The Mask (III)



Walking through the darkness
She found a pair of wings
so she thought it must be an angle's wings
She keeps the wing and hope
That one day, she would meet the angle
an angle
beautiful angle.




But why must she thinks every angles deserves wings?




No!, aku takkan gilakan diri aku dengan benda ini.

Hati aku menjerit kuat dan dengan sekelip mata, “Hiyakk!!” aku sepak kakinya dan picagari aku tarik semula dari epirdemis kulit aku. Peritnya aku tahan dan kaki aku laju menyepak lagi buku lali lelaki gila itu. Ini kalau belajar biology lagi ini, boleh kena assume HIV! Jarum tak bersih!



“Shit!!’ dia merengus kuat dan laju tangannya yang bergari dengan tangan aku dilipat. “Kau nak pergi mana hah perempuan gila!!”



“Arghh!” aku terjerit kuat. Dia menarik tubuh aku dari belakang rapat ke dadanya. “Lepaslah!” 



“Hahahah! Kau tipu! Aku dah agak! Aku dah agak!” Dia merangkul pinggang aku sehingga kukunya terbenam ke dalam abdomen aku walaupun berlapik baju.


“Sa..kit” air mata aku hampir bertakung. “Tolong.. aku tak pernah tipu kau”


“Kau tipu” dia berbisik tajam dan sangat rapat ke telinga aku sehinggakan bibirnya menyentuh cuping telinga aku. “Kau sama dengan mereka semua! Kau tipu! Kau tipu!”


Dan aku baru perasan, picagari masih di tangan aku.


“Mask.. tolonglah” suara aku separuh merayu. “Bagi aku tolong kau, kau sakit”


“Macam mana kau nak tolong aku? Aku sakit? Hahahaah!” dia ketawa kuat. “Lawaknya kau ni, doktor! Hahahaha!” dan dia tarik aku dari belakang supaya lebih rapat ke dadanya. Aku cuba kawal genggaman tangan aku pada picagari tadi supaya tidak terjatuh.


“Aku akan jaga kau. Aku janji, aku akan jaga Sarah. Sumpah, aku akan jaga kau dan pulihkan kau” Aku berbisik perlahan. Kali ini aku benar-benar memaknakannya. “Just, let me.. let me help you, alright?” suara aku cuba dilembutkan meskipun hanya tuhan sahaja tahu bertapa gugupnya aku. Peluh jatuh ke dahi aku. 



“Macam mana kau nak pulihkan aku?” dia dekatkan bibirnya pada telinga dan anak rambut aku dari belakang. Aku cuba menahan geli dengan setiap nafasnya yang menyentuh leherku. “Macam mana kau nak buat, doktor?” dia berbisik tajam.


Tangan yang memegang picagari tadi aku genggam kuat. Keadaan kami masih lagi- dia memegang dan mengunci kedua-dua tangan aku dari belakang tanpa sedar satu lagi tangan aku sedang menggenggam kuat ‘senjata’ aku. 


“Cakaplah!!” dan dia menjerit di telinga aku. “Macam mana kau nak pulih sakit aku?! Macam mana hah?!” kali ini rentak suaranya seperti sangat kasar. “Kau nak bawa balik isteri aku?! Kau nak pulangkan balik kehidupan kami dulu?! Hahahah! Tuhan pun tak boleh buat inikan kau”


“Jangan cabar kuasa tuhan, The Mask” aku tekankan setiap patah perkataan aku. “Sebab kau hanya hamba”


“Dan apa yang kau boleh buat sekarang?! Kalau betul kau nak pulihkan aku, apa? Apa kau nak buat hah?”


“Aku janji, aku akan pulihkan kau” aku berbisik dari depan. “Mungkin dengan cara ini dulu” ‘senjata’ aku genggam.


“Macam mana?”


“Macam ini”


Zappp!! Dan aku terus cucuk ‘senjata’ aku pada peha dia.


“BODOH!!!” Dia menyumpah kuat dan terus terjelopok ke lantai, memaksa aku juga turut sama jatuh bersama-samanya kerana tangan kami yang bergari. Dia mengerang kesakitan dan omboh picagari tadi aku tolak kuat-kuat. “SIAL!” Dia menjerit kuat apabila picagari tadi aku tarik kasar dari pehanya dan aku campak jauh dari kami. 




Cecair apa dalam ini? Nafas aku mula kembali kencang. 




Dia terbaring lemah. “Kau tipu aku! Kau.. kau kejam” matanya memandang aku tajam tetapi seluruh badan dia seakan-akan lemah. Paralyzed. Bibirnya bergetar. “Kkkau.. kkau ttakkan dapat lepaskan diri kau. Takkan” mata dia separuh tertutup dan tangannya yang bergari dengan tangan aku mula lemah. Pegangannya longgar tetapi ayat terakhirnya membuatkan aku terkedu.


“Dan kau takkan lupakan siapa kau yang dulu”


Sekujur tubuh itu kaku. Mata aku memandang dadanya yang masih turun naik. Dia masih bernafas. Aku mengeluh perlahan. Mengharapkan cecair ini hanya macam ubat ‘bius’ sahaja. Mengharapkan dia tidak mati. Tetapi bukan itu yang menghantui aku. Tetapi..


Wajahnya sekali lagi aku pandang.


Siapa aku yang dulu?


****

Isteri dia?





Mata aku jatuh pada gambar di atas mejanya. Gambar seorang wanita yang sangat cantik. Rambutnya panjang dan hitam mencecah ke pinggang dan warna kulitnya kuning langsat seperti warna kulit aku. Bibirnya yang nipis mengukir senyuman yang lebar dan jelas menampakkan barisan kolgat giginya yang cantik dan kemas. Wanita itu memegang seorang bayi yang aku kira, itu ialah Sarah Rayanna. Mungkin ini isteri dia. Mungkin inilah wanita yang membuatkan The Mask gila. Mungkin inilah wanita yang membuatkan dia nampak aku seperti bayangnya.


Dan bebola mata aku jatuh semula pada sekujur tubuh yang baring di atas katil itu.




Tangan aku masih terasa perit kerana digarinya. Nasib baik selepas dia ‘tertidur’, dia ada tinggalkan kunci gari ini dalam poketnya. Aku tidak tahu apa perlu aku buat selepas kejadian itu tetapi, warasku memanggil akal aku untuk lakukan seperti apa yang telah aku janji kepada dia.




'Aku akan pulihkan kau'






Dan selepas itu, dengan segala kudrat yang aku ada, aku panggil pekerjanya untuk bawa dia ke bilik dia dan mereka yang ‘gila’ itu memang tidak banyak soal selepas aku beri alasan yang Tuan mereka mabuk dan mengantuk. Persoalannya, the mask pernah minum arak ke? Tetapi hanya Ahmad yang memandang aku tajam seperti kepercayaannya tidak sepenuhnya pada aku. 




Dan setiap kali aku ke mana-mana, Ahmad sentiasa mengawasi aku. Bagaikan tidak mahu aku ‘lari’ daripada rumah ini. Dia hanya berhenti mengawasi aku apabila aku ada dalam bilik tuannya.




Seperti sekarang.




“Mask..” aku memanggil dia yang sedang tidur. Mungkin bukan tidur, mungkin pengsan atau mungkin kedua-dua perkataan itu tidak sesuai untuk dia. Dia langsung tidak bergerak kecuali dadanya yang bergerak ke atas dan ke bawah. Menunjukkan dia masih hidup. Masih bernafas.


Masih gila.


Aku senyum kecil. Perlahan-lahan aku bergerak ke arah dia. Gambar tadi aku kerling lagi. Bertuahnya perempuan ini kerana masih ada lagi lelaki yang tergilakannya sehingga benar-benar menjadi gila. Tetapi wajah perempuan ini macam betul-betul melayu dan sekarang ini aku terbayang wajah yang disimpan disebalik topeng badut itu. Laju sahaja mata aku berlari ke arah Mask. Siapa nama sebenar dia? Siapa sebenarnya dia? Dan..





Apa rupa sebenar dia?




Like a beast for sure. Aku melangkahkan kaki merapatinya dan kini aku berdiri di sebelah katil dia. Perlahan-lahan baju dia yang aku ambil dari almarinya tadi aku letak di atas katil bersebelahan dengan dia yang masih lena. Aku tahu, dia jahat. Aku tahu, dia gila. Flawed and so flawed.





Tapi itu semuanya topeng.






Siapa sebenarnya dia? Masa ambil baju dia dalam almarinya tadi, aku nampak stechtoscope dan pelbagai ubat. Eusol, hydrogen peroxide, Habitant, Hydroxcyn dan pelbagai lagi benda yang ada di hospital dan banyak kegunaannya. Bilik dia juga terdapat satu almari yang penuh dengan buku. Buku medicine studies sehinggakan ada satu almari penuh dengan pelbagai jenis ubat. Dindingnya yang ber wallpaper kan blackboard paper, penuh dengan nota yang berconteng tentang teorinya sendiri. Semuanya ada tentang serum yang diambil dari bisa ular dan nama-nama venom  tertentu. Nama-nama vitamin yang aku juga pernah belajar. Riboflavin, thiamine, niacin, panthothenic acid, pyridoxine dan juga pelbagai teori untuk steroid.





Dan juga, ada satu dinding ini penuh dengan gambar otak dan teori tentang otak. Amnesia dan sebagainya dikaitkan. Apa yang dia cuba buat?





Dan teguh hati aku mengatakan, The Mask bukan calang-calang orang. Mesti dia sedang merancang sesuatu atau mungkin.. mengkaji sesuatu tentang isteri dia. Mungkin, dia jadi jahat ada sebab dan dia terlalu hauskan sesuatu yang dia rindui.




“Mask, aku harap, bila kau bangun, kau tak mengamuk” aku bercakapa sendiri dan tidak mengharapkan yang dia bangun tikala ini. Perlahan-lahan butang bajunya aku buka. Lembut tangan aku membuat kerja. Dada dia yang terdedah aku pandang.





Lama mata aku tertancap di situ.




Ada corak geometri. Terukir di situ pelbagai simbol yang aku tidak faham. Cuba satu symbol yang aku faham, sebuah bulatan yang bersambung dengan bulatan yang lain. Ini corak keamanan. Mathematician yang betul-betul mendalami matematik geometri pasti faham.





“Dan.. aku harap kau takkan marah aku” aku berbisik perlahan. Kapas yang basah di tangan aku, aku rendamkan ke dalam baldi kecil yang berisi air dan perlahan-lahan..





Aku cuba lap dadanya. Cuba. Mungkin, ini bukan tato yang dicacah macam yang kekal. Mungkin..






Yes.





Aku pandang kesan hitam di kapas tadi. Yes, ini bukan tato. Aku senyum kecil. Alhamdulillah. Bibir aku mengukir senyum lebar. Laju tangan aku menghilangkan corak-corak yang pelik di dada dan tangannya. Nafasnya masih stabil dan dia seperti betul-betul tidur lena.





“You’re better than you know, Mask” aku bercakap seorang diri. “This is not the solution to solve the problems” dan aku mengeluh perlahan. “Aku tidak tahu mengapa aku tolong kau, aku tak faham kenapa dengan aku, aku sepatutnya boleh lari dan bawa Sara sekali.. tapi.. bila aku tengok kau air mata kau..” tangan aku terhenti mengelap. Wajahnya aku pandang. Sleeping monster. Aku senyum hambar, “..aku tahu, kau pun tak mahu jadi begini. Kalau kau terus begini, kau tetap akan jadi jahat. Semua orang akan kata kau jahat. Kau ada seorang anak, takkan kau nak jadi jahat di mata anak kau? Macam mana dengan masa depan dia?”






Dada dan tangannya hampir bersih. Aku tidak tahu dia conteng dengan apa, tetapi semuanya nampak real. Tak nampak seperti guna marker. Aku ambil kapas baru pula kali ini. Wajahku dirapatkan ke wajahnya.





So much beautiful behind his mask. Aku berbisik perlahan. Bibir aku mengukir senyum. Such a beautiful monster, mr Mask.





“When I was just a little girl” aku menyanyi kecil sambil perahkan kapas-kapas tadi. “I asked my mother, what will I be? Will I be pretty? Will I be rich? Here what she said to be..” aku ketawa sendiri. “Que sera-sera, what ever will be will be, the future not ours to see..” dan kapas tadi aku lap wajahnya. Cuba ‘membuka’ topeng yang dia simpan. Senyuman aku simpan sendiri dan hati menyambung bait lirik tadi.




Que sera sera..




What will be will be.





**--**




Sometimes, we wear a mask. Aku pandang wajah dia yang tenang. Not because we're afraid of the world, it's because we're afraid of the real monster in us. 



Jadi kita pakai topeng, tutup semuanya.






Anonymous.




Aku ralit mengelap setiap bahagian wajahnya. Tangan aku mengikut bentuk lekuk hidung dan dahinya. Mata aku tidak berkelip. Seolah-olah aku sangat berhati- hati. Bibirnya yang berwarna merah comot itu aku lap dengan penuh cermat sehinggakan.. hampir hilang semua cela di wajahnya.





Seolah-olah dia tidak lagi bertopeng.






Nafas aku terhenti. Wajah dia lain. Sangat lain. Kapas ditangan hampir jatuh. Mata aku melekat pada setiap inci kulit dia dan jatuh pada rambutnya. Rambut palsunya yang hijau tadi sudah aku tarik dan buang. Kini yang tinggal hanya wajah sebenar dia, kulit sebenar dia dan diri dia yang sebenar tanpa apa-apa topeng.




“Mommy?”




Suara kecil itu memanngil aku dari belakang. Aku berpaling ke arahnya dan Sara yang sangat.. sangat kecil itu berjalan ke arah aku dengan anak patungnya yang diseret sama. Rambutnya yang panjang dan hitam jatuh ke pinggang. “Sara, kenapa tak tidur lagi? Dah pukul dua pagi dah ini?” dan tangan aku terus menarik tubuh kecilnya dan aku letakkan di atas riba aku. Kini sama-sama  kami berdua duduk di atas katil bersebelahan dengan Mask yang sedang lena dibuai mimpi. 





“What’re you doing to my daddy?” dia terus baring di sebelah ayahnya. Wajah lelaki itu diusap. “Is this my daddy?” dan dia mengerling ke arah aku. “Daddy pakai make up ke?”





Aku ketawa kecil. “That’s your real, daddy. Dia tak pakai make up. Itu wajah sebenar dia, Sara tak pernah tengok ke?” dan aku bergerak di bahagian ruang sebelah Mask yang kosong. Sara baring sambil menongkatkan wajahnya menghadap wajah ayahnya dan aku buat perkara yang sama. Tiba-tiba rasa macam comel pula kami ini. Tiba-tiba rasa macam..



One happy family at home?




Okey, apa itu, Bella?! Statement apakah? Kau cuba nak main kad Happy Family itu ke? Aku berdehem sendiri. Cuba menghilangkan rasa ‘pelik’ yang bertamu di hati. Cuba menjadi Bella yang normal semula. “Hmm, Sara, siapa nama penuh Sara?”




“Bukan ke mommy,mommy Sara?” dia memandang aku pelik. “Mommy mesti tahu.” Suara kecilnya petah saja menembak aku. Aku terkedu. Alahai budak ini..





“Mommy saja tanya,  mana tahu Sara lupa nama mommy juga ke” aku ketawa sendiri. Memang lah dia tak tahu nama penuh aku! Dah aku bukan mak kandung dia.




“Daddy said, My name is Sara Rayyana Binti Rayyan Khalid”




Jantung aku terhenti. Rayyan.. Rayyan.. bukan nama itu ke yang aku sebut masa aku pengsan sebelum kena culik dan dibawa ke sini?Kenapa aku sebut nama Rayyan? Dan.. nama sebenar The Mask, Rayyan?




Apa semua ini?



Mata aku terpandang wajah mulus Sara. Jari kecilnya mengusap rambut ayahnya dan sesekali bibir merahnya yang munggil itu menciup pipi ayahnya sambil berbisik sesuatu di telinga The Mask dan kemudiannya gadis kecil itu gelak sendiri.





“Sara..” aku cuba tidak berdebar-debar. Cuba mengawal emosi aku kerana setiap kali aku berdebar-debar, aku akan mula pening dan paling teruk, rasa ini akan membuatkan diri aku seolah-olah mendengar ‘suara-suara’ yang sedang memanggil aku. Suara-suara yang tidak pernah aku dengar dan aku keliru. 





Dan sebenarnya, suara-suara itulah yang membuatkan aku panggil ‘Rayyan’ sebelum aku pengsan masa kena culik tempoh hari.




“Sara, mommy nak tanya boleh?” suara aku bercampur dengan perasaan aku. Perasaan keliru. Sara memandang aku dengan senyuman comelnya yang mampu buat aku juga turut tersenyum. “Hmm.. Sara, sebelum Sara jumpa mommy, daddy ada bagi tahu tak siapa ibu sebenar Sara?”





Sara sengih comel. “Mestilah nama mommy. Hari-hari daddy tunjuk gambar mommy”





“Hah?” aku hampir terkejut. “Maksud Sara.. ggambar tu kan?” dan aku tunjuk gambar di atas meja tepi katil The Mask ini. Sangat mengharapkan yang Sara akan mengangguk dan cakap itu ialah ibunya. Ibu yang melahirkannya dan hakikat itu akan buat aku gembira kerana aku tidak perlu keliru dengan ‘kegilaan’ ini.


“Bukanlah mommy..” Sarah geleng sambil ketawa berdekah-dekah yang kedengaran seperti alunan muzik yang mampu buat kau tersenyum. Tawa anak kecil. Dia sambung, “That’s not my mommy, that’s my aunt”


“Huh.. wait, darling. I don’t get it” aku dapat rasakan otak aku bercelaru. “Sssiapa ibu kandung Sara?”




For God's sake!




Don't say that it's me. Don’t say anything about me. I'm not her real mother!Aku berbisik dalam hati. Sara memandang aku dengan keliru dan dia senyum comel lagi. Perlahan-lahan tangannya membuka almari meja tadi dan dia keluarkan sesuatu.






Kotak baldu merah yang sederhana besar. “When I was just a little girl..” dia menyanyi kecil sambil mengusap kotak tadi. “I asked my daddy, what would I be?”




Que Sera Sera. Aku tersentak. Itu lagu yang baru aku nyanyikan saja-saja pada Mask. Tak, bukan, nama sebenar dia, Rayyan. Hanya Rayyan. 





“Will I be pretty, will I be rich?” dia pandang aku dengan senyuman kecil di bibir merahnya. Bagaikan tidak mengerti hati aku yang berdebar-debar menunggu jawapan dari bibirnya. “Daddy selalu nyanyikan untuk Sara”





Nafas aku tersekat.






“He said mommy loves the song very much, you're my mommy, you love the song very much, aite mommy?"




Yes, I do love the song but..




Bibir aku kelu.





“Daddy always kiss me everynight” Dia buka kotak tadi. Sekeping kertas dikeluarkan. Bukan, itu kertas.. itu sekeping gambar. “And he will kis you too. You, in this picture” dan gambar diterbalikkan menghadap aku.



Dunia terhenti.




Mata aku membesar.





Jantung aku berdegup kencang. Anak mata aku tidak terkalih dari gambar itu. Gambar seorang gadis yang memakai tudung putih, everything in white. Dia merangkul leher seorang lelaki yang juga memakai semuanya berwarna putih dan songkok hitam. Lelaki itu mengucup dahinya dan gadis itu matanya terpejam sehingga menampakkan ada titisan air mata yang jatuh. Air mata bahagia. Dada aku berasa sebak. Satu rasa menghantui aku. Wajah perempuan tadi aku amati.




Itu aku.




Dan..




The Mask. Rayyan.




“No!” tangan aku menekup mulut aku. “Nnno..” air mata aku bertakung. Aku turun daripada katil. “Sara, ssiapa nama ibu Sara?” seluruh tubuh aku menggeletar. This is too much. Aku tak tahu apa-apa tentang mereka! Kkenapa tiba-tiba muncul?



Sara pandang aku dengan keliru. “You’re my mother”




No! Aku hampir menjerit.




“Nabella Hayyana” Sara menyebut nama aku. "Your name, mommy"




Nafas aku sesak. Tipu. Budak ini mesti menipu. Mesti dia juga gila seperti The Mask! Mesti yang itu hanya Photoshop! Aku.. aku hanya seorang gadis yang masih tidak berkahwin dan tidak ada anak. Takkanlah aku nak ada anak yang berusia empat tahun?! Dan seorang suami?!




Dan empat tahun dahulu, aku hanyalah seorang gadis berusia 22 tahun! Bila masa aku melahirkan seorang bayi kalau aku sendiri kemalangan dan hilang ingatan?!





Zappp! Dan tiba-tiba suara The Mask menerjah ruang fikiran aku.



-----


"Ya aku gila!” dia ketawa lagi. “Kau nak tahu kenapa? Sebab mereka ambil isteri aku?! Mereka tinggalkan aku dan anak aku yang baru lahir masa itu! Kau tahu tak perit dia macam mana?!” dia menengkin aku. Kali ini bibirnya tidak mengukir senyum. Matanya tajam merenung aku. “Mereka buat dia lupakan aku sampai bila dia dekat depan aku pun, dia macam benci aku! Kau tahu taka pa aku rasa?!” dan kali ini dagu aku dilepaskan



----




Ya Allah..





Dada aku bagaikan disentak. Bukan hilang ingatan. Aku terduduk lemah. Sara memanggil-manggil nama aku tetapi seolah-olah aku dan dunia aku semakin kabur.  'Mereka buat dia lupakan aku' suara The Mask.





Mata aku terpejam seolah-ola ada cahaya yang melalui akal dan fikiran aku sehingga membuatkan mata aku terpejam sendiri kerana kesakitan di dalamnya. Pening. Aku bukan ibu Sara. Aku yakin dengan hakikat itu. Aku bukan isteri Rayyan.





Bukan, bukan isteri seorang yang psycho dan gila. Bukan. Tidak mungkin. Aku hanyalah seorang bakal doktor, Bukan seorang ibu lagi, bukan seorang isteri. Ya Allah..





“Mommy..” suara Sara. Terasa bahu aku dipegang. Aku angkat wajah. Bibir aku mengukir senyum pada Sara yang memegang wajah aku dengan tangan kecilnya. “Why are you crying?” dan ibu jarinya mengusap pipi aku. Mengusap air mata aku.





“Sara, who’s your..” suara aku tersekat. Air mata aku jatuh. Tak mungkin. “who’s your mommy?”





“You” dan dia dekatkan bibirnya ke pipi aku dan mengucup air mata aku yang jatuh. "You’re my mommy, I love you mommy”





Bibirnya suam menyentuh pipi aku.Dada aku panas. Sebu dan sebak. Air mata aku jatuh. Aku.. aku bukan ibu dia. Tetapi kenapa ada satu rasa yang mengalir hangat dalam jiwa aku? Wajahnya, aku renung. Wajah Rayyan. Bibir dan matanya. Mata aku jatuh pada kening dan hidungnya. Kening dan hidung aku.




Tak mungkin.






Aku tolak tubuhnya lembut. “Sara, mo..” aku gigit bibir. Aku gelarkan diri aku ‘mommy’ dengan mudah. Tak mungkin dengan mudahnya aku mahu percaya yang aku ibu dia! Tak mungkin. “Mommy nak keluar kejap. Sara wait for your daddy, can you. sweetheart?”




Dia senyum sambil mengangguk manja. “Okey mommy” dia pergi ke arah daddynya dan baru di sebelah lelaki itu. Aku memandang mereka lama.





Dan semakin keliru, tak mungkin. Tak mungkin ini keluarga aku. Ini tipu. Semua ini hanya penipuan. Mereka gila..




Ke aku yang dah gila?






Shit! Aku menyumpah pada suara hati. Mata aku pejamkan dan air mata yang jatuh aku lap kasar. Tak mungkin! Kaki aku laju8 berjalan ke arah pintu sebelum suara Sara menghentikan aku.


“Mommy?”


Aku tidak berpaling. Lemah. Sangat lemah dengan wajah dan suara kecil itu. “Yyyes..” bibir aku menggeletar. Hati aku bagaikan mahu menjerit yang aku benci dengan diri aku. Aku benci dengan mereka semua, aku benci dengan relaiti. Aku benci dengan kekeliruan ini.


“I love you, mommy”





Dan air mata aku jatuh.






***




Aku menghembuskan nafas lelah. Mungkin, ini semua hanyalah sebuah penipuan kelurga ini yang paling dahsyat. Mungkin aku patut batalkan niat aku untuk pulihkan mereka, termasuk Sara. Mungkin mereka semua benar-benar gila dan mahu aku terperangkap di sini. Terperangkap dengan seorang pembunuh.





Ye ke, dia pembunuh?






Semua orang cakap begitu. Mungkin betul dia seorang pembunuh dan.. perogol. Aku terbayangkan jelas dua orang gadis ‘gila’ semalam yang duduk di atas peha dia. Merangkul lehernya dalam keadaan yang bagi aku sangat menjijikkan. Takkan macam itu suami aku? Takkanlah kedua-dua orang tua aku tak bagi tahu aku kisah aku yang dulu? Kalau benar aku hilang ingatan, takkan mengambil masa yang lama untuk aku pulih semula?






Ini semua gila! Makin lama aku di sini, makin gila aku seperti mereka semua!







Aku menyandar pada pintu bilik aku. Bukan, ini bukan bilik aku dan ini bukan rumah aku. Rengusan kasar dilepaskan. Perlahan-lahan pintu bilik aku tutup sebelum satu aku dengar bunyi telapak kaki dan suara seperti menuju ke laluan hadapan bilik aku. Pintu bilik aku renggangkan sedikit dan aku menyorok di sebelaik pintu. Telinga aku lekapkan ke pintu. Cuba mencuri dengar.






“Aku tak tahulah macam mana rupa isteri sebenar dia?! Kau faham tak?!” suara Ahmad. Suaranya keras. Bunyi tapak kasut dia terhenti di hadapan bilik aku dan kali ini dia seperti berbisik, “Perempuan kali ini yang aku bagi dia pun boleh tahan cun, mestilah dia nak macam selalu. Kau ni, ini kan kerja aku, convince dia yang dia gila! Hahaha!”





Aku terkedu.






“Aku rasa, perempuan itu macam muka isteri dia kut, sebab dia macam over excited sangat dengan yang sorang ni.” Suara Ahmad berbisik sangat perlahan tetapi cukup untuk aku dengar. “Macam la kau tak tahu, lepas kejadian itu kan, dia sanggup percaya aje dengan doktor yang kita upah cakap dia gila itu sampai dia sanggup tidur dengan semua perempuan yang aku bawa semata-mata nak lupakan bini dia”






Lutut aku longgar. Apa yang dia cakap ini? Siapa sebenarnya The Mask dan semua orang dalam rumah ini? Apa maksud Ahmad? Rayyan tak gila tetapi orang buat dia percaya dia..  gila? Aku tak faham. Sungguh, aku sangat tak faham.






“Masalahnya weh..” Ahmad berbisik lagi, “perempuan kali ini doktor sakit gila. Macam bijak sikit daripada perempuan yang sebelum ini” dia ketawa sinis. “Tapi perempuan tetap perempuan, easy je. Tak.. tak.. aku dah cakap dah tak ada apa akan jadi, kau boleh diam tak?!” tiba-tiba suaranya meninggi. “Nanti lepas dia dah pakai betul-betul perempuan ini aku buat la macam biasa, bunuh perempuan itu, tak pun aku jual. Lepas itu aku buat la cerita kat orang kampung macam selalu. Yang kau nak takut sangat ni kenapa?”






Kaki aku menggeletar. Apa semua ini?! Kenapa.. kenapa aku rasa seolah-olah ini semua ialah sesuatu yang membuatkan aku lebih tidak siuman? Apa yang terjadi dan.. kkenapa mereka kejam?




Kenapa Rayyan, kenapa The Mask yang kena hadapi semua ini?


Dan.. betulkah aku isteri dia?




Tak mungkin! 





Bunyi Ahmad berdehem mengejutkan aku. Laju tapak kaki aku menuju ke arah katil aku apabila bunyi telapak kakinya menuju ke bilik aku. Dengan sekali detik nafas sahaja, aku baringkan badan aku ke atas katil dan mata aku tutup rapat sebelum terdengar pintu bilik terbuka!


Dan aku tahu, Ahmad mengintai aku tidur.




Bunyi tapak kaki dia menuju kea rah aku membuatkan jantung aku berdebar. Lebih berdebar apabila pertama kali aku berjumpa dengan Mask. Lebih berdebar dari segala-galanya. Mata aku cuba aku pejamkan rapat dan seluruh badan aku,cuba aku kaku kan sekaku-kakunya. Terasa ada satu jari yang menyelak rambut aku.


Nafas aku terhenti.


“Doktor, kesian kau..” dia mengelus pipi aku. “kesian kau jadi mangsa dia, kesian kau sebab akan jadi mangsa aku juga hahaha!” dia mengusap setiap inci wajah aku. Aku cuba mahu menjerit dan mahu sahaja aku menampar pipi dia. Dasar binatang! Dada aku menahan amarah yang menggila. Terasa sentiap sentuhan dia sangat jijik malah lebih jijik daripada The Mask sendiri! Dia berbisik lagi, “Lepas Mask dapat kau.. aku pun nak jugak” dan terasa nafas dia menjauh.





Bastard! Aku menyumpah dalam hati. Tubir mata aku panas. Aku mula rasakan esakan aku akan bergema bila-bila masa sahaja dan sangat bersyukur apabila aku menangkap bunyi telapak kakinya keluar dari bilik aku dan pintu di tutup. Perlahan-lahan aku bangun.




Nafas aku hembus perlahan. Dada aku sesak. Bibir aku bergetar. Terasa seluruh jantung aku bagaikan ditanggal dari pegangannya. “Ya Allah, apa semua ini” aku berbisik perlahan. “Apa yang jadi?” terasa bagaikan aku kosong, memori aku kosong tanpa apa-apa atau siapa-siapa yang bernama Rayyan atau Sara.





Tak mungkin.. tak mungkin mereka pernah jadi sebahagian daripada aku.




Rayyan Khalid. Rayyan. Nabella Hayana. Hayana. Aku terdiam sendiri. Cuba mencari jawapan disebalik nama.Sara Rayanna. Dan buat seketika lagi, aku terkedu.




Rayanna.





Tak mungkin. Aku menutup mata. Tolonglah cakap ini semua mimpi. Tolonglah, aku mahu bangun dari ini semua dan aku mahu lari dari dunia ini. Mungkin mereka semua berlakon dan ya, mereka semua masih gila. Gila dan tetap gila.




‘I love you, mommy’ suara Sara bergema.




Aku mengeluh. Perlahan-lahan aku bangun dari katil dan menuju ke arah cermin besar ditepi almari. Mata aku jatuh pada rambut aku yang penat aku gosok malam tadi. Kini hanya tinggal hitam dan putih yang bercampur. Kulit aku yang putih pucat bukan lagi kerana make up, tetapi kerana sudah lama tidak mendapat cahaya matahri di luar. 





Mungkin aku dah jadi gila juga. Aku senyum hambar. Terlalu banyak orang gila yang kau tidak boleh definisikan. Ada yang masih gila kerana ditarik kewarasan akal mereka. Ada yang gila tetapi bertopengkan kewarasan dan terlalu ramai yang gila tetapi disebalik topeng itu bermunafikkan syaitan. Seperti Ahmad.




Dan.. apa sudah jadi pada Rayyan yang dikenali sebagai The Mask? Siapa dia? Dan.. 




Aku pandang diri aku dalam cermin.





Siapa aku?





Perlahan-lahan kaki aku melangkah ke bilik air dan wudhu aku ambil. Tak tahu sudah berapa waktu aku tinggalkan semenjak aku pengsan dan aku harap Allah boleh menerima keadaan aku. Mungkin di sini, tak ada telekung tetapi aku akan cuba.. cuba buat apa yang aku mampu. Aku keliru. Sangat keliru.




Dan mungkin jawapannya ada pada Dia.





****



If your ghost pulls you apart,
And it feels like you’ve lost who you’re
My love there’s no need to hide
Just let love you when your heart is tired



****


Aku berjalan lemah ke arah yang aku tidak tahu. Aku nak keluar daripada rumah ini dan lari tetapi.. sebaik sahaja aku lihat wajah Sara yang tidur bersama Rayyan, aku tidak tahu apa yang merasuk fikiran aku, aku mahu tinggal dan tetap di sini buat sementara tanpa memikirkan risiko ‘Ahmad’ yang gila.




Dan aku mahu cari jawapan tentang soalan aku.



Aku berjalan-jalan disekitar rumah besar ini. Sesekali aku bertembung dengan Lily dan Fifi yang sibuk bergosip sambil mengemas rumah. Bergosip tentang sesuatu yang tidak masuk akal dan aku percaya, mereka yang lain semua memang betul-betul gila.



Sampai sahaja di satu bilik yang pintunya terbuka sedikit, kaki aku terhenti.


Seperti naluri memanggil, aku masuk ke bilik itu. Kepala aku memandang ke kiri dan ke kanan. Sangat mengharapkan tiada siapa yang tahu apa yang aku buat. Perlahan-lahan pintu bilik aku tutup dan..




Mata aku merenung ke segenap ruang bilik ini.





Bersihnya. Semua putih. Bilik ini menghadap kolam. Kolam yang sudah tiada airnya dan kolam yang kosong. Hanya ada daun kering. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah kolam tadi yang di pisahkan dengan bilik oleh sebuah sliding door. Bau bilik ini pelik. 





Mata aku jatuh pada sebuah katil yang sangat putih. Semuanya putih. Dinding putih. Mata aku jatuh pula pada almari berkaca ditepinya.




Dan aku terkedu.




Banyaknya topeng. Topeng yang seperti kulit manusia dan amat menyeramkan. Kenapa Rayyan suka buat topeng? Macam mana dia buat topeng macam ini dan dari mana dia dapat kepakaran macam ini? Mata aku berlalu pada dinding yang tersorok pada belakang dinding pintu bilik. Seperti sengaja disorokkan. Banyak sangat Frame gambar di situ. Terlalu banyak..




Ya Allah. Nafas aku terhenti.




Gambar aku.



Gambar Sara semasa kecil.




Gambar dia.




Gambar kami.





“Apa semua ini?” aku pegang kepala aku. Pening. Seolah-olah terlalu banyak yang disumbatkan ke dalam kotak fikiran aku dan aku penat. Sangat penat. Lutut aku terasa longgar. Mungkin itu bukan aku. Tak mungkin. Tak mungkin!





Aku berundur setapak demi setapak. Itu bukan aku..




Bukan..




Ya Allah..





Pappp! Belakang badan aku seperti terlanggar almari baju. Aku mengeluh. Dah gila sangat ke aku sampai terlanggar almari baju?! Huh! Tiba-tiba terdengar bunyi pintu almari itu terbuka dan menampakkan isi di dalamnya.





Ada sepasang baju kurung bewarna putih semuanya yang berlabuci. Warnanya seperti sudah luntur tetapi aku tahu, ini baju nikah. Baju nikah Rayyan dan ‘isterinya’ seperti dalam gambar tadi. Almari aku buka dan baju tadi aku usap. Lembut dan masih elok. Masih berbau harum dan seperti setiap hari di basuh. Aku yang bagai dipukau baju itu terus mengeluarkannya dari almari. Baju diacukan ke tubuh aku.






Pakai, Bella. Satu suara menghasut. No,No, itu bukan baju kau. Aku menggeleng perlahan pada suara mula-mula tadi. Tak, aku salah dan aku tak patut berada di sini. Apa yang aku cuba buat ini?






 Kau cuba cari jawapan, Bella. Suara tadi datang dari dalam hati aku. Cuba pakai. Cuba, sahaja. Tak salah pun. Suara otu menghasut lagi. Aku genggam baju tadi. Betulkah apa aku buat ini? Ini baju orang.




Just do it, idiot!





****


This can't be true. This is not real..


Kadang-kadang aku rasa apa yang tidak mungkin itu ialah sesuatu yang sangat mungkin. Aku merenung diri aku di hadapan cermin. Aku tidak ubah seperti gadis dalam gambar tadi. Gadis yang menjadi ‘isteri’ Rayyan ataupun The Mask.





Aku rasa ini semua bagaikan sesuatu yang sangat gila.





Tak mungkin aku. Aku jauhkan diri aku dari cermin. Apa yang sudah jadi pada aku? Takkanlah selama ini jika aku ada ‘keluarga’ lain, tiada siapa-siapa beritahu aku. Tak mungkin.. tak mungkin seorang Nabella Hayana ialah perempuan dalam gambar itu.



Seorang Isteri.




Seorang Ibu.






Aku meraup wajah aku. Rambut aku yang panjang hingga ke bawah dada, aku biarkannya kusut seperti otak aku juga. Baju kurung yang aku pakai ini, aku usap perlahan. Macam mana kalau aku betul-betul perempuan dalam gambar itu? Aku mengeluh lagi entah buat kali ke berapa dan aku berjalan meunju ke kolam yang kosong itu.





Siapa kau sebenarnya, Bella?





“When I grew up and fell in love..” aku menyanyi kecil sambil memeluk tubuh aku sendiri. “I asked my sweetheart what lies ahead” aku ketawa sendiri. “Will we have a rainbow, day after day?” nafas aku semakin perlahan. Seperti memaknakan setiap lirik Que sera sera  sebelum bibir aku menyambung perlahan. “Guess what my sweetheart says?” dan nafas bersatu dengan senyuman hambar.





“Que sera, sera” dan satu bisikan lain datang dari tepi anak rambut bawak leher aku.





Senyuman aku mati.




Bibir aku terkedu.






“What ever will be, will be” terasa tubuh aku dipeluk dari belakang dan ada dagu tajam berlabuh pada bahu aku. “The future not ours to see” dan suara garau itu mengucup gegendang telinga aku lembut. "Que sera sera, my wife. You look beautiful in white."




Rayyan.





Wajah aku pucat!





“The Mask..” lutut aku longgar. “Awak.. ddah jaga?” dan aku cuba melepaskan rangkulan tetapi dia tetap dia lebih kuat. Seluruh tubuh aku bagaikan tenggelam dan lemas. Shit! Kenapa dengan dia?! Kenapa tak tidur aje dan tak payah jaga-jaga?! Aku paling tak suka orang peluk aku dari belakang! Geli! “Lepaskan saya” suara aku keras. “Awak.. awak tak sihat. Awak gila.” Dan tak tahu apa yang aku cakap ini!




“This madness kills my demon” dia dekatkan hidungnya pada telinga aku. “And it kills my angel too” dan dia berbisik tajam seraya mengunci seluruh pergerakan aku, “This madness is a monster” tubuh aku diangkat. “And let’s call it a love monster”




“Wait..” aku tahan dia. “Apa semua ni?!”





Dia senyum manis,”Once a upon a time, there’s a broken demon. He can’t fly because he got no wings. They took his wings” dia berbisik manis di telinga aku. “And twice upon a time, she came for him” matanya redup memandang aku, “and she’s the angle’s wing on his demon shoulder.” dan dia memandang aku dengan pandangan yang mematikan saraf aku, "And she's the missing pieces, the missing wings of my once upon a time"



Aku terkedu.




So they soar high up into the heart of darkness.






**boring kan?**





You in you,
Thought in you,
Are always
Hotter than fantasy
But lonely like a highway


Some thought
Are written in black
on a piece of white
so we call this stuff- writting


and as the silence dialogue in it speaks
it's become a beautiful ringing music
in the heart of every soul that read it
and the picture is magic
as it's been painted with delightful colour
no one sees the colour
only the reader sees it
and ofcourse it's you
an imaginative
readers.



As for every colour of my white roses,
You turned it into red, violet, and many hues
so i picture those magic,
With my lovely bibidi bobidi boo!


Haha bye!















Popular posts from this blog

Beautiful Escape (Full)

Sweet and Strange: 1

Sweet and Strange: 3