Beautiful Sins
Pagi
seterusnya, selepas solat subuh, aku terus turun ke dapur untuk membantu mummy
Suzy menyediakan sarapan. Dia sibuk menyuruh aku untuk mengajarnya masak nasi
goreng kampung. Walaupun ‘skill’ masak aku ini tak lah sehebat Chef Wan, tetapi
bolelah kut kalau aku nak masakkan ‘nasi goreng kampung campak-campak’ untuk
mereka semua. Lagipun, selama sebulan aku bercuti sebelum dapat keputusan
university mana yang aku akan sambung Master dalam bidang psikologi ini, aku
mahu luangkan sepenuhnya masa aku dengan keluarga kandung aku.
Dan selepas
sebulan ini..
..selepas Adan
berkahwin, aku mahu hilang dari keluarga ini. Mungkin, aku tidak mahu kembali
ke bumi Malaysia ini. Aku mahu berhijrah ke seberang. Aku mahu hidup seorang
diri dan kemungkinan yang sama, aku akan tinggalkan juga keluarga angkat aku.
Aku bukan mahu lupakan jasa mereka tetapi, aku perlukan ruang untuk diri aku.
Tiba-tiba
teringat pada arwah kak Aina. Alangkah bagusnya kalau kami sempat membesar
bersama-sama. Pasti, kak Aina lebih sesuai untuk jadi adik kandung Adan. Dengan
matanya yang biru dan wajahnya yang betul-betul seperti orang barat berbanding
aku, kalau dibandingkan dia dan aku, mesti mummy Suzy akan lebih percaya yang
dialah anak kandungnya.
Tapi
hakikatnya, akulah anak kandung mummy Suzy dan adik kandung.. Adan.
“Jauhnya
termenung” mummy Suzy menegur aku dari tepi. Aku tersedar, seraya berpaling ke
arahnya dan secubit senyuman kecil aku berikan. Mummy Suzy mengintai nasi
goreng di dalam kuali aku, “Jauh sangat termenung, nanti hangit pula nasi bawah
tu”
Aku tarik
sengih. “Eh mana ada termenung lama sangat, baru je mula termenung tadi lepas
itu, mummy kacau”
Habis aje ayat
aku, pipi aku terus ditariknya sehingga aku terjerit kecil.
“Nakal ya Ana
ni!”
Tawa aku pecah.
Mummy terus menolak aku ke tepi. Sudip dirampas, “Mummy nak goreng ikan, nasi
goreng ni biar mummy yang tengokkan. Ana boleh tolong mummy tak?”
Aku bergerak ke
sinki. “Tolong apa, mummy?” dan jemari aku, aku basuh dengan sabun. “Nak masak
apa-apa lagi ke?”
“Tak, Adan
minta tolong mummy ikatkan tie dia. Dia tu memang manja, dari kecil tak nak
belajar ikat tie sendiri.” Suaranya jelas kedengaran di telinga aku. “Mummy
malas nak naik dah. Budak itu memang manja, bukan dia yang nak turun suruh kita
ikatkan tie, kita pula yang kena naik tingkat tiga tu. Alang-alang Ana dekat
sini, tolonglah ikatkan tie abang awak itu.” Setiap patah arahannya membuatkan
aku terkedu. Dia menyambung, “Ana tahu ikatkan tie tak?”
Bibir aku kelu.
“Mummy ingat
lagi, Arwah Anas kata, dia suka Ana sebab Ana pandai masak, pandai ikatkan
tie.. belajar pun pandai..” wajah mummy bertukar sayu. “Bestnya kalau Anas dan
Ana boleh bersama kembali”
Hati aku
berdetak pedih.
“Mummy, Anas
dah tak ada” suara aku, broken. Hujung mata aku mula pedih. Satu rasa bersalah
seakan-akan menghimpap hati aku. Terasa seperti aku ini jahat dan murah. Waktu
Anas ada dulu.. aku seperti curang dengannya apabila aku bersama Adan.
Ya Allah,
adakah ini semua balasan?
“Mummy pernah
terfikir dulu, kalau Ana ini bukan adik Adan, sudah lama mummy satukan Adan
dengan Ana”
Ayat mummy buat
aku tersentap.
“Mummy..”
seluruh tubuh aku lemah. “..tak baik kita ber’kalau’ dengan takdir tuhan”
setiap patah perkataan yang aku tuturkan seperti memberat di anak tekak. Terasa
dada aku memberat untuk menerima ayat aku sendiri kerana aku juga seperti cuba
tidak meletakkan apa-apa tanda soal pada noktah yang disaktahkan Tuhan pada
takdir aku.
“Maafkan mummy,
Ana..” mummy senyum hambar. Lengan aku dipegang lembut. “Dah lah, Ana pergi
tolong ikatkan tie Adan ya. Dia tengah tunggu itu. Mummy kata, nanti mummy
suruh Ana yang buatkan”
Sekali lagi,
perut aku seperti memulas. Damn, kena hadap dia lagi? Tiba-tiba teringat
pada ‘Three days to beautiful escape’ yang dia janjikan semalam. Hati aku mula
rasa bersalah dengan rasa berdosa yang amat sangat. Dia abang aku dan untuk
biarkan perasaan cinta itu wujud walaupun selama tiga hari, ianya seperti
sesuatu yang sangat salah.
But three days
to fall in love won’t matter, right? Aku
berbisik sendiri. Only three days.
“Ana?” mummy
menarik aku semula ke bumi realiti.
Aku pandang
wajahnya dengan senyuman, “Okey, Ana naik dulu ya?” dan berpaling daripadanya,
kaki aku melangkah mendaki anak tangga. Berat—setiap langkah aku amat berat.
Dan tanpa
sedar, aku sudah pun sampai di hadapan pintunya yang terbuka.
Mata aku
terangkat pada satu figura yang sedang berdiri di membelakangi balkoni
biliknya—menghadap aku. Rambut hitamnya yang dahulu panjang sudah dipotong
kemas. Kulitnya yang dahulu putih pucat kini tampak lebih kuning langsat.
Jambangnya yang dahulu bersisa, sudah dicukur licin sehingga menampakkan hanya
kulitnya yang mulus. Matanya yang dahulu pudar, kini merenung aku dengan warna
violet yang segar dan bibir merahnya..
..mengukir
senyum pada aku.
“I’ve been
waiting for you, love” suaranya penuh sensual.
Ritma jantung
aku menjadi senjata bisikan Lucifer.
**
“Mana tie?”
soal aku dengan suara yang sangat perlahan. Mata aku mencari tie yang mahu
dipakainya tanpa memandang dia. Kaki aku melangkah ke arah almari bajunya.
“Tolong
pilihkan” suaranya dari belakang aku.
Aku dapat
rasakan, lirikan matanya meneliti setiap pergerakan aku. Setiap kali itu juga,
jantung aku berdebar. Dan tangan aku yang memegang pintu gelangsar almarinya
juga menggeletar tetapi dengan sedaya upaya, aku cuba tahan rasa ini.
“Almari
bahagian mana?” aku melutut di hadapan almari.
“Dekat bawah”
jawapnya dua patah.
Laju sahaja aku
buka almarinya dan..
Terkedu.
Baju melayu,
baju nikah yang sudah tersedia dalam plastic menjadi tatapan mata aku. Di sebelahnya,
ada baju pengantin perempuan. Tertanya juga aku mengapa baju pengantin
perempuan ada di sini. Mungkin, dia yang tolong simpankan untuk Trisya.
Pandangan aku alihkan ke bahagian bawah almari.
“Saya tak tahu
warna apa yang awak suka” aku menutur tanpa berpaling ke belakang—ke arahnya.
“Baju awak warna biru muda, awak nak warna apa?”
“Warna yang kau
suka dan rasa sesuai”
Jawapannya
mudah. Aku tidak tahu apa yang ada di fikirannya tikala ini tetapi aku hanya
menurut.Tie berwarna argentum yang berjalur hitam aku pilih. Sebaik sahaja
fabric kain itu menyentuh tangan aku, bau Jasmine mencengkam rongga hidung aku.
Tanpa teragak-agak, aku berpaling ke arah dia..
..dia yang
sedang merenung aku tepat pada mata.
“Saya pilih
yang ni” aku kalihkan pandangan mata aku pada tie di tangan. “Kalau saya
ikatkan dulu dekat tangan lepas itu, awak ikat kemaskan sendiri dekat leher,
boleh?”
“Tak boleh”
Dengan itu,
laju sahaja aku pandang wajahnya. Dia mendekati aku, beberapa langkah sehingga
dia betul-betul di hadapan wajah aku. Matanya jatuh pada tie di tangan aku
sebelum jatuh pada wajah aku. Pada mata aku. Tepat pada mata aku.
“Aku nak kau
pakaikan”
“Tapi..”
“We’re brother
and sister, right?” sinis sahaja senyuman itu berlalu di bibirnya.
Fine.
Aku terdiam.
Rambut depan aku yang jatuh ke tepi dahi, aku biarkannya menutup separuh wajah
aku. Aku tak mahu dia lihat wajah aku tikala ini. Wajah yang rapuh dengan
perasaan yang berkecamuk di dalamnya. Mata aku jatuh pada tie di tangan. Perlahan-lahan,
aku rapatkan tubuh aku pada jasadnya, dan hujung ibu jari aku menjingkit
sebelum Tie di tangan aku, aku bawa ke lehernya.
Dadanya
berombak diluar myogenic.
“No limit in the sky that I won’t fly for ya” suaranya halus seperti berbisik dan beritma. “No amount of tears
that I won’t cry for ya” tangan aku pada tie di leher dan dadanya menggeletar.
Suaranya halus berbisik di hadapan wajah ini, “With every breath that I take..”
hujung mata aku menangkap senyuman kecilnya. “..I want you to share the air
with me”
Aku tak pernah
tahu dia layan lagu Justin Bieber-2U.
Tetapi itu
langsung tidak menenangkan hati aku. Setiap patah lirik itu bagaikan mesej
tersembunyi.
Gerakan tangan
aku semakin perlahan setiap kali aku tersedar, renungan matanya pada wajah aku
langsung tidak berkalih walau sesaat. Setiap renungannya bagaikan membunuh aku
dengan nafas yang tidak mampu aku hirup dan hembuskan lagi. Segala-agalanya
enigma tentang rasa ini.
“There’s no
promise that I won’t keep” suaranya jelas kedengaran di tepi telinga aku. Dia
masih dengan bait lirik yang bertinta sesuatu yang tidak mampu aku tafsir.
“I’ll climb a mountain, there’s none to steep”
Slang British
nya pekat di hujung lidah.
Nafas hangatnya semakin menyentuh wajah aku, “When it comes to you..” suaranya
berlemak dan penuh dengan simfoni yang membuatkan aku hampir leka di dalamnya.
“There’s no crime..”
Tangan aku
berhenti mengikat tie di lehernya. Mata aku terangkat ke arah sepasang violet
itu.
Bibir merahnya
yang basah dan segar mengukir senyum, “Let’s take both of our soul..” hujung
jemarinya naik pada wajah aku. Rambut hadapan aku yang menutup separuh wajah
aku diselak ke tepi sebelum bibirnya menyambung baik lirik tadi, “..and
interwine” jarinya jatuh dari tepi telinga aku terus ke dagu aku yang dipagut,
“When it comes.. to you..” dia menunduk, “Don’t be blind..” kolam anak mata
berbintangkan violet itu seperti cuba melemaskan aku, bau jasmine nafasnya menghembus
di hadapan pucuk hidung aku, “Watch me speak from my heart..” dan nafas jasmine
nya semakin menenggelamkan ruang nasal aku, “When it comes to you..” dan dia
semakin menunduk..
Sepantas kilat,
tie di lehernya aku tarik dan kemaskan sebelum dadanya aku tolak laju.
“Dah siap”
Dua patah
perkataan dari aku, dan dia tersedar.
Jantung aku
berdegup kencang. Sangat kencang sehinggakan aku takut jika dia mendengarnya.
Pipi aku yang panas cuba aku sorokkan dan aku palingkan wajah darinya. Melihat
dia yang masih diam dan seperti terpana, aku berdehem,“Saya keluar dulu” dan
tubuh aku palingkan darinya.
Baru selangkah
aku menjauhinya, pergelangan tangan aku dicapai dari belakang.
Telapak kaki aku
yang menyentuh lantai dingin ini terhenti dan membeku.
“Ana, Is it
wrong..” suaranya perlahan. “..to fall?” aku masih tidak berpaling tetapi
pergelangan tangan aku masih tenggelam dalam sentuhan jemarinya.
Nafas yang
berat, aku lepaskan. Pergelangan tangan aku, aku tarik dari genggamannya. Tanpa
berpaling lagi, aku menutur lemah.
“It is wrong,
Adan” bibir aku kertap. “It’s wrong when you fall into a hopeless love.” Dan
aku keluar dari biliknya tanpa memandangnya walaupun sepintas kerlingan.
**
Day 1.
“Kenapa
tiba-tiba aje Adan nak pergi holiday dengan Ana ini?” Daddy memandang kami
berdua yang menyorong bagasi kami keluar dari rumah. “Macam nak lari rumah aje
ini” dan perkataan itu diselangi dengan tawa mummy dan Daddy yang bersatu.
Aku hanya
tersenyum kecil.
Hanya Adan yang
bersuara, “Tak jauh pun, dekat dalam Malaysia aje. Kalau nak lari, kena dekat
Thailand. Baru boleh kahwin terus”
Wajah aku
berubah.
“Hisy, Adan,
are you getting nutt?”tawa mummy Suzy pecah. “Ana is your sister, Adan”
“Gurau aje,
mummy..” Adan terus memeluk mummy, “Adan pergi dulu ya. Kalau ada apa-apa call.
Kalau pasal wedding, jangan call Adan. Adan nak bersendirian dengan adik
sendiri aje tiga hari ini” dan tangannya jatuh pada bahu aku. “Adan baru aje
kenal dia sebagai adik, lepas itu dah nak kahwin. Nak juga merasa manja dengan
adik kandung sendiri, kan?” dan dia berpaling ke arah wajah aku.
Aku hanya
mengangguk kecil. Tidak tahu mahu jawab apa. Terasa bagaikan apa yang kami buat
ini sangat salah. Tetapi ada baiknya kalau aku ikut cakap dia.
Sekurang-kurangnya, selepas tiga hari, aku dan dia boleh menjadi seperti
adik-beradik biasa macam orang lain.
Kerana itu
janji dia.
“Mummy,
daddy..” aku terus memeluk mummy dan senyum hormat pada daddy, “Ana dengan Adan
pergi dulu ya”
“Ha, iyalah”
daddy berikan aku senyuman ramahnya. “Adan, jaga Ana baik-baik.”
Adan mengangguk
tenang sebelum menarik beg aku dan dia masukkannya ke dalam bonet kereta. Baru sahaja
aku mahu buka pintu aku, dia sudah bukakan dahulu pintu aku. Walaupun aku agak
terkejut dengan dia yang tiba-tiba jadi, ‘gentleman’, aku cuba tidak tunjukkan
sebarang riaksi.
Sebaik sahja
aku masuk ke dalam kereta, aku terus bukakan pintunya di bahagian pemandu dari
dalam. Wajah dia juga berubah apabila aku buat benda yang sama seperti dia buat
tetapi dia seperti mengawal riak wajahnya di hadapan daddy dan mummy. Sebaik
sahaja dia memboloskan tubuhnya masuk ke dalam kereta dan sebaik sahaja kereta
bergerak, sepi mula menghuni kami.
Janggal.
Aku mengerling
gerak gerinya dari tepi. Rambutnya yang dikemaskan ke tepi. Dia selamba memakai
baju kemeja ringkas yang berlengan panjang tetapi dilipat hingga ke siku.
Sebelah tangannya memegang stereng dan sebelah tangannya lagi sibuk memasukkan
CD di dalam Player.
“Kenapa bukakan
pintu untuk I?”
Soalan darinya
memecah kesunyian antara kami. Walaupun lagu di Player terpasang, aku tetap
rasakan yang sepi ini semakin membingitkan. Mata aku mengerling ke arahnya
sepenuhnya. Baru aku perasan yang bahasa kau-aku yang digunakan sudah tukar
kepada I-You seperti mula-mula kami jumpa dahulu.
“Because, in
newton third law state that every action will have reaction” entah lawak apa
yang cuba aku masukkan dengan fizik. Tetapi, patah kata aku itu disambutnya
dengan senyuman kecil yang agak menenangkan hati aku. Aku sambung, “I tak suka
klishe. If you’re being gentleman with me, why not I cuba jadi gentle’woman’”
Tawa kecilnya
bergema.
Merdu.
Oh, Ana. Aku meraup wajah aku sendiri. Jaga hati, Ana. Renungan
mata aku berkalih semula padanya dan dalam pada masa yang sama, hati aku terus
berbisik, Is it okey if I let myself fall in love with him for only these
three days?
Ya Allah, apa
aku buat ini.
“If you say so”
tawanya kali ini memudar. “If we love someone, to obey the newton third law,
that someone must give that love back to the person that loved her in the first
place, no?” tangannya laju memutar stereng sambil sesekali dia merenung aku
dari tepi.
Aku terdiam.
Apa yang patut
aku jawab?
“Sayang..”
suaranya meleret. Jemarinya mencapai jemari aku dan dibawa ke dadanya. Matanya
masih pada jalan raya. “..please, love me back only for these three days?” dan
jemari aku dibawa ke bibirnya sebelum aku mahu tarik sepantas mungkin tetapi
semakin kuat lagi dia menggenggam phalanges aku. “Please, Ana..”
Ya Allah.
Berdosakah aku?
Dari tepi, aku
pandang jemari aku di dalam genggamannya itu. Sedikit sebanyak, jeritan Lucifer
seperti menang di telinga dan hati aku dan ada kalanya, iman aku memukul jiwa
aku untuk tersedar dari mimpi lena. Tetapi, acapkali itu, akal aku menegah iman
itu dan akhirnya, hati ini berbisik sendiri..
Only for three
days, Ya Allah. Nafas aku
sesak. Please let me feel this love for only three days.
Perlahan-lahan,
jemarinya yang menggenggam jemari aku, aku sambut.
Dan dari tepi
ini, aku dapat menangkap bibirnya yang merah basah itu mengukir senyuman yang
melebar. Tangan aku yang digenggamnya ditarik ke bibirnya dan dikucup setiap
jemari aku itu. Tangan aku digenggam lebih erat bagaikan dia takkan
melepaskkannya dan seraya dengan itu, dia jatuhkan tangan kami di atas pehanya.
Dua perasaan
halus meresap ke dalam jiwa aku.
Dosa dan cinta.
**
“Sayang..”
Suara yang
seringkali mengasyikkan aku itu mengejutkan aku dari lena. Ada sentuhan lembut
di pipi aku. Perlahan-lahan, mata aku, aku buka. Baru aku tersedar yang aku
enak tidur dalam kereta tadi. Aku tidak tahu ke mana hala tuju kami kerana Adan
merahsia segala-galanya dari aku.
“Kita dah
sampai, sayang” dia mengusap pipi aku. “Sekarang dua petang dah ini”
“Dah pukul
dua?” mata aku terbeliak besar. “Saya nak solat!” dan aku terus bangun tercelik
sebelum aku dapat rasakan kepala aku berpusing. Entah apa yang memberatkan
fikiran aku, tetapi semakin lama aku cuba duduk tegak Sembilan puluh darjah,
semakin pusing kepala aku.
“Ana?”
“Saya pening”
aku memeicit pelipis aku. “Saya rasa nak rehat dalam kereta dulu. Lepastu baru
solat. Boleh?”
Ingat pula kau
solat masa buat dosa ini.
Bisikan Qarin
membedil jiwa aku.
“Masuk chalet
teruslah. I dah check in kan.” Aku dapat rasakan tangannya mengurut ubun-ubun
aku. Lembut dan agak menenangkan. “Sayang, you boleh jalan tak ini?”
Sungguh aku
kata, kepala aku ini memang gedik tahap nak mampus! Tiba-tiba nak pening!
“Tak, tak apa.”
Aku menutur perlahan dan aku biarkan tangannya mengurut ubun-ubun aku. “I nak
rehat dalam kereta kejap”
Dia berhenti
mengurut aku. Mungkin mahu membiarkan aku rehat dalam kereta. Tiba-tiba, baru
sahaja aku mahu melelapkan mata aku, pintu bahagian sebelah aku dibuka. Wajah
Adan tersembul dengan dahinya yang berkerut penuh kerisauan.
“Kenap..” Baru
sahaja aku mahu buka mulut, kata-kata aku terputus apabila sebelah tangannya
jatuh pada bawah kepala lutut aku dan belakang leher aku sehingga membuatkan aku
terjerit kecil, “Adan!” tangan aku terpaksa berpaut pada lehernya.
Badan aku sudah
terapung digendongnya.
Oh man..
“Jom kita rehat
dekat dalam” dia senyum kecil. Bibrinya jatuh pada dahi aku, “Let me treat you
as my queen, sayang..”
Separuh
daripada hati aku mencair. Dan sebahagiannya lagi menyumpah seranah aku kerana
dosa. Tetapi apa yang aku rasa kini.. indah. Sangat indah sehinggakan aku tidak
nampak hitam dan putihnya hidup.
Aku hanya
menyandar lesu pada dadanya. Bau Jasmine nya aku hirup tenang. Mata aku pejam
buat beberapa ketika sebelum aku buka kelopak mata ini apabila terasa yang kami
sudah sampai ke dalam rumah.
“Dekat sini ada
dua bilik” dia menutur sambil sebelah tangannya membuka tombol pintu bilik.
“This is your room. Dekat dengan bilik saya.” Dan kami berdua masuk ke dalam
bilik aku.
Kepala aku
terlalu pening sehingga aku tidak mampu melihat isi bilik aku dan pemandangan
di dalam rumah. Hanya sekali imbas sahaja. Mata aku semakin berat dan tanpa aku
sedar, kepala aku sudah terlentok sepenuhnya ke dada dia.
Nyaman.
“You look so
exhausted” suaranya sangat dekat di telinga aku. Aku masih tidak membuka mata
aku. Apa yang aku sedar hanyalah tubuh aku yang sudah dibaringkan di atas
fabrik katil yang lembut. Aku dapat rasakan tudung aku ditarik bersama dengan
anak tudung.
Kantuk semakin
menenggelamkan aku dan aku biarkan sahaja Adan membuka ikatan rambut aku.
Ubun-ubun aku diurut lembut dan aku semakin tenggelam dengan sentuhannya.
Berdosakah
seorang abang kandung layan adik dia macam ini? Satu soalan bagaikan menembak diri aku.
Berdosa kalau
niatnya layan kau bukan macam adik tapi macam kekasih.
Aku dapat
rasakan akal aku menjawab sendiri. ‘Mental shield’ aku tinggikan seperti tembok
yang sangat tinggi supaya dia tidak dapat baca apa yang ada di fikiran aku
seperti selalu. Terasa seperti segunung rasa berdosa dan bersalah menghimpit
aku tetapi kemudiannya diinjak oleh rasa cinta yang memaksa aku mengetepikan
segala hukum tuhan.
Tapi, aku cuma
ada tiga hari sahaja untuk rasa semua ini dengan dia..
Aku memaksa
kelopak mata aku untuk dibuka. Wajah kuning langsat itu menyapa pandangan mata
aku. Dia hanya tersenyum kecil melihat aku. Jemari panjangnya masih lembut
mengurut ubun-ubun aku. Lembut dan sangat nyaman. Sentuhannya bagaikan
menghantar satu renjatan tajam ke dalam hati aku dan nafsu jiwa aku seperti
berbisik jahat untuk melawan hukum tuhan untuk mempunyai dirinya walaupun dia
abang kandung aku.
Ya Allah.
Dosakah kalau selama tiga hari ini aku layan perasaan cinta ini ya Allah? Cuma
tiga hari ini..
Keluhan berat
aku lepaskan. Segala-galanya terasa seperti sangat salah.
“Kenapa?” soal
dia apabila aku tahan tangannya yang mengurut dahi aku. “Tak suka saya urut?”
Suaranya
romantis dan sangat.. membunuh hati aku.
Katakanlah aku
mula jadi seorang perempuan yang jiwang, aku tak kisah. Kau takkan mampu
definisikan rasa cinta bila kau benar-benar jatuh cinta. Kau tak layak mengutuk
bertapa kau mahu muntah hijau bila lihat orang sekeliling kau beromantis dan
berjiwangan kalau kau tak pernah rasakannya.
Kerana bila kau
mula rasakannya, ianya sesuatu yang tak mampu dikawal.
Contohnya aku.
Dulu, aku sentiasa rasa mahu muntah hijau setiap kali sahabat aku sendiri
bercinta dan cara mereka sangat ‘clingy’. Aku sentiasa rasa mereka ini tak
logik dan terlalu asyik dengan cinta. Tetapi hari ini, aku dapat rasakan, rasa
yang aku rasa ini lebih teruk dari mereka.
Sekurang-kurangnya,
mereka tidak jatuh cinta dengan abang kandung sendiri.
“Ana?” Adan
menyedarkan aku dari monolog aku sendiri.
Laju sahaja,
mata aku terkelip sesaat ke arahnya. Aku cuba bangun dari duduk aku dengan
sendiri tetapi laju sahaja dia pegang lengan aku—membantu aku untuk bangun dan
terus sahaja aku disandarkannya pada katil.
Seterusnya,
hanya sepi yang menghuni aku sambil mata aku mencari sinar di sepasang kolam
ber violet itu.
“Adan..” suara
aku seakan-akan tiada bezanya dengan bisikan bayu. Tangan aku terus mencari
jemarinya dan aku genggam erat lima phalanges itu. “Adan, why?”
Dahinya
berkerut. “Why?”
Aku senyum
hambar. Tubuh aku mengesot ke arahnya dan lima jemari aku naik lembut ke pipinya.
Sebelah tangan aku lagi menyikat lembut belahan rambut hitamnya dan jatuh ke
belakang lehernya hingga menjadi rangkulan erat di situ.
Dia seperti
terkejut dengan laku aku.
“Kenapa kita
cuma ada tiga hari untuk beautiful escape ini?”
Matanya meredup
pada wajah aku.
“Kenapa awak
kena jadi abang kandung saya,Adan?” tekak aku terasa perit hingga ia menyucuk
ke hati. Ibu jari aku mengusap belakang lehernya, “Kenapa? Kenapa kita kena
buat macam ini untuk bersama? Kenapa takdir kejam dengan kita, Adan..” dan
hangat tubir mata aku memecah kepada mutiara jernih.
Dia senyum
perit. Tangan aku yang merangkul lehernya di rungkaikan dan ditenggelamkan
dalam genggaman jemarinya. Kedua-dua telapak jemari aku di bawa ke dadanya yang
berombak perlahan. Matanya tertarik penuh ke arah aku.
Wajahnya
menunduk pada tepi telinga aku, “I don’t know, sayang and I don’t care” dia
mengucup tepi telinga aku, “And I want you, to fall with you, to have your love
for these three days because..” dia jatuhkan dahinya pada bahu aku. Kedua-dua
tangannya memeluk tubuh aku, erat. “..because, I love you too much. Too much
til I can’t even bring myself to hate you more.”
Dan di bahu aku
semakin hangat dengan sesuatu yang basah.
Air mata
seorang lelaki.
Aku tidak tahu
jika egonya dan mental shield nya yang selama ini teguh sudah diruntuhkan.
Tetapi aku dapat mendengar segala dialog akalnya dan jiwa aku dapat membaca
segala-gala tentang rasa hati lelaki ini.
‘I want you so
much, Ana’ pelukannya semakin erat sehingga nafas aku semakin tidak sekata.
Bisikan akalnya semakin jelas. ‘I want you so much and I want to share my every
breath with you, I want you every day, Ana. I want your love and everything
about you.. every single things..’
Dan pelukan
dirungkaikannya.
Dia memandang
aku dengan matanya yang memudar dari warna violet itu.
“But I know”
dia bangun dari katil aku. “I can’t”
Dan berpaling
pergi.
Pintu bilik aku
ditutup perlahan Adan sehingga meninggalkan aku dalam kesepian. Hangat tubuhnya
masih bersisa dengan rentakan nyaman bau jasmine yang membuat jiwa aku semakin
bergelora. Bisikan hati dan akalnya semakin membuatkan si Lucifer menggoncah
iman aku.
Adan, I want
you too, your love and everythings.
Mental shield
aku tinggikan. Berharap supaya dia tidak dapat mendengar. Nafas resah aku lepaskan
ke udara. Jam di dinding aku kerling. 2;30 petang. Mata aku terangkat pada
siling—pada arah anak panah hijau yang menunjukkan arah kiblat.
Ya Allah, hati ini berdetik dengan namanya. Kenapa ya Allah, kenapa dosa
itu selalu indah?
Mata aku pejam.
Erat.
Ya Allah. Semakin kuat hati aku berdetik lagi. Kenapa aku sedar akan dosa
ini tetapi aku biarkannya berlaku? Ya Allah, tolonglah Ya Allah..
tolonglah..
Esakan kecil
aku tahan. Getaran bibir aku gertap kuat.
Tolonglah ya Allah. Hati aku berdesis kuat. Hanya tiga hari ini, benarkanlah
aku rasa cinta dia.
Dan aku bangun
menuju ke bilik air untuk berwudhuk.
**
Selepas petang
tadi, walaupun aku dan Adan seperti janggal untuk berbual kembali seperti
biasa, dia tetap cuba membuat aku tersenyum dengan pelbagai cara. Senyuman
romantisnya sentiasa mencairkan aku sehingga aku rasakan yang aku ini tidak
ubah seperti typical-hormonal-teenagers yang jatuh cinta.
Seperti
sekarang, aku tidak tahu apa yang mahu dibuatnya tetapi aku disuruh untuk
tunggu di dalam café yang tidak ada tetamu ini.
Dan baru aku
tahu, café ini milik Adan. Patutlah dia mahu bawa aku ‘escape’ ke sini kerana
dia ada café di sini. Café ini sebenarnya café utama di resort ini—resort kawan
dia, Mr.Joseph. Tidak hairanlah jika dia dengan selambanya tidak benarkan
mana-mana tetapu masuk bahagian VVIP café ini. Tidak hairan jugalah jika aku
katakan yang gaya deko café ini sangat..
..exostic?
Silingnya
bercorakkan ular albino yang seperti melilit pada dahan pohon. Dindingnya juga
bercorakkan hutan dan ada air terjun kecil di dinding café ini—di bahagian luar
bilik VVIP. Ada piano putih di atas pentas kecil dan susunan meja di sini juga
sangat klasik. Ada satu bahagian café, pada dindingnya ada buku-buku novel
English klasik dan Melayu klasik. Ada almari lut sinar berkaca yang ada violin,
cello dan pelbagai alat music di dalamnya.
Tertanya juga
aku, berapa kos yang diperlukannya semasa buat café ini.
Adan memang
seorang yang pelik. Ambil degree dalam Aerospace engineering tetapi akhirnya
membuat keputusan untuk menjadi seorang chef kerana dia sangat sukakan makanan
tetapi tidak suka makan. Paling penting dia suka masak.
Sekurang-kurangnya,
itu apa yang diberitahunya pada aku.
Mata aku
tertumpu pada gambar hutan di dinding VVIP ini. Ada juga gambar seorang gadis
yang membelakangi kami dalam lukisan ini dan si gadis itu mengucup ular albino
yang melilit di tangannya. Sepasang mata ular itu sangat..
..violet.
Damn.
Kaki aku
menginjak ke belakang menajuhi lukisan itu. Nafas aku semakin membeku di dada.
Baru aku tersedar, ini mimpi aku!
“Dulu, saya
selalu bermimpi benda yang sama” satu tangan melingkar pada pinggang aku dari
belakang. “I thought that I’ve told you before.” Dan dagunya jatuh pada bahu
aku.
Seluruh badan
aku kaku.
“Sayang, pernah
terfikir tak, kenapa kita selalu dapat mimpi yang sama?” dia berbisik di
telinga aku yang berlapik tudung. “Kalau kita bukan kembar, I think, we got
this type of bond sebab..” pelukan dieratkan sebelum dia menyambung patah
perkataannya dalam telepati.
‘..kita
soulmate’
Tawa kecil aku
meletus untuk itu.
Aku terus
menolak tangannya di pinggang aku dan tubuh aku berpaling menghadapnya. Lima
jemari aku, aku tekapkan ke dadanya sehingga degupan jantungnya dapat aku rasa.
Bibirnya mengukir senyum berdiabetis.
“Soulmate wujud
ke? Was it only created by fantasy?”
“We are the
fantasy” dia menunduk dan mengucup dahi aku. “Aren’t we?” dan lama dia begitu.
Tangan aku pada dadanya ditekapkan sekali dengan tangannya. Matanya terpejam.
‘Was it all
my fantasy?’ aku berbisik ke akalnya.
Bibirnya di
dahi aku bergerak—mengukir senyum.
‘Were you
only my imaginary?’ dan dia sambung bait lirik itu.
Maka, aku
benarkan diri aku jadi ke dalam dosa ini selama tiga hari.
“Adan” aku
menjingkit dan merangkul lehernya. Bibir aku dekatkan pada telinganya, “Listen
here carefully”
Dia hanya
menunggu. Ibu jarinya mengusap belakang curas spina aku.
“Saya nak awak
ingat apa yang saya nak cakapkan ini untuk tiga hari ini. Hanya untuk tiga hari
ini” bau jasmine nya yang akan aku rindu, aku hidu sepuasnya. “Selepas tiga
hari ini, awak kena lupakan apa yang saya cakap ini. Lupakannya sampai mati”
Ibu jarinya
berhenti menggusap belakang tubuh aku.
“Ana..”
suaranya berubah dan baru sahaja dia mahu buka bicara, aku tenggelamkan wajah
aku ke dalam ceruk lehernya sebelum aku berbisik jelas pada dadanya.
“I love you,
Adan” dan aku bisikkannya pada hati itu yang berdegup. “I will always..” mata
aku terpejam erat. Bibir aku bergetar dan bajunya pada bahagian dada aku
cengkam, “..always and always love you. Saya akan pergi jauh dari sini. Jauh
dari awak. Jauh dari diri saya dengan apa yang saya buat sekarang. Jauh dari
memori tiga hari ini. Jauh dari rasa ini”
Jauh dari dosa
ini.
Pelukan kami
dieratkannya. Lama kami begitu. Seolah-olah dia juga terlupa dengan cadangan
asalnya yang mahu bawa aku ke café nya untuk makan malam. Aku hanya membiarkan
dia begitu. Membiarkan dia diam dengan jiwanya sehingga bibirnya berbicara
dengan patah kata yang menghancurkan aku—menghancurkan kami.
“I wonder,”
bisikannya halus. “If I can love other woman more than I love you, Ana”
Nafas aku
sesak.
Wajah Trisya
terbayang.
I’m sorry,
Trisya. Hati aku semakin hancur dengan
rasa ini—cinta,dosa dan bersalah. I really am, Trisya.
**
Day 2.
“Ana, bangun
solat subuh”
Wajah aku
terasa dipercikkan dengan air namun mata aku masih berdegil untuk dicelikkan.
Aku dapat rasakan ada sentuhan halus di pipi aku yang membentuk garis yang
dilukiskan membentuk simbol hati.
‘Wake up,
love’ ada suara yang menerjah akal aku.
Suara Adan.
Mata aku masih
terpejam erat. Sengaja aku biarkan dia begitu. Jari halusnya yang tadi
membentuk lukisan ‘hati’ di pipi aku jatuh pada dahi yang diguris halus, lembut
sehingga ke pucuk hidung dan jatuh membelah bibir aku.
Dan disitu, dua
jarinya melekap lama.
‘Lips, as
red as a sweet red cherry’ suaranya lagi.
Bibir aku
hampir mengukir senyum tetapi aku tahan.
‘Ana, can I
kiss you?’
Mata aku
tercelik luas!
Wajah Adan
hanya beberapa inci dari aku dan dengan sepantas kilat aku tolak wajahnya ke
tepi sebelum aku bangun tegak sembilan puluh darjah. Nafas aku semakin rancak.
Hujung telinga
aku tegak pada bunyi tawanya yang pecah.
“Adan!” aku
hempuknya dengan bantal. “Siapa suruh awak masuk bilik saya?!”
Senyuman
nakalnya membuatkan hati aku terusik sedikit. Dia terus turun dari katil. “Saya
nak kejutkan awak untuk solat subuh. Itu aje” dan dia bergerak ke arah pintu.
Kakinya yang hendak melangkah keluar terus terhenti, “I’m sorry Ana, saya janji
lepas ini saya takkan masuk bilik awak lagi”
Aku mengangguk
kecil. “By the way..” mata aku mengerling ke arah jam. 6;30 pagi. Mata aku
jatuh pada wajahnya kembali, “Thanks kejutkan subuh”
Dia angguk.
Senyum.
“Adan?” aku
memanggilnya.
Keningnya
terangkat, “Ya sayang?” lembut. Sangat lembut dan sumpah, sesiapa sahaja yang
mendengarnya pasti mencair. Sangat cair.
Katakan aku
typical girl, aku tak kisah.
“Kenapa awak
kejutkan saya solat?” walaupun soalan aku kedengaran bodoh tetapi aku masih
keliru dengan apa yang berlaku di antara aku, dia dan dosa kami. “Despite the
things that we did for these few days.. are wrong..” hati aku terasa sakit
dengan soalan aku sendiri. “But.. why still solat? Allah.. terima ke?”
Wajahnya
berubah dengan soalan aku.
“Entahlah Ana”
dia menunduk. “To be honest, Ana. Saya pun tak faham dengan diri ini” dia
ketawa perit.
Aku menunduk.
Merenung selimut yang menutup separuh badan aku.
“Because, I
feel confused about everything. Between sins and love” dia membelakangi aku.
Pintu di buka sepenuhnya dan separuh badannya membolosi pintu itu sebelum
kata-kata terakhirnya diucap dengan nada yang sangat perlahan, “But why can’t
we have our beautiful sins for only three days?”
**
“Saya suka
pantai”
Ibu jari kaki
aku mengguris lantai bumi yang berpasir menjadi bentuk hati. Bibir aku mengukir
senyum setiap kali rasa kegelian pasir itu mencumbui telapak kaki aku. Walaupun
aku sedar, dari tepi, dia hanya melihat aku tanpa berbicara apa-apa, aku cuba
beriak selamba.
“Cantik pantai
ini” pandangan mata aku, aku buangkan kea rah lautan yang membiru di hadapan
kami. Dari tadi, aku diheretnya sampai ke hujung pantai yang berselindung
dengan batu tinggi dimana jauh daripada mana-mana manusia. Hujung jemari tangan
kanan aku memegang kayu ranting erat. “Saya suka pantai, sebab saya suka ombak”
“Ombak?” dan
baru kali ini dia bersuara.
“Saya suka
ombak” aku mengulang. Kaki aku melangkah
ke arah kocakan ombak. Dari belakang, dia hanya mengikut tanpa bantahan.
“Sebab, hidup saya sentiasa macam ombak ini” dan aku tenggelamkan kaki aku ke
dalam ombak yang tiba-tiba datang dan pergi membasahi kaki aku.
Macam semua
orang dalam hidup aku.
Datang dan
pergi.
“Kenapa?” dia
menyoal sepatah. Aku selamba sahaja berjalan mendekati air tadi, bagaikan aku
kejar ombak tadi sebelum jemari aku dipaut Adan dari belakang, “Hati-hati,
sayang”
Sayang.
Manisnya
perkataan itu terlalu beracun. Aku berpaling ke arah Adan yang memaut jari aku.
Warna kulitnya yang asalnya putih pucat semakin tanned. Wajahnya semakin
berseri dan tidak muram seperti dulu. Baju kemeja santainya yang dibuka
sepenuhnya sehingga menampak wife beater hitam di dalamnya berombak apabila
terkena nagin. Rambutnya yang asal kemas hampir menjadi spikey akibat angin
pantai.
Kenapa kau yang
aku harus jatuh cinta?
Pautan
jemarinya aku sahut. Erat.
Dia senyum
manis melihat riaksi aku. Laju sahaja dia bergerak ke arah aku dan dengan
sekelip mata, tubuh aku sudah terapung digendongnya. Mata aku tercelik luas!
“Adan? Apa..
ni..” kolar bajunya aku pegang erat. Dia hanya senyum nakal sambil tubuh aku
dibawa ke tengah pantai. “Adan! Awak nak buat drama melayu apa pula ni
gendong-gendong saya macam ni! Ke awak nak lemaskan saya?!” aku dah menjerit
kecil apabila dia semakin senyum keji dan kakinya melangkah ke bahagain air
pantai yang lebih dalam sehingga air naik ke paras pinggangnnya.
Mata aku
mengerling ke arah keliling kami.
Lupa pula yang
kami pergi ke bahagian yang tiada manusia sangat!
Omegee.
“Turunkan saya
Adan!” aku pukul dadanya. Tawanya pecah dan semakin lama tawanya semakin keras
sampaikan aku pulas telinga sehingga dia menjerit sakit. “Turunkan saya
sekarang!”
“Ana sayang,
sakitlah!” telinga sudah merah menyala.
“Aah tak ada!
Turunkan saya!” kali ini aku tarik rambut dia.
“ANA!”
“Awak gila ke?
Mesti awak nak lemaskan saya dalam air kan?!”
Senyuman
nakalnya bersisa dengan tawanya yang semakin galak. “Saya tak lemaskan awak
dalam air ni, sayang..” suaranya lembut. Matanya memandang aku. Intense. “Saya
nak lemaskan awak dalam cinta saya je..” dan..
BSHHHH!
Tubuh aku
dijatuhkan ke dalam air!
Aku
tercungap-cungap mengambil nafas. Memang betullah dia nak bunuh aku. Dah lah
aku pakai kain yang kembang ni. Bersusah payah aku tahan kain aku daripada tak
terlalu ‘senyum’ dalam air. Auditory nerves aku sudah terasa dipenuhi dengan
air tetapi masih aku dengar tawa Adan yang sangat galak. Apabila aku timbul
dari dalam air, kepala aku sudah berbogel daripada tudung dan anak tudung.
“ADAN!” aku
cuba bangun tetapi dia tolak aku jatuh semula ke dalam air. “Adan! Saya benci
awak!” dan aku pukul air sehingga terpecik ke arahnya.
Dia hanya
ketawa melihat aku sebelum dia melutut didalam air—membenarkan tubuhnya
tenggelam hingga paras air naik ke dadanya. Kemeja dibuka dan dia hanya ber
wife beater hitam. Sebelah tangannya menyelak rambut depan aku lembut sebelum
kemeja tadi di balut menjadi tudung ringkas untuk aku.
Dia menunduk.
“Sorry sayang, tudung awak dah hilang” dan jemarinya membetulkan rambut depan
aku yang terkeluar. Matanya yang violet seakan-akan sangat kebiruan di bawah
matahari. Sangat.. mendamaikan sehingga aku tak mahu alihkan pupil aku dari
tenggelam ke dalamnya.
“Adan,
cantiknya awak ini” bibir aku laju memujinya tanpa berfikir.
Senyuman
kecilnya menyumbing di pinggir bibir.
“Because of my
eyes?” jemarinya naik mengusap pipi aku. “Or because there’s only you in my
eyes, and that makes me beautiful”
Oxytocin
menyerang aku.
Oh hati.
Dia hanya
senyum senget melihat aku yang terbatu.Ibu jarinya mengusap kening aku sebelum
mengucupnya lembut. “And in my eyes, you’re my beautiful escape” dan nafasnya
jatuh ke kelopak mata aku. Di situ, vermillionnya terhenti. Lama sehingga
kelopak mata aku, kedua-duanya tertutup rapat. “My beautiful disaster..”
bisiknya halus dan kelopak mata aku dilepaskan sebelum nafas Jasmin itu
menyentuh pucuk hidung aku. “My beautiful sins..”
Lucifer semakin
berbisik.
Bisik dan
semakin membisik.
“Ana sayang”
ibu jarinya mengusap dagu aku. “Can I kiss you ?”
Bisikan lucifer
semakin melemaskan.
Matanya aku
renung. Lama.
Only for the three days, Ana. Hati memujuk. Dan
kau akan lupakan segala-galanya. Hujung jemari kedua-dua tangan aku memegang wajahnya sebelum ibu jari aku mengusap pipinya, lembut. Tiada dialog di antara kami tetapi aku tahu.
Dan tanpa
menunggu, di pantai ini, dalam tiga hari ini, hanya dia yang menguasai aku dan
jiwa aku. Hanya dia yang menguasai euphoria aku.
And he, my
beautiful sins.
**
Aku pandang
pintu bilik aku.
Mengingatkan
apa yang berlaku petang tadi membuat rasa bersalah dalm diri aku semakin
menggunung tinggi. Setiap kali aku solat, aku semakin keliru kenapa aku solat
walaupun aku terus melakukan dosa-dosa ini. Tetapi..
..salahkah
kalau aku diberi peluang dalam tiga hari ini?
Pintu yang
kosong itu aku pandang lagi.
Mata aku jatuh
pada pakaian aku. Semenjak balik daripada pantai, Adan langsung tidak pulang ke
bilik. Aku tidak tahu apa yang dirasakannya. Tetapi, apa yang kami buat petang
tadi bagi aku terasa seperti satu dosa yang sangat-sangat besar..
Memang dosa
pun, bodoh.
Terima kasih
kepada qarin yang mengutuk aku.
Mata aku sekali
lagi jatuh pada pakaian aku. Maghrib tadi, selepas aku habis solat maghrib, seorang
pekerja hotel ini hantar sehelai baju. Baju dress putih yang panjangnya sampai
ke bawah lutut dan berlengan pendek. Saiznya—saiz aku. Sangat sepadan dengan
tubuh aku dan apabila aku cuba pakai, ianya sangat.. cantik.
Adakah aku
sedang memuji baju ini atau aku?
Aku menggeleng
perlahan. Cuba menghapuskan persoalan yang menggila di minda. Daripada mesej
yang Adan hantar sebentar tadi, dia suruh aku hanya keluar bilik jika dia yang
ketuk. Selagi dia tidak ketuk pintu bilik aku, dia tidak benarkan aku untuk
keluar dari situ.
Tiba-tiba pintu
bilik diketuk.
Hanya tuhan
sahaja yang tahu bertapa menggilnya jantung aku tikala ini.
‘Ana’
Suara Adan dari
dalam minda aku.
‘Love, awak
boleh keluar’
Lutut aku
semakin lemah.
Perlahan-lahan,
aku berjalan ke arah pintu bilik yang aku tenung sedari tadi dengan kaki aku
yang menggeletar. Tombol pintu aku sentuh dan aku pulas. Aura Adan membuatkan
jantung aku terus berdegup sangat kencang sehinggakan, apabila dua pasang mata
aku merenung ke arahnya, aku berhenti bernafas.
Jujurnya, aku
lupa bagaimana untuk bernafas.
Memori petang
tadi kembali terbayang dan automatic vasolidalation di bawah kulit aku membawa
haba keluar dari roman wajah. Meninggalkan nafas hangat aku yang menyejat ke
udara bersama atmosfera yang semakin menyesakkan aku.
Adan senyum.
Melangkah beberapa tapak mendekati aku.
My Beautiful
Sins.
Hujung jemari
aku dipautnya dan kedua-dua tangan aku dibawa ke lehernya sendiri. Hampir
sahaja tangan aku kembali jatuh ke dadanya kerana aku tidak betah berada sedekat
begini dengan auranya tetapi dia menahan tangan aku daripada jatuh dan kembali
dipautkan lehernya dengan jemari aku sendiri. Belakang verterbrae aku
dirangkul.
Matanya terus
menembus eperdemis kulit aku.
“My beautiful
escape” suaranya dan bayu bersatu.
I
Can’t
Breath.
Dahi aku terus
menyandar pada dadanya. Kalau boleh, aku mahu menyorok terus daripada dia. Aku
tak nak ingat apa-apa tentang perasaan yang semakin menggila ini. Aku mahu
lupakan segala-galanya yang terlalu indah sebagai escapism yang tidak pernah
wujud.
“Hari ini,
malam ini, malam terakhir” dia menolak wajah aku dari dadanya dengan dagu aku
dipagut. “Can we.. make this night like.. forever?”
“Kenapa takdir
kejam dengan kita” aku senyum tawar. “Kenapa, Adan?” bibir aku kertap dan nafas
yang kasar aku hela, “Kenapa awak kena jadi ab..”
Ibu jarinya
menyentuh lembut belahan bibir aku—menghalang aku dari menutur dua patah
perkataan yang beracung itu. Mata kami bertemu dan pandangan pedih kami
bertukar.
Kenapa awak
kena jadi abang kandung saya?
Kenapa saya
kena jatuh cinta dengan awak?
Kenapa?
“Jom” bibir aku
dilepaskan dan laju sahaja tangannya merangkul belakang leher dan kepala lutut
aku sebelum aku dapat rasakan tubuh aku dah kembali terapung dalam pegangan
eratnya. “Let’s go and escape”
“Huh?” kening
aku bertaut tetapi masih, bibir ini mengukir senyum. Lehernya aku rangkul
bagaikan aku takkan lepaskannya. “Awak nak campak saya dalam air lagi ke?”
Tawa merdunya
bersimfoni di udara—tawa bahagia.
Wajahnya..
matanya.. bibirnya..
Penuh dengan
kebahagiaan yang tidak pernah aku lihat pada wajahnya. Dan apabila mata itu
bertemu dengan aku, apabila senyuman itu bertemu dengan senyum di bibir aku,
aku dapat rasakan rasa yang sama dengannya. Aku dapat rasakan dia telah
menurunkan segala ‘mental shield’ nya malam ini dan membenarkan aku melihat dan
membaca segala-galanya yang ada di fikiran dia.
Segala-galanya
tentang aku.
“I want to make
you happy for tonight, Ana” dan dia bawa aku masuk ke dalam biliknya sebelum..
“Adan?” aku
tarik bajunya. “Apa awak nak buat ini?”
Dia senyum
nakal. “Jangan risau, sayang. Trust me” pintu bilik ditolak dan apa yang aku
lihat hanyalah lampu tidur yang malam dan lampu balkoni yang sangat terang
dan..
..di balkoninya
ada kolam yang sederhana besar yang menghadap pantai yang berombak di bawah—Chalet
kami di atas bukit. Kolam itu mungkin boleh memuatkan beberapa orang dan ia
dihalang penghadang kaca yang membenarkan orang yang mandi didalamnya untuk
lihat suasana pantai di luar.
Di tepi kolam
itu ada buaian jaring. Warna putih dan di tali buaian itu diikatkan dengan
banyak bunga. Sekeliling kolam itu hanya dimalapkan dengan api lilin dan di
dalam airnya penuh dengan kelopak bunga rose..
Walaupun dulu
aku pernah menguntuk movie dan drama cinta apabila mereka taburkan bunga di
atas katil dan heroin akan mula buat muka melting seperti coklat yang dicairkan
pada suhu yang sangat tinggi hingga menghancurkan segala disulphide brigde,
hydrogen bond mahupun apa sahaja bond dalam struktur proteinnya tetapi..
..aku rasa,
segala-galanya berlaku ada aku.
Melihat wajah
aku yang seperti tergamam, Adan ketawa kecil.
“Let me show
you something” dia turunkan aku. Bibirnya berbisik pada bawah cuping telinga
aku, “My paradise for you” dan sebaik sahaja kaki aku mencecah lantai, terasa
seperti aku tidak mampu lagi berdiri dengan segala-galanya yang berlaku di
antara aku dan dia dalam tiga hari ini..
Ya Allah.
Aku tidak
berpaling ke arah dia. Hanya menghadap
pemandangan pantai di sebalik kolam lut sinar itu. Perlahan-lahan, aku
melangkah dengan penuh tertib kea rah balkoni yang terbuka luas itu. Hujung ibu
jari kaki bercumbuan dengan kelopak bunga mawar yang bertaburan di lantai dan
akhirnya..
..takdir
membayukannya dengan angin yang menerbangkannya jauh dari letak mulanya.
Macam hidup aku.Hati berbisik sendiri. Rambut aku diterbangkan bayu ke belakang. Macam
hidup aku yang macam ombak, semuanya yang untuk aku hanya akan datang dan
pergi.
Dada aku sesak.
Tiba-tiba, aku
dapat rasakan ada tangan kekar yang merangkul abdomen aku dan belakang
vertebrae aku tenggelam ke dalam thermal jasadnya. Nafasnya menyentuh rambut
tepi aku dari belakang dan serentak dengan itu, ada melodi yang datang dari
arah entah mana.
“I wanna sing
for you” dia rehatkan dagu di atas bahu aku."Just for you, sayang"
Bersama melodi
itu, bisikan nyanyiannya berbunyi di tepi telinga ini.
“No limit in
the sky that I won’t fly for ya..” pucuk hidungnya direhatkan di tepi
ubun-ubun aku. “No amount of tears in my eyes that I won’t cry for ya”
lagu yang sama dengan lagu tempoh hari. “With every breath, that I take”
tubuh aku dipalingkan ke arahnya—menghadapnya. Sinar violet itu menyentuh
lembut kolam mata aku, “I want you to share the air with me” dan dia
menunduk.
Dahinya
direhatkan pada dahi aku.
Melodi masih
bergetar di gelombang udara seraya menghantar getarannya ke pada aku.
“There’s no
promise that I won’t keep” kedua-dua
telapak jemari aku di paut jemarinya dan dibawa ke belakang lehernya. Matanya
terpejam tenang sambil dahinya direhatkan dengan lebih asyik pada dahi aku. “I’ll
climb a mountain, there’s none too steep”
Bibir aku
mengukir senyum dengan setiap patah liriknya.
Tanpa aku
sedar, dahi aku, aku rapatkan juga pada dahinya. Nafas jasmine hampir bersatu
dengan roman wajah aku. Tenang. Damai. Rasa salah dan tidak kena. Rasa ingin
dicintai walaupun tiga hari. Rasa berdosa tetapi cinta menguasai.
Rasa ini
bersatu dalam diri aku dan dia.
“When it
comes to you, there’s no crime” sebelah tangannya yang tidak merangkul aku,
naik menyentuh pipi aku. “Let’s take both of our soul..” dan rambut aku
diselak ke tepi telinga, “..and interwine” jemarinya mengikut alur
rambut aku ke bahu, “When it comes to you..” dan ke pinggang, “don’t be
blind, watch me speak from my heart..”
Lucifer
berbisik lagi.
Sangat kuat
bisikannya di hati yang menghitam.
Sepasang mata
violet itu semakin melemaskan aku. “When it comes to you” pupil matanya
membesar. “Ana, I love you” melodi dan liriknya sudah hilang. Yang ada cuma
tiga patah kata itu. “I love you, I really do”
Tangan aku pada
rangkulan lehernya melonggar.
Walaupun sejuta
kali dia katakan benda yang sama, setiap sejuta kali itu, rasanya lain. Selama
sejuta kali itu, aku tetap jatuh padanya berkali-kali. Setiap jatuh itu,
rasanya sakit yang aku mahukannya lagi dan lagi.
“I hate you”
tawa gemuruh aku bergema. Mata kami masih terkunci. “I hate that I love you
too”
Bibirnya
mengukir senyum.
Serentak dengan
itu, tubuh aku diangkat gaya yang sama seperti tadi. Kali ini, aku langsung tidak melawan keran ada satu rasa yang menguasai aku. Rasa yang sepertinya
tidak mampu aku lawan dan aku kalah dengan Lucifer. Mata kami masih terkunci
tepat—tanpa putus. Dia bawa aku ke buaian jaring tadi dan dibaringkan aku ke
situ.
“Sayang..” dia
baring sama di atas buaian yang sama. Walaupun agak payah tetapi akhirnya, dia
berjaya letakkan kepala aku atas lengannya. “Boleh tak, Ana tidur dekat sini
for the whole night?”
Aku
memandangnya tanpa berkelip.
“Saya takkan
buat apa-apa” dia mengiring menghadap aku. Dagunya direhatkan pada dahi aku.
“Trust me, Ana”
Tanpa sedar,
aku biarkan tangannya sebelahnya merangkul erat tubuh aku dan aku tenggelamkan
wajah aku pada dadanya. Sebelah tangan aku merangkul lehernya. Aku dapat
rasakan dahi aku dikucup lembut dan bibirnya dilabuhkan di situ.
Lama.
“I wish, we
could stay like this forever” bisiknya pada dahi aku. “I wish, I can have you
for the rest of my life as my wife, Ana” belakang verterbrae aku diusap lembut
oleh ibu jarinya. “I really wish..”
‘..you can be
my wife’ sambungnya pada akal hati aku.
Bisikannya jelas. ‘So that I can have this whole night with you, and your
love, Ana’
Mata aku
terpejam erat. Wajah aku, aku tenggelamkan ke dalam dadanya lagi. Rangkulan
pada pinggang aku juga dieratkannya bagaikan dia tidak akan lepaskannya. Segala
thermal jasadnya bersatu dengan aku.
Kantuk semakin
bermaharajalela dalam diri aku.
Dan di dalam
beautiful escape ini, aku pejamkan mata untuk bermimpi sebelum esok tiba.
Esok,
pengakhiran segalanya.
**
Malam itu, aku
mimpi lagi.
Aku menjadi
seorang Ana. Nama Kristian aku asalnya ialah Anastasia Lawrence. Bukan Jannatul
Raihana selepas aku menjadi anak angkat kepada kedua-dua orang tua aku. Aku
ialah Anastasia Lawrence yang terbuang di rumah anak yatim di London.
Tetapi,
Anastasia yang ini, asalnya bukanlah seorang yang selalu mendengar ‘bisikan’
dalam fikirannya kecuali selepas aku dan kak Aina kemalangan dan dalam
kemalangan itu juga..
..aku
kehilangan kak Aina.
Dan kini, aku
tidak ubah seperti bermimpi tentang gaids yang aku panggil kakak itu walaupun
sebaya.
Peliknya mimpi
ini, aku berdiri di satu tempat yang sangat aku kenal—rumah anak yatim kami.
Tiba-tiba, aku dapat rasakan tangan aku disentuh oleh seseorang di tepi. Mata
aku jatuh pada dia.
Kak Aina.
“Kak Aina?”
Dia wujud
sebagai seorang gadis sepuluh tahun yang kecil. Matanya biru dan rambutnya
hitam pekat—sangat pekat sehingga ia mengingatkan aku tentang Aidan. Bibirnya
tidak berbicara apa-apa. Ibu jari aku dipegang oleh tangan kecilnya sebelum dia
jadi telunjuknya menunjuk pada satu arah.
Mata aku
mengikut arah yang ditunjuknya.
Di bawah langit
yang sangat pekat malamnya, lampu rumah anak yatim itu masih terbuka. Aku dapat
melihat wajah ibu angkat aku—Eisyah, yang ketika itu tampak muda dan seperti
tidak bertudung. Dia seperti menunggu kehadiran seseorang dengan wajah cemas.
“Eisyah!”
Suara yang aku
kenal—suara mummy Suzy. Dia datang dari arah pagar belakang. Wajahnya juga
cemas dan matanya ada kesan air mata. Di tangannya ada bakul bayi yang kecil
tetapi di lengan kirinya yang lagi satu, dia menggendong seorang bayi.
Dia sedang bawa
dua orang bayi.
“Please.. help
me” dia jatuh melutut dihadapan ibu angkat aku. “I don’t think I can be a good
mother, Eisya. Syed Borderline Disorder is getting worst! I can’t bear watching
him hurting my twins..” dia menangis di tanah. Tiba-tiba lengannya disentuh ibu
angkat aku—Eisyah.
“What should we
do, now?”
“Can you take
one of my babies? Please..” mummy Suzy menyerahkan bayi di dalam bakul kecil
itu. “Please.. I’m sorry Eisyah but I have to do this. I really am. I don’t
know what happens to Syed and what will happen to us, Eisyah. He always talk
about suicide! He always talk about the whsipers and I don’t even know how to
handle him anymore, Eisyah!”
“Suzy..” ibu
aku memeluk tubuh mummy Suzy. “No matter what happens in your life, turn to Allah..
turn to Allah”
Tangisan mummy
Suzy pecah di bahunya.
“Please Eisya,
take my daughter with you” dia serahkan bayi di dalam bakul itu dengan tangisan
yang melebat. “Her name is Aelin Amanda.”
Ibu aku
mengambil bakul tadi dan bayi tadi di keluarkan dari bakul itu. Mata aku
mengecil pada tubuh kecil di lengannya itu. Dahi bayi itu dikucup, “She got
pairs of blue eyes”
Aku tersentak.
Blue eyes?
Mata aku
berkalih daripada scenario di hadapan aku dengan gadis yang memegang ibu jari
aku di sebelah aku—kak Aina. Dia memandang aku dengan senyuman dan semakin
lama, senyumannya mengingatkan aku pada seseorang.
Adan.
Kini, tiba-tiba
sahaja disekeliling aku hilang dengan semuanya kecuali hitam putih dan hanya
ada aku dan Kak Aina. Mata aku mernikam tembus pada dua pasang mata birunya.
“Kak Aina?”
bibir aku bergetar. “Apa semua ini?”
Dia hanya
senyum. Matanya semakin lama semakin biru sebelum..
Jantung aku
berhenti.
..mata itu
bertukar warna—violet.
**
Mata aku
tercelik luas apabila aku dapat rasakan ada dua tangan yang mengoncang lembut
bahu aku.
Adan.
“Ana, okey tak
ini?” dia menyelak rambut aku yang jatuh ke dahi. Aku dapat rasakan peluh sejuk
mula merenik ke dahi. Mata aku masih memandang wajahnya yang penuh kerisauan
dan kemudiannya, pupil mata aku tertancap pada sepasang mata violet itu.
Betulkah kau
ini abang kandung aku?
“Sayang, kenapa
ini?” tangannya jatuh mengusap pipi aku
dan peluh di dahi aku. Dalam gelap tanpa sebarang cahaya kecuali cahaya daripada
kolam, aku dapat melihat sinar matanya yang terselit cahaya liar.
He wants something.
Aku dapat baca
fikirannya. Aku dapat baca hatinya. Tembok mentalnya direndahkan sehingga aku
dapat baca setiap gerak akalnya.
“Tadi, Ana
menangis dalam tidur” suaranya seperti cuba dikawal. Jemarinya di wajah aku
berhenti mengusap pipi aku. “Tadi, masa Ana tidur, saya bawa awak tidur atas
katil. Takut awak tak selesa dalam buaian itu”
Bibir aku
kelu.Tidak tahu apa yang mahu dibicarakan. Aku masih berbaring di atas bantal
dan dia duduk di tepi aku. Tangannya di wajah aku, aku ambil dan aku paut
dengan jemari aku. Satu renjatan halus mengalir di antara pautan itu sehingga
membuatkan udara di sekeliling aku terasa seperti membeku.
Aku dapat
rasakan sesuatu. Sesuatu yang sejahat euphoria daripada Lucifer yang membisik
di hujung telinga aku. Sesuatu yang membuatkan aku bawa jemarinya, dan aku
kucup lembut satu persatu.
Dia terpana.
“Adan, awak
tahu saya mimpi apa?” sebelah tangan aku mengusap pipinya.
Dia menggeleng.
Sedikit senyum, dia menunduk ada usapan tangan aku di pipinya. “Awak mimpi
apa?”
Aku diam. Tidak
memberitahunya mungkin lebih baik. Mungkin, mimpi itu hanya penipuan
semata-mata. Mungkin..
“Ana?”
“Tell me to
stop loving you” laju aku menutur tanpa aku fikir kewarasan patah kata itu.
Wajahnya, ak tarik mendekati aku. “Tell me how to end this shit, bagitahu saya
untuk berhenti mahukan awak dan jadi tamak. Bagitahu saya..” nafas aku lelah.
Tubir mata aku panas. “..macam mana nak hentikan kegilaan ini. Kenapa kita
hanya ada tiga hari untuk semua ini?”
Untuk beautiful
escape ini.
Air mata aku
jatuh.
Dia senyum
tenang. Pelahan-lahan, dia menunduk, kelopak mata aku yang menghangat di kucup.
Mata aku tertutup—sehingga membuatkan air mata jernih itu jatuh ke pipi. “I’m
sorry, Ana” dia menutur lemah dan air mata di pipi aku dikucup lembut. “I’m
sorry Ana” dan air mata yang jatuh di tepi telinga aku di kucup.
Lama.
Nafasnya
terhenti di situ.
“Ana?” Suaranya
berubah. Aku dapat rasakan rombakan dadanya semakin bergelora. Aku dapat
rasakan bau jasmin di memenuhi ruang nasal aku. “I want you, Ana” dia semakin
tenggelamkan wajahnya ke anak rambut aku. “I want you so bad..”
Seluruh nafas
aku terhenti.
Ada sesuatu
yang membisukan hati aku. Ada bisikan yang mematikan akal aku. Ada rasa yang
menggelapkan segala-galanya yang realiti pada aku.
“Ana..” dan
tanpa sedar, aku dapat rasakan dia semakin tidak sedar dengan setiap
perbuatannya. Setiap nafasnya berlalu pada eperdemis kulit aku. Aku biarkannya
dan aku biarkan diri aku hilang.
Jiwa aku bisu.
“I love you,
Ana” patah katanya semakin tenggelam. "Let's forget about everything, Ana" bisiknya pada anak rambut aku. "Every single things"
Dan seterusnya, aku biarkan aku jatuh ke tangannya. Aku biarkan dia menguasai aku.
Dan seterusnya, aku biarkan aku jatuh ke tangannya. Aku biarkan dia menguasai aku.
Aku semakin
ditariknya lemas ke dalam atmosfera ini. Segala memori malam ini seperti satu
escapism yang menghidupkan estacy aku yang aku tahu, akhirnya, mematikan aku.
Segala bisikannya bagaikan racun yang manis tetapi aku tahu, akhirnya, aku akan
mati dengan racun itu.Tapi aku
biarkannya kerana aku bodoh. Terlalu bodoh dengan cinta manusia yang
menggelapkan jiwa aku. Aku terlalu bodoh untuk membiarkan dosa memandikan aku.
Dosa.
Satu patah
perkataan itu membuatkan tangan aku menahan dadanya.
Dosa.
Dosa.
Dosa.
“Adan” aku
tolak wajahnya dari aku. Dia memandang aku dengan senyum kecil. Entah kenapa,
senyumannya itu kini membuatkan aku rasa ada racun yang mematikan aku. “Adan,
I’m sorry..” dan aku tolak dadanya kuat.
Aku bangun dari
katil. Baju aku yang terdedah aku betulkan. Air mata aku mula tumpah.
Apa yang dah
jadi dengan kau ini, Ana?
“Ana, kenapa
ini?” pinggang aku dirangkul dari belakang tetapi laju sahaja aku tolak
tangannya.
“Stop, Adan!”
suara aku meninggi. “Stop it! Awak abang kandung saya! Apa yang kita buat ini?”
air mata aku tumpah lagi. Esakan aku hampir pecah. “Awak gila ke?!”
“Then let it
be!” wajahnya berubah. Merah menyala rona kulitnya dan aku dapat rasakan
matanya menikam aku tajam. “Biar! Kita tak perlukan apa-apa dan yang kita
perlukan hanya cinta, Ana! Cinta!” dia berjalan kea rah aku dan terus sahaja
wajah aku dipagut. “Pergi mampus kalau awak adik saya pun, saya tak kisah. Look,
Ana..” suaranya dikendurkan apabila matanya menikam mata aku yang berkaca.
Tangan aku yang
memegang bahagian baju aku yang terdedah sudah mula menggeletar hebat. Aku
dapat rasakan yang Adan di hadapan aku ini bukan dirinya yang sebenar.
“Ana, please,
saya hanya mahu awak dalam hidup saya, Ana” pagutan dagu aku oleh jemarinya
semakin keras sehingga memaksa aku untuk memandag wajahnya yang penuh dengan
a[I kemarahan itu. “Please Ana, I can cancel my wedding, We can forget
everything about what happens in here, kita escape.. kita lari dari sini and we
make our new life.” Ada getaran dalam suaranya. “Please,sayang.. please..”
Aku dapat lihat
bertapa terdesaknya dia pada suaranya. Semakin lama dia menutur kata-katanya
tadi, semakin aku kecewa dengan diri dia, semakin aku kecewa dengan diri aku,
dengan kami. Semakin banyak kekecwaan itu menghuni aku, semakin banyak air mata
aku jatuh.
“Sayang..”
jemarinya mengusap air mata aku. “Please sayang..”
“Adan, awak tak
tahu hukum ke?” suara aku bergetar. “After all that we have done in these three
days, semuanya dosa, Adan! Takkan kita nak bawa dosa ini sampai mati! Awak tak
takut tuhan ke?”
“Tuhan? Kenapa baru sekarang nak ingat Tuhan!” tawa
sinisnya pecah. “Kenapa baru sekarang nak ingat dosa? Kenapa baru sekarang nak hentikan dosa-dosa yang indah ini?" Tawanya semakin keras dan menyakitkan hati aku. "After all the kisses and everything, kenapa baru sekarang Ana?!" Matanya merah menyala dan bahu aku dicengkam kuat. "Knepa nak ingat tuhan? Sebab Dia kita jadi macam ini Ana! Tuhan tak pernah ada, TAK
PERNAH!”
PANGGG!
Laju sahaja
tangan aku menampar pipinya.
Dia terkedu.
Nafas aku
semakin panas. “Adan, listen here carefully” aku pandang wajahnya tajam. “Hari
ini, saya menyesal sebab biarkan diri saya jatuh cinta dengan awak! Saya
menyesal, Adan! Dan saya sumpah, kalaupun awak bukan abang kandung saya pada
hakikatnya, saya tak akan sesekali terima awak dalam hidup saya walaupun
sebanyak mana cinta saya pada awak!” tangan aku yang menamparnya aku genggam.
“Saya tak akan terima awak selagi awak tak berubah menjadi seorang lelaki yang
cintakan Tuhannya dahulu sebelum melayakkan diri memegang cinta manusia!” Air mata aku jatuh berderai, jatuh berkecai seperti hati aku. "Dan awak langsung tak layak dapat mana-mana cinta manusia, Adan! tak layak!"
Air mata aku
jatuh tanpa penghujung.
“Dan saya,
Jannatul Raihana bersumpah, di atas segala dosa yang saya dah lakukan selama
saya dengan awak..” dada aku semakin sakit dan sesak. “..kalaupun awak
sebenarnya bukan abang kandung saya, saya tak akan terima diri saya untuk
mencintai awak atau sesiapa selagi saya tak mencintai dan meletakkan cinta
tuhan saya sebelum saya layak mencintai seorang insan”
Perlahan-lahan
aku berpaling daripadanya. Kaki aku bawakan keluar daripada bilik itu tetapi
sempat aku dengar bibirnya menutur sesuatu. Sesuatu yang membuatkan aku
terhenti di tengah pintu.
“To whatever
end, Ana” suara lembutnya menyentuh telinga aku. “I will always love you.”
Hati aku
bergetar. Sangat bergetar hinggakan tangan aku yang menahan baju aku yang
terdedah tadi, dapat merasakan bahawa jantung aku berdegup
kencang di dada. Sangat kencang.
Bukankah apa
yang bergetar di hati itu, satu dosa?
Terpanar dengan
bisikan hati sendiri, aku tidak berpaling ke arahnya. Langkah kaki terus aku
lajukan keluar dari bilik itu dan masuk ke bilik aku. Pintu bilik aku tutup
kuat dan aku kunci. Entah mengapa, laju sahaja pakaian aku terus aku tanggalkan
sepenuhnya dan tuala aku capai sebelum aku berhambat ke bilik air.
Air pancut aku
buka.
Dan aku duduk
di dalam tab mandi.
Mata aku, aku
pejamkan.
Dan aku
biarkan, biarkan air pancut itu membasahi segenap inci kulit aku. Air mata aku
mengalir deras. Esakan aku bergema dan aku biarkan segala-galanya hambur di
situ. Tangan aku menggosok setiap inci kulit aku yang disentuhnya tadi dan
nafasnya yang menyelimuti aku tadi bagaikan masih bersisa.
Ya Allah,
manusia jenis apa aku ini?
Bibir aku
bergetar. Lutut aku bawakan ke dada dan aku peluk erat. Air pancut aku
biarkannya membasahi seluruh tubuh aku. Membiarkan air itu membawa sekali dosa
yang aku benarkannya berlaku. Mata aku merenung setiap derapan air yang jatuh
dari tubuh aku yang mengalir lesu ke lubang air.
Kalaulah dengan
mudahnya dosa ini boleh dihapuskan..
Nafas aku
semakin sesak.
Aku hampir,
hampir memberikan maruah aku kepada seorang lelaki—abang kandung aku. Aku
hampir, hampir berikan segala-galanya pada dia. Wanita jenis apa aku ini? Di
luar aku bertudung, aku solat tetapi aku hampir punah dengan cinta manusia..
..kenapa aku
jadi macam ini?
Sebab
sebenarnya aku tidak mencintai Tuhan sepenuhnya lagi.
Apa guna aku
bertudung jika aku masih bercinta dengan cinta yang tidak halal bagi aku? Tak kiralah dia abang kandung atau bukan bagi aku. Apa gunanya bercinta dan bersentuhan tangan dengan yang haram bagi aku apabila aku sendiri jijik untuk bersentuhan dengan khinzir. Siapakah sebenarnya khinzir dalam hukum ini?
Manusia seperti aku yang mengkhinzirkan diri atau khinzir itu sendiri?
Apa gunanya aku menutup aurat dan solat jika dosa yang satu itu tetap aku lakukan? Kenapa aku biarkan cinta manusia yang menguasai aku? Apa gunanya seorang wanita yang bertudung bersentuhan dengan lelaki yang tidak halal baginya sedangkan fungsi tudung itu ialah untuk menutup aurat dan menghindarkan fitnah? Apa nilainya hijab dan hukum menutup aurat jika wanita seperti aku ini sendiri yang memperkosa hukum?
Subhanllah. Hati aku berbisik. Patutlah ada pendapat yang menghalang cinta sebelum nikah jika cinta acapkali dikuasi nafsu. Turn to Allah, Ana. Esakan aku semakin menyesakkan dada. Turn to Allah.
Manusia seperti aku yang mengkhinzirkan diri atau khinzir itu sendiri?
Apa gunanya aku menutup aurat dan solat jika dosa yang satu itu tetap aku lakukan? Kenapa aku biarkan cinta manusia yang menguasai aku? Apa gunanya seorang wanita yang bertudung bersentuhan dengan lelaki yang tidak halal baginya sedangkan fungsi tudung itu ialah untuk menutup aurat dan menghindarkan fitnah? Apa nilainya hijab dan hukum menutup aurat jika wanita seperti aku ini sendiri yang memperkosa hukum?
Subhanllah. Hati aku berbisik. Patutlah ada pendapat yang menghalang cinta sebelum nikah jika cinta acapkali dikuasi nafsu. Turn to Allah, Ana. Esakan aku semakin menyesakkan dada. Turn to Allah.
Seluruh tubuh
aku, aku gosok kuat. Wahai dosa, punahlah kau ke neraka sana. Punahlah. Hati
aku berbisik kuat. Air mata aku mengalir laju, selaju air pancut yang jatuh
membasahi tubuh aku. Wahai nyawa, kau dah terlanjur dengan dia..
Terlanjur mencintai dia. Terlanjur membiarkan nafsu menguasai. Terlanjur membiarkan diri kau jatuh ke dalam tangan dia.
Barangkali, definisi terlanjur itu banyak ertinya.
Esakan aku masih berterusan di situ. Wajah aku, aku benamkan ke dalam ruang di antara dada dan lutut aku yang aku peluk rapat. Seluruh badan aku menggeletar. Nama tuhan, aku ulang sebut berkali-kali. Wajah Adan dan memori tiga hari ini berulang seperti satu layar yang tidak henti.
Segala-galanya
indah bersamanya. Tetapi dosa itu tetap dosa. Dan dia, tetap beautiful escape,
beautiful disaster, beautiful sins bagi aku.
Mana mungkin
dia beautiful fate aku?
Air mata aku
mengalir lesu ke pipi.
Tak mungkin. Jiwa aku berbisik sendiri. Tak mungkin dia beautiful fate aku.
--NEXT;BEAUTIFUL
FATE--
Asalnya, plot cerita ini dinamakan 'Beautiful Lost' seperti yang saya pernah cakap dalam author note di fireheart dulu. Tapi saya tukar sebab saya tak suka ending dia. Disebabkan page terlalu banyak, patah perkataan hampir mencecah 20K, maka saya pecahkan bahagian cerita ini kepada tiga.
Maafkan dinda di atas setiap sinful beautiful part, maafkan dinda atas segala kekosongan isi dan mesej yang barangkali tidak kena tepat untu ditembak panah pada hati tuan hamba. Diingatkan pada tuan hamba, dinda di sini takut menyatakan yang dinda berdakwah dalam medium ini kerana acapkali ianya seperti tidak kena pada jalan cerita.
Maka, tuan hamba telanlah selembar cerita ini hanya sebagai cerita biasa-biasa.
Diharap fahamlah akan tuan hamba pada setiap bahasa dinda.
Barakallah pada yang membaca dengan hati.

Ya Allah...Akk ada sesuatu yg istimewa pada diri Akk,iaitu penulis yg penuh imginasi yg hebat bagi saya,sampaikan saya rsa mcm fantasi dlm diri saya...you do the great and awesome sebagai penulis,i'll be waiting for your next story beautiful fate..tak sabar!
ReplyDeleteBetul kata Akk,your stories bagaikan mimpi mlm utk saya.. really love.
ReplyDelete❤️❤️❤️❤️❤️
ReplyDeleteMacam pnjg lgi je series nii mcm enigma plk hee... Adan you're too sweet but at the end tu he's Adan but not Adan,get it? Balik ke pangkal jln pleasee Adan and he's too obsessed with his cinta i guess huhu
ReplyDeleteYou never leave me with a story without thousand of questions and thought. Indeed, ur stories is my nightmare
ReplyDeleteKak el, will you undraft magic for a while? Nak bacaaaa 😢
ReplyDeleteTenkiu el menepati janji2 mu.. cerita y best. Good job!
ReplyDeleteOk sy dh trfikir dr dulu lg yg Kak Aina tu sbnrnya kmbr Aidan yg sbtulnya..dan nmpknya,dptlah beautiful fate slps ni..jodoh buat mrka..hehe..dan pstinya yg vrsi sudah insaf.mcm ainul mardhiah,enigma..sy ad trtnya2 jgk dulu,knpa diorg x buat DNA dulu sblum mgshkn?kan haru biru jadinya..tp,klau diorg buat DNA,x jdilah jln citer mcm ni kan..ok ok sy mgrti
ReplyDeleteOh msti Mr Josep tu Yousuf kan?sy prsn dlm citer akak ni msti ad watak dr criter akak yg lain.cthnya dlm citer Ainul Mardhiah ad puteri api,Dante & Dianne si ank Leo tu,dlm Retold kut ad Adan si mata violet ni dkt cafe dia tp pkai contact lense wrna biru smpai trpgun org tu,dlm Allerednic ad Leo yg pgg violin ksygnnya dan dia dknali sbg Iskandar.well,Raja Leonard Iskandar..dlm citer Dr.Syu tu,sy x igt tajuk dia,tp ad Niall kwn Leo tu &Kak Farah yg slalu bela Amaya, yg dh kawin ad ank dh pun..ok ug Niall dan Farah ni sy lmbt prsn skit..bc smula stlh terbit smula,br prsn..huhu..tp bgus jg akak slitkn watak2 ni,trubat rindu sy pd mreka dan dpt tahu ksinmbgn kisah hidup mreka..tp yg sdih tu mmg sdih..Leo&Amaya mninggal swktu prgi umrah,Fella dlm cinderella tu mati..oh Fella yg dlm philophobia tu msti akak brgn tu akak kan?sbb Fella tu yg tukang buat crite heheh..The mask pun sdih..ermm sy nk bc Smbunyi Rahsia pulak bleh?x prnh lg bc..dan nk th smbgn Magic tu..ok maaf bleber pnjg2..ini account kakak sy,sy pinjam
Delete-ummi
Wahai kak el sayang, sy sedang mereng sbb cerita anda...hahahahahaha...menunggu ur next entry... and oh, sy mintak izin save
ReplyDeletecite kak el ye
Hmm ada kelapangan sambung la jujur katakan alhamdulilah la ana sedar klu x hmmm it ill be a dissapoimenttralala tahap giga tera dosa still dosa cinta atau xcinta
ReplyDelete