipula is one of the stars in the sky which is means The Principal Star.'
Aku telan air liur. "Saya.. Praecipula. Known as Ophelia means 'help' " aku berdehem. Ini janggal! "Praecipula means.." aku terhenti. Tak ingat.
"Principar Star" Pictor menjawab. "Ophelia is one of the character in shakespear, Hamlet's wife. Praecipula or Praecipua, Leo Minor" dan mata dia mengerling ke arah Elased. Seperti menghantar satu maklumat.
"Well, I'm Leo too" Elased senyum manis. "and here, we're chosen as classmates according to our constellation. Well hello new bae, finally, I've got a bae in my class"
"What?!" aku hampir menjerit. "Class?"
"Yes, kelas. Di sini, kita semua ada kelas. Macam Leo, mereka belajar macam mana mahu memanipulasikan bio- life melalui sains. Subject di sini open, depends dekat Proffesor awak mahu ajar apa." Ras bersuara sambil makan pulut nasinya, "Pulut nasi ini ikut style Japan. Japan tak makan nasi macam Asia Tenggara atau sesetengah negara lain."
Aku pandang makanan aku. Aku tidak mahu makan, aku nak keluar daripada cerita ini. Aku mahu keluar daripada buku ini. Aku mahu realiti dan bukan fantasi. Bukan Magic, hanya realiti. Hanya realiti.
"Rigel" aku bersuara perlahan. Pinggan aku tenung dengan pandangan kosong, aku dapat rasakan semua daripada mereka merenung aku terutamanya Rigel. "Why does everyone knows about my name.. Ophelia?" aku pandang Rigel. "Macam mana mereka tahu, awak semua tahu nama saya Ophelia?"
Mereka terdiam. Memandang sesama sendiri. Elased seperti memandang aku dengan satu pandangan yang sangat dalam. Pictor dan Ras bertukar pandangan. Queen dan Rigel seperti terkedu.
ZAPP!
Dan kini satu dewan makan yang tadi sangat-sangat bising kini terdiam bagaikan mereka tidak pernah cakap apa-apa. Aku tersentak dengan apa yang berlalu. Bagaikan radio yang sangat bising tetapi di matikan.
Tap..
Tap..
Tap..
Bunyi tapak kaki seseorang masuk ke dalam dewan makan. Mata aku tertumpu pada seseorang yang lalu di laluan utama dalam dewan ini.
"Siapa itu?" aku menyoal Rigel sebelum Rigel genggam tangan aku kuat sambil menyuruh aku diam dengan bahasa isyaratnya.
Tap..
Tap..
Hanya bunyi tapak kaki manusia itu. Mata aku kecilkan dan wajah dia semakin jelas. Berambut putih yang aku tidak boleh definisikan itu sebagai blonde atau tidak kerana ianya bukan blonde seperti Elased. Dia memakai baju seperti kami semua. Tulang pipinya tinggi dan rambutnya yang kemas. Bulu matanya yang pekat.
Ini watak fiksyen.
"That's Reg" Pictor berbisik. "Regulus, heart of Lion. He's the head of Leo. " Dan Queen bersuara, Elased juga Rigel mengangguk setuju
"Orang kata, dialah paling tua dekat sini." Ras berbisik. Minumannya diteguk selamba walaupun dia masih menunduk seperti yang lain. Kalau dewan makan ini ada lebih kurang dua ribu orang pelajar, aku boleh katakan semuanya terdiam sepi dan masing-masing makan sambil menunduk.
"I thought everyone here is nineteen" aku berbisik juga.
"Yes, we're all nineteen but Reg is the first character that exist" Elased bersuara sangat perlahan. "And he's the most cunning"
"Fiction" aku julingkan mata. Tiba-tiba aku tersentak apabila bunyi tapak kaki tadi mendekati kami. Rigel menyumpah perlahan dan muka Ras, Elased, Pictor dan Queen semua bertukar pucat. Aku telan air liur yang pahit apabila beribu mata pelajar di dewan ini memandang kami dengan pandangan, 'matilah kau orang'. Entah kenapa, jantung aku berdegup kencang sebaik sahaja bunyi itu semakin dekat.
Tap..
Tap..
Dan seorang Regulus berhenti di meja kami.
Dan dunia fiksyen ini seakan-akan mati dengan segala bunyi. Rigel genggam tangan aku dari tepi. Aku dapat rasakan tangannya menggeletar dan dia seperti suruh aku menunduk dan hanya diam tanpa bersuara.
Tetapi kemudiannya, Elased yang bersuara.
"Reg, hello bro!" Elased bersuara seperti biasa- walaupun kedengaran peramah, getaran pada suara itu tetap ada dan disebabkan dewan yang besar ini semuanya terdiam sepi tanpa ada suara, suara Elased seperti sangat kuat.
"Move" suara garau yang sangat garau dan sangat beku.
Rigel genggam tangan aku, "Jangan pandang muka dia, bangun dan duduk mana-mana tempat kosong" dia berbisik perlahan. Queen, Pictor, Ras dan Elased bangun dan mereka hanya menunduk tanpa bersuara banyak sebelum..
"No!" aku tarik tangan aku yang digenggam Rigel. Kenapa pula nak takut dengan si makhluk pembuli ini. OH COME ON, Aku paling benci orang suka buli orang ini?!
Dia fiksyen pembuli? heleh fiksyen je pun.
"Ophelia" Ras memberi amaran dengan bisikan perlahan. Mereka semua seperti beku di tempat mereka. Ras pegang lengan aku kuat sebelum aku tarik tangan aku kasar. Wajah Reg aku pandang tajam.
"This is not your place!" aku tinggikan suara aku. Ya, aku memang masa sekolah dulu minah yang suka cari gaduh kalau ada benda yang tidak puaskan hati aku dan kacau aku. Aku pandang lelaki rambut putih itu tajam. "This is not your table, you don't own this table or this chair or this place and you don't have the right to sit here!" Aku cekak pinggang.
"Oh God" Pictor berbisik di bawah nafas tetapi aku masih dengar.
Mata aku pandang muka lelaki tadi dan wajahnya berubah. Mata kami bertemu dan aku baru perasan..
Mata dia sama seperti warna langit.
Aku tak kiralah dia faham ke tidak bahasa melayu sebab aku rasa semua orang dekat sini memang pakai bendalir penterjemahan itu. "Look, awak boleh pergi duduk tempat lain! ini bukan tempat awak dan saya ulang sekali lagi, awak tak ada hak nak buat kawan-kawan saya pergi dari sini." Aku lawan panahan matanya. "Elased, Queen, Ras, Rigel and Pictor, now, sit!" aku tinggikan suara aku. "And you.." aku pandang Reg, "..go get your own table, create your own fiction or robotic table and don't forget to trace your freak name there" dan aku selamba duduk di kerusi aku walaupun kawan-kawan aku yang lain masih membeku dan keliru.
Dan aku ambil makanan aku dan makan dengan selamba.
"Rude" Reg bersuara. "Somebody need to learn about the law here" suara dia bergema ke seluruh dewan.
Dan dewan sepi da sunyi. Sangat sepi.
Dia berjalan melalui Elased dan apa yang aku lihat, kawan-kawan aku semua meninggalkan meja kami dengan teragak-agak kerana aku masih berani duduk dan makan di sini. Aku dapat rasakan kerusi di hadapan aku di duduk dan bau cologne menyengat di rongga hidung.
"And someone really need to learn about manners" aku bersuara tanpa memandang dia. Air kosong aku teguk. "Ah, maybe" aku senyum sinis dan masih buat muka selamba tanpa pandang dia, "the law here doesn't state anything about manners."
"Who do you think you're, girl?" Reg bersuara beku dan dengan itu..
Pcrrrr!
Semua makanan atas meja ditolak ke tepi dengan kasar.
"You idiot.." aku gertap bibir aku apabila lengan aku digenggam kuat sehingga aku dapat rasakan mungkin ulna aku hampir retak di dalam. Aku pandang Reg tajam dan dia dekatkan wajahnya.
"You're the new student, aren't you?" mata birunya menimbus ke wajah aku. Wajahnya bertukar merah, "Listen little girl, shut your pretty mouth infront of me because you don't really know who I am"
"And I'm not particularly intrested to know anything about you, freak-white-haired creature" aku lawan anak matanya. "And get your big ugly hand off me!" aku menjerit di hadapan mukanya sehingga suara aku bergema satu dewan.
Dan kenapa mereka senyap sangat ini?!
Kenapa takutkan sangat lelaki pelik ini? kenapa aku perlu takut dengan 'law' dekat sini?! Oh! aku betul-betul mahu keluar dari dunia sains yang pelik ini! Mengarut!
Aku dapat rasakan genggaman tangan aku makin kuat dan aku hampir terjerit. Reg pandang aku tajam "Say it again, you'll die" dia berbisik tajam.
"Oh really?" aku lawan anak matanya. "Well hello freak white haired Regulas! kill me if it can make me get out from this fiction novel!" aku menjerit kuat dan hampir satu dewan seperti tergamam. "This is a freak place and a hell with you, freak little boy with no ma.."
Zapp!! dan dengan itu badan aku diangkat dan dihentak pada meja kuat sehingga aku dapat rasakan tulang belakang aku hampir retak. Aku dapat rasakan badan aku ditekan pada bahagian tangan kiri dan kanan aku dan seperti ada beban yang menekan berat kaki aku.
Dan seluruh tubuh aku bagaikan mahu meletup dengan kesakitan.
"Ophelia means help" Suara Regulas dan aku tahu dia berada atas badan aku dan mengunci segala pergerakan aku. "Praecipula in Leo minor. Flamsteed designation 46, Maybe- presumably intended to be alpha, but there's still praecipua original which is the Flamsteed designated, 36. Oh, I don't really remember anythings detail about Leo Minor." dia sambung dan seperti mahu mengingat watak apa yang aku bawa. "I don't think you know anything about yourself, little girl" dia berbisik di telinga aku.
"Lepaslah!" aku menjerit kuat dan aku sapat rasakan setiap nafasnya yang menyentuh wajah aku cukup menjijikkan.
"Reg!" suara Elased dari tepi. "Please.. she's just a new student!"
"Then" Reg ketawa sinis. "She needs to learn everything about who's the head student of MHS."
"Stupid fictional character" aku bersuara berani. "Dan saya tak ingin pun lah belajar dekat sini!" aku menjerit kuat dan cuba menendang kakinya tetapi dia lebih kuat menekan kaki aku ke meja. Terasa Patella aku hampir longgar. Aku menjerit lagi "Sakitlah!"
"Don't raise your voice infront of me!" dia menengkin aku. "Or I will never let you go!" wajah aku dipegang kedua-dua tangannya. Aku dapat rasakan segala haba pada telapak tangannya mengalir pada kulit aku.
"Reg, please, Elased is right. She's new" suara seorang lelaki dari tepi aku. Rambutnya merah. Tanned.
"Then just kill me!" aku menjerit kuat dan melawan lagi kuat. Peluk merecik ke dahi aku. "Stupid Regulus star!"
Regulus pandang aku tajam, "YOU.." Dan tubuh ditekan kuat pada meja dan aku hampir terjerit kecil sebelum..
"REGULUS STAR, ALPHA LEONIS" tiba-tiba seperti datangnya dari suara speaker. "PRAECIPUA STAR, 46 LEONIS MINORIS" dan seterusnya pengunguman dibuat dalam bahasa yang aku tidak faham. Greek dan Arab. Bukankah aku dah ada bendalir penterjemahan dalam badan aku?
Badan aku dilepaskan dan Reg turun dari meja. Meninggalkan aku yang lelah bersama nafas tenang dihembuskan. Dewan kembali kecoh dengan bisikan tentang kami yang dapat aku dengar sedikit. Aku masih terbaring lemah apabila Queen dan Rigel berlari mendapatkan aku. Wajah dan tubuh Reg hilang dari pandangan dan mungkin itu menjadi jawapan kenapa semua orang kembali bising- Reg sudah keluar dari sini. Beberapa orang yang lain yang aku tidak kenal menuju ke arah aku dan Rigel memeluk tubuh aku yang lemah.
"Nasib baik awak tidak mati!" Suara Rigel seperti sangat gembira dan aku dapat rasakan leher aku berdenyut. Mungkin penterjemahan itu berfungsi lagi. Setiap kali dia mahu berfungsi, dia pasti berdenyut dan kenapa tadi.. dengan Reg tak ada?
"Are you okay, Ophelia?" Suara Elased dan kemudiannya Pictor dan Rastaban bertanyakan soalan yang sama. Beberapa murid yang lain menyerbu aku sehingga aku rasa macam nak pengsan. Kenapa dengan mereka ini..
"Tak pernah ada orang melawan Reg macam itu!"
"She must be very crazy!"
"Reg would never let her in peace!"
Aku hampir tutupkan mata aku. Kepala aku sakit. Seolah-olah bendalir penterjemahan itu mencengkam grey matter dan white matter dalam otak aku. "Rigel.." aku pegang tangan dia. "Kenapa saya tidak faham apa yang dikatakan pengunguman itu tadi?"
"Kerana bendalir penterjemahan itu tidak berfungsi masa itu. Adrenaline awak yang dirembeskan Adrenal gland melebihi kadar yang sepatutnya apabila awak takut. Amygdalae awak menguasai lebih daripada cerebrum awak untuk mengintrepretasikan bahasa secara automatik kerana sebenarnya bendalir itu hanya sebagai pemangkin untuk mempercepatkan kadar kuasa cerebrum" Dia memberi penerangan secara spesifik.
"Dan Ophelia," Suara Queen. Dia memandang aku serius. "Awak kena pergi ke Pejabat sekarang, SWO-010. Itu kod dia"
"Huh?" otak aku seperti baru di tumbuk lagi. Peningnya!
"Sayap Selatan, Ofis tingkat 10. Banggunan itu berkaca biru juga" Rastaban menerangkan.
"Kenapa saya pergi ke sana?" aku semakin tak faham.
Mereka terdiam dan berpandangan sesama sendiri dan hanya Pictor yang bersuara.
"Ophelia, Proffesor Betelgues wants to meet you, and maybe.." dia pandang aku sedalam mungkin, "you gotta face the music, girl"
Ini semua fiksyen, bukan?
***
Aku terpinga-pinga apabila berada di hadapan luar lif yang lut sinar. Okey, ini macam lif cantik Hospital Ampang Putri tu. Sekurang-kurangnya tak adalah abnormal sangat semuanya di sini. Adalah juga benda normal. Tapi kenapa semua butang dekat sini tak ada butang naik atau turun? kenapa ada butang nombor aje? Baru aku nak tekan butang yang mungkin bagi aku 'make sense' sebab aku nak ke tingkat sepuluh, satu jari panjang menyentuh lif. Aku pandang tepi.
Reg.
Aku dapat rasakan satu perasaan gementar hadir. Sekarang, aku tahu kenapa semua orang takutkan dia. Aku hanya diam dan dia seperti menyanyi kecil dan tangannya menggerakkan sesuatu yang kecil seperti sekeping kaca lut sinar. Aku cuba mengerling sedikit apabenda 'teknologi fiksyen' itu. MP3.
Hanya kelihatan seperti kaca kosong.
Okey, aku mengharapkan yang lebih canggih, mungkin hanya cahaya dan MP3 guna laser aje ke? Hek eleh, tak adalah ber-sains sangat pun cerita ini. Mungkin penulis patut reka teknologi Mp3 yang lebih hebat.
Pintu Lif lut sinar itu terbuka dan aku lihat laju sahaja Reg masuk tanpa memandang aku seolah-olah aku tidak wujud dari tadi. Good. Aku pun tak hengen la nak bercakap dengan dia.
Aku ikut dia masuk. Wait, kami mahu bergerak ke tempat yang sama, bukan?
Dan lif tadi tidak bergerak namun, 'pintu' lif belakang kami pula yang terbuka. Aku ternganga bila ternampak nombor 10 di pintu lif lut sinar itu sebagai penunjuk. Dah sampai?!
Screw the stupid fiction!
Reg keluar dan aku hanya mengikut dari belakang. Dia masih pura-pura tidak nampak aku. Mulutnya kedengaran menyanyi kecil. "Doo doo doo doo.." suaranya mengikut rentak lagu yang aku macam pernah dengar. "Ive been reading the books of old, The legend and the myth, Archilis and his gold, Hercules and his hold, spiderman control, and badman with his fist" di hujungnya, ada senyuman kecil seolah-olah dia menghayati lirik itu.
Dan aku tahu itu lagu coldplay.
"Something Just Like This?" aku cuba mengejarnya dari belakang dan samakan langkah kami. Dia hanya mengerling dan menjeling aku dengan hujung mata sebelum kembali berpura-pura tak nampak aku. Aku gigit bibir. Dia ingat dia siapa? dahlah smack down aku tadi.
Langkahnya laju dan kami melalui satu lorong yang kiri dan kananya berdinding putih. Beberapa orang seperti perkerja di sini memakai baju serba biru putih. Reg seperti tenggelam dengan dunianya, tangannya dimasukkan ke dalam poket. Setiap kali kami lalu dihadapan mereka yang berbaju 'putih-biru' ini, mereka akan tunduk pada Reg.
Kening aku terangkat. Siapa Reg sebenarnya?
"Who're you?" aku berlari kerana nak samakan langkah aku dengannya. Dia jalan terlalu laju. Aku pandang dia lagi, "Everyone here seems to respect you like you're 'somebody' "
Reg masih buat muka selamba. Bibirnya menyanyi kecil. Rambut putihnya bersinar di bawah cahaya matahari dari luar. Aku mengeluh. Dia ini memang mahu balas dendam ke apa? aku tanya aje kan?
"Are you fucking deaf?" aku tinggikan suara aku. Mata aku mengerling ke arah pelekat jeli lut sinar yang disumbatkan ke telinganya. Oh, good, itu ke 'earphone' mereka. Aku tahu dia tak dengar, jadi aku sambung kutuk dia, "Freak white-haired little creature, dahlah pekak, baguslah sangatkan. Good, the writer of this fiction should create some well-mannered character that's not deaf, not like this idiot guy" aku mengeluh kuat tanpa pandang Reg. "And you know what Regulus, you're weird, I mean well yeah, no one going to deny the fact that you're hot but come on, no girl will fall for someone like you." aku membebel lagi sampai kami sampai di sebuah pejabat yang..
sangat besar.
Ada tiga tingkat. Tingkat atas semuanya lantai berkaca dan lut sinar. Patutlah dekat sini semua pekerja pakai seluar. Macam mana kalau mereka pakai skirt dan skirt itu 'tersenyum'.
Boleh bayangkan apa yang terjadi seterusnya?
"Regulus, Alpha Leonis and Praecipua, Leonis Minoris"
Suara perempuan dari arah belakang kami membuatkan Reg berhenti dan sekaligus aku juga berhenti. Reg berpaling ke belakang dan tanpa melihat aku, matanya tertumpu melepasi bahu aku dan tanpa berfikir panjang, aku juga berpaling ke belakang.
Wait what? macam mana Reg boleh dengar suara perempuan itu? Ke dia sebenarnya dengar aje aku membebel tadi?!
"Welcome to the south wing" wanita berkemeja biru putih dan berkulit seperti orang arab itu memandang kami berdua tanpa riak dan wajahnya sesekali menunduk dengan fail di tangan. "I'm Shaqinah, the head assistant of MHS"
Sah dia orang arab. Walaupun dia free-hair, alis matanya pekat dan hidungnya sangat mancung. Wajahnya pula berbentuk cantik. Tiba-tiba aku dapat rasakan tepat jarum bendalir penterjemahan yang di cucuk ke leher aku itu berdenyut. Mungkin menandakan bahawa Shaqinah sebenarnya tidak berbahasa Inggeris, mungkin bahasanya- arab atau dia guna bahasa Greek.
"Kamu dipanggil ke sini kerana kami menerima laporan daripada beberapa Bot, kamu membuat kekecohan" dan ianya sekali lagi agak pelik bagi aku, apabila mendengar seolah-olah dia berbahasa Melayu walaupun hakikatnya tidak. Shaqinah terus menyelak fail laporannya, "Dan kamu, Praecipua, kamu sepatutnya memberi laporan tentang kemasukan kamu di sini sebelum pergi ke mana-mana bahagian MHS."
"First of all," aku peluk tubuh dan memandang Miss Shaqinah dengan pandangan tajam "I don't want to be in MHS, my high school dalam realiti lagi best dan saya dah habis high school. Tak tahu kenapa saya terperangkap dalam cerita bo.."
"You talked too much, Leonis Minoris" Reg mencantas kata-kata aku dan tanpa memandang aku, dia bergerak ke arah Miss Shaqinah dan fail ditangan wanita itu dirampas kasar. Miss Shaqinah pula hanya diam dan tidak melawan.
Like seriously kenapa semua orang takut sangat dengan Reg?!
"So what are we supposed to do?" dia menyoal Miss Shaqinah tanpa memandang aku dan Miss Shaqinah. "Detention class? or we'll be grounded?" Reg tutup buku laporan itu sambil ketawa sinis. "Sila cakap dengan Proffesor Betelgeus seorang Alpha Leonis tak perlukan ini semua" dan dia campak buku itu kasar.
What the...
Dan dengan itu, Reg berjalan melepasi bahu Miss Shaqinah tanpa memandang aku.
Aku ternganga. Kurang hasam jawa gila!
"Is he always in that PMS mood?" aku menyoal Miss Shaqinah atau dengan lebih tepatnya soalan itu automatik keluar dari mulut aku. Miss Shaqinah, buat pertama kalinya- wajah beku dia mengukir senyum segaris.
"He's Proffesor Betelgeus's son" Miss Shaqinah senyum segaris tetapi bukanlah nampak ramah sangat pun senyumannya sebab wajah dia betul-betul beku. Dia sambung, "and welcome to Manipulation of Astrop.."
"Okey stop! saya tak mahu dengar definisi sekolah mengarut ini" aku peluk tubuh. "Saya tahu saya nak keluar dari sekolah ini, keluar dari cerita ini. Saya rasa benda ini semua mengarut lagi-lagilah jumpa manusia rambut putih yang mengarut tu. Apa ingat ni star war ke apa?" aku membebel tak henti. "Lagi satu, kut ya pun nak buat macam cerita harry potter punya sekolah dekat Hogwart, tak payahlah buat lantai lut sinar macam itu? tahu tak orang bawah boleh nampak semua benda?!" Aku tunjuk pada ruang pejabat ini dan masih tak berhenti membebel. "Kut ya pun buat lah tangga bergerak ke, lukisan bercakap, surat khabar bercakap macam harry potter tu." dan mata aku julingkan. "Ini semua mengarut"
"Tiada apa yang mengarut dengan Sains, Leonis Minoris. MAGIC bukan diertikan sebagai Magic yang awak faham." Miss Shaqinah bersuara tanpa emosi. Beku dan formal. "Sebagai pelajar baru, saya nasihatkan awak tidak mengkritik dan menyentuh apa-apa tentang MAGIC kerana, pelajar di sini semuanya sangat gembira dengan kemudahan yang kami sediakan."
"Well, living in a fiction novel is not real, and everything that is not real always bring you such imagination that kills your reality in real life" entah kenapa aku berfalsafah pula. Aku mengeluh lemah. "Escape. Sebab mereka semua mahu lari dari realiti."
Dan aku? terperangkap di sini. Aku yakin, aku tidak akan sukakan cerita ini. Cerita fiksyen yang bosan dan watak Ophelia yang bosan.
Miss Shaqinah ketawa kecil. "Don't talk too much. Saya nasihatkan awak, jangan terlalu cari pasal dengan Regulus." dia keluarkan sesuatu dari poketnya. Sesuatu seperti kaca lut sinar yang kecil- macam yang Regulus pegang tadi. Dia tekan sesuatu pada 'kaca' tadi sebelum di hulurkan kepada aku.
Wait. Dia bagi aku 'mp3-kaca' ke apa? Kening aku terangkat dan perlahan-lahan sekeping 'kaca' yang berbentuk empat segi itu aku ambil dari tangannya. Ringan dan sejuk. Aku sentuh bahagian atasnya- seperti memegang permukaan air, fluid and smooth. Tetapi hujung jari aku tidak basah.
"SGT, Switchable Glass Technology" Miss Shaqinah seperti menerangkan kepada aku apabila muka aku seperti jakun. Dia mendekat dan laporan di tangannya di selak. "Praecipua, Leonis Minoris, your code is 4690K."
Aku ternganga. "4690K untuk apa?"
"Sebenarnya, kod setiap belajar di sini bergantung kepada suhu setiap bintang awak dalam Kelvin. Dalam bilik awak ada satu almari, almari itu ada semua barang dan buku awak nanti. Untuk buka almari itu, awak harus tekan 4690K." Dia menyelak buku laporan itu lagi dengan gaya yang sangat formal. Aku boleh katakan apa yang ada di sini; semua orang di banggunan ini yang memakai baju biru putih macam cerita Divergent iaitu untuk golongan 'Erudites'. Okey.. mungkin penulis terpengaruh dengan cerita tu. Tapi..
Ini semua tidak wujud kan? Aku hanya terperangkap di sini dan aku harus keluar!
"Boleh awak terangkan pasal kelas dan apa yang harus dipelajari nanti?" aku menyoalnya dengan penuh berhati-hati. "Dan.. hmm, boleh tak kalau awak tunjuk saya pelan seluruh kawasan ini?" dan macam mana nak keluar daripada sini? sini ada pintu utama ke? macam mana nak keluar dari cerita khayalan yang mengarut ini?
Memang banyak soalan aku, cuma ia sentiasa tidak tertanya.
"Semua ada di dalam almari awak." Itu sahaja yang dia jawab sebelum menyambung, "Awak akan belajar dalam dewan LEO kerana itu buruj utama awak, dan untuk pratikal, awak akan dipecahkan kepada kelas tertentu mengikut kebolehan awak." Shaqinah pandang aku dari atas ke bawah dan dia senyum tenang. "Malam ini semua pelajar akan diberikan Twinmate. Jangan lupa pakai uniform warna jingga." dan seperti mahu berpaling pergi sebelum aku menahan dia. Shaqinah pandang aku tajam.
"Sorry,but what's Twinmate?"
"Something like, the other half of you where you will be working together with your twinmate"
Aku mengeluh berat. Mengarutlah! "Miss Shaqinah.." berhati-hati aku menyoal. "Awak terperangkap di sini juga ke?you know" aku angkat bahu, "This fiction"
Miss Shaqinah hanya diam dan perlahan-lahan dia senyum hambar. "No" dia menunduk. "I'm just the imagination of the readers" dan dia berlalu pergi dari situ meninggalkan aku yang binggung.
Somebody gotta wake me up from this nightmare.
**
MHS is suck.
Aku mengeluh berat. Pictor di sebelah aku sibuk terangguk-angguk dengar lagu melalui SGT dia, Elased pula, aku tidak tahu kenapa dia sangat suka duduk dan berjalan di sebelah aku dan seperti ajak aku bersembang walaupun aku malas nak bersembang sebab apa yang aku tahu, aku hanya mahu keluar dari cerita ini.
"You got you first SGT?" Elased menyoal ramah lagi. Aku hanya angguk dan langkah aku lajukan. Pictor masih dengan dunianya, Rigel dan Queen pula sibuk bersembang sambil berjalan di hadapan kami. Kami semua melalui jalan menuju ke EW-Main. Tempat utama berkumpul.
"Switchable Glass Technology, have you heard anything about that before?" aku menyoal. Elased senyum dan tipu kalau aku kata.. senyuman dia tak manis.Tapi, bukankah semua lelaki dalam novel biasanya handsome terutama sekali watak utama. Jadi?
Heh. Ini semua tak real.
"Never had heard about this kind of technology before. But Iphone, I mean.." aku berhati-hati sebelum mahu bercakap apa-apa tentang 'dunia sebenar'. "Iphone, Apple is going to invent something like this soon, isn't it?"
"Apple?" Elased kerutkan dahinya. "Iphone? Apple? you mean.. an apple that has malic acid something like that?"
Aku ternganga. Dia dah lupa ke? "Um, Elased?" aku pandang dia sedalam mungkin. "How long have you been here?"
Dia ketawa kecil. "Five Stella ago, why?"
Dan aku teringat kata-kata Rigel. Satu minit di sini pun mampu menghilangkan ingatan mereka. "Nothing" aku senyum pada dia sebelum aku dapat rasakan lengan aku ditarik Pictor. Rigel dan Queen juga turut berhenti bersama-sama Elased yang turut menarik bahu aku untuk ke tepi. "Why did you..." kata-kata aku termati apabila tersedar sebenarnya semua pelajar di sini berhenti di tepi. Seperti bagi penghormatan seseorang mahu lalu.
"Syhhh.." Rastaban yang datang entah darimana muncul dan matanya tertumpu pada tengah-tengah laluan. Mata aku mengikut sama geraknya.
Regulus, Alpha Leonis.
Dia sedang berjalan gagah. Warna jingga membuatkan kulitnya tanned dia bertambah menyerlah. Rambut putihnya bertukar menjadi kuning apabila disimbahi cahaya matahari. Warna matanya yang aku lihat dulu seperti biru bertukar menjadi lebih biru. Aku intai warna langit hari ini. Biru pekat. Sama dengan warna matanya.
Dia fiksyen.
Ini mengarut. Aku semakin tenggelam dalam sebuah cerita yang bagaikan tidak wujud. Mungkin.. aku hanya bermimpi. Mungkin aku perlu bangun dan seseorang perlu bangunkan aku dari lena ini.
"Itu Polaris" Ras, yang aku tahu dia sahaja lelaki melayu di sini yang sebangsa dengan aku berbisik perlahan. Mata aku mengikut arah tunjuknya- seorang lelaki di belakang Regulus, dia berambut hitam pekat. "Awak ingat tak yang masa awak bergaduh dengan Reg dan ada lelaki suruh dia berhenti? itu, yang rambut merah itu" Ras bagi penjelasan lagi. Mata aku mengikut arah yang sama. Ras sambung, "Itu nama dia Sirius."
Sirius the scorching star. Rambut dia merah menyala. Aku berbisik perlahan apabila Regulus dan dua orang rakannya berjalan melepasi kami, "Kenapa semua orang macam hormat sangat dengan mereka? kenapa tiba-tiba semua senyap?"
"Sebab.." Ras seperti kehilangan kata sebelum Rigel yang sedari tadi diam, menyambung, "Mereka anak Proffesor Betelgeus."
Aku julingkan mata ke atas. Teringat Proffesor Snap dan Dumbledore yang ala-ala Gandalf The Grey tu. "Kenapa penulis cerita ini macam nak tiru Hogwart?! Oh come on la, jangan kata si Reg tu macam Draco Malfoy yang gila tu?" aku hampir tak sedar yang aku bercakap dengan suara yang kuat.
Dan mungkin baru tersedar bila tiga orang 'mafia' tadi tu berhenti berjalan.
Semua orang pandang aku.
"Oh God, don't say we gonna watch some WWE scenes again" Pictor mengeluh perlahan.
Oh shit. Reg berpaling dan mata dia pandang aku tajam. Nafas aku dah terhenti. Okay, aku memang tak takut dengan Reg tapi.. lepas kena smack down dengan dia, takutlah juga. Sikit.
Atau mungkin, takut banyak.
Reg berjalan ke arah aku. Mata dia pandang aku tajam. Wajahnya bengis dan rakan-rakannya ditinggalkan di belakang. Aku dapat rasakan Elased memegang lengan aku kuat. Nafas Ras pula kedengaran kencang.
Chill, Ophelia. Dia hanya watak fiksyen. Kau boleh tumbuk dia sekuat hati. Relax.. Relax..
Dan Reg berdiri tepat di hadapan aku. Dia peluk tubuh. "Praecipua" suara garaunya bagaikan jelas harkatnya menyebut nama aku. Matanya mencerun memandang wajah aku sepenuhnya. "I heard something just now"
Adrenaline aku membisu.
"Ophelia, come on, baby" dia menunduk dan menyamakan tingginya dengan tinggi aku. Wajahnya didekatkan. "Tell me"
Aku terkedu. Pantulan wajah aku jelas di anak matanya. Aduh kenapa la aku kena sumbat masuk dalam cerita ni..
Dan berjumpa dengan makhkuk aneh si Regulus bactobacillus streptoccocus! Haa, kan dah nama bacteria aku kasi.
"Nothing" aku berbisik perlahan. Jantung aku berdegup kencang. Reg memang menakutkan.
Sangat sangat sangat menakutkan.
"Ophelia, you don't know anything about MHS. You're rude little idiot girl. You should have some respect on us. I heard about Draco-Hogwart things that you've mentioned just now. I'd heard everything. We all here do" Dia ketawa sinis dan nafasnya menampar pipi aku. "You. Are. An. Idiot. Girl"
"Very well" aku senyum tajam dan wajahnya berubah. "I, absolutely, am proud to be an idiot girl." aku tolak dada dia untuk menjauh dari aku. "Kalau awak dengar apa yang saya cakap tadi, why bother to ask about it again?" aku peluk tubuh. "Are you stupid, Reg? stupid, deaf, lunatic and white-haired alien." aku jelir lidah.
Dan semua orang di situ seperti terkejut. Terdengar bisikan dari belakang. Wajah Reg bertukar merah.
"Ophelia!" Queen tarik aku dari belakang dan aku keraskan badan aku. Apa ingat aku nak hormat sangat dengan Regulus stretoccocus ini?!
"You!" Reg cekak baju aku dan aku terangkat. Giginya digertap.
"Let me go you white alien!" aku cengkam lengannya yang memegang cekak leher baju aku. "Lepaslah!"
"Kenapa awak ni kurang ajar?!" suara dia meninggi. Bendalir penterjemahan di leher aku menghasilkan impuls ke otak membuatkan aku rasa leher aku berdenyut. Otak aku berasa bagai ada sesuatu yang mencengkam kuat. Patutlah aku dengar seperti dia sedang cakap bahasa aku. Reg lepaskan aku kasar ke lantai dan aku terjelopok jatuh kuat ke lantai. Suasana menjadi kecoh dan aku dapat dengar suara Rigel menjerit memanggil nama aku.
Baru ingat mahu lari, terasa pinggang aku ditarik kasar. Dada aku berdegup kencang bila terasa dagu aku dipagut kasar. Tangannya sejuk mencengkam kulit wajah aku dan aku dapat rasakan rangkulannya seperti kukunya terbenam ke kulit abdomen aku. Bau Cologne dari tubuhnya yang kuat membuatkan aku hampir lemas.
Dan aku lemas dengan renungan tajam dari mata yang membiru langit itu.
"Listen here, idiot girl" suara Reg dan matanya jatuh pada anak mata aku. "Jangan terlalu berani dengan seorang Regulus, saya boleh buat apa sahaja yang saya mahu dan awak tak boleh bayangkannya"
"Lepaskan saya.." suara aku semakin perlahan. Aku dapat rasakan tangannya yang merangkul aku kuat sehingga terasa perit hingga ke tulang. "Saya tak takut dengan awak!" dan aku gertapkan gigi. Nafas aku kencang. Aku dapat rasakan kesakitan daripada rangkulannya sehingga air mata aku mengalir. "Dan saya tak akan takut kepada sesiapa" air mata aku mengalir walaupun setiap patah perkataan aku jelas.
Aku mahu keluar dari sini..
Aku mahu peluk Ayahanda dan Bonda..
Aku mahu hidup dalam realiti..
Imaginasi membunuh aku.
Air mata aku terus mengalir. Dada aku sebak. Mata Reg yang memandang aku tajam terus membundar. Bibirnya seperti mahu menutur sesuatu tetapi terbisu. Keningnya tidak lagi berkerut. Rangkulan kasarnya tadi longgar dan dagu aku dilepaskan namun wajahnya tetap tidak dijarakkan.
Dan mata kami bertemu.
"Ophelia" dia menyebut nama aku tanpa nada kasar seperti biasa. "Do you know why you're here?" suaranya sangat perlahan dan aku yakin tiada siapa yang mendengar.
Aku menggeleng sambil menunduk. Aku benci menangis. Tak rock betul. "Trapped and I'm helpless" aku ketawa sinis. "and is abused by white haired alien" aku menjeling dia. Air mata di pipi aku lap kasar. Aku benci menangis depan musuh. Aku benci Regulus.
Dia tidak beriaksi. "You know why people call you Ophelia?" dia mendekatkan bibirnya di telinga aku. "Because that's the key to get out from here, Ophelia"
Aku membeku.
Dan dia menjauh sebelum memandang aku buat kali terakhir dan langkahnya laju masuk ke dewan.
"Ophelia!" suara Elased.
"You're damn girl!" Rigel menarik aku ke dalam pelukannya. Sekali lagi, aku dapat mendengar, semua pelajar kecoh dengan apa yang terjadi. Rigel memeluk aku kuat dan aku hanya membisu.
"He almost killed you!" Pictor mengurut dahinya. "Please Ophelia, the best things about suicide is you just need to jump from tenth floor rather than being killed by Reg."
Aku tergelak kecil dengan Pictor. Queen ketuk kepala dia dan Ras siku Pictor. Entah kenapa, kami ketawa melihat Pictor.
"Dumb ass, your joke is lame" Elased menggeleng.
"You don't like my joke? I don't expect you laughing out of your ass or anyone ass though" Pictor menjulingkan matanya ke atas. "And Elased, you really need some senses of humour."
"Bite me" Elased membalas tanpa nada.
"Okey guys!" Queen mengeluh. "Enough of Drama! we're not in Mean Girl so let's get going!"
"Oh God, you watch that stupid movie?"
"All girls need to watch it"
"Then you, girls are stupid"
"PICTORRRRR!"
Tawa kami pecah.
***
"Weh Ras" aku siku lengan Ras di tepi aku.
Dia angkat keningnya. Matanya sekejap-sekejap fokus pada tempat seperti pentas yang sangat tinggi di hadapan. Pentas berkaca yang dibawahnya lut sinar dan berbentuk bulat. Tangga di kiri dan kanannya.
"Apa benda laginya minah?" Dan semenjak kejadian tadi, Ras dah jadi geng aku yang betul-betul geng. Tak ada awak- saya. Nak kena kawan gengster kenalah kau-aku. Barulah rock.
"Kau tengok Harry Potter tak? kau ingat lagi tak dewan masa dorang pilih nak house mana. Gryfindor ke, Slytherin ke.. " aku berbisik perlahan. "..aku agaklah, penulis cerita yang kita terperangkap ini macam nak buat macam itu aje. Nasib baik tak ada si atuk Dumbledore berjanggut tu. Kalau tak, dah lama aku gunting janggut dia."
"Kau ni la, membebel je" Ras ketawa kecil sehingga menampakkan lesung pipit dia. Rambut hitamnya yang pendek bersinar di bawah lampu dewan yang serba putih ini. Dia muka nerd tapi 'smart' macam budak pandai. Dia sambung, "Aku macam ingat.. macam tak ingat. Aku tak ingat sangat apa dah jadi dekat aku dan rasa macam.." dia terhenti. Wajahnya berubah sebelum dia sambung "..tak nak ingat. Duduk dekat sini lagi best."
'Duduk dekat sini lagi best'
Kata-kata itu seperti menghentikan seluruh saraf aku. Shaqinah betul, mereka semua suka duduk dalam 'cerita' ini. Seperti kau- kau yang mungkin membaca sebuah cerita yang indah dan seolah-olah mahu jadikannya realiti.
Tapi itu semua fiksyen.
Aku harus sedar. Imaginasi mungkin teman rapat bagi pembaca tetapi realitinya, hidup dalam 'cerita' itu juga tak semudah mana. Aku senyum kecil, "Aku haraplah ada lilin terapung macam harry potter tu. Pastu dia bagi kita tongkat sakti tu"
Aku terus membebel. Bosan betul dengar Miss Shaqinah membebel dekat atas pentas tentang Twinmate. Semua pelajar di khaskan duduk atas kerusi bulat- lut sinar. Kenapa semua kena lut sinar?
"Kau dah kenapa, Ophelia?" Ras menggeleng sambil tahan senyum. "Kalau ye pun ada tongkat sakti, kau nak buat apa?"
Beberapa nama dipanggil Miss Shaqinah. Inilah Twinmate yang mengarut itu. Oh Fiksyen! macam-macam boleh direka. Seorang gadis yang aku kira orang Canada dan twinmate nya seorang perempuan dari China naik ke pentas. Mereka diberikan rantai dengan lambang yang sama. Lambang bulan. Aku buat tidak tahu aje dengan 'ceremony' entah apa-apa ini, maka, aku sambung bersembang dengan Ras.
Aku sengih jahat. "Aku nak sumpah si Regulus tu jadi katak. Lepas itu, aku sembelih dia, jual dekat Pasar China suruh masak sup." Mata aku mencari Reg. Mana dia...
"Tongkat itu pun boleh korek gigi. Buanglah taik gigi kau yang selalu tersekat tu"
"Hoih!" aku hampir nak peluku si Ras sebelum mata aku terhenti pada pentas.
Reg sedang naik ke pentas dari tangga kiri. Siapa mate dia? Aku duduk tegak dan kini tumpuan aku pada Miss Shaqinah.
Dan detak jantung aku terhenti.
"Peaecipua, Leonis Minoris!"
Mungkin, jantung aku meletup.
----------sambungs-------
So lying underneath the storming skies
she says oh, "I know the sun must set to rise"
"This could be paradise".
get up,
live this life
breath.
love
Hola, you can use the shoutbox to shout out your suggestion oh whatever it's. Instead of email. just insert your name and elvrosethallo will be the admin. if youre using webscreen ver, it might be easier for u to use it but as for the phone users, boleh try papar versi web. tata