Beautiful Disaster


Mata aku masih melekat pada wajahnya. Wajahnya yang tenang menghadap para tetamu, tok imam dan di belakangnya, yang duduk di atas kusyen putih itu.. Trisya, tunangnya. Atau mungkin lebih tepat, bakal isterinya yang akan menjadi isteri beberapa minit seketika lagi.
Untuk kenyataan itu, ada sesuatu yang menghentak dada aku.
Sakit.

You are the shadow to my light,
Another stars—you fade away

Tanpa aku sedar, mata aku dan sepasang mata dia bertemu. Matanya yang sungguh violet di bawah imaginasi yang tidak pernah diakui realiti. Mata yang pernah menjadi beautiful escape bagi aku. Mata yang sungguh sakti sehingga renungannya kini memecahkan mutiara kaca di tubir aku.

Dan mutiara berkaca itu menghangat.

Sama hangatnya dengan satu rasa yang meresap ke dalam jiwa aku kini.
Aidan tidak berkelip merenung aku. Ada sesuatu yang mahu ditafsirkan dari pandangan mata itu. Ada sesuatu yang membuatkan dia mengunci gerak pupil aku sehinggakan di sekeliling kami yang wujud hanya hitam dan putih dan kami.

Kami.

Definisinya terasa indah, tetapi apabila ditelan realitinya, hujung kulit aku dapat terasa ada percikan dosa yang membakar aku dari neraka.
Dia abang kau, Ana. Otak aku menjerit dan semakin lama, jeritan ini semakin kuat. Dia abang kandung kau. Aku kalihkan pandangan aku darinya selaju mungkin dan serentak dengan itu, air mata aku jatuh.

Haha.

Idiot.

Buat apa nak sedih? Sedih sangat ke tengok abang kandung kau nak kahwin?
Aku dan Adan, abang kandung aku ialah anak kembar. Patutlah, budak restaurant tempoh hari kata wajah kami serupa.Aku patut sedar perihal ini kerana Adan pernah cerita yang mummy Suzy ada seorang lagi anak tetapi anak itu hilang—atau lebih tepatnya dihantar ke rumah anak yatim di London, atas sebab yang..

..tidak bisa diterima akal.

“Ana nak pergi mana?” mummy Suzy menegur aku yang tanpa sedar, sudah bangun dari tempat duduk aku. Entah kenapa, kali ini mata mereka semua yang di situ merenung aku dengan pelbagai tafsiran pandangan. Mummzy Suzy menyentuh lengan aku, “Tunggu abang Adan itu”

Abang Adan? Ya, dia memang abang kandung aku. Aku sentiasa cuba untu berlagak di hadapan semua orang yang aku boleh terima keluarga baru ini tetapi untuk terima Adan dalam hidup aku sebagai abang kandung aku..

..ianya tak mudah bagi aku.

Ya Allah, sakitnya hati aku. Hujung jemari aku menggenggam tepi baju kurung aku. Kuat. Seolah-olah dengan menggenggam, aku akan dapat kekuatan baharu. Kenapa dia yang harus jadi abang andung aku? Kenapa?

“Ana..” aku rendahkan suara aku yang pecah ini suapaya mereka tidak dengar sangat gelojak perasaan aku ini, “..Anak nak ambil angin kejap”
Dan tanpa memandang ibu lagi, aku keluar.Keluar dari situ. Kunci kereta yang sedari tadi aku genggam. Langkah aku semakin laju dan laju sehingga pandangan aku dan air mata yang tidak lagi membeku di tubir bersatu bersama-sama angin. Air mata aku tumpah.

Sakitnya jiwa.

Kenapa aku harus jatuh cinta pada abang kandung aku sendiri?

Kenapa?

Aku tidak tahu kemana lagi aku mahu pergi, tetapi yang aku tahu, aku mahu lari dari realiti yang hodoh ini. Aku mahu cari beautiful escape aku yang abadi dan aku tahu, tempatnya mungkin bukan di sini.

Aku mahu lari.

Escape.


**

Masihkah kau ingat lagi?
Ada suatu ketika,
Seorang gadis terjatuh cinta
Pada cinta yang tidak halal pada darah baginya?
Oh, sakitnya jiwa.

Masihkah kau tidak lupa,
Pada suatu hikayat
Diceritakan kisah cinta dongenan
Cinta yang tidak harusnya dihembus takdir
Namun—
Nafas perit takdir itu tetap aku hirup
Hirup sehingga aku sakit
Terlalu..
Terlalu sakit.

Barangkali kau mahu baca cerita ini lagi,
Barangkali kau tidak penat untuk dicucuk pisau hikayat aku lagi
Barangkali..
Ini yang kau minta—
Jadi, aku beri.

Beautiful Disaster.


**

Sebulan sebelum.

“Takkanlah Adan nak kahwin dengan Trisya minggu depan” Daddy menegur Adan yang duduk di hujung sofa yang sedang membelek telefon pintarnya. Mummy Suzy juga beriak wajah yang sama seperti Daddy—risau. Malngnya, Adan langsung tidak mengangkat muka untuk merenung wajah mereka.

Dia hanya menunduk dengan telefonnya. Riaknya selamba.
Tetapi aku tahu, aku tahu yang dia cuba mengelak dari bertentangan mata dengan aku. Aku tahu yang dia benci apabila aku diajak sekali untuk berbincang tentang perkara ini. Aku tahu, dia bencikan aku.

Atau mungkin,lebih tepat lagi, dia cuba bencikan aku.

Sudah lama, aku tidak mendengar suara dan bisikannya dalam fikiran aku. Dia seperti menghalang dirinya daripada ber ‘telepati’ dengan aku dan terkadang, aku cuba untuk membaca ‘fikiran’ dia tetapi aku tahu, dia sudah tinggikan mental shield nya.

Barangkali, dia benar-benar mahu pupuskan aku dari kehidupannya.

“Apa salahnya” dia menjawab selamba. Kali ini, matanya tertarik merenung ke wajah daddy dan beralih ke wajah mummy Suzy. Bibirnya mengukir senyum tenang, “Adan dah cukup duit. Dah ada kereta sendiri, Adan baru sahaja beli pent-house area Wangsa Maju. Adan dah lama plan benda ini.”

“Tapi, kita kena buat banyak persiapan untuk majlis bernikah.. bersanding..” daddy mencantas laju kata-katanya.

“Make it easy, daddy” dia senyum tenang. “Nikah. No wedding reception. I don’t mind about it at all.”

“Tapi itu adat orang melayu..”

“And I’m not originally a malay” dia menjawab angkuh dan langsung tidak sedar akan wajah pedih yang terpampar di wajah daddy. Senyuman sinisnya terdampar di bibir, “And we don’t need anything but nikah cara islam. And I thought, I’m gonna bring my wife to permanently stay in London after this. Rumah kat wangsa maju itu just temperoray sahaja kut”

Selamba.

Sangat selamba dia menyusun takdirnya,

“Adan, kenapa tiba-tiba aje ni?” Mummy Suzy sudah mengurut pelipisnya. “Look Adan, Kalau Adan nak juga kahwin dengan Trisya itu, kena tunggu hujung bulan ini. By hook or crook, we must follow the traditional custom.”

“But..” baru sahaja lelaki itu mahu melawan kata-kata mummy, Daddy sudah mendahuluinya.

“Don’t think only about yourself” suara daddy tegas. “If you don’t really care about the wedding reception and all our traditional custom just because you’re not originally a malay, Adan, I guess, Trisya will disagree with that. She’s a malay and she has a family here.” Suara daddy meninggi pada Adan—buat pertama kalinya. Matanya memandang anak tirinya itu tajam, “Apa keluarga dia cakap nanti?”

Adan menghelakan nafas berat. Wajahnya tidak lagi senyum.
Aku hanya diam dan mendengar. Tidak tahu untuk membalas apa kerana keadaan di anatar kami berempat menjadi semkain tegang. Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan aku rasa, ringan sahaja bibir aku untuk bersuara.

“Lagipun..”
Tiga pasang mata yang lain memandang aku.

Dan di antara tiga pasang itu, pandangan mata Adan yang membuatkan jantung aku bergetar. Pandangan kami bertemu dan mata aku terkunci sepenuhnya pada dua pasanga violet itu. Riak wajahnya juga berubah.

Sungguh, perasaan apakah ini?

“Lagipun?” Daddy menyoal setelah lama aku berjeda dan sekaligus membuatkan pandangan aku dan Adan terputus.

Aku berdehem.

“Anas baru meninggal.” Mata aku jatuh pada jemari aku sendiri. Bibir aku memberat dengan getaran yang sama pedihnya dengan hati aku apabila nama Anas disebut.

Dan seterusnya, kedengaran nafas Adan mendesah tajam di udara. “Screw it” dia bangun dari duduk dan bergerak ke arah aku. Wajahnya tegang dan dengan sekelip mata sahaja, aku dapat rasakan lengan aku dipegang kasar dan ditarik untuk bangun. Cengkamannya pada lengan aku semakin kuat, “Kau bangun sekarang!”

Bahu aku terhinjut apabila ditengkin.

Mata aku terkelip laju. Hati aku semakin pedih apabila ditengkin dan cengkamannya semakin menyakitkan.

“Adan! Apa ini?” mummy Suzy menarik tangannya di lengan aku tetapi Daddy menarik mummy Suzy menjauhi Adan.

Dan kini, hanya sepasang matanya merenung aku tajam—dengan penuh kebencian.

“Kau ingat, kalau dia mati, aku kena stop teruskan hidup aku ke?!” dan lengan aku dicengkam lebih kuat. Tembusan renungannya yang seperti belati seolah-olah merapuhkan lagi mata aku yang berkaca. “Kau ingat kalau dia hidup balik, kita boleh ubah takdir kita ke, Ana?!”

“Adan!” suara mummy Suzy pecah dengan tangisan. “What has gotten into you?!” dan dia menarik tubuh Adan dari aku tetapi Adan langsung tidak bergerak. Matanya tetap pada wajah aku. Aku dapat mendengar esakan mummy Suzy dan suara Daddy yang memujuknya.

Tetapi masih, mata aku dan Adan bersatu.

Aku tidak tahu, sama ada daddy dan mummy faham erti setiap patah perkataannya pada aku tadi, tetapi biarlah hanya aku sahaja yang faham. Aku dapat rasakan seluruh tubuh aku lemah—lemah untuk menerima kenyataan yang walaupun Anas hidup, aku dan Adan tetap tidak akan bersatu.

Takkan.

“Kau cakap dengan aku, Ana..” dia menunduk sehingga nafasnya hampir menyentuh air mata aku yang jatuh ke pipi. “Kau cakap dengan aku, kalau aku boleh ubah takdir kau, takdir aku, kita tahu..” hujung suaranya perlahan dan ayatnya tergantung. Matanya tertembus merenung aku lebih tajam dan penuh dengan api, “..kita takkan mampu..” suaranya.. broken.

Dan disudut retinanya, ada mutiara yang menjernih tetapi ditahan oleh egonya.
Jantung aku berdetak lemah.

“..kita..” dia menunduk di tepi telinga aku dan berbisik perit, “Takkan mungkin bersatu”

Tubuh aku dilepaskan.

Dia berlalu dari situ.

Dan aku jatuh ke lantai seperti tiada tulang di tubuh aku dan hanya dikuatkan roh. Aku dapat rasakan air mata aku jatuh ke eperdemis kulit pipi aku. Setiap air mata itu seperti membakar jiwa aku dengan apinya yang tidak mungkin padam.Aku dapat rasakan tubuh hangat mummy Suzy memeluk aku dari belakang dan berbisik sesuatu ke telinga aku tetapi tidak aku dengari.

Aku tidak pasti jika daddy dan mummy dengar bisikannya pada aku, tetapi cukuplah jika kata-katanya, hanya aku seorang sahaja yang dengar. Cukuplah jika definisi ‘kami bersatu’ terasa seperti sangat salah.
Sangat salah.

“Ana..” suara daddy memanggil aku.
Aku angkat wajah aku—merenung daddy sayu. Dia hanya memberikan aku senyuman hambar sebelum bibirnya menutur sesuatu.

“Maakan abang kamu itu” dia menarik lengan aku untuk bangun. “Dia tak pernah macam itu”
Aku hanya mengangguk dan membisukan bibir ini dengan senyuman palsu.

“Tak apa” aku mengelap air mata aku. “Ana okey” dan senyuman aku terasa semakin hambar, “Ana okey..” dan aku ulangnya berkali-kali pada diri aku.

And the truth is, aku berbisik pada hati sendiri, Im not okay.

And the truth is, all lies are beautiful.

Ain’t it true after all?

**

Malam itu, adan langsung tidak turun untuk makan malam. Daddy dan mummy pula tidak bercerita apa-apa berkenaan dengannya kecuali, daddy beritahu aku, petang tadi, Adan sudah buat keputusan dan bersetuju untuk bernikah hujung bulan ini dan majlis dia akan berlangsung seminggu selepas itu.

Auch.

Sakitnya hati. Entah kenapa.

Haha. Adan nak kahwin dah.

Haha.

Ha ha..

Nafas yang berat aku hela. Pintu bilik aku yang tertutup, aku pandang. Pintu bilik aku—menghadap bintu bilik Adan. Hanya aku dan dia yang duduk di tingkat tiga ini. Sebenarnya, bilik aku bersebelahan dengan bilik arwah Anas. Mummy dan Daddy pula di tingkat tidur di master bed room tingkat dua kerana Daddy kata, dia tak larat nak naik tingkat tiga walaupun rumah ini sebenarnya ada lif.

Berada di bilik yang berhadapan dengan biliknya tidak ubah membuatkan gelojak hati aku semakin menggila. Aku tidak suka bila ada dekat dengannya, mungkin. Kerana, setiap kali aku dekat dengannya, otak aku sentiasa mengingatkan aku tentang siapa dirinya pada aku.

Abang kandung aku.

Malangnya, hati tidak mengenal realiti.
Hati ini tetap mahukan apa yang dimahukannya.
Iblis. Aku meraup wajah sendiri. Iblis sungguh nafsu hati ini. Dan mata aku jatuh semula pada hujung kaki aku yang aku biarkannya gayut pada sisi katil. Tidak mahu aku renung semula ke arah pintu itu.

Cukuplah apa yang terjadi hari ini.

Cukuplah.

Tiba-tiba bunyi pintu diketuk!

Fokus aku terus jatuh semula pada pintu tadi. Ada bayang-bayang jasad manusia yang slender di bawahnya. Hujung hidung aku menangkap bau jasmine da nada getaran meta fizik yang berlanggaran di udara seraya menghantar gelombang akal kepada hati aku. Dan aku kenal, siapa yang di hadapan pintu itu.

Adan.
Aku berdiri dari duduk. Telapak kaki ini menyentuh lantai bilik yang sebeku pendingin hawa. Barangkali sama bekunya dengan gerak kaki aku. Keliru. Patutkah aku buka pintu?

‘Aku nak jumpa kau’

Hati aku berdetak laju.

Sangat laju sehinggakan aku dapat rasa tekanan darah di bawah pembuluh darah aku. Suara garaunya datang bagaikan bisikan salju di kepala aku. Dah lama dia tidak ‘berbisik’ pada aku seperti ini. Dah lama ‘bond’ antara kami menyepi dan memudar bagaikan hanya kekosongan yang mengisi.
Bunyi ketukan semakin kuat!

Ana, open the fucking door’ keras suara dia.

Debaran jantung aku semakin menggila. Adrenalin menggesa kaki aku supaya terus berhambat ke almari dan mengambil tudung sarung aku. Rambut aku yang basah, aku masukkannya ke dalam baju di bahagian belakang dan terus aku sarungkan tudung.
Kaki aku, kini, berdiri dan hadapan pintu. Liur aku telan. Apa yang dia mahu lagi?tangan aku sudah mula memulas tombol pintu. Perlahan. Cukup perlahan gerak tangan aku sehingga terhenti pulasan itu sendiri.

Aku takut untuk buka pintu.

Ana’ suara dia lagi.

Dan pintu aku buka sepenuhnya.
Mata aku terus terpasak pada wajahnya. Dingin. Dia memandang aku sekilas sebelum pintu aku ditolak ke belakang. Dengan kasar, dia menerjah masuk ke dalam bilik aku dan pintu aku ditutup.
Hanya aku dan dia.

“Adan, apa yang awak buat ni?” aku menarik semula tombol pintu untuk membuka pintu sebelum dia tolak tubuh aku menjauhi pintu tadi, kasar. Aku pandang dia tajam, “What is eating your mind?!” suara aku bergetar. “Awak bodoh ke?! Berdua-duaan dalam bilik macam ini boleh buat mummy ngan daddy ingat kita ada apa-apa tahu tak?!”

Dan dia, seorang Adan, hanya menyandar tenang pada pintu. Memeluk tubuhnya sendiri dan matanya jatuh pada wajah aku. Bibirnya mengukir satu senyum sinis.

“They don’t care”

“But I care!” aku bercekak pinggang.

“Why would you give a damn care about it, anyway?!” kali ini ditinggikan suaranya pada aku. Dia sudah berdiri tegak dan melangkah mendekati aku. “Kenapa kau nak kisah?!” dan selangkah mendekati aku lagi.

Dua langkah itu juga aku kebelakang.

“Awak tak tahu hukum ke?” bibir aku bergetar.

Tiga langkah dia mendekati aku.

Tiga langkah aku berundur.

“So” dia ketawa sinis. “Apa hukumnya nak jumpa dengan adik kandung sendiri dalam bilik dia?”

Aku terdiam dan berhenti berundur.

“Ana, salah ke kalau aku nak cakap dengan adik kandung aku sendiri?” suaranya sinis. “Salah ke? Dan kalau betul kau terima aku sebagai abang kandung kau, kenapa pakai tudung bila depan aku” dia ketawa sinis yang sangat beracun. “We’re brother and sister anyway”

Ada nada cabaran dalam ayatnya.

We’re brother and sister.

Bagaikan terasa ada satu beban yang yang menghimpap hati aku. “Okey, fine” tubir mata aku panas. Hujung tangan aku menarik tudung aku dan terus aku campakkannya ke atas katil. Dada aku terasa sakit dengan apa yang aku buat kerana ianya terasa sangat salah. “Yes, we’re brother and sister” dan aku ulang ayatnya. Rambut aku yang basah kini terdedah sepnuhnya.

Nothing is wrong, right?

Air mata aku jatuh. But it does feels so wrong..

Matanya, wajahnya, bibirnya, seluruh alis wajahnya, aku pandang sayu, “Awak.. nak apa?” suara aku seperti berbisik pada bayu. Entah dia mendengar atau tidak, aku tidak kisah.
Matanya jatuh pada wajah rambut aku dan wajah aku. Bibirnya tidak menutur apa. Hanya matanya yang tertumpu pada aku. Dia seperti terkelu sendiri. Semakin lama dia dibenamkan dalam diamnya, semakin itu, aku rasa bersalah dan bagaikan ada syaitan yang berbisik di antara kami.

Dan segala-galanya terasa salah.

“Adan..” aku bersuara perlahan. “Apa awak nak?” soalan yang sama aku tujukan. Apabila sepasang mata aku merenung tepat pada matanya kembali, dia masih membatu di situ. Wajahnya kosong dan hanya merenung aku.

Lama.

Aku berpaling membelakanginya. Entah kenapa, aku rasa keadaan kami.. sangat salah. Seakan-akan dia bukan abang kandung aku. Tudung yang di atas katil tadi aku renung. Kenapa, kenapa aku rasa tercabar bila dia kata yang aku masih tak terima dia sebagai abang kandung aku?
Aku cuba.. cuba untuk terima semua ini.

“I’m getting married” hanya itu yang aku dengar dari bibirnya. Tanpa merenungnya, aku terus melangkah ke arah balkoni bilik aku yang terbuka—cuba membuka langkah ruang jauh dari dia.

“Congrat” aku menutur tanpa rasa.

Dari belakang, aku dapat rasakan yang dia mendekat beberapa langkah dan berhenti tepat di belakang aku. Aura yang dibedilnya ke udara membuatkan aku rasa semakin tidak selesa dengan kehadiran dia di sini. Gelojak hati aku semakin menggila. Aku cuba menahan rasa ini tetapi semakin aku tahan, semakin aku sakit.

Sakit sangat.

“I’m getting married..” dia mengulang lagi dan kali ini, aku dapat rasakan haba tubuhnya di belakang curas spina aku. “..with another woman” dan rambut di belakang telinga aku membuai, menampar pipi aku dari tepi. Bisikannya semakin dekat di bawah cuping, “Don’t you feel anything?”
Serentak dengan itu, aku maju beberapa langkah ke hadapan lagi. Menjauhinya lagi dan lagi. Aku mahu lari dari dia kerana aku tahu, dia cuba sakitkan hati aku. Dan aku tak pasti apa tujuannya.

Apa yang awak nak dari saya, Adan?

Setersunya, aku mendengar satu suara dalam kotak fikiran aku—suara yang menjawab deruan hati aku.

‘I want to hurt you so bad’

Seluruh badan aku beku.

Sebab kau langsung tak tunjuk sedikit pun perasaan kau’

Buku lima aku genggam. Dengan keadaan yang aku masih tidak berpaling darinya, mata aku jatuh pada lantai yang aku pijak. Dapat aku lihat bayang-banyangnya yang berdiri di belakang aku.
Keadaan kami terus begitu—sepi tanpa suara.

Apa yang awak expect daripada saya? Mata aku terpejam sejenak. Nafas, cuba aku tarik. Apa yang awak nak saya buat untuk awak, Adan?

‘Do you love me?’

Hujung kaki aku membeku.

"Ana” dia bersuara dari belakang. “Do you love me?”

“No” hujung lidah aku perit apabila sepatah kata itu aku tuturkan. “Never” dan aku palingkan tubuh aku menghadapnya sebelum..

PAP!

Tubuh aku ditolak ke dinding.

“Adan!” aku menjerit dan tanpa sempat aku menahan tangannya yang mencengkam kedua-dua belah tangan aku, aku dapat rasakan kepala lututnya menekan kuat peha aku ke dinding sehingga aku sepenuhnya terkunci. Aku pandang dia tajam, “Apa yang awak buat ni, are you out of your mi—“

Mulut aku ditekup kuat.

“Listen” sepasang mata violetnya merenung aku. Hangat. “Aku tahu, kau rasa apa yang aku rasa, rasa salah. Aku tahu kau rasa yang seolah-olah hubungan antara kau dengan aku, salah. Aku tak rasa kau ini macam adik kandung aku”

Tapi awak tetap abang kandung saya, Adan. Mata aku merenung sepasang matanya sayu. Awak tetap darah daging saya, Adan. Tubir mata aku berair dan air mata aku jatuh ke pipi dan terus mengena setiap jemarinya yang menekup bibir aku.

Wajahnya berubah sebelum..

“FCUK IT!!”

BUM! Dinding di tepi aku ditumbuk.

Jantung aku terhenti.

“KAU BUKAN ADIK AKU!” dan dinding ditumbuk lagi dan lagi, “KAU BUKAN DARAH DAGING AKU..” dan dentuman dinding semakin mengerikan aku sehingga aku hanya membantu di dinding dengan air mata yang mengering.

Tubuh aku yang dicengkamnya dilepaskan.

Dia jatuh melutut ke lantai. Menunduk di hadapan kaki aku. Tangannya yang bengkak menggenggam penumbuknya sendiri. Separuh wajahnya ditutup rambutnya. Desahan nafasnya semakin kuat dan belakang bahunya berombak dengan geloranya sendiri.
Masa terus memaku jeda natara kami sehingga aku langsung tidak bergerak dari dinding tadi.

Sepi.

“Ad.. Adan..” bibir aku terketar memanggil namanya. Perlahan-lahan aku melutut sama dihadapannya. Air mata aku masih berkaca di tubir. Wajahnya cuba aku intai tetapi dia tertutup sepenuhnya dengan keadaan dia menunduk. Sekali lagi, perlahan-lahan, jemari aku mencapai tangannya yang menumbuk dinding tadi.

Dia masih membatu.
Tangannya masih keras dengan genggaman buku limanya sehingga urat timbul di lengan. Kedua-dua jemari aku, tanpa rasa teragak-agak, aku bawakan jemari aku mengusap genggaman buku lima itu sehingga tegangan uratnya menjadi lembut.

Dia mengangkat wajah—merenung aku.

“Adan, awak tak perlu buat macam ini” dan aku tarik jemarinya rapat ke bibir aku, “Awak.. abang saya..” dan aku kucup jemarinya, “Saya sayang awak..” dan aku menunduk,mengucupkan tangannya yang bengkak itu, “..macam abang saya, Adan” dan lama bibir aku berlabuh di situ.
Seakan-akan aku cuba mengucup tangannya seperti seorang adik kepada abangnya.

Tetapi segala-galanya rasa seperti tidak kena.

“But I don’t”

Suara Adan perlahan tetapi cukup bagi aku untuk didengar di dalam atmosfera antara kami. Wajah aku, aku angkat dari tangannya. Dia memandang aku dengan kolam matanya yang membundar kosong. Warna violet di matanya pudar.

“I love you” dia menarik tangannya dari sentuhan aku, “bukan sebagai seorang adik. Bukan” dan bibirnya tersenyum sinis—barangkali senyumannya pada dirinya sendiri, “Because I can’t. It feels wrong to love you like my own sister. And when you kissed my hand, I don’t feel that touch like a sister love for his brother. I feel like, it’s more than that. It feels so wrong, Ana” suaranya mengendur. 

“It feels so wrong” dan dia mengulang lagi.

“Adan, kita kena cuba jadi macam adik beradik lain yang normal” aku tersenyum hambar. “Though it hurted” dan senyuman aku semakin pudar.

Because, to be honest, I don’t want you as my brother. Aku tinggikan ‘mental shield’ aku supaya dia tidak dapat mendengar suara akal aku. Mata aku jatuh pada jemari aku sendiri. Sedaya upaya, aku cuba untuk menghalang diri aku dari tenggelam ke dalam renungannya. Kenapa kau kena jadi abang aku, Adan?

Hujung mata aku menangkap tubuhnya yang sudah bangun dari melutut. Tetapi, dia masih berdiri di hadapan aku dan seperti memaksa aku mereung ke arah wajahnya.

Bangun’

Aku bangun dari melutut. Tidak pernah aku sukakan orang untuk mengarah aku sebelum ini dan mungkin bodoh jika aku katakan, lelaki di hadapan aku ini sentiasa mampu untuk mengawal akal dan linguistic tubuh aku. Llekai ini juga sentiasa mampu masuk ke dalam akal fizik aku.

“Ana, aku..” dia mendekat setapak. Kedua-dua tangannya jatuh di atas bahu aku—lembut dan tidak kasar seperti sebelum ini. Bibirnya seperti teragak-agak dalam menutur sesuatu, “..aku minta maaf”
Ibu jarinya mengusap tepi bahu aku.

“I will try.. to accept you as my sister” tangannya dijatuhkan semula ke sisi tubuhnya. “Tapi, aku ada satu permintaan”

Jeda.

Aku menunggu sambungan patah katanya dengan debaran adrenalin yang berkocak kuat di dada.

“I want to spend three days with you” dia ukirkan senyuman segaris. Senyuman yang tampak penuh misteri. “Three days, only with you. Somewhere beautiful, somewhere, far away from this beautiful disaster that we had. Three days only with you dan lepas tiga hari, aku akan pergi dari hidup kau dan aku tidak akan kacau hidup kau lepas aku menikah dengan Trisya. Aku akan lupakan every single things about you..” setiap patah perkataannya ditekan, dijelaskan dan menusuk ke dalam hati aku. “..dan dalam tiga hari itu, aku tak nak kau wujud sebagai adik kandung aku.”

“Huh?” mata aku terkelip laju.

Dia memandang aku dengan senyuman.. tajam. “I want you as my lover. Three days relationship with me, only three days Ana. I want to fall in love with you and I want you for three days. I will give you my love and all my soul for three days.” Jemarinya mencapai tangan aku. “Please, Ana..” dan jemari aku diusap, “I want your love for three days dan aku janji aku tak akan ganggu kau lepas ini. Kau akan jadi adik kandung aku for the rest of my life except for three days.”

Three days.

Ya Allah. Hati aku berbisik sendiri. Berdosakah kalau aku terima? Matanya aku pandang lagi. Dia seperti merayu dengan penuh harapan. Ya Allah.. dia abang kandung aku tapi..

“Three days?” aku menyoalnya. “Dan awak lupakan segala perasaan kita dan layan saya macam adik awak? Janji?”

Dia mengukir senyum ikhlas—buat pertama kalinya selepas Anas meninggal. Dia menganggukkan kepalanya. Jemari aku digenggam erat lagi. Aku tidak pasti jika sentuhannya di jemari aku ini sebagai seorang abang atau sebaliknya. “Three days to escape form reality” dan dia mendekat dan dagu aku dipagut.

Mata kami bertemu.

“Three day..” bibir aku kertap. “..to where?”

Bibir merahnya mengukir senyum. Dagu aku yang dipagut diusap lembut sebelum bibirnya jatuh pada dahi aku. Lama. Sangat lama sehinggakan nafasnya seperti bersatu dengan eperdemis kulit aku.
Adakan seorang abang akan mengucup dahi adiknya begini?

“Adan” tangan menolak dadanya tetapi dia tidak bergerak.

“Three days, adik sayang” dia berbisik di hadapan wajah aku. “Three days to our beautiful escape”

Our Beautiful Escape.


---Next; Beautiful Sins--

Beautiful series ni limited ya. Kita up kan dia kejap je lepas itu kita simpan balik. (Well, you know me) dan aku buka balik blog sebab benda ni je sebab tiba-tiba baru teringat yang ada janji yang belum dilunaskan.






Comments

  1. Okeyyy...nk beautiful sins pulak...xsbar nie....best sgt2..love it

    ReplyDelete
  2. Thanks kak el sebab update beautiful escape 2 😭😭😭😭sedhnyaa

    ReplyDelete
  3. 😭😭😭 I can t wait to know what happen dalam msa 3 hari tu. Btw thanks kak el love u 😘.

    ReplyDelete
  4. Sedihnya...tpi kenapa kak el nk close this blog?and kenapa nk simpan ?semua cerita kak el best2,tk snggup klu ianya tutp...arrghh

    ReplyDelete
  5. Missin' you kak el huhu hope you're doing well ✨��

    ReplyDelete
  6. Allah yuftah alaikum kak el, may Allah ease everything for you, stay strong kπŸ’ͺπŸΌπŸ’œ

    ReplyDelete
  7. terima kasihh kak el, hope you're doing well

    ReplyDelete

Post a Comment

My stories are your sweet sweet nightmares.

Popular posts from this blog

Beautiful Escape (Full)

Sweet and Strange: 1

Sweet and Strange: 2