Sweet and Strange: 3
Bab 3: She’s so sweet.
Masa lalu:
EMMA
tidak berputus asa. Hari ini, dia bersemangat pergi ke sekolah dengan membawa
sandwich ayam yang dia sediakan dari rumah. Seperti biasa, Emma suka pergi ke
sekolah dengan memakai baju yang kemas! Bersih! Dan comel! Emma berdiri di
hadapan cermin biliknya. Sepasang mata biru merenung susuk tubuh sendiri, atas
dan bawah. Bibir merah jambu mengukir senyum nipis. Lesung pipit melekat dalam pada
pipi kiri dan kanannya.
Dia berpuas hati
dengan bajunya hari ini.
Black
mini skirt, jean jacket and red top.
Skarf yang
dipakainya juga berwarna merah. Bibirnya disolek dengan lipstik yang sedikit
merah sama macam warna baju. Rambut blonde keemasan yang mencapai bawah
bahu, bergulung kemas pada hujungnya. Emma betulkan rambut depannya yang
menutup dahi.
“This bitch is
gorgeous.” Melayangkan ciuman terbang pada bayang sendiri di hadapan cermin
gergasi.
Dengan penuh
yakin, Emma turun daripada bilik. Ibu dan ayahnya mungkin sudah pergi kerja
awal kerana rumahnya senyap macam tak ada orang. Bekas sandwich yang
telah disediakan subuh tadi, disumbat ke dalam beg. Kunci kereta dicapai.
Keluar daripada
rumah, dia mendongak pada awan.
“Hello birds!
Hello flowers! Hello trees! Hello my gorgeous world!”
Kalau ada orang
ditepi jalan mendengar Emma menyapa alam macam Cinderella Disney, pasti mereka
menggeleng dan mengutuk yang anak perempuan keluarga Sweet ini, gila orangnya.
Tapi Emma tak kisah.
Dia terus berjoget
senang di laman rumah sambil menuju ke garaj rumahnya.
Tanpa dia sedar,
sepasang mata hijau memerhatikan Emma dari jauh. Bibir lelaki itu tersenyum
suka. Setiap pagi, dia sangat gembira melihat telatah Emma Sweet. Sungguh
manis. Sungguh comel.
Suatu hari, dia
mahu memiliki kemanisan itu semua.
Butang atas kamera
ditekan. Klik!
ISAAC
tersenyum kecil melihat keputusan semester lepasnya yang tertampal pada board
luar kelas. Ramai pelajar berpusu-pusu melihat keputusan mereka. Ada yang
menangis kecewa, ada yang langsung tidak kisah dengan keputusan mereka, ada
yang bersorak gembira kerana mereka lulus dan seperti Isaac, dia hanya mampu
tersenyum kecil tanpa mengharapkan apa-apa. Seperti biasa, namanya berada di lima
tempat paling atas.
“Hebatnya kau,” Erene,
salah seorang pembulinya di sekolah itu menegur dari tepi. Tangan Erene naik
berehat pada bahu Isaac dengan selamba. Sepasang mata kelabu Erene tertumpu
pada nama Isaac Strange yang berada di tempat ketiga.
Isaac diam.
Tubuhnya kaku dan wajahnya beku. Dia tahu, dengan kedatangan Erene di
sebelahnya, tiada apa yang baik akan berlaku. Erene seorang lelaki yang tegap
dan hot-stuff sekolah. Lebih tepatnya... Erene is a fuckboy. Erene suka membuli
Isaac apabila ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya. Isaac tidak ubah
seperti sebuah punching bag untuk ramai kaki buli di sekolah itu.
Barangkali kerana Isaac...
terlalu baik dengan semua orang walaupun dia seorang lelaki yang beku.
“Nasib aje tu,” Isaac
menjawab dengan suara perlahan. Tangan Erene yang jatuh pada bahunya semakin
memberat—seolah-olah Isaac memberitahu Erene yang, ‘our business is not done.’
Isaac faham kerana dia sudah biasa dibuli.
“Aku sedih dan
marah, aku dapat tempat ke seratus. Pelajar yang ambil exam ini semuanya 150
orang untuk batch kita. Kau... tahu kan bila aku marah, aku nak apa daripada
kau?” Erene berbisik terus ke telinga Isaac. Senyuman tajamnya melebar apabila
Isaac yang diam itu hanya mengangguk perlahan. Mata Isaac jatuh ke bawah
lantai. Erene menepuk bahu kanan Isaac. “Meet me after school, in the same
place. I need my punching bag. My friends need it too.”
Bahu kanan Isaac
dicengkam kuat. Hembusan nafas Erene kedengaran menyentuh kasar pipi kirinya. Isaac
yang hanya diam dan bibir terkunci itu, mengangguk lagi. Erene tersenyum puas.
Bahu Isaac yang dicengkam, dia lepaskan sebelum kakinya melangkah pergi dari
situ.
Isaac menghelakan
nafas lelah.
Bodoh. Aku bodoh. Aku
lemah. Aku...
Dia berdiri di
situ. Membatu. Matanya masih jatuh ke lantai, entah apa yang diperhatikan pada
hujung kasut. Dengusan nafas lelah, dia hembus. Bibirnya digertap. Mata hijau,
kosong. Dia tahu, dia lemah. Dia tahu yang dia tak akan mampu melawan. Jika dia
melawan, dia akan kena sesuatu yang lagi teruk. Isaac tak mahu. Kepalanya
menggeleng sendiri.
Matanya tertutup.
Wajah Emma terbayang.
All
girls want a prince charming and I’m far from being one.
ERENE
melutut di hadapan Emma. Bunga ros kelopak merah diserahkan kepada Emma. Sengih
di bibir lelaki itu melebar. Pipi putih bertukar merah. Wajah comel di
hadapannya, dia pandang dengan mata yang membundar. Buat seketika, dia berdeham
sebelum meneruskan bicaranya.
“Please,
Emma? Aku tahu akan dapat tempat ke seratus, aku tak dapat tunaikan syarat kau.
Tapi... takkan lah kau nak pakwe yang pandai dalam bidang pelajaran je?
Aku pun pandai juga. Pandai dalam bersukan. Bola sepak... hoki... banyak!
Takkan kau tak ambil kira itu juga?”
Emma menepuk
dahinya sendiri. Satu keluhan berat, dilepaskan.
Erene memang
sukakan Emma. Dari dulu lagi, Erene memang ada ‘something’ dengan semua
gadis-gadis yang berambut blonde di sekolah ini. Hampir sembilan puluh
sembilan peratus berjaya dia sapu, satu peratus lagi yang gagal itu ialah Emma.
Dari dulu, Emma letakkan syarat, siapa mahu jadi kekasih dia, haruslah pandai
dalam bidang akademik! Tidak cukup dengan itu, nak jadi kekasih Emma, kena
tunjuk report card dari gred satu.
“Macam manalah aku
nak terima kau, Erene? Kau dapat tempat ke-seratus kot. Dah lah matematik
kau fail. Aku ini presiden kelab matematik tahu! Lagi satu, kan aku suruh kau
belajar rajin-rajin semester lepas, aku dengar kau pergi berjoli dengan awek
baru blonde kau itu. Sekarang, mana dia?” Emma angkat dagu, angkuh.
Tangan dicekak ke pinggang. “Dah mampus dah ke awek kau?”
Wajah Erene jadi
pucat.
“Or,” Emma
menundukkan tubuhnya. Tangannya mencengkam dagu Erene dan sekali gus memaksa
Erene untuk mendongak ke atas—merenung sepasang mata biru yang persis lautan misteri
itu. “Or, you’re always like this, Erene. You’re a fuck boy. Once a fuck boy,
you will be always a fuck boy, Erene. Shame one you. I don’t date to fuck,
Erene. I date with someone decent, someone better than you. I don’t date
someone who loves to bully someone else, Erene. I’d be better date and kiss a trash.”
Wajah Erene
berubah. Perit.
Emma melepaskan
tawa sinis. Wajah lelaki yang melutut di hadapannya itu, dipandang dengan penuh
angkuh. Emma tahu, Erene terluka. Tapi Emma bangga kerana sekurang-kurangnya,
dia dapat lukakan maruah Erene. Mata Emma jatuh pada penumbuk yang digenggam
Erene. Senyuman tajam melebar.
Am
I too much? I don’t think so....
“Why that sour
face, little boy?” Emma mencuit manja pipi Erene. Sengaja. Hujung jari
jemarinya jatuh pula pada bahu Erene dengan gaya menggoda. “Take my words,
Erene. Take it and remember this, someone who doesn’t know the real meaning of
humanity is a real trash. Kau ingat, aku tak tahu kau selalu buli Isaac?”
Kali ini, mata
Erene membulat. “Isaac? Apa... apa yang dia bagi tahu dekat kau?”
“Dia tak bagi tahu
apa-apa,” Emma mengeluh. Tubuhnya sendiri dipeluk. Teringat tentang Isaac, dia
jadi semakin pening macam mana mahu cairkan lelaki beku itu. “Tapi aku tahu,
kau selalu buli dia. Aku presiden kelab Human Right. Aku selalu dapat laporan dari
pihak displin, kau memang selalu buli Isaac. Tapi kau terlepas sebab kau guna
duit untuk tutup kes ini.”
“Jadi?” Erene
ketawa sinis. Dia bangun dari melutut dan bunga ros tadi dicampakkan ke tepi. Emma
yang lebih rendah daripadanya, dipandang tajam. “Kau nak apa, Emma? Kau nak
selamatkan budak sampah itu?!”
“Dia bukan sampah,
Erene! Dia manusia!” Emma naik angin. Dada Erene ditolak kuat ke belakang. “Dia
lagi baik daripada kau! Dia lagi suci daripada hati kau yang hitam itu!”
“Suci? Lelaki gay
yang kena rogol macam itu, suci?!” Erene ketawa berdekah. Rambut tebalnya
sendiri diramas kasar. Dengusan kasar, dia lepaskan. Penumbuk digenggam, takut
terlepas ke muka Emma. “Kau gila ke, Emma?! Jangan cakap kau minat lelaki gay
macam itu, Emma!”
Gay?
Emma menggertap giginya. Isaac bukan gay! Dia pasti. Tempoh hari, Isaac
dibuli dan dipaksa! Bukan kerana dia sendiri yang relakannya. Emma meraup
wajahnya. Damnit! Kenapa semua orang benci sangat dengan manusia yang langsung
tak kacau hidup mereka?
“Dia bukan gay,
Erene! Kau yang mengarut! Dalam video itu, kau tak nampak ke yang dia kena
paksa?!” Emma naik angin. Mahu aje penampar sampai ke wajah Erene.
“Buktikan Emma!
Hahah! Buktikan dekat aku yang sampah itu bukan gay! Buktikan dekat aku!” Erene
tersenyum seperti helang. Dia berundur setapak daripada Emma. “Sleep with
him. Seduce him. Show me, Emma. Aku bagi kau masa sebulan. Kau pilih sampah
itu kan?! Sekarang, kau tunjuk dekat aku kalau dia lagi layak untuk dapatkan
kau daripada aku! Tunjuk Emma! Aku janji, sebulan ini aku tak akan kacau kau.”
Emma tergamam.
Tubuhnya jadi kaku.
“Kau...” Erene
tunjuk jari tengahnya di hadapan wajah Emma. “You perfect little girl, the
flower of the school, arrogant little bitch! Show me what you can do!
If you failed, I won’t take easy on you, Emma. I don’t bother to give you
flower and ask you to date me. I’m obsessed with you! You arrogant
little bitch, you think you’re perfect? You and that trash can go to the
hell, Emma!”
Erene meludah
kasar di hadapan kaki Emma. Biadab.
“Kau... kau...
gi... gila!” Emma tidak dapat menahan tubuhnya yang menggigil ketakutan. Dia tidak akan sekali-kali mengkhianati Isaac.
“Aku memang gila!
Ya! Aku gila!”
Laungan Erene yang
semakin menjauhinya itu, bergema kuat di ruang bilik gym sekolah. Tetapi, Emma
tidak putus asa, dia juga menjerit kuat supaya Erene dapat mendengar
jeritannya.
“Then, If I go
to the hell, I will be in the high class hell, Erene! Gucci, Prada, Chanel and
golden fire hell will burn me while you will be burn with the devil’s urine!!!
Setan macam kau masuk lower class hell!” Hampir tercabut anak tekak Emma
menjerit. Kaki sendiri dihentak-hentak ke lantai.
Buk!
Dia terus menumbuk punching bag di hadapannya!
Miss
Perfect in trouble. Dayum.
ISAAC
macam biasa, dia akan buat muka bosan apabila bertemu Emma. Hari ini, dia tidak
makan di kafeteria seperti biasa. Hari ini, dia makan di tempat duduk padang rugbi
sekolah, seorang diri. Tak. Mungkin dia tak seorang diri. Sebab sudah tentu
anda semua tahu alasannya.
Emma
Sweet.
Emma
sengih apabila Isaac menjelingnya tajam. Sambil itu, gadis itu selamba buka
bekas sandwich yang dibawanya. Matanya menjeling ke arah sekeping roti nipis
yang ada di tangan Isaac. Hati Emma jadi sebu dengan satu rasa yang pedih. Lebih
pedih lagi apabila Isaac makan roti yang sudah berkulat. Emma yang sedang mengunyah
itu, terhenti. Air mata nya hampir bertakung di tubir tetapi dia cepat-cepat
mengerlipkan kelopak matanya dengan harapan, air mata tadi kering dan tidak
jatu berkumpul di bening.
“Berambus,
Emma.”
Emma
tidak bergerak walaupun dihalau kasar Isaac. Dia hanya senyum riang seperti
biasa. Rasa pedih yang bertamu di jiwa kerana kasihankan Isaac, dia simpan kemas.
Satu keluhan pun, tiada dilepaskan bibirnya. Emma dengan selamba, menarik roti
di tangan Isaac dan dicampakkan jauh ke lantai bawah tangga.
“Damn!
Emma!” Isaac terus bangun daripada duduk. Wajahnya bertukar merah. Cerlungan
mata tajam menghunus wajah gadis yang sedang duduk di sebelahnya tadi. “Apa
yang kau buat ini, Emma?! Kau campak roti itu? Kau tak tahu ke, itu satu-satu
nya makanan yang aku ada?!”
Emma
hampir kecut perut apabila ditengking Isaac. Bibirnya sedikit menggeletar
tetapi cepat-cepat dia gigit. Nafas tenang, ditarik. Roti di tangannya, dia
letak semula ke dalam bekas. Air mineral, dia ambil dan tangan di basuh selamba
tanpa dia hiraukan renungan maut Isaac yang masih melekat pada wajahnya. Usai
lap tangan, Emma berpaling semula menghadap Isaac.
“Bertenang,
Isaac.” Emma berikan senyuman manis untuk lelaki itu. Tangan kecilnya menarik jari
jemari besar Isaac yang keras. Apabila dia perhatikan, jari halus dia tenggelam
sepenuhnya ke dalam tangan lelaki itu.
“Apa?
Bertenang apa, Emma?! Kau tak habis-habis kacau hidup aku. Aku kata pergi jauh
dari aku. Hari ini, kau cari aku sampai sini dan kau kacau aku makan. Apa
masalah kau ini, Emma?!” Isaac tidak menahan suaranya. Nasib baik tiada orang
di sini, jika tidak, pasti Emma sendiri berasa malu.
“Shut
up, boy. Let momma feed you, okay?” Emma, dengan selamba menarik Isaac untuk
duduk semula. Tangannya mengusap pipi Isaac sesaat. Senyuman di bibir merah masih
menata tanpa lelah. Kemudian, dia terus mengambil satu lagi sandwich dalam
bekasnya. “Aku sebenarnya ada buatkan kau roti ini. Makanlah. Penat aku bangun pagi-pagi
buat sandwich untuk kau, Isaac. Sedap tau. Lagi-lagi kalau seorang Emma Sweet
yang buat. Memang sedap nak mati....”
Isaac
mendengus kasar. “Kau ini kalau tak puji diri sendiri, memang tak boleh kan?
Patutlah orang panggil kau Miss Perfect. Apa lagi orang panggil kau? The flower
of Jericho High School? The Sweet Emma? Apa aje lagi yang mereka tak panggil
kau, Emma? Kau ada nak aku panggil kau apa-apa ke Emma? Nak aku puji kau dulu
baru kau faham maksud ‘get the hell away from me’?”
“Erm,
ada... ada...” Emma sengih miang. Bahunya digeselkan pada bahu Isaac. Sengaja. “You
can call me ‘Yours.’”
Dayum!
Isaac ternganga.
Emma
mula ketawa mengalahkan syaitan.
“Kau
ini perangai macam setan kecik.” Isaac mengutuk Emma lagi. Entah, pada
pandangan Emma, lelaki itu macam tak habis-habis cuba untuk membencinya. Emma
kadang-kadang terasa dengan Isaac tetapi dia tahu, Isaac melalui kehidupan yang
sangat sukar. Jadi, Emma sendiri cuba untuk faham kenapa lelaki itu jadi
begitu.
Berbeza
dengan Emma...
Emma
tahu, kehidupan dia hampir sempurna. Ibu bapanya, walaupun mereka seperti
langsung tidak hiraukan Emma dan kadang-kadang, langsung tidak balik rumah...
sekurang-kurangnya, mereka masih ada. Mereka sediakan Emma tempat perlindungan
dan mereka selalu sediakan bahan-bahan dapur di rumah supaya Emma cukup makan.
Ibunya, Mrs. Sweet, tidak pernah lupa untuk telefon Emma setiap hari,
bertanyakan perihal anak sulungnya itu. Mr. Sweet juga, dia tidak pernah lupa
untuk tanya Emma tentang pelajarannya.
At
least, I have someone who cares about me.
Emma
terus memerhatikan lelaki di sebelahnya yang sedang mencarutkan Emma dengan
bersungguh-sungguh. Berkerut-kerut wajah Isaac. Cermin mata lelaki itu, hampir
jatuh ke hujung hidung. Emma ketawa kecil. Comel pula mamat ni.
“Makanlah,”
roti sandwich diberikan pada Isaac. “Aku minta maaf sebab buang roti itu. Aku
nak kau makan aku punya ini. Makan ya? Kau kena makan banyak-banyak supaya kau
ada six pack. Bila kau ada six pack, barulah nanti kau hot. Barulah nanti aku
rasa terbakar!”
“Diam.”
Itu sahaja yang dibalas Isaac.
Roti yang diberi
Emma, terus sahaja disumbat ke dalam mulutnya. Mula-mula, kunyahannya perlahan.
Tetapi lama-lama, apabila diperhatikan, Emma perasan yang Isaac seperti tidak
dapat berhenti makan. Hampir sahaja mamat comel itu tercekik. Nasib baik Emma
bawa air mineral dalam bekas botol hello kitty nya.
Botol air yang dihulurkan
Emma, Isaac pandang dengan dahi berkerut. “Hello Kitty? Like seriously Emma,
how old are you?”
“Hello Kitty is
cute, Isaac.” Emma ketawa kecil. Hatinya jadi suam apabila air dalam botol
Hello Kitty diteguk Isaac dengan rakus. Belakang tubuh Isaac, diusap lembut. “Hush,
slow down, cute boy.”
“I’m not you
fucking cute boy.” Isaac mendengus kasar. Botol air Hello Kitty dicampakkan ke
peha Emma. Seketika kemudian, dia merenung Emma dengan kerutan berlapis pada
dahi. “Kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau datang cari aku.”
Kali ini, senyuman
Emma hilang.
Entah kenapa,
Isaac pula yang rasa cemas. “What is wrong, Emma?”
Emma menggeleng
perlahan. Satu keluhan berat dilepaskan. Botol air Hello Kitty dipeluk kemas ke
dada. Dengan selamba, dia melabuhkan sisi kepalanya pada bahu Isaac. Bau
haruman bunga Lily berterbangan sampai hingga ke mukus hidung lelaki itu. Isaac
terkesima dan tubuhnya kaku. Hampir sahaja dia mahu menunduk dan mengucup ubun-ubun
Emma.
You
don’t deserve her, Isaac. Satu suara berbisik
pada akalnya. Isaac terus mencengkam penumbuknya dalam diam. Menahan gelora
yang mahu dilepaskan. Not yet, Isaac.
Not yet.
“Isaac, aku tak
nak tipu kau. Aku tahu kau dah alami banyak benda teruk dalam kehidupan kau. You
don’t deserve to get more, Isaac. Not from me. I’m maybe a little miss
perfect with bitch attitude, but I know what is bad and what is wrong. I don’t
want to hurt people that doesn’t deserve it, Isaac.” Emma tersenyum hambar.
Kali ini, dia mengangkat wajah, merenung Isaac dengan mata biru yang membundar.
“Aku nak beritahu kau sesuatu dan minta kau tolong aku, Isaac. Tapi kau mungkin
akan benci aku.”
Isaac sendiri seperti
kehilangan kata. Dia terdiam sejenak. Ini pertama kali dia nampak Emma macam
betul-betul perlukan pertolongannya. “Apa... apa yang kau cuba katakan ini?”
Tiba-tiba, wajah
Emma bertukar merah. Dia beranikan diri untuk menentang mata hijau Isaac tanpa
rasa malu. “Isaac, aku nak kau jadi boyfriend tipu aku, boleh?”
What
the hell.
Isaac ternganga
lagi!
“Kau merepek apa
ini!” Isaac terus bangun daripada kerusi, menjauhi Emma yang seperti mahu
menangis itu. “Kenapa kau desperate sangat ini, Emma?!”
“Aku... aku kena
ugut dengan Erene, Isaac. Dia suka aku tapi aku tolak dia. Aku kutuk yang dia
tak pandai jadi aku tak nak lah ada boy friend tak pandai macam dia! Lepas itu
aku pun bezakan dia dengan kau. Erene naik angin!” Emma semakin cemas apabila
dia nampak reaksi wajah Isaac yang bertukar pucat.
“Wait, you
use my name in your shits, Emma?!” Tengkingan Isaac semakin kuat.
“Wrong. Aku
puji kau depan Erene.” Emma buat muka tak bersalah.
“Ergh!”
Isaac mengurut pelipis sendiri. Mata terpejam. “Betullah, kau ini memang setan
kecil. Ey, ikutkan hati aku, aku nak cekik kau.”
Kali ini, dia
benar-benar marah. Selamba aje Emma bawa masuk nama dia sebagai bahan bergaduh
dengan Erene. Sudahlah Isaac ini memang punching bag Erene! God above.
Isaac tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi petang ini. Pasti Erene akan
tumbuk dia sampai mampus.
Emma yang melihat
Isaac mula mengamuk itu, semakin kecut perut. Dia menunduk di hadapan Isaac. Jari
jemarinya yang halus, diurut.
“Dia cabar aku
untuk goda kau dan tidur dengan kau. Urgh, disgusting... novel cinta
mana dia baca itu?” Emma sempat menjulingkan matanya ke atas. Kedua-dua belah
tangannya tumpang naik menyentuh bahu. “Bukannya aku nak cakap yang kau
menjijikkan. Don’t get me wrong. Aku cuma jijik dengan taktik kotor dia.”
Isaac ketawa
sinis. “Then, it’s not my place to take part in your problem. Selesaikan
sendiri.”
Emma sedikit terkedu.
Dia hanya
memerhatikan Isaac mengemas barang-barangnya di atas bangku sebelum lelaki itu
bersiap sedia untuk pergi dari situ. Emma dapat rasakan yang dia harus lakukan
sesuatu yang bijak. Dia harus perangkap Isaac. Dia harus buat Isaac sendiri
rela untuk ‘bermain’ dalam mainannya ini. Emma menggertap bibir.
Oh,
sweet little brain. What should I do?
Isaac sudah berjalan
membelakanginya, beberapa tapak.
“Isaac!” Emma
memanggil nama Issac, kuat. Terlalu kuat sehingga lelaki itu juga menghentikan
langkahnya. Emma tahu, dia tak ada pilihan. Apabila Isaac berpaling membelakanginya,
Emma sambung, “I know this is not your problem! Tapi untuk tolong kau
tempoh hari, bukan masalah aku juga! Now, think about this again, Isaac. If
you become my fake boyfriend, I will make sure that you won’t get bullied. I’ll
protect you, cute boy! Kau dan batch kau termasuk Erene akan
menduduki exam besar beberapa bulan lagi! Bukan mati pun kalau jadi boyfriend
aku sampai kau exam dan keluar dari sekolah ini. Plus, you need the exam fee,
don’t you?”
Mata Isaac
membesar apabila Emma sebut tentang ‘Exam fee.’ Tubuhnya terpaku di
tempat dia berdiri. Emma tersenyum tajam.
“Aku boleh tolong
kau, Isaac.” Emma berjalan mendekati lelaki itu. Kedua-dua belah tangannya,
naik merangkul leher Isaac. Sengaja wajahnya didekatkan pada wajah lelaki itu.
Matanya jatuh pada bibir Isaac. “By the way, do you know how to kiss? How
to hold my hand? How to look at me with love, Isaac? Ah, don’t
worry my love. Teacher Emma Sweet is here, willingly to share some knowledge to
you. All you need is to act like your testosterone goes wild, Isaac.”
Bibir Isaac
terkunci. Wajah Emma yang sangat rapat dengannya, dipandang tanpa berkelip.
Akhirnya, Isaac mengeluh perlahan.
This little bitch
knows how to push the button well....
EMMA
memerhatikan kawasan stor khas belakang sekolah ini. Dia memeluk tubuhnya.
Sedikit sebanyak habuk mula masuk menguasai mukus hidung, Emma bersin beberapa
kali. Hidung kecilnya bertukar merah. Dalam hati, dia mula mengutuk si Erene
kerana pilih tempat macam ini untuk jadikan Isaac sebagai punching bag.
Tiba-tiba, mata
Emma tertarik melekat pada si Isaac yang sedang duduk di tengah stor sambil
melunjurkan kaki. Wajah lelaki itu kosong. Entah apa yang difikirnya. Emma
tertanya jika Isaac sendiri yang rela dirinya dilakukan begini.
“Isaac, kenapa kau
biarkan diri kau kena jadi mainan mereka?” Emma menyoal. Soalan itu tidak dapat
disimpan dalam kepala lagi. Dia menghembuskan nafas kasar. Gerak langkah diatur
mendekati mamat mata hijau itu. “Kau tak rasa bodoh ke? Cubalah belajar untuk
melawan. Sampai bila kau nak mereka pijak kau?”
“If you’re
going to talk shits about me, then, cancel our plan, and get away from here,
Emma.” Macam biasa, Isaac akan tidak menjawab soalan Emma. Apa yang dia
tahu, hanyalah menyakitkan hati gadis itu lagi.
Emma dah immune
dengan semua itu.
“Okey, aku minta
maaf. Aku tak ada hal nak kata macam itu dekat kau. Tapi aku nak kau lawan
mereka semula. Mungkin, suatu hari nanti.” Balas Emma, lembut. Kali ini, dia
melutut di sisi Isaac. Sengih nakalnya melebar. “Jadi, kau setuju kan?”
Isaac mengangkat
kening. “Setuju nak berlakon make out dengan kau dekat sini bila Erene
datang?”
Emma angguk laju.
Ya! Itulah rancangan dia.
“Aku ada pilihan
lain ke? Tak ada kan? So why bother to ask?” Isaac ketawa sinis. Kepala
menggeleng. Dia kalihkan matanya untuk merenung ke arah lain selain daripada
wajah Emma. “Apa yang pasti, Erene akan tumbuk aku lepas itu. Dia akan tumbuk
aku sampai mampus.”
“It’s okay. I’ll
protect you, cute boy!” Jawab Emma. Riang dan yakin. Matanya birunya
bersinar. Tangan kanannya diletakkan di atas bahu Isaac, selamba. “Hey, do
you even know how to kiss? Kau tahu kan, as for the beginner you don’t
have to do french kiss or—”
“A proper lady
should not speak such thing, Emma!” Isaac memotong laju kata-kata Emma.
Matanya dijegilkan. Tangan Emma yang jatuh pada bahunya ditolak kasar.
“I’m teaching
you fake boyfriend! Shut up and let this pretty girl speaks!” Emma bercekak
pinggang. Tidak cukup dengan itu, dia merangkak seperti anak arnab dan duduk di
atas peha Isaac yang sedang melunjur. Kedua-dua tangannya, merangkul belakang
leher Isaac. “Now, let’s start our fake make out training. Aku tahu kau
tak pandai lagi dengan perempuan. Meh sini aku ajar kau macam mana nak—”
Tiba-tiba, bunyi gelak
ketawa dan bising dari luar mengejutkan mereka berdua. Tubuh masing-masing
terkaku. Emma yang tadi konon berani, terus tergamam dan otaknya jadi tak
berfungsi. Isaac pula, matanya membulat pada bunyi pintu bilik stor yang
digoncangkan dari luar.
Ah, shit.
Isaac tahu, itu Erene dan bala tenteranya!
“Okey now
Emma, kau kena genggam baju depan aku. Kau buka butang baju aku!” Isaac dengan
cekap, menarik jari jemari Emma untuk ke arah butang baju pada bahagian
dadanya. “To add the spice, kau koyakkan pun tak apa!”
“Huh?!” Emma naik blur!
“Ikut cakap
akulah, setan kecik! Kau cengkam baju aku, lepastu kau cium aku. Faham? Ni,
tangan kiri kau naik atas kepala aku. Pull my head toward your face, and
kiss me hard. Do you understand?!” Isaac berbisik keras ke telinga Emma.
Emma tergamam. Sekarang
ni siapa yang cikgu, siapa yang murid?!
BAM!
Pintu Stor dibuka kasar dari luar!
“Now, Emma!”
Isaac berbisik keras di hadapan wajah Emma sebelum dia sendiri yang menarik
wajah Emma dan bibir mereka bersatu. Tangan kanannya mencengkam pinggang Emma
dan tangan kirinya menarik leher Emma untuk lebih rapat ke arahnya.
Emma tergamam
tetapi dia dapat rasakan yang dunia di sekelilingnya hilang. Matanya tertutup
rapat. Tangannya mencengkam baju Isaac dan tanpa dia sedar, segala-galanya berlaku
dengan sendiri.
Nafas mereka
hilang.
“What the fuck
is this....” suara Erene kedengaran.
“Wow.”
“Isaac and Emma?!”
Isaac tahu, Erene
dan bala tenteranya sedang memerhatikan mereka. Tetapi saat ini, hanya Emma
yang wujud dalam dunianya. Dia tidak sedar, berapa lama dia dan Emma begitu.
Segala-galanya berlaku dengan sendiri. Dia juga tidak sedar, apabila nafas
mereka terpisah, mata mereka bertemu. Emma merenungnya dengan renungan hangat
dan Isaac tersenyum nakal. Pada wajah Emma, dia berbisik...
“Sekarang ini,
setan kecik. Siapa yang pro? Kau atau aku?”
Sebelum Emma
sempat buka mulut untuk melawan, Isaac tarik wajah Emma ke arahnya semula dan nafas
mereka bersatu.
She’s
so sweet.
Masa kini:
ISAAC
menaip laju maklumat DNA yang ada dalam dokumen di atas pehanya. Sambil itu, pada
bahagian kanan laptop, ada skrin kecil yang memaparkan wajah seorang Professor
daripada Jepun, Prof. Masahiro Takinoue daripada Universiti
Kyoto. Isaac berhenti menaip seketika dan cermin mata nipis, dibawa turun ke
hujung batang hidung. Dia bersandar pada kerusi. Rambut panjangnya yang diikat
bunjut ke belakang, sudah mula berserabai.
“Aleksei,” dia memanggil pembantu
peribadinya yang duduk di kerusi bahagian kanannya.
“Ya, Tuan Muda.” Aleksei menjawab
patuh dan kepalanya menunduk ke bawah, hormat. Botol air mineral diserahkan kepada
Isaac. “Minum Tuan. Tuan nampak dehydrated.”
“Berapa lama lagi kita nak sampai La
Guarda?” Isaac soal. Sambil itu tangannya menyambut huluran botol Aleksei. Air
dalam botol diteguk rakus. Ah, memang dia penat. Dari semalam dia tidak tidur
kerana menyiapkan dokumen DNA tentang virus Espada yang mahu dibentangkan untuk
Presiden Johnathan. Presiden Amerika.
“Lagi lima belas minit bos.
Orang-orang syarikat The Prince sudah menunggu. Wartawan juga sudah mula
membanjiri kawasan lapangan terbang. Mereka tak sabar nak tahu siapa sebenarnya
The Third Prince,” jawab Aleksei sambil tersenyum nakal.
Isaac menjulingkan mata ke atas. “What
a bullshit. I don’t need the popularity. I know that I will get the offer to be
their porn star model.”
Prof. Masahiro yang mendengar perbualan
Isaac dan Aleksei, ketawa berdekah.
“Isaac, kamu kena tahu yang dunia
ternanti-nantikan kemunculan The Third Prince. Selama ini, kamu balik ke
Amerika tanpa beritahu siapa-siapa tentang siapa sebenarnya kamu. Hari ini,
kamu akan dikenali, dunia kamu akan berubah.” Prof. Masahiro tersenyum pada
Isaac melalui tetingkap laptop.
“Dunia aku memang dah banyak kali
berubah, Prof. Dari neraka, jadi syurga. Entah lepas ini neraka balik ke, aku
tak kisah. Kalau aku terbakar sekali pun, aku tarik orang yang bakar aku
sekali.” Isaac menjawab kasar. Ah, itu memang identiti seorang Isaac, kasar.
Prof. Masahiro dan Aleksei yang
mendengar kata-kata The Third Prince mereka itu, hanya terdiam. Tidak berani
untuk menambah lawak lagi. Isaac memang seorang yang serius dan beku. Silap
buat lawak, boleh selamat berjumpa maut.
The Third Prince.
Dari Isaac remaja, dia dibawa Tuan
Maksim ke dalam keluarga The Prince sebagai putera paling bongsu. Isaac tahu,
untuk ‘hidup’ dalam keluarga The Prince bukan mudah. Ada sepuluh putera Maksim
yang berebutkan takhta Maksim tetapi hanya tiga sahaja yang akan mendapat ‘share’
terbesar syarikat The Prince dan hanya seorang sahaja yang akan menjadi The
Prince of all the Princes. Untuk berebut semua kekayaan Maksim...
Darah diperlukan.
“By the way, Prof. This DNA is
weak. Aku tahu kita reka DNA ini melalui cara DNA HIV. Tetapi aku dah baca
dokumen ini dan aku tengok video yang saintis kau bagi, virus yang kita cipta
ini masih lemah. When it get attached to CD4 T Lymphocyte, the CD4 T cell
can still activate the B cells to secrete antibodies and this will go against our
purpose. Our purpose is to create a virus that can cause fatal, Prof. So that
nothing can beat the vaccine produced by our company. The response
itself is said to be Acute Retroviral Syndrome but from what I read from
your patient’s history, it’s not acute at all. Macam demam biasa aje. This
can’t be, Prof.” Isaac mengeluh berat.
Prof.Masahiro mengangguk setuju. “Ya,
benar. Virus yang kita cipta masih tak cukup kuat. Tapi aku rasa kamu tak perlu
risau lagi, Isaac. Those who’s being infected with this virus, their CD4 T
cell will be depleted mutiple than those who get infected by HIV. Kalau
kita buat virus ini terlalu bahaya, nanti takut vaksin yang syarikat kita
hasilkan tak sesuai. They have to be compatible with each other.”
Isaac terdiam.
Betul juga apa yang dikatakan Pro.
Masahiro. Vaccine haruslah sekufu dengan Virus. Isaac tahu, apa yang diciptanya
dan Prof. Masahiro memang sesuatu yang gila. Dalam diam, syarikat The Prince
sebenarnya mempunyai satu syarikat farmasi dan perubatan yang menghasilkan ubat
tetapi nama syarikat itu tidak diletakkan di bawah nama ‘The Prince.’ Mereka
berdua kini mencipta Virus yang sangat dahsyat dan akan dibebaskan kepada
penduduk dunia melalui beberapa buah negara yang mempunyai populasi paling
tinggi.
Virus Espada.
Virus itu, bersifat seperti pedang.
Virus yang mampu membunuh. Fungsi Virus ini ialah untuk mengurangkan populasi
dunia yang semakin tinggi hasil daripada permintaan beberapa pemimpin dunia kerana
apabila populasi dunia semakin tinggi, akan ada ekonomi akan menjadi tidak
seimbang. Yang kaya akan menjadi terlalu kaya dan miskin akan menjadi terlalu
miskin.
Hasil daripada perbincangan pemimpin
negara NANO, mereka bersetuju untuk membenarkan syarikat The Prince menghasilkan
virus ini. Syarikat The Prince juga telah menyiapkan vaksin yang sesuai untuk virus
ini dan ini semua ialah hasil daripada idea Isaac yang berpendapat bahawa, jika
dunia mengalami pandemik yang terlalu bahaya... maka akan ada permintaan tinggi
terhadap vaksin kepada virus ini.
Dan ini... sedikit sebanyak akan
menguntungkan syarikat The Prince.
Semestinya, Isaac perlu
membentangkan dokumen penting Virus ini kepada Presiden Johnathan. Pilihan raya
Amerika untuk melantik presiden baru semakin dekat, maka Presiden Johnathan
ialah orang yang paling ‘desperate’ untuk menjadi hero kepada rakyatnya
jika pandemik datang.
Dengan ini... lebih mudah dia dilantik
rakyat untuk menjadi Presiden mereka.
Mengingatkan pemain politik dunia,
Isaac tersenyum tajam. Dia tidak sangka, dulu dia hanyalah seorang gigolo
murahan dan pelajar Jericho High School yang sering dibuli. Hari ini... dia
ialah saintis... businessman dan The Third Prince yang menakluk dunia.
Dunia.
Hanya satu sahaja yang belum dia
miliki. Emma Sweet.
“Tapi kita ada masalah, Isaac.” Suara
Prof. Masahiro mengejutkan Isaac daripada lamunannya. Sepasang mata hijau
tertancap pada skrin kecil laptop. Prof. Masahiro menyambung, “Aku dengar, ada
pihak yang bocorkan rahsia kita. Jaga-jaga Isaac, kau tahu kan ada tentang Hte
Sorvle?”
Dahi Isaac
berkerut. Dia tidak faham. “Hte Sorvle?”
“Maafkan
saya menyampuk, Tuan Muda. Biar saya jawabkan.” Aleksei menyampuk. Kini,
sepasang mata hijau Isaac melekat pada wajahnya. “Hte Sorvle ialah gelaran
untuk pasukan perisik baru daripada seluruh dunia. Mereka bergerak seperti
bayang. Mereka bebas daripada mana-mana badan politik dunia dan tidak ada kena
mengena dengan polis atau mana-mana pihak perisik yang lain.”
“Ya,” Prof.
Masahiro pula yang bersuara. “Aku dengar, ada agen Hte Sorvle cuba untuk
hentikan misi kita, Isaac. Aku tidak tahu macam mana dia dapat tahu tentang ini.
Minggu lepas, pihak kami dapat tangkap salah seorang daripada ahli makmal di
Osaka ialah agen Hte Sorvle. Kami ugut dia untuk mengaku siapa dia. Dia mengaku
sebelum dia sendiri bunuh diri.”
Isaac tergamam.
Matanya membulat. Wjahanya bertukar merah. Penumbuk dikepal. “Kenapa baru
sekarang kau orang bagi tahu aku?!”
Aleksei
terdiam. Jika Tuan Muda naik angin, dia juga jadi kecut perut.
“Just be careful Isaac,” Prof. Masahiro memberi pesan. Wajahnya serius. “There
will be Htre Sorvle anywhere around you. I’m sure, they’re in The Prince too.”
Akan bersambung.

Ohhh godddddddd emma and isaac my goddddddd!!! Macam biasa, tak pernah kecewa and i love it sooo much!!
ReplyDeleteadumakk tak sabar ep 4 😭😭😭🥺🥺🥺🥺🥺
ReplyDeleteYA ALLAH BESTNYAAAA, MINDBLOWING GILA KUT STARTING PLOT CITA NI MASYA ALLAH
ReplyDeleteIsaac buat saya terpaku😝btw suami saya mmg super duper charming 🤣❤️
ReplyDeleteSetan kecik made my day kak el HAHAHAHAHAH 🤣🤣🤣
ReplyDeleteKAK ELLLLLLLLLLLLLLLLLLL EBXJEKDKWKKCENFJKSKFNRTK4KFKEKKR 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻😭😭😭😭💗💗💗💗
ReplyDeleteI luv how the story flow, all of sudden Issac jadi saintis n extra third princes?! wow, n I wonder what will happen to the world n his relationship with emma aft virus espada created😳😳👍
ReplyDeleteWaaaaaaa ep 4 plissss
ReplyDeleteTerbaik kak El, saya tak tahu nak tulis apa lagi. Hahahah.
ReplyDeleteThanks for update 💋
ReplyDeleteYa Allah bab ni best sangat. Hte sorvle pun mncul.. 😍😍😍😍Berkelip kelipa mata... Wowwwwwwwwwwm. Mmmmmm
ReplyDeleteKeep it up kak el. 😍❤️
ahhhhh next level bethol kak el punya plot👏😩
ReplyDeleteKAK EL PUNYA HEROIN MEMANG TAK LEH LARI INNOCENT BADASS HOT CUTE GIRL HAHAHA AAAAE EEEEEEEEEE 💗💗💗💗💗💗💗😭😭😭😭😭
ReplyDeleteYa Ampuuuuun HAHAHHAHAHA JANGAN LA CAKAP EMMA TU GENG HTE SORVLE HAHAHAHA OH MY
ReplyDeleteEva dengan qaden ada tak hehehe
DeleteMenyesal pula baca awal. Patutnya tunggu next chapter keluar.
ReplyDeleteAAAAAAAAAAAAAA MENYESALLL.
BTW, have a nice day, sweet author!
Penuh konspirasi uuuuuu~ best
ReplyDeletelike always cerite kak el sentiase berkait ade Hte Sorvle pulak ..hahaha
ReplyDeletekak el sentiase power make a scene hahaha best ...excited nak tunggu next chapter
wahh, bestnyaaaa. I was so happy seeing this updated!
ReplyDeleteuwaaaaaaah mr strangeeeeeeee
ReplyDeleteHte sorvle!!
ReplyDeleteSuka suka suka. Hehe waiting for next update
ReplyDeleteaaaa loveeeee kakell 🤩🤍🤍🤍🤍🤍
ReplyDeleteOmaigaddd i really love it...
ReplyDeleteHte sorvle- teringat dekat eva & khan
Ada hte sorvle ni lagi interestingggg. And saya rasa kak el mcm kaitkan sikit dgn kehidupan kita sekarang kan
ReplyDeletePURRRRR SOOO IN LOVE! ❤️
ReplyDeleteEmma dan Isaac sumpah nakal :p dan so suprised bila Isaac jadi saintis and and buat ulah dengan cipta virus omgggggg *dramatically fainted*
TOO GOODDD TO BE TELL KAK EL ❤️❤️❤️ KEEP IT UP MUAHHH ��
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOh nooooo ..rindu Hte Sorvle
ReplyDeleteEiii siapa senyum sorang²tu><
ReplyDeleteBesstt sangat!!! ��������
ReplyDeleteOH GOD KAK EL MIND BLOWING SUNGGUH DJRIWRKLDDMNF
ReplyDeleteAkak my mind full of your work rn... OH MY ALLAH😭
ReplyDeleterindu Qaden dan Evaaa!! Ig Qaden is one if the prince too? 👀💋
ReplyDeleteWaitt, where can I read thisss pleasee😭
DeleteAlamakk 2 paperr lgii tpii xleh tahan nak baca SAS nii 😌😌😆😆😆
ReplyDeleteKAKELLLLL AAAAA3WWWMNSHNEKSKNSBDNFJNFNVNFHJRHWJDNCVXNSJ
ReplyDeleteThat really mind blowing😳😳😳
ReplyDeletebila baca story ni first perenggan sambil dengar lagu all about us by taylor swift ngam sangat!!! then dh sampai akhir perenggan lagu bad blood pulak keluar..perghhh makin danger this story will become. i''ll wait for the next
ReplyDeletecan't wait fr next part🤗♥️♥️
ReplyDeletePart 4 dengan 5 memang takde ke ? kak el up sampai 3 je ?
DeleteUwauuuuuu...ada cerita lain yang related!!!! Okeyh let's mind-blowing together guyss⚔️🎉🎊
ReplyDeleteEmma fights for justice. And now, Isaac seems want to do something illegal HEHEHEH well, opposites attract yeah~
ReplyDeleteeeee tashabarnyaa nak tau nextt, thank youu kak ell T^T
mesti emma.......
ReplyDeleteHi kak el
ReplyDelete