MAGIC (3)



I'm not looking for somebody with superhuman gift,
Some superheroes
some fairytale bliss
just something that I can turn to
something that I can kiss.









 “I think” aku melangkahkan kaki aku laju keluar datipada kelas Doktor Walton. Buah epal aku sumbatkan ke mukut dan aku kunyah perlahan sambil menyambung, “Regulus must be joking me, you know, that’s normal for a Reg, right?” dan aku menjauhi Elased laju dengan bergerak ke arah sayap utara MHS. Kelihatan tiada langsung pelajar di sini. Semua orang mungkin sibuk di bilik atau kelas masing-masing. Sayap utara MHS; tempat di mana aku sudah berjanji mahu berjumpa dengan Rigel. Elased masih lagi mengejar aku dari belakang dan masih lagi cuba mengorek persoalan tentang apa hubungan aku dengan Reg. Nasib baik Reg tidak masuk kelas hari ini walaupun  hari ini kelas pertama selepas minggu orientasi yang entah apa-apa.


“Please, Ophelia! Wait!” dia cuba menggapai tangan aku dan aku elak laju. Wajah Elased yabg kelihatan tanned di bawah cahaya matahari itu aku pandang tajam. Rambut blonde nya, yang keemasan menjadikan wajahnya bertambah ‘cantik’ bagi seorang lelaki. Aku hampir senyum sinis dalam hati, what a fiction. Aku tertanya apa rupa aku di mata mereka semua? Adakah aku menjadi salah satu keindahan fiksyen juga?



Aku cekak pinggang. “Apa awak mahu, Elased? Kenapa awak asyuk bertanyakan tentang hubungan saya dan Reg? Saya musuh dia, dia benci saya dan saya benci dia. Kenapa pula tiba-tiba dia mahu jadikan saya ‘Queen’ dia, lagi pun, mana wujudnya nama ‘king’ dan ‘Queen’ dekat MHS ini? Dia hanya kenakan saya sahaja.” Aku tergelak kecil. Kenapa semua orang terlalu ambil serius tentang apa yang terjadi semasa pagi tadi? Aku menjauh beberapa tapak lagi dari Elased sambil bersuara, “Janganlah pula dari cerita Hogwart terus lari jadi cerita Narnia pula, nak pilih Queen dan King. Duh! Mengarut gila” aku tergelak lagi besar.


“You really don’t know anything, do you?” Elased berpeluk tubuh. Matanya mencerun memandang aku. “Reg is the leader of MHS.”

“So what? He’s just my twinmate and I have nothing to do with him” Aku berjalan laju betgi darinya. Buku aku rapatkan ke dada dan cloak berterbangan di belakang bahu aku. Rambut aku turut ditiup angin juga. Derap kaki Elased mengejar aku dari belakang tetap laju dan tangkas. Aku merengus geram apabila deengan beberapa langkah sahaja, dia sudah betada di hadapan aku- menghalang jalan aku. Aku gertapkan gigi didalam dan mata aku terangkat metenung dia tajam. “What again, Elased!”


“He likes you” dia mendekat dan aku kebelakang. “He likes you and everybody here sees it, Reg was not joking. Don’t you see it? He likes you.”



“He keeps bullying me and almost breaks my skull and now you’re saying that this white haired creature crush on me?” Aku hampir julingkan mata ke atas. “That’s ridiculous, man!” aku lepaskan tawa aku.



“What if he really likes you?” Dia berpeluk tubuh sambil angkat kening.


Aku mengeluh. “Berhenti tanya saya soalan merepek ini. Saya kena jumpa Rigel! Kenapa awak tanya soalan bodoh ini?”” Aku tolak bahu dia sekasar mungkin tetapi Elased masih berdegil menghalang jalan aku. Apabila aku ke kiri, dia ke kiri dan apabila aku ke kanan, dia juga ke kanan. Aku mengeluh kasar. Apa masalahnya ini?!!


“Listen, Ophelia” Elased cuba prgang bahu aku tetapi aku tolak tangan dia kasar. Dia mengeluh. “Awak tidak boleh suka atau jatuh cinta dengan Reg. Awak tidak tahu apa sebenarnya yang akan betlaku kalau awak jatuh cinta dengan dia, awak sedarkan awak sekarang ini dalam dunia imagunasi fiksyen? Awak sendiri yang mahu keluar dari dunia ini? Awak sendiri kata, awak ada keluarga dan awak kena pulang berjumpa keluarga awak. Takkan awak nak menyerah kalah terperangkap di sini? Reg, dia hanya mahu gunakan awak sahaja”

“Apa awak merepek ini,Elased?!” Aku tolak bahu dia. Ya, memang aku mahu pulang tetapi.. entah kenapa, aku rasa seperti aku ‘lain’ sangat di sini. Seperti ada satu perasaan yang memujuk aku supaya tetap tinggal di sini dan lupakan realiti. Sehingga malam tadi, aku dapat rasakan yang aku betul-betul sudah lupa siapa aku? Siapa keluarga aku? Yang aku ingat hanyalah aku bukan daripada sini..


Wait.


Aku mula melupakan segala-galanya selepas aku berbaik sekejap dengan Reg.


Aku yang seperti tersedar sesuatu, memandang Elased tajam. “Elased” suara aku bergetar. “Apa maksud awak.. Reg gunakan saya?”


“Ophelia, saya rasa awak perlu tahu. Saya rasa hanya saya sahaja yang tahu perkara ini kerana dulu saya salah seorang kawan rapat Reg, Polaris dan sirius. Jadi kami bertiga berkongsi rahsia tentang ‘MAGIC’. Semenjak saya curi masuk ke dalam bilik Reg, saya dibuang jauh dari mereka bertiga. Awak tahu kenapa saya masuk ke dalam bilik?” dan dia menunduk. Memandang aku tepat dengan riak wajahnya yang seperti sukar untuk meluahkan kata-kata seterusnya. Dia mengerling ke kiri dan ke kanan. Berhati-hati.


“Apa maksud awak..” aku separuh berbisik. “..awak masuk ke bilik Reg?”

“Opehlia” Elased separuh menunduk. “Awak kunci untuk imaginasi ini. Awak orang terakhir sampai di sini. Awak tidak pelikkah kenapa semua orang; beribu orang pelajar di sini mengenali awak?”

Aku seperti tersedar daripada tidur yang sangat lena. “Kkenapa ?” liur aku telan.


“Dalam cerita ini, Awaklah watak utama.”


Aku terkedu. “Maksud awak?”


Dia seperti menelan air liur. “Saya tidak tahu saya patut beritahu pada awak atau tidak. Saya.. saya takut” dia menunduk. “Tetapi, awak harus ingat, awak tidak boleh jatuh cinta pada Regulus. Itu satu perangkap daripada Prof. Betelgeus. Dia yang letakkan nama awak pada nama Reg. Reg pun tahu perkara ini, dan awak sebenarnya di bawah pengawasan dia. Di dalam bilik Reg, terdapat satu portal, portal itu seperti satu skrin besar dan setiap apa yang berlaku pada awak dan Reg tertulis pada Portal itu. Tetapi tiada siapa boleh baca tulisan pada portal itu kecuali awak, Ophelia. Ophelia bermaksud, ‘Help’. Awaklah yang bertanggungjawab mengembalikan semua ingatan pelajar di sini tentang alam realiti mereka. Lagipun, awaklah orang yang paling ingat tentang ‘alam realiti’ kerana awak adalah karekter terakhir yang baru masuk di sini.”

Aku ternganga. “Kkenapa ssaya.. yang terpilih menjadi watak Praecipua the Ophelia?” aku hampir terjelopok jatuh. Kenapa aku? Aku hanya prmbaca tegar novel inggeris di web siber? Aku hanya gadis asia yang tidak tahu apa-apa dan tidak pula sehebat Katnis Everdeen dalam Hunger Games atau seganas Wonderwoman? Aku bukan lois Jane, aku hanya aku.

“Kerana sikap dan perangai awak. Kerana awak berani dan suka menentang, kerana seorang yang suka mengkritik dan paling utama, awak ada semua kriteria seorang Ophelia” Elased memperlahankan suaranya. Wajahnya pucat dan entah mengapa tiba-tiba sahaja, mata aku melihat kulitnya yang tanned bertukar putih. Rambutnya yang keemasan bertukar pucat. “Ophelia, remember what I’ve told you? You’re the one. Find the key to get out from here, stop this fiction. Just stop everything. Don’t fall in love with him, it will make him and you and all of this imagination more fiction but more real until you will never get to find way out from your imagination, our imagination” dia senyum hambar.


Dan waktu seakan terhenti apabila Elased mula pudar. Aku terkedu. “Elased??” aku cuba pegang tangannya tetapi dia semakin pudar dan sentuhan aku seperti hanya menyentuh angin. “Elased?? What happens?” nafas aku kencang apabila Elased tidak ubah seperti sebuah fiksyen yang engkau sudah warnakannya di atas kanvas komik seorang kartunis tetapi akhirnya, warna fiksyen itu dipadamkan warnanya perlahan-lahan.

Fiksyen.


“Elased..?” air mata aku mula bergenang. “Apa jadi ini? Kenapa awak begini?”


“Saya hanya fiksyen. Bukan manusia biasa” Matanya hampir tertutup dan bibirnya mengukir senyum hambar. “Saya tidak pernah wujud. Dan apabila saya beritahu awak semua rahsia MAGIC, saya akan mati. Saya akan pudar dari warna cerita ini”


“Kkenapa awak..” kata-kata aku termati sendiri. “beritahu saya semua ini? Kenapa awak sanggup buat seperti ini? Kenapa awak korbankan diri awak?” air mata aku jatuh. Aku cuba menggapai tubuhbya tetapi sia-sia. Hanya ada angin. Dia semakin pudar.

“Stop dwelling under imagination” suaranya semakin perlahan. “start living in the life you live in.” Dan matanya semakin tertutup. “Bye Ophelia” dan dia hilang.


Hilang buat selama-lamanya.


Air mata aku yang bertakung jatuh. “Elased?” bibir aku bergetar. “Head of Lion? Ras Elased?” nafas aku putus. “Please..” aku terjatuh ke lantai. “..come back here again. Please..” dan akhirnya aku teresak-esak keseorangan di situ.

‘Stop dwelling under imagination, start living in the life you live in’

Dan tangis aku pecah keseorangan. Buat pertama kalinya, aku terasa kehilangan imaginasi tanpa fantasi, imaginasi yang hanya bertemankan realiti yang membunuh hakikat diri.


Dan ini semua hanya satu mimpi ngeri.


--*--

“Wake up, Ophelia”

Aku buka mata aku dalam keadaan terkejut. Wajah Rigel aku pandang dan kemudiannya beralih pula pada wajah Polaris, Twinmate Rigel disebelahnya. Aku cuba menghadam kawasan sekitar aku. Ini bilik aku. Aku menarik nafas lega. Apa sudah jadi dengan aku? Mengapa tiba-tiba sahaja selepas pertemuan aku dengan Elased, aku pengsan?

Wait.

Elases?!

“Where’s Elased?!” aku pandang Rigel dan Polaris tajam. “Where’s Elased?!!” aku tarik tangan Rigel sehingga dia terduduk. Rigel memandang aku sedalam mungkin. Dia seperti keliru dengan soalan aku sebelum ayat yang keluar dari bibirnya mengejutkan seluruh realiti aku.


“Who’s Elased?”


Nafas aku terhenti.

Apa sudah jadi? Kenapa tiba-tiba Rigel seperti tidak kenal dengan Elased. “Ras Elased? The star in Leo constellation, Head of Lion” jantung aku betdebar-debar menunggu jawapan daripada Rigel tetapi wajahnya keliru.

Sangat keliru. “There’s no one with the name Elased here” dia pandang Polaris pula, “You know who’s this Elased?”

Dan sekali lagi, sangat mengejutkan aku, Polaris hanya menggeleng dengan satu garis senyuman di bibirnya, “No, never heard anything about Ras Elased before”


Life, you got to be kidding me.

“Awak berdua tipu! Awak berdua kena siapa Elased. Rigel, awak mesti ingat kawan-jawan kita, Rastaban, Pictor, Queen, dan Elased!!” aku goncang bahunya. Air nata aku jatuh. Elased! Kenapa semuanya harus jadi begini?! “Tolonglah.. tolonglah jangan tipu saya. Saya kenaal Elased, kita semua kenal Elased. Polaris, dia kawan baik awak. Takkan awak mahu pura-pura tidak kenal. Tolonglah.. tolonglah cakap pada saya Elased masih hidup dan wujud dalam MAGIC!” suara aku separuh merayu. Elased.. sebab aku, dia jadi begini. Hanya untuk beritahu aku. Hanya kerana aku. Esakan kecilku bergema dan memenuhi ruang sunyi antara kami semua.

“Ophelia, awak baru bangun dari pengsan. Pasti awak mimpi macam-macam tadi. Saya rasa awak patut berehat dulu. Dekat sini, tiada siapa pernah tahu keeujudan seorang Ras Elased dan dia sememangnya langsung tidak wujud” suara Rigel dan patah perkataannya menghenyak hati aku. Aku menutup wajahku yang basah dengan air mata, diantara ruang lutut yang aku peluk rapat ke dada.


Aku mahu keluar dari cerita ini..

Ya Allah, aku kena cari jalan.

“Ophelia, kami keluar dulu. Awak berehatlah dulu. Jangan lupa turun makan malam ini” Rigel berbisik lembut sebelum aku dengar derap kakinya keluar bersama-sama Polaris dari bilik aku.

“Polaris” aku bersuara tegas. Menghentikan langkah lelaki bintang penjaga utara. Air mata masih jatuh dan hati aku bagaikan sakit apabila melihat wajah bekunya sepertu dia tidak tahu apa-apa. “You know about Elased, right?” dan aku pasti, Rigel sudah keluar dari bilik aku. Mungkin menunggu Polaris di luar.

Lelaki itu senyum segaris. Hambar. “That’s why, we don’t talk about MAGIC secret to anyone. That’s the punishment. He will fade and die and everyone will forget everything about him like he never exist before”


“Kenapa awak masih boleh ingat tentang dia?”


“Kerana” dia mengeluh berat. Mata aku dipandang, “Awak manusia. Realiti. Saya hanya fiksyen dan imaginasi.”


Dan dengan itu, dia meninggalkan bilik aku dan diri aku dalam keadaan hati aku bagai diremuk. Senangnya melupakan..

Dan kenapa aku masih ingat Elased? Kenapa aku tidak melupakan seperti mereka yang lain?

‘Sebab kau watak utama cerita ini. Hanya kau yang boleh baca portal itu.’ Suara hati aku berbisik keras. ‘Kau yang mampu letakkan penamat ini semua’

Air mata aku kering. Ya, aku harus hentikan ini semua. Aku harus lakukan sesuatu.


Satu senyuman hambar menyungging.

--**--
Aku, seperti biasa, turun makan lambat. Walaupun, makan malam. Segala-galanya di sini terlalu cepat sehingga aku tidak boleh tangkap dengan waktunya. Semuanya bukan mudah bagi aku. Tetapi kali ini, aku bukan ‘tersengaja’ lambat tetapi sebenarnya aku memang sengaja melambatkan. Aku bergerak perlahan ke arah pintu dewan makan. Pakaian bebas. Jadi, aku pilih untuk pakai segala-galanya putih dengan cloak yang berwarna putih. Rambut aku lepaskan dan kali ini aku biarkannya menyentuh pinggang. Skarf putih terletak cantik di kepala aku.

Ya, aku sengaja buat begini. Aku tidak pernah make up secantik ini, malah aku benci kepada apa sahaja yang namanya make up. Aku benci jika aku nampak cantik, aku benci warna putih kerana orang selalu kata aku nampak berseri dengan warna putih. Aku benci lepaskan rambut kerana aku rasa rimas. Tetapi hari ini, aku sengaja buat begini. Ini hanyalah sebahagian rancangan aku.

Demi Elased.

Dan aku masuk ke dalam dewan yang sudah penuh dan langkah aku sangat perlahan. Semua mata memandang aku dan bukan mata mereka yang aku mahu, aku mahu mata seseorang memandang kelibat aku. Aku mahu tarik perhatian dia. Aku benci dengan perhatian tetapi untuk kali ini, aku harus buat apa yang aku benci. Elased sudah berkorban untuk aku. Jadi, ini sebahagian daripada rancangan aku. Mungkim, dengan buat Regulas jatuh cinta pada aku dan percaya aku cintakan dia, aku dapat korek rahsia portal itu.


Dan untuk itu, aku mahu Regulus pandang aku.


Suasana dewan sunyi.

Aku tidak pasti, mungkin, aku juga ada aura yang menakutkan seperti Regulas. Setiap kali langkah aku berjalan ke arah Bot yang menyediakan makanan yang tidak jauh dari aku, pasti aku akan diperhatikan oleh mata mereka sekeliling aku. Pasti ada bisikan dan nama aku disebut.

“Ophelia” suara Bot. Bot atau sejenis Robot yang  ada lambang NASA ditepinya menegur aku. Bot di sini ada kod nya tersendiri. Tetapi yang ini, seperti separuh manusia apabila dia seperti mengenali aku. Dia serahkan pinggan berisi semangkuk nasi seperti di Jepun; Pulut, dan kuah sayur dan beberapa lagi buah yang sesuai dengan keperluan aku.


“Thanks, Bot!” aku senyum ramah.


“Praecipua, Leonis Minoris” suara Bot tanpa nada menyebut nama aku. Buat kali pertamanya, cahaya di mata Bot bersinar dengan cahaya putih yang lebuh terang, “You look beautiful in white, Praecipua”


Aku sengih. “You are always my handsome, Bot. Everyday!” aku kenyitkan mata padanya. Bukan cuba mengurat Bot, tetap saja jadi peramah dan mahu ambil mood ceria.

“Ophelia!!” suara Pictor menjerit memanggil aku dari celahan beribu orang pelajar. Aku berjalan laju ke arah kawan-kawan aku. Dalam masa yang sama, dewan masih lagi sunyi dan derap kaki aku terasa sangat kuat. Aku masih tidak perasan kehadiran Reg tetapi aku tahu, dia ada di sini kerana dewan makan hanya sunyi jika ada kehadiran si rambut putih itu.

Dan sedang aku melangkah laju tiba-tiba terasa kaki aku disekat tetapi kali ini aku tidak terjelopok jatuh.


Dan aku menunduk merenung si empunya kaki ini.

“Pretty white creature” Suara dia tanpa nada. Reg merenung aku dengan warna mata langitnya- twilight. “There’s no place for a queen but beside a king”

Kening aku terangkat. Mata aku merenung Polaris dan Sirius yang hanya memandang aku seperti pandangan Reg. Serius tetapi penuh makna.


“I’m not your queen” aku menjawab tegas.

“Sit”

“what?!”


“Sit” dia tunjuk kerusi sebelahnya. “here”

Aku hampir tersenyum. Jerat mengena. Tetapi mungkin tidak ‘normal’ untuk seorang Ophelia yang degil hanya akur pada seorang Reg yang suka mengarah. Nanti Reg syak sesuatu.

Jadi, aku tetap mainkan watak Ophelia aku.


“No! Saya mahu duduk dengan kawan saya” aku cuba tunjuk kedegilan aku yang membuatkan aku nampak ‘normal’. “Kenapa pula saya kena duduk dengan awak?”

“Because we’re twinmate?”

“In that case, Rigel is Polaris Twinmate, so, Rigel should be sitting here with her twinmate too, right?” aku mrmandang Polaris dan kembali memandang Reg. “But Rigel is not sitting with Polaris.”


“Can you please stop talking?” Reg merengus. “Sit”



“Why?”


“Because, I’m here.”

“So?”

“You and I must stick together” dia buat muka cool dan meneguk minumannya. “Sit, Ophelia”


“Okay” aku buat muka selamba dan duduk di sebelah Reg. Beberapa mata memandang aku dengan wajah tidak percaya. Aku ambil sudu dan mula membenamkannya di dalam nasi pulut aku. “Reg, can I ask you something?” dan nasi aku sumbat ke dalam mulut. Aku tahu, soalan aku menarik perhatian Sirius dan Polaris yang duduk di hadapan kami. Mereka memandang aku dengan hujung mata.


Kening Reg terangkat selamba.

Aku senyum kecil. “Nah, just a simple question” aku letak sudu di tepi. “Do you like me?”


Polaris terbatuk.


Sirius ternganga.


Reg?

Dia memandang aku dengan pandangan keliru. Aku senyum nakal, “Well, I like you, you know.”

“What the..”

Aku tunjuk gigi aku yang cantik. Menyegih nakal. “You know, girls hormones- crush on someone and end up dreaming about this someone to become our prince charming. I think, I have this kind of hormone right now. And yeah, I crush on you” aku teguk air mineral aku dengan selambanya. “You’re white haired creature with all those idiot PMS mood, but I don’t know why” aku angkat bahu. Dengan muka selamba, aku sambung, “I think you’re hot.”


Reg tergamam.

--**--

A/N ; Hallo ladies, thanks fo your support. Thanks for Nura untuk cover. Terkejut juga lah bila ada orang hanta cover walaupun tak mintak. Terima kashi :] dan aslo ada bnyak lagi cover dihantar oleh stnfrth (nama kat email), nanti saya guna.

Saya cuba pendekkan MAGIC yng mcam mengarut. *cakap 3 chap je, pahal lebih pulak* hahah.

Untuk SR tu kan, bnyak languge error and fact. Sampai tahap pembedahan caesar pun aku tulis scissor. Nak gelak betul bila baca balik. Tambah pula dengan kegelian melanda. Kbye.













Popular posts from this blog

Beautiful Escape (Full)

Sweet and Strange: 2

Beautiful Fate