Posts

Showing posts from October, 2018

Beautiful Sins

Image
Pagi seterusnya, selepas solat subuh, aku terus turun ke dapur untuk membantu mummy Suzy menyediakan sarapan. Dia sibuk menyuruh aku untuk mengajarnya masak nasi goreng kampung. Walaupun ‘skill’ masak aku ini tak lah sehebat Chef Wan, tetapi bolelah kut kalau aku nak masakkan ‘nasi goreng kampung campak-campak’ untuk mereka semua. Lagipun, selama sebulan aku bercuti sebelum dapat keputusan university mana yang aku akan sambung Master dalam bidang psikologi ini, aku mahu luangkan sepenuhnya masa aku dengan keluarga kandung aku. Dan selepas sebulan ini.. ..selepas Adan berkahwin, aku mahu hilang dari keluarga ini. Mungkin, aku tidak mahu kembali ke bumi Malaysia ini. Aku mahu berhijrah ke seberang. Aku mahu hidup seorang diri dan kemungkinan yang sama, aku akan tinggalkan juga keluarga angkat aku. Aku bukan mahu lupakan jasa mereka tetapi, aku perlukan ruang untuk diri aku. Tiba-tiba teringat pada arwah kak Aina. Alangkah bagusnya kalau kami sempat membesar bersama-sama. Past...