Sweet and Strange: 3

 







Bab 3: She’s so sweet.

 

 

Masa lalu:

 

EMMA tidak berputus asa. Hari ini, dia bersemangat pergi ke sekolah dengan membawa sandwich ayam yang dia sediakan dari rumah. Seperti biasa, Emma suka pergi ke sekolah dengan memakai baju yang kemas! Bersih! Dan comel! Emma berdiri di hadapan cermin biliknya. Sepasang mata biru merenung susuk tubuh sendiri, atas dan bawah. Bibir merah jambu mengukir senyum nipis. Lesung pipit melekat dalam pada pipi kiri dan kanannya.

Dia berpuas hati dengan bajunya hari ini.

Black mini skirt, jean jacket and red top.

Skarf yang dipakainya juga berwarna merah. Bibirnya disolek dengan lipstik yang sedikit merah sama macam warna baju. Rambut blonde keemasan yang mencapai bawah bahu, bergulung kemas pada hujungnya. Emma betulkan rambut depannya yang menutup dahi.

This bitch is gorgeous.” Melayangkan ciuman terbang pada bayang sendiri di hadapan cermin gergasi.

Dengan penuh yakin, Emma turun daripada bilik. Ibu dan ayahnya mungkin sudah pergi kerja awal kerana rumahnya senyap macam tak ada orang. Bekas sandwich yang telah disediakan subuh tadi, disumbat ke dalam beg. Kunci kereta dicapai.

Keluar daripada rumah, dia mendongak pada awan.

Hello birds! Hello flowers! Hello trees! Hello my gorgeous world!”

Kalau ada orang ditepi jalan mendengar Emma menyapa alam macam Cinderella Disney, pasti mereka menggeleng dan mengutuk yang anak perempuan keluarga Sweet ini, gila orangnya. Tapi Emma tak kisah.

Dia terus berjoget senang di laman rumah sambil menuju ke garaj rumahnya.

Tanpa dia sedar, sepasang mata hijau memerhatikan Emma dari jauh. Bibir lelaki itu tersenyum suka. Setiap pagi, dia sangat gembira melihat telatah Emma Sweet. Sungguh manis. Sungguh comel.

Suatu hari, dia mahu memiliki kemanisan itu semua.

Butang atas kamera ditekan. Klik!

 

 

ISAAC tersenyum kecil melihat keputusan semester lepasnya yang tertampal pada board luar kelas. Ramai pelajar berpusu-pusu melihat keputusan mereka. Ada yang menangis kecewa, ada yang langsung tidak kisah dengan keputusan mereka, ada yang bersorak gembira kerana mereka lulus dan seperti Isaac, dia hanya mampu tersenyum kecil tanpa mengharapkan apa-apa. Seperti biasa, namanya berada di lima tempat paling atas.

“Hebatnya kau,” Erene, salah seorang pembulinya di sekolah itu menegur dari tepi. Tangan Erene naik berehat pada bahu Isaac dengan selamba. Sepasang mata kelabu Erene tertumpu pada nama Isaac Strange yang berada di tempat ketiga.

Isaac diam. Tubuhnya kaku dan wajahnya beku. Dia tahu, dengan kedatangan Erene di sebelahnya, tiada apa yang baik akan berlaku. Erene seorang lelaki yang tegap dan hot-stuff sekolah. Lebih tepatnya... Erene is a fuckboy. Erene suka membuli Isaac apabila ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya. Isaac tidak ubah seperti sebuah punching bag untuk ramai kaki buli di sekolah itu.

Barangkali kerana Isaac... terlalu baik dengan semua orang walaupun dia seorang lelaki yang beku.

“Nasib aje tu,” Isaac menjawab dengan suara perlahan. Tangan Erene yang jatuh pada bahunya semakin memberat—seolah-olah Isaac memberitahu Erene yang, ‘our business is not done.’ Isaac faham kerana dia sudah biasa dibuli.

“Aku sedih dan marah, aku dapat tempat ke seratus. Pelajar yang ambil exam ini semuanya 150 orang untuk batch kita. Kau... tahu kan bila aku marah, aku nak apa daripada kau?” Erene berbisik terus ke telinga Isaac. Senyuman tajamnya melebar apabila Isaac yang diam itu hanya mengangguk perlahan. Mata Isaac jatuh ke bawah lantai. Erene menepuk bahu kanan Isaac. “Meet me after school, in the same place. I need my punching bag. My friends need it too.”

Bahu kanan Isaac dicengkam kuat. Hembusan nafas Erene kedengaran menyentuh kasar pipi kirinya. Isaac yang hanya diam dan bibir terkunci itu, mengangguk lagi. Erene tersenyum puas. Bahu Isaac yang dicengkam, dia lepaskan sebelum kakinya melangkah pergi dari situ.

Isaac menghelakan nafas lelah.

Bodoh. Aku bodoh. Aku lemah. Aku...

Dia berdiri di situ. Membatu. Matanya masih jatuh ke lantai, entah apa yang diperhatikan pada hujung kasut. Dengusan nafas lelah, dia hembus. Bibirnya digertap. Mata hijau, kosong. Dia tahu, dia lemah. Dia tahu yang dia tak akan mampu melawan. Jika dia melawan, dia akan kena sesuatu yang lagi teruk. Isaac tak mahu. Kepalanya menggeleng sendiri.

Matanya tertutup. Wajah Emma terbayang.

All girls want a prince charming and I’m far from being one.

 

 

 

ERENE melutut di hadapan Emma. Bunga ros kelopak merah diserahkan kepada Emma. Sengih di bibir lelaki itu melebar. Pipi putih bertukar merah. Wajah comel di hadapannya, dia pandang dengan mata yang membundar. Buat seketika, dia berdeham sebelum meneruskan bicaranya.

Please, Emma? Aku tahu akan dapat tempat ke seratus, aku tak dapat tunaikan syarat kau. Tapi... takkan lah kau nak pakwe yang pandai dalam bidang pelajaran je? Aku pun pandai juga. Pandai dalam bersukan. Bola sepak... hoki... banyak! Takkan kau tak ambil kira itu juga?”

Emma menepuk dahinya sendiri. Satu keluhan berat, dilepaskan.

Erene memang sukakan Emma. Dari dulu lagi, Erene memang ada ‘something’ dengan semua gadis-gadis yang berambut blonde di sekolah ini. Hampir sembilan puluh sembilan peratus berjaya dia sapu, satu peratus lagi yang gagal itu ialah Emma. Dari dulu, Emma letakkan syarat, siapa mahu jadi kekasih dia, haruslah pandai dalam bidang akademik! Tidak cukup dengan itu, nak jadi kekasih Emma, kena tunjuk report card dari gred satu.

“Macam manalah aku nak terima kau, Erene? Kau dapat tempat ke-seratus kot. Dah lah matematik kau fail. Aku ini presiden kelab matematik tahu! Lagi satu, kan aku suruh kau belajar rajin-rajin semester lepas, aku dengar kau pergi berjoli dengan awek baru blonde kau itu. Sekarang, mana dia?” Emma angkat dagu, angkuh. Tangan dicekak ke pinggang. “Dah mampus dah ke awek kau?”

Wajah Erene jadi pucat.

Or,” Emma menundukkan tubuhnya. Tangannya mencengkam dagu Erene dan sekali gus memaksa Erene untuk mendongak ke atas—merenung sepasang mata biru yang persis lautan misteri itu. “Or, you’re always like this, Erene. You’re a fuck boy. Once a fuck boy, you will be always a fuck boy, Erene. Shame one you. I don’t date to fuck, Erene. I date with someone decent, someone better than you. I don’t date someone who loves to bully someone else, Erene. I’d be better date and kiss a trash.”

Wajah Erene berubah. Perit.

Emma melepaskan tawa sinis. Wajah lelaki yang melutut di hadapannya itu, dipandang dengan penuh angkuh. Emma tahu, Erene terluka. Tapi Emma bangga kerana sekurang-kurangnya, dia dapat lukakan maruah Erene. Mata Emma jatuh pada penumbuk yang digenggam Erene. Senyuman tajam melebar.

Am I too much? I don’t think so....

Why that sour face, little boy?” Emma mencuit manja pipi Erene. Sengaja. Hujung jari jemarinya jatuh pula pada bahu Erene dengan gaya menggoda. “Take my words, Erene. Take it and remember this, someone who doesn’t know the real meaning of humanity is a real trash. Kau ingat, aku tak tahu kau selalu buli Isaac?”

Kali ini, mata Erene membulat. “Isaac? Apa... apa yang dia bagi tahu dekat kau?”

“Dia tak bagi tahu apa-apa,” Emma mengeluh. Tubuhnya sendiri dipeluk. Teringat tentang Isaac, dia jadi semakin pening macam mana mahu cairkan lelaki beku itu. “Tapi aku tahu, kau selalu buli dia. Aku presiden kelab Human Right. Aku selalu dapat laporan dari pihak displin, kau memang selalu buli Isaac. Tapi kau terlepas sebab kau guna duit untuk tutup kes ini.”

“Jadi?” Erene ketawa sinis. Dia bangun dari melutut dan bunga ros tadi dicampakkan ke tepi. Emma yang lebih rendah daripadanya, dipandang tajam. “Kau nak apa, Emma? Kau nak selamatkan budak sampah itu?!”

“Dia bukan sampah, Erene! Dia manusia!” Emma naik angin. Dada Erene ditolak kuat ke belakang. “Dia lagi baik daripada kau! Dia lagi suci daripada hati kau yang hitam itu!”

“Suci? Lelaki gay yang kena rogol macam itu, suci?!” Erene ketawa berdekah. Rambut tebalnya sendiri diramas kasar. Dengusan kasar, dia lepaskan. Penumbuk digenggam, takut terlepas ke muka Emma. “Kau gila ke, Emma?! Jangan cakap kau minat lelaki gay macam itu, Emma!”

Gay? Emma menggertap giginya. Isaac bukan gay! Dia pasti. Tempoh hari, Isaac dibuli dan dipaksa! Bukan kerana dia sendiri yang relakannya. Emma meraup wajahnya. Damnit! Kenapa semua orang benci sangat dengan manusia yang langsung tak kacau hidup mereka?

“Dia bukan gay, Erene! Kau yang mengarut! Dalam video itu, kau tak nampak ke yang dia kena paksa?!” Emma naik angin. Mahu aje penampar sampai ke wajah Erene.

“Buktikan Emma! Hahah! Buktikan dekat aku yang sampah itu bukan gay! Buktikan dekat aku!” Erene tersenyum seperti helang. Dia berundur setapak daripada Emma. “Sleep with him. Seduce him. Show me, Emma. Aku bagi kau masa sebulan. Kau pilih sampah itu kan?! Sekarang, kau tunjuk dekat aku kalau dia lagi layak untuk dapatkan kau daripada aku! Tunjuk Emma! Aku janji, sebulan ini aku tak akan kacau kau.”

Emma tergamam. Tubuhnya jadi kaku.

“Kau...” Erene tunjuk jari tengahnya di hadapan wajah Emma. “You perfect little girl, the flower of the school, arrogant little bitch! Show me what you can do! If you failed, I won’t take easy on you, Emma. I don’t bother to give you flower and ask you to date me. I’m obsessed with you! You arrogant little bitch, you think you’re perfect? You and that trash can go to the hell, Emma!”

Erene meludah kasar di hadapan kaki Emma. Biadab.

“Kau... kau... gi... gila!” Emma tidak dapat menahan tubuhnya yang menggigil ketakutan.  Dia tidak akan sekali-kali mengkhianati Isaac.

“Aku memang gila! Ya! Aku gila!”

Laungan Erene yang semakin menjauhinya itu, bergema kuat di ruang bilik gym sekolah. Tetapi, Emma tidak putus asa, dia juga menjerit kuat supaya Erene dapat mendengar jeritannya.

Then, If I go to the hell, I will be in the high class hell, Erene! Gucci, Prada, Chanel and golden fire hell will burn me while you will be burn with the devil’s urine!!! Setan macam kau masuk lower class hell!” Hampir tercabut anak tekak Emma menjerit. Kaki sendiri dihentak-hentak ke lantai.

Buk! Dia terus menumbuk punching bag di hadapannya!

Miss Perfect in trouble. Dayum.

 

 

 

 

ISAAC macam biasa, dia akan buat muka bosan apabila bertemu Emma. Hari ini, dia tidak makan di kafeteria seperti biasa. Hari ini, dia makan di tempat duduk padang rugbi sekolah, seorang diri. Tak. Mungkin dia tak seorang diri. Sebab sudah tentu anda semua tahu alasannya.

            Emma Sweet.

            Emma sengih apabila Isaac menjelingnya tajam. Sambil itu, gadis itu selamba buka bekas sandwich yang dibawanya. Matanya menjeling ke arah sekeping roti nipis yang ada di tangan Isaac. Hati Emma jadi sebu dengan satu rasa yang pedih. Lebih pedih lagi apabila Isaac makan roti yang sudah berkulat. Emma yang sedang mengunyah itu, terhenti. Air mata nya hampir bertakung di tubir tetapi dia cepat-cepat mengerlipkan kelopak matanya dengan harapan, air mata tadi kering dan tidak jatu berkumpul di bening.

            “Berambus, Emma.”

            Emma tidak bergerak walaupun dihalau kasar Isaac. Dia hanya senyum riang seperti biasa. Rasa pedih yang bertamu di jiwa kerana kasihankan Isaac, dia simpan kemas. Satu keluhan pun, tiada dilepaskan bibirnya. Emma dengan selamba, menarik roti di tangan Isaac dan dicampakkan jauh ke lantai bawah tangga.

            “Damn! Emma!” Isaac terus bangun daripada duduk. Wajahnya bertukar merah. Cerlungan mata tajam menghunus wajah gadis yang sedang duduk di sebelahnya tadi. “Apa yang kau buat ini, Emma?! Kau campak roti itu? Kau tak tahu ke, itu satu-satu nya makanan yang aku ada?!”

            Emma hampir kecut perut apabila ditengking Isaac. Bibirnya sedikit menggeletar tetapi cepat-cepat dia gigit. Nafas tenang, ditarik. Roti di tangannya, dia letak semula ke dalam bekas. Air mineral, dia ambil dan tangan di basuh selamba tanpa dia hiraukan renungan maut Isaac yang masih melekat pada wajahnya. Usai lap tangan, Emma berpaling semula menghadap Isaac.

            “Bertenang, Isaac.” Emma berikan senyuman manis untuk lelaki itu. Tangan kecilnya menarik jari jemari besar Isaac yang keras. Apabila dia perhatikan, jari halus dia tenggelam sepenuhnya ke dalam tangan lelaki itu.

            “Apa? Bertenang apa, Emma?! Kau tak habis-habis kacau hidup aku. Aku kata pergi jauh dari aku. Hari ini, kau cari aku sampai sini dan kau kacau aku makan. Apa masalah kau ini, Emma?!” Isaac tidak menahan suaranya. Nasib baik tiada orang di sini, jika tidak, pasti Emma sendiri berasa malu.

            “Shut up, boy. Let momma feed you, okay?” Emma, dengan selamba menarik Isaac untuk duduk semula. Tangannya mengusap pipi Isaac sesaat. Senyuman di bibir merah masih menata tanpa lelah. Kemudian, dia terus mengambil satu lagi sandwich dalam bekasnya. “Aku sebenarnya ada buatkan kau roti ini. Makanlah. Penat aku bangun pagi-pagi buat sandwich untuk kau, Isaac. Sedap tau. Lagi-lagi kalau seorang Emma Sweet yang buat. Memang sedap nak mati....”

            Isaac mendengus kasar. “Kau ini kalau tak puji diri sendiri, memang tak boleh kan? Patutlah orang panggil kau Miss Perfect. Apa lagi orang panggil kau? The flower of Jericho High School? The Sweet Emma? Apa aje lagi yang mereka tak panggil kau, Emma? Kau ada nak aku panggil kau apa-apa ke Emma? Nak aku puji kau dulu baru kau faham maksud ‘get the hell away from me’?”

            “Erm, ada... ada...” Emma sengih miang. Bahunya digeselkan pada bahu Isaac. Sengaja. “You can call me ‘Yours.’”

            Dayum! Isaac ternganga.

            Emma mula ketawa mengalahkan syaitan.

            “Kau ini perangai macam setan kecik.” Isaac mengutuk Emma lagi. Entah, pada pandangan Emma, lelaki itu macam tak habis-habis cuba untuk membencinya. Emma kadang-kadang terasa dengan Isaac tetapi dia tahu, Isaac melalui kehidupan yang sangat sukar. Jadi, Emma sendiri cuba untuk faham kenapa lelaki itu jadi begitu.

            Berbeza dengan Emma...

            Emma tahu, kehidupan dia hampir sempurna. Ibu bapanya, walaupun mereka seperti langsung tidak hiraukan Emma dan kadang-kadang, langsung tidak balik rumah... sekurang-kurangnya, mereka masih ada. Mereka sediakan Emma tempat perlindungan dan mereka selalu sediakan bahan-bahan dapur di rumah supaya Emma cukup makan. Ibunya, Mrs. Sweet, tidak pernah lupa untuk telefon Emma setiap hari, bertanyakan perihal anak sulungnya itu. Mr. Sweet juga, dia tidak pernah lupa untuk tanya Emma tentang pelajarannya.

            At least, I have someone who cares about me.

            Emma terus memerhatikan lelaki di sebelahnya yang sedang mencarutkan Emma dengan bersungguh-sungguh. Berkerut-kerut wajah Isaac. Cermin mata lelaki itu, hampir jatuh ke hujung hidung. Emma ketawa kecil. Comel pula mamat ni.

            “Makanlah,” roti sandwich diberikan pada Isaac. “Aku minta maaf sebab buang roti itu. Aku nak kau makan aku punya ini. Makan ya? Kau kena makan banyak-banyak supaya kau ada six pack. Bila kau ada six pack, barulah nanti kau hot. Barulah nanti aku rasa terbakar!”

            “Diam.” Itu sahaja yang dibalas Isaac.

Roti yang diberi Emma, terus sahaja disumbat ke dalam mulutnya. Mula-mula, kunyahannya perlahan. Tetapi lama-lama, apabila diperhatikan, Emma perasan yang Isaac seperti tidak dapat berhenti makan. Hampir sahaja mamat comel itu tercekik. Nasib baik Emma bawa air mineral dalam bekas botol hello kitty nya.

Botol air yang dihulurkan Emma, Isaac pandang dengan dahi berkerut. “Hello Kitty? Like seriously Emma, how old are you?”

“Hello Kitty is cute, Isaac.” Emma ketawa kecil. Hatinya jadi suam apabila air dalam botol Hello Kitty diteguk Isaac dengan rakus. Belakang tubuh Isaac, diusap lembut. “Hush, slow down, cute boy.”

“I’m not you fucking cute boy.” Isaac mendengus kasar. Botol air Hello Kitty dicampakkan ke peha Emma. Seketika kemudian, dia merenung Emma dengan kerutan berlapis pada dahi. “Kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau datang cari aku.”

Kali ini, senyuman Emma hilang.

Entah kenapa, Isaac pula yang rasa cemas. “What is wrong, Emma?”

Emma menggeleng perlahan. Satu keluhan berat dilepaskan. Botol air Hello Kitty dipeluk kemas ke dada. Dengan selamba, dia melabuhkan sisi kepalanya pada bahu Isaac. Bau haruman bunga Lily berterbangan sampai hingga ke mukus hidung lelaki itu. Isaac terkesima dan tubuhnya kaku. Hampir sahaja dia mahu menunduk dan mengucup ubun-ubun Emma.

You don’t deserve her, Isaac. Satu suara berbisik pada akalnya. Isaac terus mencengkam penumbuknya dalam diam. Menahan gelora yang mahu dilepaskan.  Not yet, Isaac. Not yet.

“Isaac, aku tak nak tipu kau. Aku tahu kau dah alami banyak benda teruk dalam kehidupan kau. You don’t deserve to get more, Isaac. Not from me. I’m maybe a little miss perfect with bitch attitude, but I know what is bad and what is wrong. I don’t want to hurt people that doesn’t deserve it, Isaac.” Emma tersenyum hambar. Kali ini, dia mengangkat wajah, merenung Isaac dengan mata biru yang membundar. “Aku nak beritahu kau sesuatu dan minta kau tolong aku, Isaac. Tapi kau mungkin akan benci aku.”

Isaac sendiri seperti kehilangan kata. Dia terdiam sejenak. Ini pertama kali dia nampak Emma macam betul-betul perlukan pertolongannya. “Apa... apa yang kau cuba katakan ini?”

Tiba-tiba, wajah Emma bertukar merah. Dia beranikan diri untuk menentang mata hijau Isaac tanpa rasa malu. “Isaac, aku nak kau jadi boyfriend tipu aku, boleh?”

What the hell.

Isaac ternganga lagi!

“Kau merepek apa ini!” Isaac terus bangun daripada kerusi, menjauhi Emma yang seperti mahu menangis itu. “Kenapa kau desperate sangat ini, Emma?!”

“Aku... aku kena ugut dengan Erene, Isaac. Dia suka aku tapi aku tolak dia. Aku kutuk yang dia tak pandai jadi aku tak nak lah ada boy friend tak pandai macam dia! Lepas itu aku pun bezakan dia dengan kau. Erene naik angin!” Emma semakin cemas apabila dia nampak reaksi wajah Isaac yang bertukar pucat.

Wait, you use my name in your shits, Emma?!” Tengkingan Isaac semakin kuat. 

Wrong. Aku puji kau depan Erene.” Emma buat muka tak bersalah.

Ergh!” Isaac mengurut pelipis sendiri. Mata terpejam. “Betullah, kau ini memang setan kecil. Ey, ikutkan hati aku, aku nak cekik kau.”

Kali ini, dia benar-benar marah. Selamba aje Emma bawa masuk nama dia sebagai bahan bergaduh dengan Erene. Sudahlah Isaac ini memang punching bag Erene! God above. Isaac tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi petang ini. Pasti Erene akan tumbuk dia sampai mampus.

Emma yang melihat Isaac mula mengamuk itu, semakin kecut perut. Dia menunduk di hadapan Isaac. Jari jemarinya yang halus, diurut.

“Dia cabar aku untuk goda kau dan tidur dengan kau. Urgh, disgusting... novel cinta mana dia baca itu?” Emma sempat menjulingkan matanya ke atas. Kedua-dua belah tangannya tumpang naik menyentuh bahu. “Bukannya aku nak cakap yang kau menjijikkan. Don’t get me wrong. Aku cuma jijik dengan taktik kotor dia.”

Isaac ketawa sinis. “Then, it’s not my place to take part in your problem. Selesaikan sendiri.”

Emma sedikit terkedu.

Dia hanya memerhatikan Isaac mengemas barang-barangnya di atas bangku sebelum lelaki itu bersiap sedia untuk pergi dari situ. Emma dapat rasakan yang dia harus lakukan sesuatu yang bijak. Dia harus perangkap Isaac. Dia harus buat Isaac sendiri rela untuk ‘bermain’ dalam mainannya ini. Emma menggertap bibir.

Oh, sweet little brain. What should I do?

Isaac sudah berjalan membelakanginya, beberapa tapak.

“Isaac!” Emma memanggil nama Issac, kuat. Terlalu kuat sehingga lelaki itu juga menghentikan langkahnya. Emma tahu, dia tak ada pilihan. Apabila Isaac berpaling membelakanginya, Emma sambung, “I know this is not your problem! Tapi untuk tolong kau tempoh hari, bukan masalah aku juga! Now, think about this again, Isaac. If you become my fake boyfriend, I will make sure that you won’t get bullied. I’ll protect you, cute boy! Kau dan batch kau termasuk Erene akan menduduki exam besar beberapa bulan lagi! Bukan mati pun kalau jadi boyfriend aku sampai kau exam dan keluar dari sekolah ini. Plus, you need the exam fee, don’t you?”

Mata Isaac membesar apabila Emma sebut tentang ‘Exam fee.’ Tubuhnya terpaku di tempat dia berdiri. Emma tersenyum tajam.

“Aku boleh tolong kau, Isaac.” Emma berjalan mendekati lelaki itu. Kedua-dua belah tangannya, naik merangkul leher Isaac. Sengaja wajahnya didekatkan pada wajah lelaki itu. Matanya jatuh pada bibir Isaac. “By the way, do you know how to kiss? How to hold my hand? How to look at me with love, Isaac? Ah, don’t worry my love. Teacher Emma Sweet is here, willingly to share some knowledge to you. All you need is to act like your testosterone goes wild, Isaac.”

Bibir Isaac terkunci. Wajah Emma yang sangat rapat dengannya, dipandang tanpa berkelip. Akhirnya, Isaac mengeluh perlahan.

This little bitch knows how to push the button well....

 

 

 

EMMA memerhatikan kawasan stor khas belakang sekolah ini. Dia memeluk tubuhnya. Sedikit sebanyak habuk mula masuk menguasai mukus hidung, Emma bersin beberapa kali. Hidung kecilnya bertukar merah. Dalam hati, dia mula mengutuk si Erene kerana pilih tempat macam ini untuk jadikan Isaac sebagai punching bag.

Tiba-tiba, mata Emma tertarik melekat pada si Isaac yang sedang duduk di tengah stor sambil melunjurkan kaki. Wajah lelaki itu kosong. Entah apa yang difikirnya. Emma tertanya jika Isaac sendiri yang rela dirinya dilakukan begini.

“Isaac, kenapa kau biarkan diri kau kena jadi mainan mereka?” Emma menyoal. Soalan itu tidak dapat disimpan dalam kepala lagi. Dia menghembuskan nafas kasar. Gerak langkah diatur mendekati mamat mata hijau itu. “Kau tak rasa bodoh ke? Cubalah belajar untuk melawan. Sampai bila kau nak mereka pijak kau?”

If you’re going to talk shits about me, then, cancel our plan, and get away from here, Emma.” Macam biasa, Isaac akan tidak menjawab soalan Emma. Apa yang dia tahu, hanyalah menyakitkan hati gadis itu lagi.

Emma dah immune dengan semua itu.

“Okey, aku minta maaf. Aku tak ada hal nak kata macam itu dekat kau. Tapi aku nak kau lawan mereka semula. Mungkin, suatu hari nanti.” Balas Emma, lembut. Kali ini, dia melutut di sisi Isaac. Sengih nakalnya melebar. “Jadi, kau setuju kan?”

Isaac mengangkat kening. “Setuju nak berlakon make out dengan kau dekat sini bila Erene datang?”

Emma angguk laju. Ya! Itulah rancangan dia.

“Aku ada pilihan lain ke? Tak ada kan? So why bother to ask?” Isaac ketawa sinis. Kepala menggeleng. Dia kalihkan matanya untuk merenung ke arah lain selain daripada wajah Emma. “Apa yang pasti, Erene akan tumbuk aku lepas itu. Dia akan tumbuk aku sampai mampus.”

It’s okay. I’ll protect you, cute boy!” Jawab Emma. Riang dan yakin. Matanya birunya bersinar. Tangan kanannya diletakkan di atas bahu Isaac, selamba. “Hey, do you even know how to kiss? Kau tahu kan, as for the beginner you don’t have to do french kiss or—”

A proper lady should not speak such thing, Emma!” Isaac memotong laju kata-kata Emma. Matanya dijegilkan. Tangan Emma yang jatuh pada bahunya ditolak kasar.

I’m teaching you fake boyfriend! Shut up and let this pretty girl speaks!” Emma bercekak pinggang. Tidak cukup dengan itu, dia merangkak seperti anak arnab dan duduk di atas peha Isaac yang sedang melunjur. Kedua-dua tangannya, merangkul belakang leher Isaac. “Now, let’s start our fake make out training. Aku tahu kau tak pandai lagi dengan perempuan. Meh sini aku ajar kau macam mana nak—”

Tiba-tiba, bunyi gelak ketawa dan bising dari luar mengejutkan mereka berdua. Tubuh masing-masing terkaku. Emma yang tadi konon berani, terus tergamam dan otaknya jadi tak berfungsi. Isaac pula, matanya membulat pada bunyi pintu bilik stor yang digoncangkan dari luar.

Ah, shit. Isaac tahu, itu Erene dan bala tenteranya!

“Okey now Emma, kau kena genggam baju depan aku. Kau buka butang baju aku!” Isaac dengan cekap, menarik jari jemari Emma untuk ke arah butang baju pada bahagian dadanya. “To add the spice, kau koyakkan pun tak apa!”

“Huh?!” Emma naik blur!

“Ikut cakap akulah, setan kecik! Kau cengkam baju aku, lepastu kau cium aku. Faham? Ni, tangan kiri kau naik atas kepala aku. Pull my head toward your face, and kiss me hard. Do you understand?!” Isaac berbisik keras ke telinga Emma.

Emma tergamam. Sekarang ni siapa yang cikgu, siapa yang murid?!

BAM! Pintu Stor dibuka kasar dari luar!

Now, Emma!” Isaac berbisik keras di hadapan wajah Emma sebelum dia sendiri yang menarik wajah Emma dan bibir mereka bersatu. Tangan kanannya mencengkam pinggang Emma dan tangan kirinya menarik leher Emma untuk lebih rapat ke arahnya.

Emma tergamam tetapi dia dapat rasakan yang dunia di sekelilingnya hilang. Matanya tertutup rapat. Tangannya mencengkam baju Isaac dan tanpa dia sedar, segala-galanya berlaku dengan sendiri.

Nafas mereka hilang.

What the fuck is this....” suara Erene kedengaran.

Wow.”

“Isaac and Emma?!”

Isaac tahu, Erene dan bala tenteranya sedang memerhatikan mereka. Tetapi saat ini, hanya Emma yang wujud dalam dunianya. Dia tidak sedar, berapa lama dia dan Emma begitu. Segala-galanya berlaku dengan sendiri. Dia juga tidak sedar, apabila nafas mereka terpisah, mata mereka bertemu. Emma merenungnya dengan renungan hangat dan Isaac tersenyum nakal. Pada wajah Emma, dia berbisik...

“Sekarang ini, setan kecik. Siapa yang pro? Kau atau aku?”

Sebelum Emma sempat buka mulut untuk melawan, Isaac tarik wajah Emma ke arahnya semula dan nafas mereka bersatu.

She’s so sweet.

 

 

 

Masa kini:

ISAAC menaip laju maklumat DNA yang ada dalam dokumen di atas pehanya. Sambil itu, pada bahagian kanan laptop, ada skrin kecil yang memaparkan wajah seorang Professor daripada Jepun, Prof. Masahiro Takinoue daripada Universiti Kyoto. Isaac berhenti menaip seketika dan cermin mata nipis, dibawa turun ke hujung batang hidung. Dia bersandar pada kerusi. Rambut panjangnya yang diikat bunjut ke belakang, sudah mula berserabai.

“Aleksei,” dia memanggil pembantu peribadinya yang duduk di kerusi bahagian kanannya.

“Ya, Tuan Muda.” Aleksei menjawab patuh dan kepalanya menunduk ke bawah, hormat. Botol air mineral diserahkan kepada Isaac. “Minum Tuan. Tuan nampak dehydrated.”

“Berapa lama lagi kita nak sampai La Guarda?” Isaac soal. Sambil itu tangannya menyambut huluran botol Aleksei. Air dalam botol diteguk rakus. Ah, memang dia penat. Dari semalam dia tidak tidur kerana menyiapkan dokumen DNA tentang virus Espada yang mahu dibentangkan untuk Presiden Johnathan. Presiden Amerika.

“Lagi lima belas minit bos. Orang-orang syarikat The Prince sudah menunggu. Wartawan juga sudah mula membanjiri kawasan lapangan terbang. Mereka tak sabar nak tahu siapa sebenarnya The Third Prince,” jawab Aleksei sambil tersenyum nakal.

Isaac menjulingkan mata ke atas. “What a bullshit. I don’t need the popularity. I know that I will get the offer to be their porn star model.”

Prof. Masahiro yang mendengar perbualan Isaac dan Aleksei, ketawa berdekah.

“Isaac, kamu kena tahu yang dunia ternanti-nantikan kemunculan The Third Prince. Selama ini, kamu balik ke Amerika tanpa beritahu siapa-siapa tentang siapa sebenarnya kamu. Hari ini, kamu akan dikenali, dunia kamu akan berubah.” Prof. Masahiro tersenyum pada Isaac melalui tetingkap laptop.

“Dunia aku memang dah banyak kali berubah, Prof. Dari neraka, jadi syurga. Entah lepas ini neraka balik ke, aku tak kisah. Kalau aku terbakar sekali pun, aku tarik orang yang bakar aku sekali.” Isaac menjawab kasar. Ah, itu memang identiti seorang Isaac, kasar.

Prof. Masahiro dan Aleksei yang mendengar kata-kata The Third Prince mereka itu, hanya terdiam. Tidak berani untuk menambah lawak lagi. Isaac memang seorang yang serius dan beku. Silap buat lawak, boleh selamat berjumpa maut.

The Third Prince.

Dari Isaac remaja, dia dibawa Tuan Maksim ke dalam keluarga The Prince sebagai putera paling bongsu. Isaac tahu, untuk ‘hidup’ dalam keluarga The Prince bukan mudah. Ada sepuluh putera Maksim yang berebutkan takhta Maksim tetapi hanya tiga sahaja yang akan mendapat ‘share’ terbesar syarikat The Prince dan hanya seorang sahaja yang akan menjadi The Prince of all the Princes. Untuk berebut semua kekayaan Maksim...

Darah diperlukan.

“By the way, Prof. This DNA is weak. Aku tahu kita reka DNA ini melalui cara DNA HIV. Tetapi aku dah baca dokumen ini dan aku tengok video yang saintis kau bagi, virus yang kita cipta ini masih lemah. When it get attached to CD4 T Lymphocyte, the CD4 T cell can still activate the B cells to secrete antibodies and this will go against our purpose. Our purpose is to create a virus that can cause fatal, Prof. So that nothing can beat the vaccine produced by our company. The response itself is said to be Acute Retroviral Syndrome but from what I read from your patient’s history, it’s not acute at all. Macam demam biasa aje. This can’t be, Prof.” Isaac mengeluh berat.

Prof.Masahiro mengangguk setuju. “Ya, benar. Virus yang kita cipta masih tak cukup kuat. Tapi aku rasa kamu tak perlu risau lagi, Isaac. Those who’s being infected with this virus, their CD4 T cell will be depleted mutiple than those who get infected by HIV. Kalau kita buat virus ini terlalu bahaya, nanti takut vaksin yang syarikat kita hasilkan tak sesuai. They have to be compatible with each other.”

Isaac terdiam.

Betul juga apa yang dikatakan Pro. Masahiro. Vaccine haruslah sekufu dengan Virus. Isaac tahu, apa yang diciptanya dan Prof. Masahiro memang sesuatu yang gila. Dalam diam, syarikat The Prince sebenarnya mempunyai satu syarikat farmasi dan perubatan yang menghasilkan ubat tetapi nama syarikat itu tidak diletakkan di bawah nama ‘The Prince.’ Mereka berdua kini mencipta Virus yang sangat dahsyat dan akan dibebaskan kepada penduduk dunia melalui beberapa buah negara yang mempunyai populasi paling tinggi.

Virus Espada.

Virus itu, bersifat seperti pedang. Virus yang mampu membunuh. Fungsi Virus ini ialah untuk mengurangkan populasi dunia yang semakin tinggi hasil daripada permintaan beberapa pemimpin dunia kerana apabila populasi dunia semakin tinggi, akan ada ekonomi akan menjadi tidak seimbang. Yang kaya akan menjadi terlalu kaya dan miskin akan menjadi terlalu miskin.

Hasil daripada perbincangan pemimpin negara NANO, mereka bersetuju untuk membenarkan syarikat The Prince menghasilkan virus ini. Syarikat The Prince juga telah menyiapkan vaksin yang sesuai untuk virus ini dan ini semua ialah hasil daripada idea Isaac yang berpendapat bahawa, jika dunia mengalami pandemik yang terlalu bahaya... maka akan ada permintaan tinggi terhadap vaksin kepada virus ini.

Dan ini... sedikit sebanyak akan menguntungkan syarikat The Prince.

Semestinya, Isaac perlu membentangkan dokumen penting Virus ini kepada Presiden Johnathan. Pilihan raya Amerika untuk melantik presiden baru semakin dekat, maka Presiden Johnathan ialah orang yang paling ‘desperate’ untuk menjadi hero kepada rakyatnya jika pandemik datang.

Dengan ini... lebih mudah dia dilantik rakyat untuk menjadi Presiden mereka.

Mengingatkan pemain politik dunia, Isaac tersenyum tajam. Dia tidak sangka, dulu dia hanyalah seorang gigolo murahan dan pelajar Jericho High School yang sering dibuli. Hari ini... dia ialah saintis... businessman dan The Third Prince yang menakluk dunia.

Dunia.

Hanya satu sahaja yang belum dia miliki. Emma Sweet.

“Tapi kita ada masalah, Isaac.” Suara Prof. Masahiro mengejutkan Isaac daripada lamunannya. Sepasang mata hijau tertancap pada skrin kecil laptop. Prof. Masahiro menyambung, “Aku dengar, ada pihak yang bocorkan rahsia kita. Jaga-jaga Isaac, kau tahu kan ada tentang Hte Sorvle?”

            Dahi Isaac berkerut. Dia tidak faham. “Hte Sorvle?”

            “Maafkan saya menyampuk, Tuan Muda. Biar saya jawabkan.” Aleksei menyampuk. Kini, sepasang mata hijau Isaac melekat pada wajahnya. “Hte Sorvle ialah gelaran untuk pasukan perisik baru daripada seluruh dunia. Mereka bergerak seperti bayang. Mereka bebas daripada mana-mana badan politik dunia dan tidak ada kena mengena dengan polis atau mana-mana pihak perisik yang lain.”

            “Ya,” Prof. Masahiro pula yang bersuara. “Aku dengar, ada agen Hte Sorvle cuba untuk hentikan misi kita, Isaac. Aku tidak tahu macam mana dia dapat tahu tentang ini. Minggu lepas, pihak kami dapat tangkap salah seorang daripada ahli makmal di Osaka ialah agen Hte Sorvle. Kami ugut dia untuk mengaku siapa dia. Dia mengaku sebelum dia sendiri bunuh diri.”

            Isaac tergamam. Matanya membulat. Wjahanya bertukar merah. Penumbuk dikepal. “Kenapa baru sekarang kau orang bagi tahu aku?!”

            Aleksei terdiam. Jika Tuan Muda naik angin, dia juga jadi kecut perut.

            “Just be careful Isaac,” Prof. Masahiro memberi pesan. Wajahnya serius. “There will be Htre Sorvle anywhere around you. I’m sure, they’re in The Prince too.”

 

 

 

 

 

Akan bersambung.

 

 

apa kata anda~
silalah komen, sila sila ^_^


Comments

  1. Ohhh godddddddd emma and isaac my goddddddd!!! Macam biasa, tak pernah kecewa and i love it sooo much!!

    ReplyDelete
  2. adumakk tak sabar ep 4 😭😭😭🥺🥺🥺🥺🥺

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH BESTNYAAAA, MINDBLOWING GILA KUT STARTING PLOT CITA NI MASYA ALLAH

    ReplyDelete
  4. Isaac buat saya terpaku😝btw suami saya mmg super duper charming 🤣❤️

    ReplyDelete
  5. Setan kecik made my day kak el HAHAHAHAHAH 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  6. KAK ELLLLLLLLLLLLLLLLLLL EBXJEKDKWKKCENFJKSKFNRTK4KFKEKKR 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻😭😭😭😭💗💗💗💗

    ReplyDelete
  7. I luv how the story flow, all of sudden Issac jadi saintis n extra third princes?! wow, n I wonder what will happen to the world n his relationship with emma aft virus espada created😳😳👍

    ReplyDelete
  8. Terbaik kak El, saya tak tahu nak tulis apa lagi. Hahahah.

    ReplyDelete
  9. Thanks for update 💋

    ReplyDelete
  10. Ya Allah bab ni best sangat. Hte sorvle pun mncul.. 😍😍😍😍Berkelip kelipa mata... Wowwwwwwwwwwm. Mmmmmm

    Keep it up kak el. 😍❤️

    ReplyDelete
  11. ahhhhh next level bethol kak el punya plot👏😩

    ReplyDelete
  12. KAK EL PUNYA HEROIN MEMANG TAK LEH LARI INNOCENT BADASS HOT CUTE GIRL HAHAHA AAAAE EEEEEEEEEE 💗💗💗💗💗💗💗😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  13. Ya Ampuuuuun HAHAHHAHAHA JANGAN LA CAKAP EMMA TU GENG HTE SORVLE HAHAHAHA OH MY

    ReplyDelete
  14. Menyesal pula baca awal. Patutnya tunggu next chapter keluar.

    AAAAAAAAAAAAAA MENYESALLL.

    BTW, have a nice day, sweet author!

    ReplyDelete
  15. Penuh konspirasi uuuuuu~ best

    ReplyDelete
  16. like always cerite kak el sentiase berkait ade Hte Sorvle pulak ..hahaha
    kak el sentiase power make a scene hahaha best ...excited nak tunggu next chapter

    ReplyDelete
  17. wahh, bestnyaaaa. I was so happy seeing this updated!

    ReplyDelete
  18. uwaaaaaaah mr strangeeeeeeee

    ReplyDelete
  19. Suka suka suka. Hehe waiting for next update

    ReplyDelete
  20. aaaa loveeeee kakell 🤩🤍🤍🤍🤍🤍

    ReplyDelete
  21. Omaigaddd i really love it...

    Hte sorvle- teringat dekat eva & khan

    ReplyDelete
  22. Ada hte sorvle ni lagi interestingggg. And saya rasa kak el mcm kaitkan sikit dgn kehidupan kita sekarang kan

    ReplyDelete
  23. PURRRRR SOOO IN LOVE! ❤️

    Emma dan Isaac sumpah nakal :p dan so suprised bila Isaac jadi saintis and and buat ulah dengan cipta virus omgggggg *dramatically fainted*

    ReplyDelete
  24. TOO GOODDD TO BE TELL KAK EL ❤️❤️❤️ KEEP IT UP MUAHHH ��

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Oh nooooo ..rindu Hte Sorvle

    ReplyDelete
  27. Eiii siapa senyum sorang²tu><

    ReplyDelete
  28. Besstt sangat!!! ��������

    ReplyDelete
  29. OH GOD KAK EL MIND BLOWING SUNGGUH DJRIWRKLDDMNF

    ReplyDelete
  30. Akak my mind full of your work rn... OH MY ALLAH😭

    ReplyDelete
  31. rindu Qaden dan Evaaa!! Ig Qaden is one if the prince too? 👀💋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waitt, where can I read thisss pleasee😭

      Delete
  32. Alamakk 2 paperr lgii tpii xleh tahan nak baca SAS nii 😌😌😆😆😆

    ReplyDelete
  33. KAKELLLLL AAAAA3WWWMNSHNEKSKNSBDNFJNFNVNFHJRHWJDNCVXNSJ

    ReplyDelete
  34. That really mind blowing😳😳😳

    ReplyDelete
  35. bila baca story ni first perenggan sambil dengar lagu all about us by taylor swift ngam sangat!!! then dh sampai akhir perenggan lagu bad blood pulak keluar..perghhh makin danger this story will become. i''ll wait for the next

    ReplyDelete
  36. can't wait fr next part🤗♥️♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part 4 dengan 5 memang takde ke ? kak el up sampai 3 je ?

      Delete
  37. Uwauuuuuu...ada cerita lain yang related!!!! Okeyh let's mind-blowing together guyss⚔️🎉🎊

    ReplyDelete
  38. Emma fights for justice. And now, Isaac seems want to do something illegal HEHEHEH well, opposites attract yeah~
    eeee tashabarnyaa nak tau nextt, thank youu kak ell T^T

    ReplyDelete

Post a Comment

My stories are your sweet sweet nightmares.