The Mask 5 (UNEDITED)





FINAL

Once upon a time,
A demon falls for a girl
so he falls and fall
until he forget the pain of falling




And once upon a time,
the fairytale is just a myth
to be forgotten
for every dreamer 


To the girl in the glass coffin,
"Wake up from the dreams"
this isn't real.








*sorry for the typo, cth; you're jadi your, your jadi you dan banyak lagi. Banyak sgt kena edit so i biar la awak semua tengok flaws saya. Tengoklaa*





“You” dia pandang aku. “the thought of you leaving her again, she’s been dreaming about you almost everynight. It should be a sweetdream but no” dia ketawa hambar. “because when she woke up, you’re not there. You’re somewhere.” Mata dia merenung aku. Pedih. “Somewhere, chasing your dreams and here, you” dia tujukan pada aku. Jelas. “are her dream. Always her dream” dan dia keluar daripada bilik itu.


Aku melorot jatuh. Air mata aku jatuh. Aku peluk lutut aku dan teresak-esak aku menangis. Aku tidak tahu kenapa. Aku.. aku tak faham dengan apa yang jadi pada diri aku. Dada aku pegang.


Sakit. Pedih.




****




2;00 pagi.

Aku berteleku di atas sejadah. Sejak dari tadi, aku hanya solat sunat dan membaca Al-Quran. Entah kenapa, aku tersedar, semenjak aku cuti ini, aku hanya membaca Al-Quran dua muka surat sehari berbanding dengan sewaktu bukan cuti.Dua muka surat sehari kadang-kadang, membuatkan aku hanya mampu khatam dua kali dalam tempoh setahun. Biasanya, aku akan membaca al-Quran empat muka surat sehari iaitu selepas solat maghrib dan isyak. Sebelum subuh pula, aku akan bantai baca mathurat. Kadang-kadang aku langsung tidak tidur kerana malam-malam aku akan ambil waktu itu untuk buat segala assignment yang menggunung bersama dengan jadual study aku yang harus aku ikut. Tetapi bila di sini..

Aku rasa seperti aku kena betulkan segalanya. Rayyan. Aku pasti, mesti dia sudah tinggalkan segala-galanya yang wajib apatah lagi sunat. Aku mesti bawa dia ‘pulang’. Aku mesti bantu dia. Tapi.. macam mana?


Tiba-tiba teringat pada peristiwa tadi. Hati aku terasa sakit dan pedih. Aku.. aku langsung tidak mahu menyakitkan hati Sara atau Rayyan. Aku masih dapat rasa kasih aku pada Sara tidak pernah putus. Aku sayang sangat dengan anak aku, walaupun aku dapat rasakan ini semua seolah-olah baru bagi aku. Aku mengeluh. Lantas, telekung dan sejadah yang aku minta daripada Rayyan tadi, aku lipat dan simpan dalam almari.


Mungkin setelah ‘mood’ Rayyan bukan lagi seperti The Mask, aku boleh berkompromi dengan dia dan minta dia sejadah dan Al-Quran. Semestinya, telekung dan sejadah juga Al-Quran yang sampai ke tangan aku berhabuk seperti langsung tidak pernah disentuh. Sekali lagi, hati aku rasa sangat pedih dan sakit.


Pasal aku ke dia jadi begini?


“Ya, Bella.. semua pasal kau” aku mengumam sendiri. Perlahan-lahan aku angkat punggung dan bangun. Sejadah, telekung dan Al-Quran aku ambil dan letak dalam almari. Kaki aku terhenti di tepi katil. Tak rasa macam mahu tidur. 

Sara.

Teringatkan Sara, aku terus rasa pedih. Kasihan anak kecil itu. Aku langsung tidak menjadi ‘ibu’ yang sepatutnya aku jadi semenjak dia lahir lagi. Aku juga langsung tidak ada semasa dia membesar. Ibu jenis apa aku ini? Aku mengeluh lagi. Kaki sudah melangkah keluar daripada bilik. Sangat mengharapkan yang tiada siapa tahu aku masih tidak tidur lagi. Kaki melangkah ke arah bilik Sara. Setahu aku, bilik dia hanya beberapa selang bilik dari bilik aku dan.. Rayyan.


Kaki terhenti di bilik dia. Rayyan.


Tiba-tiba teringat pandangan pedihnya. Aku tahu, dia.. dia terlalu banyak lalui apa yang tidak sepatutnya dia lalui. Akulah punca dia. Memang aku mahu salahkan keluarga aku tetapi hakikatnya, aku benar-benar tidak tahu dan tidak faham apa yang terjadi dengan aku semasa aku ‘hilang ingatan’ tentang ‘keluarga’ kecil aku; Sara dan Rayyan. Tangkai hati aku terasa seperti ditarik dan sakit. Kenapa.. kenapa ini semua harus terjadi pada kami? Nafas aku berat. Mata aku terpejam sejenak. Cuba mengusir rasa yang sangat menyakitkan. Entah keberanian dari mana yang merasuk aku, tombol pintu bilik dia aku pul..


BUMMM!!


Aku hampir melompat kebelakang menjauhi pintu apabila bunyi sesuatu dicampakkan pada dinding berdentum dan bagaikan mahu memecahkan typhanum aku. Aku menarik nafas yang semakin sukar. Bunyi itu berulang lagi dan lagi tetapi kali ini kuat. Kenapa..? apa yang sudah terjadi? 


BUMMMM!!


Seluruh badan aku mula menggeletar. Kaki sudah mahu melangkah pergi dari situ sebelum telinga aku mendengar suara Rayyan. Bukan. Bukan suara tetapi..


“No! NO! don’t.. please don’t go away!” suara dia sayup-sayup kedangaran di telinga aku.


Kenapa dengan dia?


Sekali lagi, aku tidak tahu keberanian apa yang merasuk aku, kali ini pintu bilik dia aku buka dan aku terus meluru masuk sebelum pintu bilik aku tutup kembali. Mata aku mencari dan merenung kelibat lelaki itu. Dia sedang duduk di atas katil menghadap tingkap dan membelakangi aku. Shirtless. Otot bahunya seperti bergerak apabila suara aku memecah kesunyian.


“Rayyan?”


Dia tidak berpaling. Stiff. Mata aku jatuh pada bantal dan semua buku-buku yang bersepah. Bukan buku. Mata aku tertancap pada ‘buku’ tadi yang terkoyak dan terbuka. Hati aku tersentak. Itu gambar aku, dia.. gambar kami bertiga.  Nafas aku semakin berat. Lutut aku goyah. Apa jadi pada dia? Kenapa.. kenapa dia macam ini?


“Rayyan..” suara aku, cuba aku lembutkan dan kaki aku melangkah ke arah dia. Dia duduk sambil memeluk lutut dan seluruh badannya menggeletar bagaikan takut akan sesuatu. Wajahnya menunduk ke bawah dan disorokkan di antara ruang lutut dan dadanya. “Kkkenapa ddengan awak ni?” 


“Don’t go away from me” dia berbisik tetapi lebih kepada dirinya sendiri. “I’m scared” 


Kali ini bahunya aku sentuh lembut. Telapak tangan aku terasa panas dan bagaikan haba daripada kulitnya berlalu ke tubuh aku. Bagaikan terkejut dengan sentuhan aku, seluruh padannya berhenti menggeletar.


“Rayyan?”


“They took her from me” dia menggumam sendiri. “Please.. don’t go away” dan lagi.


Kali ini aku beranikan diri aku lagi. Perlahan-lahan wajahnya yang menunduk aku angkat. Dia tidur. Dia mimpi. Matanya masih terpejam dan bibirnya mengumam rendah perkataan yang sama berulang kali. Seluruh tubuhnya menggeletar. 


“Bella..” dia menggumam rendah. Matanya masih tertutup. “Bella.. stay here. Don’t go away.. we need you.” Dan tiga perkataan yang terkahir diulang banyak kali. Hati aku rasa sakit. Sakit kerana melihat keadaan dia begini. Kenapa ‘keluarga’ aku buat kami begini kalau benar mereka sayangkan aku? Kenapa pisahkan kami?


“Rayyan, I’m here” aku mengusap wajahnya. Mata dia masih tertutup. Entah kenapa, tubir mata aku rasa terlalu panas. Stupid, don’t cry, stop being like a jerk crying all the time. Aku mengertap bibir. Jangan menangis, Bella. Rayyan berhenti menggeletar lagi. Kali ini, mata dia terbuka dan wajahnya seperti tersentak.


“Bella?” dia membelakang, menjauhi aku. “Apa awak buat?” tangannya jatuh pada tangan aku di wajahnya. Mata aku meneliti setiap lukisan wajahnya. Mata yang redup dan menghijau itu sentiasa memandang aku dengan pandangan yang keliru tetap tetap aku rasa tenang melihatnya. Bibirnya.. bibir sensual itu dahulunya sentiasa tersenyum tenang untuk aku. 


Beautiful monster, I do remember you.


“Bella..” dia memanggil nama aku apabila renungan aku masih tidak putus dari wajahnya.


“I am a bad wife” kali ini suara aku.. pecah. Tekak aku terasa berat. Wajahnya aku renung dengan air mata. “Saya tinggalkan awak dan Sara. I am a bad wife.” Dan air mata aku jatuh dan perlahan-lahan aku tundukkan bibir aku pada dahi dia. “Rayyan, I am a bad wife” dan dahi dia aku kucup. Mata aku tertutup lemah sebelum aku dapat rasakan butir jernih itu jatuh ke pipi. Bau Peach, bau dia membuatkan aku teringat tentang apa yang aku sudah lupakan..


Peach and pine.


Aku rindu dia..







-------


(Memoir)


“Bella?” Rayyan merangkul aku daripada belakang. Dagu dia jatuh pada bahu aku. “Do you love me, Bella bello belly?”pipi aku ditarik kedua-duanya sehingga aku terjerit kuat.


“Rayyan, you’re not romantic!” aku tarik pipi dia balik dan dia hanya tergelak kuat.  Aku berbisik pada telinga dia,”That;s not the right way to be romantic, Rayyan”


“So, teach me how to be romantic?” keningnya terangkat.

“Macam ini..” dan aku terus lukis huruf ‘I’ yang tidak kelihatan di dahinya. “I..” dan senyuman aku menacir apabila tangan aku jatuh pada pucuk hidungnya sambil melakar lembut bentuk ‘hati’ dia atas pucuk hidungnya, “LOVE..” dan jari aku jatuh pada bibirnya, “You..” dan dua jari aku melekap di situ. Dia terkedu.


Mata kami bertemu.


“Bella, like seriously?” bibirnya menutur walaupun jari aku masih di situ sebelum dia senyum dan jari itu dikucup. “You’re more than what I’ve been expected. This is not the innoncent, Bella”



Aku sengih nakal. “Well well well..” aku kucup dahi dia. “I’m Bella, I’m not beautiful, but..”


“But?” keningnya terangkat.


Aku berbisik di telinganya, “I’m hot” 


“Then, heat me” 


“Perv!!!” aku tarik telinga dia sebelum tawa kami bersatu lagi.








-------


(Kembali)





“Bella, what are you doing?” suaranya keras dan seolah-olah menarik semula memori lampau.


Aku tersentak sendiri. Air mata aku hampir kering. Bibir aku masih di dahi dia dan aku dapat rasakan nafasnya seperti tidak stabil. Aku jatuhnya kedua-dua tangan aku ke belakang lehernya dan dia tersentak.


Sangat tersentak sehingga dua pasangan mata hijau itu merenung aku sedalam mungkin.


“You asked me, I remember about you or not” senyum hambar. “I don’t remember about you, Rayyan” dan senyuman hambar tadi bertukar menjadi gula. “But my heart does”


Dia terkesima.


“Dulu awak pernah tanya saya, do I love you?” nafas aku tarik perlahan. “Do you still remember how I used to answer your stupid question everytime you asked me about it?”


Keningnya terangkat dan bibirnya menahan satu garis. Rambutnya jatuh ke dahi.


What a beautiful cunning monster, hiding his charm. Aku senyum sendiri dalam hati. Perlahan-lahan tangan aku menyelak rambutnya yang jatuh ke dahi tadi. “I..” dan tangan aku melakar huruf ‘I’ di dahi dia. Dia terkedu sehingga mata hijaunya yang redup membundar.Bibir aku menutur lembut. “LOVE..” dan bentuk ‘hati’ pada pucuk hidungnya sebelum jatuh ke bibir, “You” dan dua jari aku melekap di situ.


Masa terhenti.


Dia pandang aku.


Perlahan-lahan tangannya memegang jari aku tadi, “That’s not my beautiful, Bella” jari aku dikucup lembut. Senyuman kami bersatu sebelum dia berbisik di telinga aku, “That’s my very hot Bella”


Perut aku memulas.








*****






“Bella, please?” dia pandang aku dengan separuh merayu. “Saya lupa”



Aku senyum nakal. Perlahan-lahan aku letak songkok yang berhabuk tapi dah selamat aku buang habuknya tadi, aku letakkan atas kepalanya. “No, Rayyan.. awak kena ingat balik. Awak dah lupa macam manA baca Al-Fatihah?” aku tanya dia.


“Ingat sikit” dia mengeluh. “Saya tak yakin dengan saya.”


Aku senyum nakal, “Boleh lah, Rayyan. Saya kan ada? Awak takkan tak ingat langsung?”


“Apa yang saya dapat kalau saya jadi Imam solat subuh awak ini?” dia sambut senyuman aku dengan riak nakal yang sama sebelum dia mendekat. “Can I eat you as my breakfast?” dan dahi kami hampir bertemu sebelum aku tarik telinga dia.


“Prev!!” aku tarik telinga dia sampai dia terjerit kecil. “Awak tahu tak, saya ini bukan makanan? Awak nak kena belasah ke apa hah? I’ll punch you face like really.. really hard!!” dan kali ini aku tarik hidung dia sampai muka dia merah dengan seksaan aku. HA HA HA! 


“Bella! Sakit la sayang..” dia usap hidung dia. “Tengok apa awak dah buat?” kali ini muka dia bertukar garang tapi senyuman nakal dia masih ada dan seperti disorokkan.


Aku pandang dia tajam. “Buat apa?” aku cekak pinggang. Mata aku pandang dia dari atas sampai ke bawah.


“You eye-raping me, Bella”


“What the..” muka aku merah. “You stupid giant! Stupid monster!” kali ini aku tarik telinga dia lagi, “I should kick you’re a..” dan aku berhenti mengamuk bila tersedar sesuatu. Aku pandang Rayyan yang dah mukanya merah akibat seksaan dan azab aku yang keji. Aku baru teringat sesuatu.. “Rayyan!!”


“What? Baru sedar wudhuk awak dah batal, sayang?” suaranya sinis.


HUWARGHHH!!





****




Ianya seperti kembali ke kenangan silam. Kenangan yang paling indah dan ‘fairytale’. Mungkin, itu sebabnya, ramai orang hidup dalam kenangan dan tidak mahu bernafas dalam kehidupan yang ‘kehadapan’. Mungkin, kerana itu, kita sentiasa mencari sesuatu daripada memori yang boleh buat kita tersenyum.


Seperti sekarang.



“I, love you..” suara garaunya menyanyi di tepi telinga aku dan rangkulannya di eratkan. Aku ketawa kecil sebelum tubuh Sara di hadapan aku aku buat benda yang sama dan menyanyi kecil di telinganya, “You love me..” dan serentak dengan itu, Sara ketawa kecil dan menyambung, “We’re a happy family” 


Lagu Barnie and Friends.


Tawa kami bertiga pecah. Perfect. Aku dapat rasakan pelukan dari belakang aku dieratkan dan tangannya yang panjang turut memeluk Sara sekali di hadapan aku. Terasa nafasnya menyentuh leher aku, “You smell like a strawberry, mommy” suara Rayyan. “Sweet and can cause diabetis”

“You’re so ‘doctor’ in you, Husband” aku menahan senyum. “Bila masa bau boleh menyebabkan diabetis?” dan seterusnya, aku dapat rasa dia- Rayyan tersenyum dibelakang aku kerana bibirnya hampir menyentuh cuping telinga aku.


“Mommy.. I love you, Mommy..” suara Sara yang sangat comel dan kali ini dia berpaling menghadap aku, menghadap kami. Mata bundarnya merenung aku, “Do you love me, mommy?”


Hati aku rasa seperti tersentuh. Perlahan-lahan aku tarik tubuhn kecilnya ke dalam pelukan aku- pelukan kami. Rayyan di belakang memeluk kami lebih erat. Bau mereka bersatu dan hati aku rasa sangat-sangat.. teramat bahagia. Perlahan-lahan aku bisik di telinga anak kecil itu, “I love you so much, sayang..”hati aku terasa sesak dan tangkai jiwa aku panas. Sukar digambarkan. “The first time mommy dengar Sara menangis masa lahirkan Sara, I was crying”


“Is it hurted?” suara kecilnya tenggelam dalam pelukan aku sebelum wajahnya terangkat memandang aku. Tangan kecilnya mengusap perut aku, “Did I hurted you, mommy?”


Dan air mata aku jatuh. Rayyan di belakang aku hanya diam.


Bibir aku bergetar menahan air mata dan rasa di hati, “No, baby.. I was crying because it’s the most beautiful voice that I’ve ever heard. All the pain was washed away as I heard you crying, and when I hold you in my arm..” suara aku hampir tenggelam. Mata aku merenung wajah sucinya, “..you’re so red, little pumpkin, my butterfly and my beautiful baby.” Kali ini aku tak dapat menahan esakan aku. “I should be there for you, watching you grow up, grooming you to be a beautiful lady.. sing you lullaby, kiss your forehead and..”


“Bella..” Rayyan berbisik daripada belakang. “Stop crying”


Aku senyum hambar dan ketawa kecil walaupun air mata aku masih jatuh. “I hate myself for some reasons” aku tarik Sara ke dalam pelukan aku. “Maybe, many reasons”


“Mommy, jangan menangis” Sara lap air mata aku. “Sorry for hurting you, I’ll be agood daughter, Sara janji..”


“No darling, Sara memang a good daughter” aku kucup dahi dia, “beautiful daughter, adorable little pumpkin” aku kucup dia bertalu-talu sehingga dia ketawa. Tawanya bagaikan bunyi yang sangat merdu sehinggakan buat aku dan Rayyan ketawa juga. Aku eratkan pelukan sambil berbisik di telinganya, “I love you, honey. My beautiful daughter”


“And I love you, my hottie” satu suara berbisik di telinga aku. “Burn me into your beautiful wild fire”


Dan aku smack down perutnya!



*****



Semua yang indah sentiasa indah dan sukar dilupakan. Segala-galanya seperti sebuah cerita yang sangat indah untuk kau hidup sementara di dalamnya dan terus hidup didalamnya tanpa fikir kebarangkalian ‘perit’ yang datang kerana indah itu sentiasa membutakan. Sehingga sampai suatu saat..

When you don’t want the trouble, trouble will come to you.

Exactly. Aku senyum sendiri pada diri aku. Aku tidak pasti aku dalam masalah ataupun tidak tetapi segala-galanya mungkin sangat bermasalah buat aku tikala ini. Mata aku memandang rumah agam di hadapan aku. Rumah yang sangat besar tetapi nampak sangat menyeramkan. Rumah yang kononnya ‘ditakuti’ orang ramai yang pernah datang ke sini. Tetapi rumah ini..


Penuh dengan memori yang indah tetapi disimpan rapi dalam kotak pemikiran yang disangkarkan emas tanpa kunci.


Aku mengeluh. Mungkin mengeluh pada diri sendiri. Masih gagal memikirkan bagaimana aku mahu bawa ‘Rayyan’ keluar dari dunia ‘The Mask’. Mata aku tertumpu pada Rayyan yang merenung Sara yang sedang bermain buaian di bawah pokok. Buaian yang agak seram. Mereka tidak lagi memakai ‘Topeng’ kerana  Ahmad tidak ada minggu ini. Aku rapatkan selendang pada dada. Mata aku berlalu pada tubuh Rayyan yang masih tegap tetap matanya penuh kekosongan. Mata yang penuh sebuah cerita. Mata yang merenung anaknya.. tak, anak kami. Ya, itu lebih tepat. Sara, anak kami.


Dan mata yang penuh cerita itu bergerak merenung aku yang berdiri beberapa meter darinya.


Aku berikannya senyuman yang paling manis sehinggakan matanya yang kosong itu merenung aku dengan satu harapan. Harapan yang mungkin aku sahaja faham. Bibirnya mengukir senyuman yang sama dan perlahan-lahan kaki aku bergerak ke arah dia. 


“Rayyan” aku menegurnya. Kaki aku merapat beberapa inci ke arah dia. Kepala aku terdongak merenungnya. 


Dan renungannya masih menjawab bahasa sepi renungan mata aku. Bibirnya pudar dari senyum tetapi aku dapat rasakan riak wajahnya masih bahagia. Dia seperti terkesima dengan senyuman aku yang masih tidak mencair. “wanna know something?” dia mendekat. Matanya bertukar dan redup dan tenang. Perlahan-lahan dia menunduk dan dahi kami bertemu. “I miss you. Always miss you”


Bulu matanya menyapu kelopak mata aku sehingga aku terpejam sama. Tangan aku jatuh pada bahunya. Aku rindu dia. Aku rindu kami. Kenapa semuanya sukar sehingga jadi begini?


Kenapa?


“There’s always a language told by the eyes” aku sandarkan dahi aku pada dahinya.Jemari aku menyentuh kelopak matanya sehingga matanya tertutup. Jari halus jatuh pada bibirnya, “and always many lies hidden behind the smile” dan jatuh pada dadanya, “but the heart already knows the bleeding scars” dan bibir aku senyum hambar sambil merenungnya sedalam mungkin, “Did I hurted you too much?” dan kali ini hujung mata aku panas. “I am a bad wife, still a bad wife. Haha.” Aku ketawa hambar. “You still hate me, right? You hate me so much, saya tak layak untuk awak. I hurted you. Hahaha” aku ketawa hambar lagi dan lama-lama ketawa aku semakin besar. Mata aku memberat dengan mutiara jernih yang bila-bila masa akan tumpah tetapi masih, aku ketawa dan ketawa seperti orang hysteria. “Awak mesti bencikan saya.. hahahh” dan aku ketawa sambil air mata aku mengalir. “Ssaya.. saya tinggalkan awak! Saya jahat!” dan kali ini dahi aku sandarkan ke dadanya. “Ssaya jahat.. saya jahat.. saya jahat..” dan ketawa tadi pecah menjadi esakan.


Aku tidak tahu kenapa, rasa ini perit.


Seolah-olah kau mahu ketawa kerana ianya terlalu perit dan hati kau berdarah seperti meminta kau menangiskannya. Meluah dan menjerit pada dunia yang kau tak mahu hidup begini! Yang kau hanya mahukan satu hidup yang normal. Hidup yang hanya bertemankan nafas dan kegembiraan atau kekecewaan yang masih dalam norma sebuah kehidupan.


“Bella..” suara dia perlahan dan lembut. Terasa kepala aku diusap dan dia eratkan sandaran dahu pada dadanya. “Awak tak salah..”


“Saya salah.. saya salah.. apa yang saya dah buat dekat awak?” esakan aku bergema. “Saya jahat.. saya biarkan awak jaga anak kita seorang diri.. saya biarkan mereka buat awak jadi begini.. saya salah” dan aku tetap mengulang benda yang sama. Hati aku rasa mahu pecah. Rasa bersalah yang menggunung. Aku tidak tahu apa yang merasuk aku sehingga aku terus melurut jatuh “Saya.. saya minta maaf, saya jahat! Saya jahat!” dan hampir mencium kakinya sebelum dia alihkan kakinya kasar. Tubuh aku ditarik untuk berdiri tetapi aku masih berdegil dan menunduk di hadapannya. 


“Stop” dia berbisik keras. “It’s not you fault. Awak faham tak?!” dia terus memagut dagu aku. Air mata aku dilap lembut. “Please.. awak tak salah” dan dahi aku dikucup lembut. “Please, stop it. Stop crying”


“I hurted you” dantangan aku menggengam baju bahagian dadanya. “I hurted you.” Dan aku ulang perkataan yang sama sehingga esakan aku semakin menggila.


“Then, hurted me again and again” dia berbisik pada telinga aku. Rambut aku dikucup. “Hurted me and love me more, I just don’t care anymore” dan mata aku dikucup lembut. “As long as you stay”


“Rayyan” aku pandang dia. “Awak kena keluar dari rumah ini”



Dan mata dia berubah riak. 


Aku tahu, dia mula rasa tak selesa dengan isu ini. Perlahan-lahan tangan aku menyentuh wajahnya. “Awak kena ikut saya.. kita kena keluar dari rumah ini, kita kena report pada polis tentang apa yang terjadi. Kita kena bagi tahu dunia hal yang sebenar. Please.. awak kena ikut saya..” dan air mata aku jatuh lagi. “Kali ini awak kena dengar cakap saya”


“Apa awak cakapkan ini?!” dia tolak aku. “Awak sedar tak yang orang di luar sana tetap bencikan kita.. mereka takkan suka kita bersama. Awak sedar tak?!” dan dia menengkin aku. Riak wajahnya berubah. “Awak jangan cuba pisahkan saya dari Sara!” dan dia melangkah pergi sebelum sekali lagi aku peluk kakinya.


“Please.. please Rayyan.” Bibir aku bergetar. Nafas aku semakin suakr. “Sampai bila awak nak hidup dalam mimpi ini semua! Sampai bila awak nak bertopengkan The Mask, Sara pun perlukan awak.. perlukan saya dan dunia luar.. please Rayyan.. fahamlah situasi kita” aku peluk kakinya erat dan aku dapat rasakan seluruh ototnya tegang dan dia cuba keraskan dirinya.


“They will against us, Bella!!” dan kakinya ditarik kasar. “Faham tak?! The world will against us!!” dagu aku dipagut kasar. “And I will wear this Mask forever!”

“But not me!!” aku jeirt di wajahnya. “I can’t live with The Mask!’ dadanya aku tolak dan wajah aku berubah panas sepanas hati aku. “BECAUSE I WANT RAYYAN!! NOT THE MASK!!” Dan suara aku bergema.



Dia terdiam.



“Please Rayyan..” suara aku mengendur. Perlahan-lahan aku mendekatinya dan lengannya aku sentuh. “Kita boleh ubah segalanya, tolonglah..”


“No, Bella” dia menggeleng. Keluahan kasar dilepaskan.


Aku menggertap bibir. “Sampai bila awak nak hidup dalam mimpi ini!! Sampai bila awak menyorok di sebalik topeng awak ini!! Sara pun ada kehidupan yang patut dia hadapi!” aku genggam kolar bajunya. 


“I’M HER FATHER!!” Dia memandang aku tajam setajam-tajamnya. “AND LET ME DECIDES HER FUTURE!!” dia menggengam tangan aku yang mencekak kolar bajunya.


Bibir aku digertap, “AND I’M HER MOTHER!!!” Suara aku semakin kuat menjerit. Hati aku panas. 


“But you’re not with her when she’s just a baby! awak tak ada masa dia membesar and now you’re talking about her future, really Bella?” sinis.


Aku tersentak.


Mata kami bertemu.


Aku memang tak ada untuk anak aku..


Tapi itu bukan salah aku. Aku langsung tidak minta ini semua terjadi. Aku langsung tidak minta takdir untuk berlaku kejam pada aku. Aku tahu, aku tetap salah.. tapi salahkah aku? Aku.. aku langsung tak minta untuk aku dipisahkan daripada anak aku sendiri. Melahirkan dia merupakan sesuatu yang sangat.. sangat indah dalam hidup aku.


Aku terjelopok jatuh.


“Please Rayyan..” aku menunduk. Air mata aku jatuh. “Saya tak minta semua ini terjadi. Saya tak minta diri saya dipisahkan dari anak saya sendiri. Saya.. saya sayang dia. Sangat.. sangat sayngkan dia.” Bibri aku bergetar dan seluruh tubuh aku tidak dapat menahan rasa sakit dalam hati. “Saya tak minta ini semua.”



“Bella, saya cuma takut” suara dia perlahan dan rendah, bahu aku diangkat. Mata aku merenung matanya yang membundar. Bibrinya menutur lemah, “She’s the only hope that I have.. and you.”


Mata kami bertemu.


“Rayyan.. please?”  suara aku separuh merayu.


Dia mengeluh lemah. “The world out there..” senyuman hambar sebelum dia menyambung, “Is it too big?” dan dari sudut pandangan matanya, aku tahu, dia takut. Takut dengan apa yang akan terjadi. Takut untuk disakiti.


“Then, make it small, sayang” dan dengan lembut aku pagut dagunya. Dia senyum kecil dengan jawapan aku. Perlahan-lahan aku jingkitkan kaki dan dahinya aku kucup, “Let me make it small for you.. for us. You..” dan jelaskan setaip patah perkataan aku, “..are the most beautiful monster behind the mask. Beautiful Joker”


“Yeah, and you’re my hot Harley Quinn” dia ketawa kecil tetapi masih tidak sampai ke matanya.


Dan entah mengapa, buat seketika, hidung aku terbau sesuatu yang terbakar. Aku pandang Rayyan dan Rayyan pandang aku sebelum aku tersedar, dari riak wajahnya, dia juga faham benda yang sama. Mata kami memandang ke arah rumah agam di hadapan kami sebelum..


BOMMM!!!!



Bunyi meletup dan bahagian banggunan balkoni atas meletup dan api membara. Shit! “SARA!!” Rayyan meliarkan mata dia menacari Sara. “MANA SARA?!!”  Wajahnya bertukar merah. Jantung aku hampir gugur apabila Sara tak ada. Tadi bukan dia main di sini ke? Sara!!


“Arghhhhh!!” suara Sara dari arah dalam rumah dan diselangi jeritan beberapa orang pekerja Rayyan.


Aku dan Rayyan berpandangan sebelum kami sama-sama berlari masuk ke dalam rumah dengan jantung yang hampir gugur. Ya Allah!



*****




“Mommy..”


Jantung aku hampir gugur.


“SARA!!!” Rayyan masuk ke dalam bilik yang sama aku masuk. Buat seketika dia terkedu. Matanya memandang tempat yang sama aku pandang. Bibir dia kelu. Aku dapat rasakan lutut aku juga longgar dengan apa yang aku lihat. Bunyi semua perkerja dalam rumah ini berkejaran lari keluar daripada rumah ini tidak kami endahkan. Mata kami tertumpu pada satu arah.


Sara. Sara di ikat pada kerusi. Matanya merenung aku dengan air mata yang penuh menitis tanpa henti. Esakan kecilnya bergema. Panas api yang membakar di sekeliling kami membuat aku rasa badan aku bagaikan dibakar juga tetapi hati aku tetap gelisah. Mata aku jatuh pada pistol yang tertumpu pada kepala anak aku.


Dan di situ, Ahmad hanya tersenyum licik.


“Mommy..” esakan anak kecil itu bergema. “Mommy.. daddy.. ttolong Sara..” dan sumpah aku katanya, seluru badannya menggeletar.


Aku tekup mulut aku. “Sara.. Ahmad.. pplease.. don’t do anything stupid!” lutut aku jatuh. “Sara.. sara..” seluruh badan aku menggeletar. Apa aku mahu buat? Apa yang jadi? 


“Ahmad! Lepaskan anak aku! Tolong, aku merayu.. dia budak kecil! For God’s sake, she knows nothing!!” dan suarany Rayyan bergema. Kaki dia melangkah setapak ke arah mereka sebelum Ahmad menembak siling di atasnya dan bunyi bergema. Serpihan jatuh ke lantai. Langkah Rayyan terhenti dan teriakan Sara semakin kuat.


“SARA!!!” esakan aku menggila. Aku mahu peluk anak aku! Aku tak mahu kehilangan dia lagi! “Tolonglah Ahmad! Kenapa kau binatang sangat!!!” aku menjerit kuat. 


“SEBAB MAK DIA LAGI BINATANG DARI AKU!!!” dan Ahmad ketawa kuat sebelum dia tuju pistol pada Rayyan. “MAK DIA LEBIH BINATANG! DASAR PEREMPUAN GILA YANG RAMPAS BAPAK AKU!!!”


Rayyan terkedu.


“PASAL MAK KAU YANG PELACUR ITULAH, BAPAK AKU SEKSA MAK AKU!!” Dan gelak Ahmad seperti orang hsiteria yang semakin gila. “Mak aku.. mak aku terseksa..” dan kali ini suaranya mengendur dengan air mata. “Mak aku terseksa sampai dia mati. Aku dengan abang aku merana.. kau faham tak? Segala-galanya bagaikan dirampas! Dan aku tak faham kenapa semua harta kena jatuh dekat tangan kau!!”


“STUPID!!!” Aku menjeirt kuat. “SEMUANYA PASAL HARTA?!!”


Ahmad senyum licik. “YA! PASAL HARTA DAN KASIH SAYANG YANG KAU ORANG RAMPAS!!!” Dia tarik rambut Sara sehingga Sara terjerit kuat.


“MOMMY!!!”


“SARAA!! NO!!!” aku terus meluru ke arah Sara tanpa berkira-kira lagi dan Rayyan pula dengan pantas menolak Ahmad. Mereka bergelut dan pistol ditolak jauh dari Ahmad. Sara yang menangis teresak-esak aku peluk dan aku kucup bertalu-talu sebelum aku buka ikatan dia. Rayyan masih bergelut dengan Ahmad yang cuba mengejar kami. Aku angkat Sara dalam dukungan aku sebelum kaki aku teragak-agak mahu melangkah dari situ. Rayyan.



“GET OUT BELLA!!!” suara Rayyan memetir.


“Mommy.. I’m scared..” Sara memeluk aku kuat. “I’m scared.. mommy..” Api semakin memebara. Rayyan masih bergelut dengan Ahmad. Hati aku bagaikan keliru. Apa aku nak buat.. Ya Allah..


“KELUAR!!! BRING SARA OUT OF THIS HELL!!” Rayyan memetir lagi. “NOW!!”


Air mata aku jatuh. Dengan laju, Sara aku peluk kuat dan kaki kami berlalu keluar dari bilik itu. Nafas aku semakin sukar dengan asap api yang membara. Sara di peluka aku terbatuk lemah. Mata aku semakin panas dan kini api di mana-mana. Ya Allah? macam mana aku mahu bawa Sara keluar.. Ya Allah..


Ya Allah..


“Arghhhhh!!” Suara perempuan menjerit histeri di hadapan aku membuatkan aku terkaku. Dia berguling-guling di atas lantai yang penuh dengan api yang marak.


Allah.


Apa dah jadi?


“Mommy.. panas mommy…” suara Sara semakin lemah. Aku peluk dia serapat yang mungkin. Percikan api yang membakar baju aku membuatkan kulit aku terasa pedih tetapi aku cuba tahan. Air mata mengalir deras.Demi anak aku.. demi anak aku..


Laju kaki berlari ke arah pintu berkayu yang terbuka sedikit. Pintu itu sepenuhnya terbakar kiri dan kananya. Ya Allah macam mana aku mahu keluar?


“Mommy..” suara Sara dan dia berhenti bergerak.


Anak aku.


Sara anak aku..


Aku kertap bibir. “Sara, hold on, darling.. mommy bawa Sara keluar ya?” nafas yang sesak cuba aku tarik. Tak ada jalan lain. Tak ada. “Sssara.. nnati.. kkita rasa ppanas sikit je..” biobir aku menggeletar. “Mommy cover ssara.. mommy janji, it won’t hurt you..” air mata aku mengalir ke pipi.


“It won’t hurt you too mommy?” mata dia terbuka lemah. “I don’t want to hurt you mommy.. not anymore.. don’t.. ddon’t leave me..” bibirnya menggeletar seperti nafasnya yang semakin sukar.



Ya Allah.. kenapa semuanya jadi sukar bagi aku?



Ya Allah..


“Sara.. mommy will protect you” dan aku peluk Sara erat ke dada aku. Seluruh tubhnya aku lindung dengan tubuh aku sebelum kaki aku melangkah laju ke arah pintu yang membakar itu. Demi anak aku.. demi anak aku..


Dan seluruh tubuh aku rasa terbakar.


“Mommy!!” Sara menjerit. “Panas..”


Jantung aku terhenti.


Anak aku..



Nafas akus emakin perlahan. Aku peluk Sara erat dan kami sama-sama jatuh ke tanah. Aku gulingkan badan kami di atas rumput untuk padamkan api di baju aku. Seluruh badan aku rasa terbakar dan peritnya bagaikan kulit disiat. “Arghhh!!’ aku cuba menahan jeritan yang menggila akibat panas dan Sara aku lepaskan. Aku buka baju aku yang masih ada kesan api dan aku buangnya ke tepi. Badan aku melecur. Tanpa menghiraukan kesakitan yang hanya Allah sahaja yang faham rasa peritnya dan tanpa menghiraukan diri aku yang hanya ber singlet, aku lari ke arah Sara.


“Sssara.. please.. Ssara..” aku tepuk pipinmya. Mata dia terbuka lemah dan seluruh badan dia kaku. “Sssara.. ssara.. mommy ni, tolong ssara.. buka mata..”


“Mommy..” Sara senyum hambar. Matanya tercelik sedikit. “Are you hurt?” dan suaranya lemah.



Tangisan aku pecah.


Kenapa anak kecil ini sibuk tanya sama ada aku disakiti atau tidak? Kenapa dia sentiasa buat aku rasa bersalah dengan diri aku? “Ttak.. Sara.. mommy okey” dahi dia aku cium bertalu-talu. Luka lecur di badan aku tidak aku endahkan. “I love you Sara.. too much..”


“Sara tak nak sakitkan mommy..” Tangan kecilnya terangkat memegang pipi aku. Seperti dengan segara kudrat yang dia ada, tangannya bergetar memegang wajah aku dan mengusap setiap lekuk wajah aku. Bibirnya mengukir senyum dengan payah, “Ssara.. ttak nak sakitkan mommy.. nanti mommy tinggalkan Sara..” air matanya mengalir lesu.


“Ya Allah! no! syhh.. please jangan cakap macam itu.” Aku peluk dia erat ke dada aku. “I love you.. you’re my daughter, you’re my everything.” Air mata aku mengalir lagi dan lagi. Mengalir tanpa henti sehinggakan kelopak mata aku terpejam. Hati aku bagai dicarik dan disiat. Anak aku. Segala-galanya bagi aku. Sesuatu keindahan yang sangat indah dalam hidup aku dan jika diberi pilihan, aku tetap mahu pilih hidup bersamanya lebih dari dunia yang aku genggam ini.


Anak aku..


Anak aku..


“Mommy..” suaranya yang lemah sebelum..


PAPPP!!


Pelukanaku dilepaskan. Pnadangan aku gelap apabila terasa seseorang memukul kepala aku daripada belakang. Terasa seperti aku diheret menajuhi Sara. Kepala aku berpusing dan pandangan aku kabur bersama cecair likat yang jatuh ke dahi dan mata. 



“Mommy!!” suara Sara menjerit lemah. 


“DIAM!!” dan suara seorang lelaki memetir memebuat jantung aku bagaikan disentap kuat. Sara diheret dengan rambutnya dan dia menjerit memanggil aku dengan kudratnya yang lemah. Pandangan aku kabur tetapi masih jelas melihat seorang lelaki gempal yang bertatu di tubuhnya menarik anak aku.


Anak aku!!


“Ssara..” bibir aku bergetar. Aku cuba mengheret tubuh aku mendekatinya. “Tttolong.. don’t!!” aku cuba mengejar mereka dengan badan aku yang diheret dengan seluruh tenaga dan kudrat aku. Air mata aku menaglir. Don’t.. don’t..



“Anak aku..” bibir aku bergetar. “Jjjangan..” tangan aku yang penuh dengan darah menggengam rumput.


“Hahahah! Aku suka tengok kau merayu!!” suara lelaki itu. Sara masih diheret dan ditarik rambutnya. Lelaki itu ketawa seperti orang gila sebelum menjerit kuat. “Kau tahu kenapa parents kau yang konon alim tu bodoh sangat buat kau hilang ingatan?!! Sebab aku hasut!! Hahah!” dan lelaki itu, aku tidak boleh teka dia siapa kerana yang pasti dia bukan Ahmad. Wajahnya kabur tetapi suaranya sangat jelas. “SEBAB AKU YANG SURUH!! Mereka tak pernah sukakan kau dan Rayyan yang dulu liar! Mereka langsung tak suka! Konon anak orang alim patut kahwin dengan orang alim, bullshit! Dorang pun main benda kotor! Sihirkan anak menantu sendiri! Hahaha! Aku ingat orang macam aku aje yang setan, rupa-rupanya orang alim bila kena hasut pun lebih teruk! Hahahah!”


Hati aku rasa bagai dicarik.


Ibu.. ayah.. 


Kenapa? Kenapa aku? Kenapa aku dan Rayyan? 


“Llepaskan anak aku..” menggertap bibir. “Ttolong.. ttolong don’t do anything..” seluruh badan aku menggeletar dan air mata aku jatuh tanpa putus. Nafas aku semakin lemah. Mata aku dan seluruh pada aku semakin lemah. Mata aku hanya tertumpu pada pistol yang dituju oleh lelaki itu ke kepala Sara.


Allah.


“Mommy.. Sara ta..”


BOMMMM!!


Suara Sara terhenti.


Dunia aku terhenti.


“SARAA!!!”


Dan sumpah, itu jeritan terkahir aku. Jeritan dari seluruh roh aku yang lemah. Jeritan dari seluruh jiwa aku. Jeirtan yang tak mampu aku ungkapkan. Jeirtan memanggil nyawa yang pernah aku lahirkan. Jeirtan yang sangat memeritkan segenap jiwa aku. Jeirtan aku memanggil anak aku yang lemah selemah-lemahanya. Jeritan yang keluar dari batin aku sehingga aku sendiri tidak mampu ungkapkan peritnya segnap roh dan jiwa aku. Hanya jeritan memanggil anak aku yang mungkin..



Mungkin tidak bernyawa lagi.



*****


Beast waits for his Beauty
until the last petal,
would you wait for me?
Until the last breath?



***


(Memoir)


“Hello new mommy” wanita inggeris yang mungkin tua beberapa tahun daripada aku itu masuk ke dalam bilik sambil membawa bayi di tangannya. Mungkin dia jururawat di sini. Dia senyum peramah dan langkahnya mendekati aku. “Are you ready to meet your little one?”


Aku mengangguk lemah. Seluruh badan aku terasa lenguh tetapi ahti aku rasa sangat.. sangat.. gembira apabila mendengar bunyi tangisan anak aku.


Jururawat it uterus menyerahkan bayi itu kepada aku. “She’s so adorable” dan dengan berhati-hati dia meletakkan bayi itu dalam dakapan aku. Dia berbisik lembut, “..and she’s so red. Maybe she’s just very adorable like her mommy, don’t you think?”

Aku tergelak kecil. “Thanks,Bretha.” Aku memanggilnya dengan nama yang ada pada tag bajunya. Mata aku jatuh pada jarinya yang merah. Matanya terbuka kecil dan lemah seperti tidak tahan dengan cahaya. Aku tergelak kecil apabila tangan aku menyentuh setiap jari halusnya. Tidak tahu apa yang lucu tetapi hati aku rasa.. sangat bahagia. Perlahan-lahan aku kira jarinya. Satu.. dua.. tiga.. lima. Aku senyum. Jari aku menyentuh pula bibirnya.. matanya.. “She’s so perfect, Bretha” aku mengumam perlahan. Alhamdulillah.


Dan air mata aku mengalir.


“I love her” aku kucup mata bayi kecil di tangan aku. “I love her.. forever..” dan esakan aku bergema. Menjadi ibu, sesuatu yang indah, magis dan lebih indah dari jatuh cinta.

Kerana bayi ini, ialah cinta. 


****




Maybe at the end
we're all the broken pieces, 




Mata aku terbuka luas. Putih. 


Apa yang aku lihat hanyalah putih dan bunyi beep di sekeliling aku. Seluruh badan aku lemah dan bunyi kekecohan di kiri dan kanan aku membuatkan aku sedar di mana aku. Bunyi suara yang familiar di kiri dan kanan aku membuatkan aku yakin yang aku di hospital. 



“Please, I think the morphine is wearing out, her body is resist towards the injection! Nurse call Dr Shah!” suara seorang wanita dan aku dapat rasakan kekecohan semakin kuat di kiri dan kanan aku.


“Doktor.. macam mana anak saya?” suara ibu aku. Ya, aku kena suara itu. Mata aku bergerak mencari suara itu dan terus aku bangun dari katil. Ibu aku yang bertudung labuh it uterus meluru ke arah aku sebelum aku bergerak ke belakang menjauhinya. Dia terkedu, “Nabella, ini ibu.. ini ibu..”


“Puan..” suara wanita yang mungkin bagi aku, dia seorang doktor. “Saya harap puan beri patient ruang, saya harus cek dia dahulu”


“Tapi dia anak saya!!” Ibu terus meluru ke arah aku sebelum aku tolak tubuhnya lembut. Aku menjauh darinya dan dia terkedu.


“SARA.. SARA!” Aku menjerit. Tangan Nurse yang memegang aku, cuba aku tolak kasar. “ANAK AKU!! ANAK AKU!!” Aku menolak segala bantal yang ada dia tas katil ini. Wajah Sara yang ditembak pada kepala membuatkan jantung aku bagai direntap pilu. “Anak aku.. anak aku kena tembak.. anak aku!” air mata aku mengalir dan dripp aku tarik kasar dari tangan. Persetankan rasa sakit! Aku mahu anak aku!!


“Puan.. sabar..” Doktor tadi dan beberapa wanita yang berpakaian jururawat cuba menenagkan aku. “Sabar puan.. sabar..”



“Bella, ibu ada dekat sini.. ibu ada.” Tubuh aku cuba ditarik ibu ke dalam pelukannya tetapi aku tolak dia sekasar mungkin. Wajah dia terkejut. “BELLA HAYANA!!” suara dia meninggi.


Aku tak mahu derhaka! Tetapi segala-galanya terjadi pada aku hanya kerana ibu bapa aku sendiri!!


“IBU BUNUH SARA!!” aku menjerit kuat. “IBU BUNUH RAYYAN!!” dan akli ini aku cuba turun daripada katil tetapi mereka semua menahan aku sekuat mungkin. Aku menjerit kuat. “SARAA!!! I WANT MY DAUGHTER BACK!!!”


“Puan.. bertenang..” suara mereka. “Please Puan Suraya, saya minta Puan keluar sebenatar” suara doktor itu bergetar dan aku dapat lihat beberapa orang jurrawat menarik ibu keluar tetapi ibu tetap degil.


Matanya melawan anak mata aku.


“YOU DON’T HAVE A DAUGHTER!!” suara Ibu aku menengkin aku dan matanya merah bersama-sama dengan wajahnya yang penuh dengan air mata. “MEREKA DAH MATI!! DAH MATI ? FAHAM TAK?!!”


“NOO!!!” air mata aku mengalir deras dan terasa badan aku ditolak kuat dalam keadaan terpaksa pada katil oleh mereka semua. Terasa lengan aku disuntik. Nfas aku semakin perlahan. “Ssara.. mommy nak Sara.. Rayyan.. Rayyan..” aku menangis dan teresak-esak lemah. Kepala aku semakin berpusing.


“Puan, bertenang, berehat, jangan lawan ubat itu. Bertenang..” Doktor itu berbisik di telinga aku. ‘Ingat Allah”


“No.. my daughter.. bring her back” air mata aku menaglir deras sebelum kelopak mata aku aku tertutup. ‘Bring them back” dan tiga patah perkataan itu ialah yang terkahir aku gumamakan sebelum segala-galanya mimpi.


Mimpi disebalik sebuah topeng yang tak pasti.


****

Aku memandang lesu beberapa orang yang melangkah pergi. Mata aku langsung tidak berkedip daripada tanah yang masih merah itu. Sebelah menyebelah. Satu di anatar dua perkuburan itu bersaiz kecil dan satu lagi besar. 


Dan itu rumah terakhir semua manusia diakhirnya.


Air mata aku mengalir.




****


(Memoir)



“Rumah misteri itu dah terbakar. DNA dah dibuat dan dah disahkan yang salah seorang mayat yang hangus itu Rayyan dan seorang lagi lelaki.. entah apa namanya” suara ibu berbisik dengan ayah aku. Aku hanya pura-pura tidur tetapi hati aku hancur.


Hancur dan dicarik pilu.

“Baguslah” suara ayah pula kali ini. “Anak dia pun dah mati. Lepas ini bolehlah anak kita hidup aman tanpa apa-apa daripada masa silam dia.”

Dan hakikatnya, air mata aku mengalir lesu. Bibir aku digertap kuat dan seluruh tubuh aku mengigil. Cuba menahan amarah yang memuncak. Cuba menahan jeritan yang mungkin tidak ada siapa dengar. Menahan dan terus menahan..

Dan ianya menghancurkan aku. Bukan diluar dengan air mata, tetapi didalam hati aku yang berdarah.




****





“Bella, sudahlah, mereka sudah tiada lagi” suara ibu di tepi. “Jom kita pulang”  tangan aku ditarik dan aku hanya senyum hamabr yang sangat plastic. Langkah aku mengikut ibu. Meninggalkan pusara anak aku dan.. suami aku. 


Kenapa dunia begitu kejam?


Kenapa ibu aku sendiri buat aku begini?


‘Mommy..’ 


Langkah aku terhenti sama rentaknya dengan jantung aku. Ibu menguatkan genggamannya pada tangan aku. Suara Sara. Aku yakin, aku dengar suara Sara.


‘Mommy..’ dan lagi.



“Ssara..?” bibir aku bergetar. “Ibu, dengar tak suara anak Bella?” aku pandang ibu dengan senyuman. “Dddia.. ddia dekat sini ibu!” aku lepaskan genggaman tangan ibu dan kaki aku melangkah mengikut panggilan anak aku. Anak aku.. anak aku..


‘I love you mommy..’ suara Sara lagi sekali dan kali ini aku dengar daripada kuburnya. Aku tersenyum riang apabila sekali lagi dia memanggil aku, ‘Sara rindu mommy..’


“HAhaHAha!” aku ketawa riang seperti orang hysteria. Ibu memandang aku semacam dan dia seperti terkaku. Begitu juga dengan ayah aku. Perlahan-lahan aku baring di tepi kubur Sara. “Sara.. mommy pun sayang Sara.. mommy sayang Sara.. mommy ada untuk Sara..” dan tawa aku bertukar menjadi air mata. Kali ini aku menangis dan ketawa seperti orang gila.


Aku gila?


HAHAHAH! AKU GILA! 


Mereka yang buat aku begini!!


“Bella, apa dah jadi?” ibu mendekati aku dan dia cuba menarik aku ke dalam dakapannya sebelum aku tolak tubuh dia. Ayah aku hanya melihat aku dengan pandagan tergamam. “Tolonglah Bella, mereka dah pergi.. mereka dah pergi.. redhalah dengan takdir” ibu tenggelam dalam esakannya sendiri dan dia memeluk aku daripada belakang.


Aku senyum manis pada ibu sebelum memeluk erat kubur Sara. “Ibu, dengar tak tu..” dan aku tarik ibu supaya merapat pada kubur cucunya. Ibu hanya rela dan aku dapat rasakan seluruh tubuhnya lemah. Aku rapatkan telinga aku pada kubur Sara seperti mendengar orang berbisik sebelum aku ketawa sendiri. “Sara cakap, dia rindu nak junpa ibu.. dia cakap nanti mala mini dia datang.. haHAhaHa!” aku ketawa sendiri. “Kita main sama-sama dengan dia ya ibu? Dia cakap dia tak mati.. dia tak mati.. dia tak mati” dan tiga ayat itu aku ulang berkali-kali sehingga tawa aku tadi bertukar menjadi air mata.


Anak aku tak mati..


Anak aku..


Anak aku tak mati..


“Bella! Suami dan anak kamu dah mati!! Faham tak?!!” Suara ayah meninggi dan dia menarik tangan aku kasar. Tangisan ibu pecah dan beberapa saudara mara dan jiran kami yang tadi baru melangkah pergi mengelilingi kami. “Bella!! Balik!”


Aku menggeleng laju. “Tak nak! Bella nak temankan Sara dengan Rayyan!”


“Terimalah takdir Allah.. tolonglah Bella” Ayah separuh merayu pada aku. Riak wajahnya berubah.


“Ayah.. dengar tak tu.. dengar tak ?” wajah aku bertukar ceria dan kali ini aku dekatkan telinga aku dengan kubur Sara. “Sara ketawa bila ayah cakap pasal takdir, ayah nak tahu apa dia kata?” kali ini aku pandang ayah tajam dengan senyuman aku sendiri. “Dia kata, kenapa atok cakap pasal takdir kalau atuk biarkan takdir bunuh Sara sendiri? HihIhiHiHI!” Aku mengilai sendiri sehingga ayah aku terduduk lemah. Aku sambung dan kali ini aku bangun dengan wajah bengis aku. Beberapa orang disekeliling kami lari da nada yang cuba memanggil polis. Aku sambung, “Kenapa ayah dengan ibu pisahkan kami semua? KENAPA?!! HAHAHAH!!” Dan aku ketawa berselang seli dengan tangisan. Dada aku rasa sakit dan sangta perit. “Kenapa.. kenapa rasa ini. Sakit sangat..” aku pegang dada aku dan terjelopok jatuh. Ibu sambut aku dan air matanya tidak berhenti mengalir. Aku pegang tangan ibu, “Ibu,, apa ibu rasa bila ibu pegang Bella masa lahirkan Bella?” mata aku memebundar pada wajahnya.


Dia seperti tergamam sebelum menjawab, “Bahagia, bahagia sangat..”


“Macam itulah Bella rasa masa lahirkan Sara, Ibu” air mata aku mengalir dengan senyuman hambar. “Bella cium dia, Bella pegang dia.. kkenapa..” bibir aku menggeletar. “Kenapa ibu tak bagi Bella bahagia macam ibu? Kenapa ibu tak bagi Bella tengok Sara membesar macam Ibu tengok Bella membesar?” hati aku rasa perit. “Kkenapa. Kkenapa..” nafas aku perlahan. Dada aku hancur dan air mata aku membisukan diri aku. “Kenapa ibu rampas semuanya?” Air mata aku mengalir tanpa henti.



Kedua-dua mereka terkedu.





Hati aku mati. Mati untuk semuanya.





But then,
Maybe im gonna close my eyes
and lay in the glass coffin
and start dreaming




----Panasonic, ideal for life-----------




Dah habis dah.
Tak payah scroll bawah. Terimalah hakikat ini dengan redha.

































Dah cakap jangan scroll!. 
Kenapa degil?!



























Untuk awak yang degil dan tak redha;




EPILOG






“Doktor Adam, tolonglah rawat dia sebaik mungkin” Suara ibu aku dari arah pintu bilik aku dan dia bercakap dengan seorang lelaki yang mungkin tua beberapa tahun dari aku. Aku mengeling mereka dan bibir aku menyungging senyum.


“Nana, cantikkan rambut saya?” aku menegur bibik aku yang asyik menyikat rambut aku. Dia memandang aku dari pantulan cermin sambil bibirnya mengukir senyum gentar dan tanggannya juga turut sama menggeletar.


“Nana! Awak takut dengan saya ke?” aku pandang dia. Dia menjauh secara mendadak. Rambut putih aku yang aku paksa dia untuk warna aku belai. “Janganlah takut dengan Bella! Bella tak gila la.. HihIhI..” Aku ketawa sendiri. “Bella tak gila..” aku gulungkan rambut aku dan anak patung aku peluk rapat ke dada. “Bella Cuma gila jatuh cinta jerr! Ahahaha!” dan terus aku campak anak patung tadi pada wajah Nana. Nana terkedu dan seperti sangat takut. Hek eleh, macamlah aku nak makan kau.


“Nana, Bella cantik kan?” aku tarik gincu dari atas katil aku. Cermin kecil aku capai dan terus gincu warna pink tadi aku lukis pintu ‘hati’ pada pipi aku. “Awww, I’m so hot like kebabom!” dan campak cermin dan gincu aku sekali lagi pada Nana.


Kali ini aku Nana lari keluar daripada bilik dan aku tergelak terkekek-kekek melihat telatahnya. Kenapa semua orang takut orang gila? Well, orang gila macam aku cantik gila kut! Hahaha! Sexy dan hot gitu!


“Masya Allah Nabella Hayana!” suara Ibu memetir. Dia masuk ke dalam bilik aku yang penuh dengan make up dan mainan anak patung. Lelaki disebelahnya hanya tersenyum nipis dan matanya yang hijau merenung aku dari atas ke bawah. Ibu memebawa dia masuk terus ke dalam bilik aku. “Tengoklah doktor.. bila datang sakit dia, dengan semua orang dia nak kenakan. Itu tak termasuk lagi kalau dia pasang lagu dangdut kuat-kuat dan joget atas katil malam buta.” Ibu menggeleng kepala sambil melihat aku. Aku melihat doktor muda ini dari atas ke bawah.


Wow, sexy.


“Saya tak tahu nak buat apa lagi, Doktor. Dulu orangnya bukan macam ini. Baik aje.. tutup aurat, malam-malam tahajjud, iyelah, kami pun didik dia dengan sempurna sebab nak jadi macam kami ni ha” ibu pandang aku sambil menggeleng kepala. “Itu sebabnya kami langsung rasa suami dia lama tak layak untuk dia. Kaya tu memang lah kaya, tapi agamanya tak ada. Mungkin ada hikmah dan bagusnya lelaki itu pergi”


Aku rasa bagai disentap.


Kenapa harus rasa diri itu perfect dengan ilmu yang ada? Kenapa ibu harus rasa ilmu agama dia sangat cukup sampai membesarkan diri sendiri dan rendahkan orang lain? Aku mendgus kasar. Mata aku menangkap pandangan doktor muda itu tertancap pada wajah aku dqan tubuh aku.



“Maaflah doktor, pakaian dia sekarang dah lain.. dah tak mahu bertutup macam dulu. Tengoklah, dengan seluar pendeknya.. dengan baju t-shirt yang sampai pusat. Pakaian apa ini?” Ibu merenung aku tajam. “Bella! Pergi tukar baju!!”


“Tak nak la buuuu..” muncung aku tajam dan rambut aku putarkan gaya perempuan gedik. “Tak sexy laaaa.. macam ini baru hotszzzzz..” dan ‘ZZZ’ aku sangat panjang. Mungkin kedengaran sexy sehingga doktor tadik menyungging senyum di tepi bibirnya. Aku mendekati ibu dan dia. Perlahan-lahan aku larikan jari aku di atas dada doktor muda itu. Mata hijaunya terbuka luas dan dari tepi bibirnya, aku tahu dia cuba menyimpan senyum.


Peach.


Bau dia sangat harum. “Hensemnya awak ni doktorrrr…” ‘rr’ aku berbunyi panjang dan mungkin sangat sexysss! “Oh my god! You’re the hottssszzz doctorrrr in the world!” aku sengih gatal sebelum ibu tarik telinga aku.


“Hah! Mengurat menguirat!” dia tarik telinga aku sehingga aku menjauhi doktor muda tadi. “Ya Tuhan, apa nak jadi dengan kamu ini..  doktor, maafkan anak saya ini, saya harap doktor faham yang dia memang tak sihat”


“Tak apa, semua pesakit saya macam itu” doktor tadi tersenyum tenang tetapi mata dia masih melekat pada aku. Aku dapat rasakan dia.. sangat ‘suka’ kan aku. “Hmm, boleh puan tinggalkan kami berdua?”


Dan kali ini ibu memandang doktor tadi tajam.


“Sekejap sahaja, saya takkan lakukan apa-apa pada anak Puan” dia cuba mengambil kepercayaan ibu aku. “Saya harus tanya dia secara peribadi dan saya harap Puan faham.”


“Tapi..”


“Alaa ibuuuuu..” muncung aku kali ini lebih panjang. “Kalau dia nak buat apa-apa pun, ibu panggillah jabatan agama islam, dapat kahwin free, ibuuuuu” muncung aku yang panjang kali ini lebih sexy!


“NABELLA HAYANA!!” Ibu bercekak pinggang.


Doktor tadi hanya senyum dan aku dapat rasakan wajahnya menahan ketawa. Ibu hanya mengangguk pada doktor tadi sebelum keluar. “Saya sediakan makanan dan air uintuk doktor” dan kelibat ibu berlalu pergi.


Kali ini hanya aku dan dia.


Doktor muda itu menutup pintu. “So, cik Bella..” dia menghadap aku. Perlahan-lahan kakinya bergerak ke arah aku. Matanya merenung aku dari atas ke bawa dan dar bawah ke atas. Seperti meneliti gaya pakaian aku. “Harley Quinn style, huh?” Satu senyuman meniti di bibirnya.


“Yeah, Queen of badass!” aku mendekatinya dengan jari aku yang masih memutarkan rambut aku. Dia hanya melihat aku tanpa bergerak. Aku mendekatinya dan bibir aku gigit gaya sexy, “Hye doctor, kacaknya awak ini…” aku sentuh butang baju bahagian dadanya. “..sexy superman chest” dan dia tak berganjak. Hanya senyuman nakal tersungging pada bibirnya. Aku dekatkan hidung aku pada bajunya dan baunya aku ambil, “Hmmmm! Peach.. snowpine..” 


“Flirting with me?” suaranya, husky.


“Nope” aku kenyit mata. “Do you think you’re clever enough, Doctor?” kali ini aku ambil chew gum dari kocet seluar pendek aku dan aku kunyah perlahan. Kunyah gaya sexy dan.. hotzzzz!


“What do you mean, Harley Quinn?” dia menunduk. Wajahnya yang berkaca mata mendekati wajah aku sehingga hidung kami hampir bertemu. “You’re so hots.. and..”


“And?” kening aku terangkat dengan gaya menggosanya.


“Spicy” dia senyum nakal.



“Doctor Adam” aku mendekatinya dan lehernya aku rangkul. “I love those eyes.” Dan mata kaca kaca matanya aku tarik. “I miss those eyes, very very much” cehw gum aku kunyah hingga ke tepi pipi dan aku dekatkan bibir aku dengan wajahnya bagaikan mahu mengucupnya sebelum,“Do you have to wear you mask everytime you meet your Harley, Mr Joker?” dan cehw gum aku letupkan di hadapan wajahnya, PLUPPP!


Dia seperti terkedu.


Aku senyum menggoda sebelum aku tarik balik chew gum aku dan kesannya di bibirnya. “Disgusting huh?” aku mengusap bibirnya. “But you’re sexy bila awak terkejut”  dan jari aku jatuh pada bawah dagunya. Mencari sesuatu sebelum aku tarik. Dia bergerak sedikit dan aku tarik ‘sesuatu’ itu sekasar mungkin. Dia memegang tangan aku dan aku dapat mendengar suaranya menahan sakit sebelum semua ‘sesuatu’ itu berjaya aku tarik. Dia meraup wajahnya dan kini..


Mata kami bertemu.


“Hello baby boo..” aku senyum pada dia. Lehernya aku rangkul, “Life is too short to be normal, baby. Let’s get crazy with this love” 


Dia ketawa dan suarnya merdu di telinga aku. Pinggang aku dirangkul, “You’re so much crazier than I’ve been expected before, Bella” bibirnya jatuh pada dahi aku. “You’re not beautiful..” rambut hadapan aku diselak tepi. “..you’re so Hotzzss”


“And spicy” aku kenyit mata.  Aku tenggelamkan wajah aku ke dadanya, “And you’re the most beautiful monster, Rayyan” Ya, hanya pada Rayyan.


Seorang The Mask.







---end of book.1.---




(perasan tak semua ending aku ada book .1, jangan minta book 2, memangnya lepas 1 kena ada 2 ke? Tahu tak poligami tu tak best? Tahu tak?!) #writeryanggarangz





Nak gaduh dengan ending?
Gaduh kat twitter. 
Nak buat demonstrasi?
Boleh email.
Nak buat bodoh?
Lagi la boleh.


Byebye.






‘chicken rice shopp~ bukan sekadar nasi ayam’ *bunyi ayam berkokok*















































Popular posts from this blog

Beautiful Escape (Full)

Sweet and Strange: 2

Beautiful Fate