Beautiful Disaster
Mata aku masih melekat pada wajahnya. Wajahnya yang tenang menghadap para tetamu, tok imam dan di belakangnya, yang duduk di atas kusyen putih itu.. Trisya, tunangnya. Atau mungkin lebih tepat, bakal isterinya yang akan menjadi isteri beberapa minit seketika lagi. Untuk kenyataan itu, ada sesuatu yang menghentak dada aku. Sakit. You are the shadow to my light, Another stars—you fade away Tanpa aku sedar, mata aku dan sepasang mata dia bertemu. Matanya yang sungguh violet di bawah imaginasi yang tidak pernah diakui realiti. Mata yang pernah menjadi beautiful escape bagi aku. Mata yang sungguh sakti sehingga renungannya kini memecahkan mutiara kaca di tubir aku. Dan mutiara berkaca itu menghangat. Sama hangatnya dengan satu rasa yang meresap ke dalam jiwa aku kini. Aidan tidak berkelip merenung aku. Ada sesuatu yang mahu ditafsirkan dari pandangan mata itu. Ada sesuatu yang membuatkan dia mengunci gerak pupil aku sehinggakan di sekeliling kami yang wujud hanya hit...