THE FIRAUN [FULL]: Mengejar Hari Lalu.




THE FIRAUN.





Kini.


"Aku ingat lagi masa kau kenakan Victorian dengan katak!"



Tawa pecah.



"Prankster gila do!"



Niall tahan senak di perut. "Itu tak tambah lagi cerita masa ada budak form 1 mengorat Dani. Geli!"


King, seperti biasa hanya senyum segaris. "Geli lah juga," dia tahan tawa.


"Rindu zaman sekolah," Mikha senyum sendiri. "Kau ingat tak macam mana kita boleh jadi geng?"



"Gila kau tak ingat?" King ketawa kecil. "Best lah belasah korang!"


"Kejam gila kau," Niall tumbuk bahu King perlahan. "Tak tahulah kalau anak nombor dua dalam perut bini kau itu ikut sama asyik nak berwachaa aje..."

Mendengar itu, King tersenyum sendiri. Telefon pintar dikeluarkan dan dua wajah yang memenuhi lock-screen nya ditenung. Ada gambar isteri dan anak lelakinya yang tersenyum kembali padanya.

King mula tersenyum lebar lagi.


"Tapi apa jadi eh sebenarnya?" Dani tiba-tiba bertanya.



Tiga yang lain senyum. Masing-masing cuba flashback zaman sekolah dulu.



"Kau tak ingat ke Dani?" Niall bertanya.



"Ingat sikit je..."




"Biar aku flashback kan kau.."



Dan hikayat sankala bermula..













FIRAUN 1- THE SEDUCER.

Kakinya maju ke hadapan, selangkah demi selangkah. Derap kakinya berbunyi merdu. Geseran kaki yang bertemu dengan lantai bersatu dengan gaya pra-angkuh lagaknya yang berjalan di antara laluan utama menuju dewan Cahaya.


Baju putih tuck in ke dalam. Lengan panjang berlipat separuh hingga ke siku. Kemas. Rambut hitam bersinar apabila disiram percikan matahari.


Dan manusia di kiri kanannya terdiam sepi.


"Budak baru,"  bisikan pertama yang dapat disentuh gegendang telinganya.



"Form 2 ke tu?"


"Macam form 4 aje"


"Bapak tinggi!"


"Matured gila kot muka!"


Dia buat bodoh. Pinggir bibir menarik sedikit cebisan senyuman. Penuh gaya. Baru perasaan budak di kiri dan kanannya menjeling-jeling manja.



Budak perempuan.


Iyelah, kalau budak lelaki, mahu aku terjun banggunan. Gay, Nay!


"Hei, si cantik!" Dia menegur gadis di pintu dewan sana yang baru nak masuk ke dewan Cahaya. "You tau tak mana class Proton 2?"


Gadis itu terhenti langkahnya. Pandangan mata dia meneliti setiap inci wajah lelaki tadi. Masya Allah, malaikat mana ni? Dan dia panggil aku apa tadi?

Budak perempuan itu rasa mahu pengsan! Si Cantik...


Dan pipi dia merah. "Uhh.." suaranya tersekat. Berdebar pula jantung ni. "You go straight, then you'll see a prefect yang pakai tudung tu, nama dia kak Aryanna, dia jaga kelas tu."


"Thanks," senyuman harimau bintang tertampal lagi. "By the way, you're.."


"Jase," gadis tadi menghulur tangan. "4 Columbia."


Si Leopard tadi hanya tersenyum manis. "Nice to know you, Jase. But Si Cantik suit you more," tangan yang dihulur disambut. Gadisbdi hadapannya mula blushing. Niall ambil kesempatan itu untuk merenung si gadis itu dengan renungan please-melt-with-my-charm.

"My name is Niall," suaranya digaraukan dengan gaya husky dan morning-voice yang basah dan menggoda.


"Niall? Full name?"


"My full name is 'yours', maybe?" Niall menggoda lagi. Tangan Jase yang dipegangnya ditarik merapat ke bibir dan dikucup. "And how I wish your full name is 'mine'..."

Lutut Jase longgar. Pipinya semakin merah dan matanya tidak berkelip merenung Niall.

Dia senyum manis lagi. "And you Jase? your full name?"


"Jasmine Eline Binti James Hakimi," siap makhraj lagi namanya disebut.


Niall senyum. Uh, thats why she looks like a scootish girl sikit. No pan-Asian face but mata dia, mangai, indahnya... hijau betul.


Dia senior kau, Niall.  Satu suara mengingatkannya. Niall tak ambil peduli budak depan dia ni senior ke apa, perempuan tetap perempuan, tetap indah!


Tetap boleh buat bini!


Woah! Terlebih imaginasi sampai ke bini pula aku ni! "Okay la, pretty, got to go, bye!" Ujar Niall sambil memberikan Jase kenyitan mata yang menggoda.


Langkah dihayun meninggalkan si Jase yang tadi pegun tak bermaya dah.


Pegun sebab si Leopard tu bagi dia senyuman tahap melting point napthalene, 80 celcius! tak pun senyuman coklat van houtan. Eh jap, Napthalene macam tinggi sangat melting point dia...

Whatever.


Dan dia rasa tak bermaya sebab.. si Leopard tu punya perfume macam melekat dekat dia.


Hoh! penangan si Leopard jantan tu lagi hebat daripada penangan terjumpa Angelina Jolie masa dekat LA dulu!


**




"Introduce yourself please!"


Dia bangun. Duduk sorang-sorang dekat belakang tu memang boring nak mati. Iyelah, semua manusia dalam kelas ni duk pandang dia macam alien baru jatuh ke bumi. Manusia yang bernama perempuan pula tak habis-habis senyum mesra dekat dia.


Nak tak nak, dia balaslah juga senyuman itu dengan lebih mesra. Senyum tu kan sedekah. Lagi-lagi untuk perempuan.

Niall memang bercita-cita untuk menjadi perlindung perempuan sedunia!


Langkahnya penuh bergaya menuju ke hadapan kelas. Dia pandang Cikgu Susila. Cikgu tu hanya senyum manis aje dan memberi dia ruang untuk bagi intro tentang diri dia.


Niall pandang ke seluruh kelas.


Hailaaa, macam masuk darjah satu pula.


"Assalamualaikum, my name is Tengku Daniall Izfans bin Tengku Harfie," senyum manis. Memukau. Semua tu dia bagi dekat semua wajah di hadapan dia. "Saya dari Malay College Kuala Kangsar tapi pindah sini sebab daddy saya suruh."


"Anak daddy ghupenye!"


Bisikan perlian dari budak muka ala-ala james bond di hadapannya tu buat hati dia hot sikit. Tapi tetap dia senyum manis.


"Okay, Tengku Daniell Izfans," Cikgu susila bersuara. "You can sit with Tengku Danial Darries. I dont want you to sit alone. And also for you Danial, please be nice with our new friend!"


Dia pandang Si Danial yang duduk seorang diri di hujung sana. Nama lebih kurang nama dia tapi...


Mak aih.


Cermin mata tebal. Mamat tu tinggi nak mati. Muka putih pucat. Rambut selak tepi. Niall ketawa kecil dalam hati. Handsome lagi aku!


Matanya jatuh pada buku di atas meja mamat nerd itu.

Buku sejarah tersepit di bawah buku English dia.





**




Tak sampai seminit, dia dah dapat kawan. Iyelah, dia ni jenis extrovert sikit. Bila dia keluarkan takat lebur dia, tak pun coklat Van houtan dia, terus semua manusia bergayut dekat dia.


Analoginya lagi macam dia senyuman dia ada magnet misterius giteww.


"Eh dude," si manusia nama James Bond tadi menegur. Bukan nama dia James Bond, cuma dia ni perangai ala-ala james bond sikit.


Nama dia Vons.


Nick name . Tapi tak tahulah nama full dia apa sebab Niall dah lupa semua benda kejadah tu. Sebabnya lagi budak dalam kelas ni semua banyak nickname.


Dia pandang james bond tu. "Kau dah tahu ke dapat roomate dengan siapa?"


Niall geleng. "Tah," dia kerling ke arah si 'Freak' di tepi yang dari tadi kusyuk baca novel Sejarah Tok Janggut. "Tak paham lah sistem sekolah ni!"


"Iyelah, budak mckk lah katekan," si Juki yang duduk depan dia menyampuk. "Mana nak paham sistem sekolah kita ni. Sekolah dia kan hebat!"


"Eh, janganlah touching bro," Niall ketawa kecil. "Sekolah ni pun hebat juga peh."


"Niall, kau ada talent tak?"


Vons jeling Jong-ki yang bertanya. Jong-ki senyum misteri. Kening Niall terangkat. "Apehal nye? Ada talent show ke apa?" muka dia serius.


"Minat sains?"


Dia geleng.


"Minat technical punya kerja tak?"


Geleng lagi.


Dan dalam sekelip mata, Vons blah dari situ tanpa meninggalkan bayu dan habuk pun. Niall naik pelik.  Apekajadahnya...


"They have a group," suara Freak di sebelah. Budak tu hanya bersuara beku tanpa berkaloh dari buku sejarah dia.


"Group?"


"Puak. We all here, have a group except some students that choose to be lone ranger, like me," buku sejarah diletak atas meja. "Vons dia kembar Fuji. Fuji budak kelas sebelah. Jong-Ki pakar math. Vons pakar IT and Science dan same goes with Fuji and yeah, I-Jay, budak kelas Neutron, He's very good dalam godam benda."


"And who the hell budak-budak ni?" and i dont see the explanation dari budak freak ni ada boleh lightens kan sikit persoalan dalam minda aku. Niall dah pandang si freak tu tadi dengan pandangan yang sukar ditafsir.


"They're Micro-4," si Freak pandang dia. Beku. "Dia tanya kau tadi because he wants you untuk join their group, maybe?"


So, that's it. Terasa persoalan tadi dah tak bersimpul.


"Kiranya macam, kalau kau ada group dekat sini, kau selamat dari bencana budak group lain especially senior."


"Group dari budak senior?"


"Firaun," Danial senyum. "Budak form 5, this year. Bad, Leonki, Eb. Dulu ada Dante Lartson, kami panggil dia mafia sebab dia budak Itali. Sekolah kejap dekat sini. Dia paling muda dalam geng Firaun. Umur dia tahun ini 16. Tapi dia dah balik Itali sebab ada hal. Aku rapatlah juga dengan dia. So aku tak ada masalah dengan budak Firaun. Dorang ni jenis suka smack down orang," dan senyuman nakal disambungkan dengan senyuman biasa dia tadi. "And maybe you're the next?"


"Huh?"


"Budak baru ler katekan," Danial ketawa jahat. "Jangan risau, they just beat you, not bite."


Erk.


**





FIRAUN 2- THE KING, Death-Eater.

Dia bawak violin tadi selamba menuju ke kantin. Rambut perang kehitaman dia yang panjang hampir ke bahu diikat kemas. Kulitnya yang keemasan lagi menguning bila dikucup matahari.


"Hey, King!"


Satu suara menegur dia dari tepi.

Ah, Mierda! King mencarut dalam hati. Dah lama dia tak mencarut dalam espana.


Dia berpaling. Kak Haslin. Senior form 4 yang agak 'hot' dengan cutting badan ala-ala hourglass dan baju kurung yang agak mengikut badan. Macam bukan sekolah aje dia buat. Baju pun suka hati aje nak ikut badan. Leo Mendengus kecil. "Yes?"


"Ada competition ke?"


Geleng. "Just untuk practise."



"Akak nak jumpa Leo masa prep boleh?" suara manja.


Leo diam. Ah sudah! Dia nak mengurat aku ke hapa ni. Dia pandang kakak senior tadi dengan senyum segaris. Senyum hormat- bukan senyum manis untuk menggoda.


Tapi itu sudah cukup buat kakak senior tadi tergoda. Tengok pipi dia yang gebu tu dah blushing.


"Tak boleh la kak,' dia menolak. "Ada practise bola keranjang," dan blah dari situ! tanpa menghiraukan kak Haslinda yang dah hentak kaki macam budak kecil.


Malas nak layan perempuan gedik nak mampus. Kalau mampus betul-betul pun lagi bagus! Langkah dilajukan menuju ke kantin tanpa memandang kiri dan kanan sebelum..


Pap! Violin jatuh. Dia pandang manusia yang langgar dia tadi.


Dan pandangan itu sangat tajam.


**


FIRAUN 3- THE PHILOSOPHER.


Pandangan tajamnya bertemu dengan pandangan tajam dari si sepet tadi.


Si sepet tadi senyum selamba. "Opps," sinis. "Bukan tersengaja, tapi sengaja, bro," dia blah dari situ sebelum merempuh selamba bahu singa yang macam nak meletup tu sebelum..


ZRAPP!


Baju mamat sepet tu ditarik kasar. "Michael," suaranya bergetar. "Kau ambil balik violin aku yang jatuh tu."


Michael sengih. Pandangan nakal dia bertemu sengan pandangan King yang tajam membunuh.


"Prick," dia menyumpah selamba. "King of Prick."


King masih tenang. Pandangannya masih beku. Tajam. Tapi tetap tenang macam selalu.


"Angkat balik!"


"No," Michael senyum tajam. "I wont, help yourself.'


"Angkat."


Michale ketawa kecil. "Angkat?" dia pandang beg violin yang jatuh tadi. "Kau nak aku angkat violin ni or what, you gonna be a King Kong?"


Mata King merenungnya tajam.


"Okay," Michael menunduk untuk angkat violin yang jatuh tadi tu. Bila Violin dah ada di tangan dia, violin dihulur kepada Leo sebelum...


Papp!


Michael hayun Violin tadi ke arah dinding dan..


Prakk!


Senyum kejam. Dua pasang mata mereka menelan pandang violin yang dah terbelah dua.


"Oppsi," Michael senyum nakal. "Violin kau ni, brand apa bro? Cap ayam ke?"


Dan pelajar lain di sekeliling mereka dah ternganga melihat gunung berapi yang akan meletup. Dan gunung berapi tadi pandang manusia dia hadapan dia tajam.


"Dont give me that look, you prick," Michael menyinis. "Violin cap ayam macam tu memang pat.."


Bukkk!


Kepala dia terteleng bersama darah yang menyembur. Michael terjelupuk jatuh. Tanpa sempat dia bangun, Leo dah pijak perut dia. "Michael William," wajah King tenang tetapi tetap beku.


"Arghh.." Michael cuba bangun tapi perutnya dipijak. "Kau gila ke?!"


King senyum.



"Yes, aku gila."


Dan..


PAPPP!


Pandangan Michael gelap.



**




FIRAUN 4- THE MISCHIVEOUS


Budak ni gila. Danial menggeleng. King, budak kelas sebelah kelas dia tu dah selamat 'gelapkan' si budak drummer dan pemain saxophone sekolah- Michael William tu.


Tanpa menghiraukan diri dia jadi tumpuan budak-budak sekeliling dia, King blah dari situ dengan muka tenang.


"Siapa tu?"


Suara di sebelah buat dia sedikit terkejut. Tanpa berpaling dia dah tahu siapa budak tu- siapa lagi kalau si penggoda nombor satu negara. Belum sampai tiga jam dia dekat sekolah tu, budak baru ni dah selamat dapat awek budak form 5, Rachell. A chinese girl. Dan berita itu tersebar dan sekaligus menjadikan budak sebelah dia ni dah jadi berita terhangat.


Ini baru hari pertama budak ni dekat sekolah ni. Kalau hari pertama dah hangat semacam aje budak ni, kalau lagi tiga tahun dia dekat sekolah ni, hangus agaknya!


"Itu Raja Leonard Iskandar, orang panggil dia King." Dia bersuara tanpa riak. "Maksud aku, yang muka macam spanish tu tadi. Memang Spain pun. Mix. Dia roomates aku."


Niall hanya memandang budak King tu dari jauh. Budak tu muka selamba habis dan tanpa rasa bersalah berlalu dari situ. Kenapa orang panggil dia King?

Dia mahu menyoal tetapi dia sendiri tidak berani.

Mata dia jatuh pula pada mamat mata sepet yang dah terlentang dengan darah yang keluar tanpa henti dari hidung dia. Beberapa orang pelajar dah sibuk mengangkat budak tu dan pengawas pulak dah bising nak report dekat cikgu displin.


"Yang tu.." Niall masih curious. "Yang loser tu," suka hati mak nenek dia panggil budak mata sepet tu loser.



"Tu Michael william. Budak drummer tu duk bilik sebelah bilik aku. Dia duduk sorang aje sebab roomates dia tak tahan duduk dengan dia sebab dia ni memang.." ayat Danial tak habis. Wajah dia macam tak larat nak habiskan ayat hujung dia tu.


Tapi Niall tetap Niall. Seorang kucing yang tak sanggup dibunuh dek curious dia. Bak kata omputeh, Curiousity kills the cat.


Dan Niall tak sanggup jadi kucing. Apa class! baik jadi kucing besar yang sexy habis! Leopard is the best definition for him.


"Kenapa dengan dia?"


Mereka masih berdiri. Memerhati budak loser yang terlentang tak sedarkan diri tu. Dah macam nak nazak aje tu nampak gayanye. Danial di sebelah diam. Nak bacakan talkin, si Michael itu bukan islam.

Bukan apa, Danial hanya mahu bersiap sedia dengan sebarang kematian di sekolah ini yang melibatkan roomate nya yang singa itu.


"Kenapa roomates dia tak tahan?"


"Sebab dia ni jenis suka kacau orang. Suka buli orang. Tapi buli dia ni lain sikit. Bukan buli sebarangan macam kau buat contoh dalam karangan BM tu," sempat lagi si Danial ni buat analogi karangan BM. "Dia ni misterius sikit. Dia buli guna Psycho dalaman."


Ah sudah! Psychotic ke apa budak tu. Niall dah pucat.


"Kau apahal, curious semacam ni?"


Niall senyum tenang. Muka pucat cuba dipadamkan. Nanti tak macho pulak kalau awek nampak aku pucat macam ni.


"Kau bilik nombor berapa?" Dia tanya Danial.


"P601. Kau?"


"P602."


Danial dah pucat. Tiba-tiba terasa dia ada anemia. Kurang haemoglobin. Axon dan dendrites dia mengecut dan mengembang.


"Bertabahlah bro."


Ucapan simpati dari hati dia. Dia menepuk bahu Niall. Dah macam berat sangat pulak dugaan si Niall ni sampai kena tabah bagai.


Niall senyum tenang.


"Bro cuba," kalau ada hastag, mungkin boleh dipakai terima.

Danial sengih pada Niall. "Kalau kau mati, sebelum itu, bagi tahu aku dulu. Aku nak praktis baca talkin."

"Kalau aku mati, bro..." Niall buat muka pura-pura sedih. "Kesian perempuan-perempuan yang tunggu aku, menangis dia orang sebab nak aku jadi imam dia orang."

"Hmm, patutlah..." Dani menduga sendiri secara tiba-tiba.

"Patutlah apa?"

"Patutlah, kau ini imam perempuan rupanya. Aku ini, imam solat jenazah je mampu, bro..." Danial mengeluh dengan dramatiknya. Kepalanya menggeleng sendiri. "Bukan apa, jodoh dengan kematian itu memang dah tentu. Jodoh dengan perempuan ini, kadang-kadang bodoh jadinya. Macam kau, pertama kali aku nampak kau, aku tertanya, 'budak bodoh mana ni?"

Habis sahaja ayat Danial, Niall terus meluku kepalanya!



**




"Nah," kunci yang nak berkarat tu dihulurkan kepada dia. Ada tag nombor bilik sekali. "Blok Hang Tuah, dekat aje dengan Surau."


Dia sambut kunci tadi nak tak nak. Senyuman menggoda tetap diberi kan untuk kakak kerani tadi. Cun juga akak ni!


"Terima kasih,kak."


"Sama-sama," kakak tadi senyum manis. Pipi kakak tu merah bila ditenung sang Leopard dengan tenungan romeo dia.


Niall melangkah pergi. Bagasi ditarik. Ada dua aje beg yang dia bawak. Jadi lelaki ni senang. Tidur pakai boxer pun cukup. Tak payah bawak bedak, tak payah bawak baju dalam yang menyusahkan macam perempuan.


Yang penting, bawaklah handphone. Memang tak boleh hiduplah kalau tak ada PUBG ke Plato ke. Dulu dia main Killer Bean tapi sekarang dah bosan!


Sampai aje dia di hadapan bilik P602, langkah dia terpacak di hadapan pintu. Sedikit nak terngangalah juga. Pintu kayu jati. Boleh tahan gak sekolah ni.


Yang dahsyat nya bukan pintu kayu jadi tu. Yang dahsyat nya bila mata dia dah ternampak ada huruf M yang sebesar alam di tulis di pintu tadi. Ada tertulis beberapa perkataan di situ dengan menggunakan marker permanent berwarna hitam...

"DON'T ENTER THIS TERRITORY OR YOU DIE."

"ONE STEP IN, THOUSAND STEP TO HELL."

"WELCOME TO M. A GARDEN WIYHOUT FLOWER, IS LIKE LIFE WITHOUT LOVE."

Ayat terakhir itu buat Niall sedikit terkejut. Eh, jiwang pula mamat maut ni? Kodahkenapa...


Ini memang territory dia ke apa?


"Masuk aje lah."



Satu suara menyapa dari tepi. Niall berpaling ke arah suara tadi. Mamat tu hanya selamba half naked dengan hanya ada tuala menutup bahagian bawah dia. Rambut dia yang basah tu dah digulung dengan tuala kecil.


Dan mamat tu selamba mengelap violin di muka pintu bilik sebelah tanpa pandang dia.


King...


"He just being like a prick, sometimes. But he's not a bad guy."


Wajah itu tenang.


Niall terdiam. Pelik betul bunyi mamat ni bercakap. Bukan ke dia baru aje belasah mamat 'M' ni petang tadi and now, he's talking about this guy- Michael not a bad guy.


Nak tunjuk mulia ke apa ni?


Nak tak nak, Niall hanya mengangguk kecil tanda dia iya kan aje kata mamat Spain tu. Tombol pintu dipulas.


Pintu kayu jati itu berbunyi kriukk. Macam cerita hantu pulak bunyi nya.


Dan selesai operasi buka pintu, mata dia terbuntang melihat isi bilik dia- bilik mereka.


Gambar minah salih sexy nak mati tertampal dimana-mana. Majalah playboy bersepah di merata tempat.


Dicampur pula dengan Nota dan formula entah apa-apa memenuhi dinding.


Niall ternganga melihat nota itu.


"Nota Fizik."



Dan ada suara menjawab persoalan di fikiran dia.


Dia berpaling ke belakang.


"Welcome bro."


Michael william sengih dengan gigi putihnya yang tersusun cantik bersama matahari yang seakan-akan berkelip kecil di antara gigi dia yang cantik tadi.

Wajah mamat itu seolah-olah berkata, 'Ko mampos harini, kosabajap, aku mamposkan ko nanti.'


Niall mula mengucap syahadah dalam diam. Just in case kalau dia mati hari ini.




**



"So nama kau?"


"Tengku Daniall Izfans," dia susun baju dalam almari yang dah penuh berconteng. "Kau?" saja nak cari modal bertanya walaupun dah tahu jawapan dia.


"Michael William," mamat tu bersandar pada katil dia. "Kelas 2 Elektron."


Habis baju dikemas, bagasi disodok ke bawak katil. Nasib baik muat.



Tok! Tok! Tok!


Pintu diketuk. Kedua-dua berpaling ke arah yang sama. Tanpa sempat Michael buka mulut, pintu dah terbuka sendiri.


"Weh bro," Danial merempuh masuk tanpa salam. Okey la tu kiranya dia ketuk pintu tadi. "Malam ni On ke?"


Michael sengih. "On aje," matanya berubah hala pada si Leopard. "Wanna join us?"


"Huh?"


"Malam ni, sediakan sayap untuk terbang."


Dan itu sudah cukup bagi tahu dia apa yang akan terjadi.


**


Dua manusia tu memang geng masa fly aje. Tak ada siapa tahu kenapa mereka boleh jadi geng masa fly.


Asalnya, suatu malam ni, dua manusia tu sama-sama lepak dekat belakang sekolah-  luar pagar sekolah, dalam semak semata-mata untuk merokok. Tak, Danial tidak merokok. Hanya suka kepil rokok di bibirnya.


Cool, katanya.


Memang membunuh moral manusia betul. Budak form 2 merokok ? Tapi sampai ke tahun ni, mereka berdua geng time nak merokok aje.


"Nak try?" Michael hulur sebatang.


Tengku Daniall geleng. "Tuhan nampak bruh," dah masuk alam ustaz Badri Shah. Danial di hujung ketawa rendah.


"Kau 'terbang' ni tuhan tak nampak lak?"


"Aku dah buat dosa," Niall mengumam rendah. "Takkan nak tambah pulak kan?"


Danial terdiam terus. Si Mukha pula, makin tebal kepulan asap rokoknya. "Nasiblah aku ni free thinker."


Dan seterusnya hanya cengkerik yang berkaroke di sebalik malam tu.


"Bro," suara Niall. King tu.. budak spanish tu, dia memang pendiam ke? Ke pemalu?"


Tiba-tiba tawa Michael pecah. "Malu? Are you nutts? King is pemalu? I hope he's but he's not. He's just an introvert person. Maybe his past has shaped him to be like that,dude..."


"His past?"


"Well, i think he's a man with a gem of character before his life has changed tremendously." Dah masuk ayat karangan BI dia. Michael sambung, "You dont need to know someone past."


"Yes, but knowing him, he's a cat with curiousity," Danial mencelah pula. "Niall ni memang curious orangnya."


Niall hanya senyum. "I'll figure it out, later." figure it out about his past. Leo's history. Macam insteresting aje. Tak ke? "Mana tahu boleh jadi geng ke?"


"Huh, in your dream lah bro," Michael mencelah.



"Why? Dia a good guy what?"



"Yes, he's. But He's a freak lah weh. Asyik dengan violin dia aje," Danial.


"Yes he's a freak and  should I consider you to be any different?" Niall membalas. "Kau dengan buku sejarah, spek tebal dan macam budak skema. And now, you're sitting here, smoking and that nerdy man yang aku kenal before dissapear macam habuk kena tiup." Kebabom punya perli.


"Sekurang-kurangnya, aku normal. Aku tak pernah masuk juvana," Danial membalas serangan.


"Juvana?" Si leopard makin dibunuh curoius nya.


Michael senyum.


"There's so much things you dont know about King like we do. So, knowing King, he's the type of person that tak suka orang lain cari masalah dengan dia dan one of his problem is bila ada orang cari masalah dengan orang yang dia sayang atau barang yang dia sayang."


"Then, apahal kau hancurkan violin dia petang tadi?"


"Because I just wanna have some fun with him," Michael senyum. "And that's the only way to be his friend."


By being his enemy?


Niall terdiam.

"Ya' know why people call him King?" Danial menyoal Niall. Rokok yang terkepil di celahan bibirnya bergerak jiga setiap kali dia berbicara.

Niall geleng. Why?

"Because he's the lonely King, sitting alone on high place just to be close to the wind and sky. He loves playing violin alone," Mikha jawabkan soalan Danial.

Lelaki mata sepet itu kemudiannya ketawa sinis sebelum menyambung, "Or maybe he's not alone actually."

Danial dan Niall tidak faham. Tetapi nereka tidak menyoal lanjut


**


Kriukk..


Dia berdecit. Menyampah betul dengan bunyi pintu ni. Kena letak minyak ni. Pintu ditutup perlahan. Beg violin di belakang dicampak ke atas katil.


Mata menebar ke segenap ruang di dalam bilik. Dua katil kiri dan kanan. Katil di sebelah bersusun dengan bantal cuma pemandangan katilnya tak indah sebab beg violin tu aje.


Katil di sebelah kiri penuh dengan buku. Semua buku sejarah. Bawah katil tu pula bersepah dengan bekas plastik twistis, roller coaster, dan keropok ring.


Allahuakbar. Dia mengeluh.

King berjalan ke arah katilnya sambil mata memandang geram katil sebelah. Kut ya pun nak capai tahap kejantanan pada gelaran 'bilik orang bujang' pun tak payahlah sampai tahap nak membela tikus.


Kriukk..


Pintu bilik terkuak.


"Assalamualaikum," Dani.


King menjawab dalam hati. Kepala langsung tak pandang mamat tu. Stokin dibuka. Baju kemeja putih pun dibuka sama dan tuala dicapai.


"Kau pergi mana?" beku aje suara dia. "Dah tengah malam."


Dani pandang mamat yang dari tadi duk jeling dia tajam. Ni mesti kes terkena angin kus-kus ni. "Pergi halau nyamuk," dia sengih dan selamba duduk atas katil tanpa rasa bersalah dekat buku-buku yang menyemak dekat situ. Selamba badak dia aje duduk dengan muka tenang habis walaupun katilnya dah macam sarang tikus.


Tak apa. Baru sarang tikus.

Kalau sarang harimau ye la, aku takut. Dia sengih dalam hati. King yang diserang angin kus-kus tu dipandang. Mamat itu pula elok dan bersahaja buka seluar depan dia dan badannya dah siap bungkus dengan tuala. Dani dijeling dengan tersangatlah maut.

"Halau nyamuk ke, panggil setan?"


Dah faham sangat dengan definisi 'halau nyamuk' Dani.


Dani tersenyap sekejap. Terkena kalbu lah juga dia dengan soalan King tadi.


"Kalau dah nak panggil setan sangat, kau boleh panggil, ajaklah kawan sesetan kau dekat bilik sebelah tu," King mendengus kasar. Mata Dani direnung tajam. "Tapi aku tak nak bilik aku ni terbawak kesetanan kau tu. Tu.." kening dia terangkat pada bawah katil Dani. "...kalau kau nak bagi setan kau makan, jangan bagi dalam bilik ni, bagi dekat luar. Kemas sampah-sampah tu. Bilik aku, bilik kau, bilik kau, bilik aku. Hormat sikit, ye setan."


Dani buat muka tenang. Macam bapak aku betul la dia ni. Bapak aku pun kalah!

"Ye la.." dia mengalah. Buku-buku dan sampah semua dikemas dan dibuang mana yang tak perlu tu. "Aku aje setan, kau tu malaikatlah sangat."


King buat derk. Dia memang mamat tak ada perasaan. Dia berjalan ke arah almari baju. Berus gigi diambil dari bekas hygine nya. Tak suka letak dalam bilik air. Kotor katanye. "Sorry kalau kau terasa," dia tak pandang Dani. "Tapi kau kena tahu, kita tak patut takut setan dan jin."


"Ye lah, kau memang tak takut apa-apa pun," Dani menyindir. Hero lah sangat tu. Mana ada orang tak takut setan!


King tergelak kecil. "Bukan.. bukan tu yang aku nak cakap," dia menyandar pada almari dengan penuh gaya. "Cuma aku rasa kita patut takut setan dalam diri kita aje."


Dan mamat tu hilang berdesup ke bilik air.


Setan?


Dani berhenti dari mengemas buku. Berfikir. King ni memang nak kata, 'kau bukan panggil setan masa hisap rokok (walaupun Dani hanya kepilkan batang rokok pada bibirnya sahaja), kau lah sebenarnya setan.'


Dani atau nama sebenarnya Danial itu menggeleng sendiri. Susah betul dapat roomate adik beradik dengan ribut taufan dan tsunami ni...




**


Waktu rehat.


"Wah! sedapnya you makan!"


"Kenapa nak sikit ke?"


"Tak nak," Anna menggeleng. "Nak you suap!Hikhik!"


Niall sengih. "Okay, baby," mashroom sup disuap ke mulut kesayangannya. Anna. Budak form 4A4. Sains teknikal. Tak macam budak teknikal pun. Tak apalah, janji lawa dan hot!


Mata-mata disekeliling memandang aje. Meja empat segi tu dah di konker mereka aje. Berdua. Macam dah cop aje nak buat drama melayu dekat situ.


"Silau mata aku," satu suara di belakang.


Niall dan Anna buat derk aje. Sambung sweet menyewit. Dari bersuap, dah jadi kongsi makanan. Duduk sebelah menyebelah. Tangan berpegangan.


"Hanna, kau tengok tu." Jeckie termuncung pada si Niall. "Dia tak belajar ke haram halal!"


"Dekat MCKK takde pendidikan islam kot," Bella menyampuk sambil hisap lollipop.


"Alah kita pun apa kurangnya," Arina menyampuk. "Haram juga."


Tiga pasang mata pandang dia tajam. "Apa yang kita orang buat sampai kau cakap haram pula?"


Arin sengih. "Kita mana pakai tudung. Tak haram ke tu?"

ZAP! Hati tertikam.

Terdiam.


"Beb," Si Bella menyiku Arin. "Betul ke kau nak pindah tahun depan?"


Arin angguk.


"Alaaa.. lepas ni bertigalah kita," Hannah buat muka sedih. "Arin dah tader."


"Alololo..." Arin memujuk Hanna macam pujuk budak setahun. "Aku doakan kau dapat kawan baru. Ahli baru untuk victorian!"


"Tak mau laa," Bella mencebik. "Kau takder, victorian tak adalah geng nakal-nakal tapi sexy ni!"


"Tula sebab aku doakan kau orang dapat kawan muslimah sikit. Dah besar kan semua.. kenalah taubat sikit!"



"Aloooo..."



"Dah dah tak payah nak main kalbu dengan aku, aku ni hati steel. Tak main lah hati bertakat lebur ni!"


"Tapi kan siapa nak tolong kenak.."



PAP!


Cawan sirap plastik berempat terlompat ke atas sama dengan bahu mereka yang terlompat dek terkejut dengan lima jari gergasi yang mengetuk meja mereka. Hish! siapa kacau orang masa waktu rehat ni! kacau victorian pula tu, nak mati ke?


Mata mereka naik ke atas wajah si pemusnah ketenteraman alam.


Dani.



"Hoi betina!" dia tuju pada Bella. Mata dia merah. Muka bengis habis. "Kau kan yang letak lollipop cair dan melekit tu dalam pensel box aku!"


Bella bangun. "Eh?" pura-pura terkejut." Aku bagi kau hadiah kut, appreciate lah sikit!"


"Appreciate hotak kau!"


Bila Bella di 'hotak kau' oleh si Dani, mulalah, dia pun nak ikut sama berperang mulut. "Hoi beruk! Kau ingat lagi tak semalam? Pasal kau tumpahkan kari kat baju aku semalam. Padan muka kau! sekarang kita seri!"


"Your head brain lah!" Dani meng'kepala otakkan' si bella lagi. Tapi versi english punya. Bunyinya agak lebih sopan lah juga.


"Pelajar, dilarang bergaduh di kantin sekolah" Paan, si pengawas junior tu mengarah.



Bella pandang Dani macam nak bunuh.



Dani pandang Bella macam nak di keluarkan otak dari kepala minah tu. Dah terbayang otak Bella disedekahkan kepada zombi di kampung pisang tu.


"Pelajar..." Paan cuba tenangkan keadaan.



Mata yang mengganas antara dua makhluk tu saling berlaga. Tajam. Tak ada rasa cinta pun.



Cinta?


Haktuih! Dani nak meludah dekat situ juga. I believe no hate love.


"Pelajar, sila bersurai!"



Aku nak cekik kau sampai mampus! Dani hantar kuasa telepatinya pada Bella.


Bella pun macam faham aje yang Dani memang nak memampuskannya, dia kertap gigi. Aku yang patut bunuh dia dulu. Eeee.. kenapalah dia lahir dekat dunia ni!


"Pelajar.."


"Hoi pengawas gila," Hannah yang tengah syok dengan perlawanan debat antara Bella dan Dani mula rimas dengan si Paan. "Kau ni, skema la der, pi sana lah jaga diri sendiri. Biarlah mereka bergaduh. Jangan kacau."



Bila dipanggil gila, Paan pandang Hannah tajam. "Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya. Awak sebagai kawan patut leraikan mereka."


Hannah juling mata ke atas.


"Bro," suara di tepi mengejutlan Dani. "Dah dah, jom blah, tak guna gaduh dengan victorian ni!" King mula jadi hero. Dani ditarik pergi.


"Tahu pun takut dengan victorian," Arin yang dari tadi senyap menyampuk sambil senyum sinis.


Dani semakin berasap.


King senyum tenang. "Aku nak takut kau?" dia gelak. "Aku memang takut dengan korang. Tahu takut apa?"


Yang lain diam. Menunggu King menyambung...


 "Aku takut, korang yang mampus. Mampus sebab kitaorang yang memampuskan korang!"

Mampus, ialah perkataan favourite King.


Hannah rasa tercabar. Dia bangun. Mata menghadap King. Jantung dia bergetar bila mata mereka bertemu. Buka bergetar apa, cuma King terlalu.. terlalu..


Menakutkan.


"Kau siapa nak mampuskan kita orang?" dia tunjuk berani. Tak nak kalah. "Malaikat maut?"



Dani senyap. Ah sudah! Aku yang bergaduh dengan Bella, alih-alih si King ni pula yang gaduh ngan victorian semua. Bahaya!


"King jom la bla.." Dia dah takut semacam dengan King yang memang macam singa nak baham keempat-empat victorian. "Dah dah.. jom bla.."


King tetap pegun di situ. Pantang lah aku orang cari gaduh mulut ni!


"Laa.. Mister Dani kita takut ke?" Bella semakin mengejek. "Dan kau King, kau siapa nak cabar kita orang ? Malaikat maut?"


"Bukan," King pandang satu persatu wajah victorian. "Aku cuma penolong malaikat maut aje."

Sesuatu dikeluarkan dari poket dan dibaling ke meja victorian dan..


Cit..cit.. cit...



"Arghhhhhh!"


"Mummy!"


"Tikus!"


Satu kantin meletop dan riuh. Victorian lari tanpa kaki. Erk? Tanpa kaki? Oh ya, mereka terbang meloncat dari kerusi ke kerusi.

Pandai pula tikus tu buat kecoh.


Dan manusia berdua tadi keluar dari kantin selamba.


"Cayalah kau King! Firaun gila!"


"Not a big deal."


"Mana kau jumpa tikus tu?"


"Kawan kau kot tikus tu," King sengih. "Takkan tak kenal?"


"Huh?"


"Aku jumpa dekat bawah katil kau."



Katil?


Ya, katil Dani yang macam sarang tikus.


**



"Ini Daniall," coach Hazim memperkenalkan.


"Panggil Niall aje, coach!"


Coach Hazim angguk. "Niall akan jadi teamate baru kita. Niall, nasib baik kamu datang, group under 15 memang tak cukup orang!"


"Eh, kau under fifteen ke bro?!" si Ajeng atau nama penuhnya Mat Ajeng Daud. Dah macam Anjing pun ada kalau sebut banyak kali. Itu sebab dia sensitif sikit dengan nama dia.


Dia orang Sarawak, nama kampung. Tapi bapak kerja Petronas bahagian apa pun Niall tak tahu tapi si Ajeng ni memang kaya lah juga.


"Aku 14."


Yang lain ternganga. "Gila.. penipu lah kau!"



"Budak sekarang matured do!"


"Aku dulu, pat belas, tak akhil baligh lagi. 15 tahun baru mula mimpi. Tu pun bahagialah juga sampai nak nyanyi lagu fifteen by taylor swift. Mak aku kata, kalau dah mimpi, boleh kahwin!"


"Bengong la kau ni," kepala si Hafiz di debik oleh si Haziq. "Tu pun nak citer ke?"


Niall senyum aje dengan keriuhan pasukan bola keranjang. Tapi mata dia sebenarnya tak beralih dari King yang duduk diam di tepi. Sesekali, mamat tu tanya menjawab patah perbualan dengan Adan- senior form 5 merangkap ketua pasukan.


Mamat Adan tu pun misterius lebih kurang si King juga. Sama-sama gila muzik. Sama macam Niall juga tapi si Adan ni memang berjiwa lebih moden.  Dia minat muzik dubstep. Muka pun pucat putih macam vampire. Rambut hitam lebat. Betul-betul macam vampire.


"Tu King, kau kenal kan?" si Haziq bersuara dari tepi. "Budak pelik tu sapa aje tak kenal."


Niall mengangguk. "Dia main untuk under fifteen gak kan?"


"Dia nak main untuk under fifteen?" Hafiz menyampuk. "Dia lah star untuk under eighteen. Coach heret dia masuk!'


Gila! Mamat ni memang pelik tapi dahsyat semacam aje.


"Niall!" Coach memanggil.


"Ye coach!"


"Main eyes to eyes la."



"Hah?" tak faham dengan bahasa coach. Coach ini nak ajar aku jadi gy ke apa? Main mata dengan King? Dehek?


"Tu.." muncung coach panjang hingga ke tengah gelanggang. "..dengan King."


Dan mata dia terikut sama dengan muncung coach.


Dead.


"Mati," Haziq tolong translate kan suara hati Tengku Daniall.


Dan King sedang menunggu di tengah gelanggang dengan muka tanpa senyum. Muka tenang.


Dan Jantung Tengku Daniall bergolek jatuh.


**



"Hello the seducer," Raja Leonard Iskandar senyum.


Niall buat muka relax. "Nice name for me. Thank you," dia pandang bola yang di pegang King.


Masing-masing berdiri tegap dan teguh. Mata ke mata. Ops, bukan 'mata ke mata' dengan pandangan ala-ala pandangan Niall untuk Rachell, Anna mahupun teman wanita dia yang lain. Tapi pandangan maut untuk the Death Eater di hadapannya.

The Death Eater.

The King.


Itu bukan Niall yang reka tapi panggilan itu ialah panggilan semua manusia di sekolah itu untuk King yang macam dracula nak memakan manusia.


"Kenapa masuk bola keranjang?" King mulakan langkah. "Nak memikat gadis dengan cara yang sangat drama? Dengan jadi budak basketball?" sinis. "Well, budak basketball tak hot mana pun, bro!"


Dan langkah mereka kencang. Bola menyentuh gelanggang. King menangkas serangan Niall dari belakang. Bola dibawa cantik ke depan melalui paras pinggang.


"Baik kau masuk bola jaring," King menyindir. "Banyak awek dekat sana."


"Dan kau The Death Eater?" Niall mula membalas. Kaki dia bertemu dengan permukaan grlanggang. Bunyo geseran kaki mereka semakin kuat dan menarik gemuruh di jantung meteka yang melihatnnya. Niall sambung serangan mulut. "Berlagak cool, semata-mata nak takutkan orang dengan kau yang bajet gangster?" serangan dari belakang dan..


King 'dilantun' bola ke tanah dan dengan tangkas bola dirampas Niall dengan satu detak jantung dan suku nafas! Gila tangkas! King memuji tanpa sedar.


Dan Niall menuju ke jaring. King halang pantas. Mata tak boleh berkelip sesaat pun!


"Aku tak bajet cool," mulut lancang bersuara bersama langkah yang cantik! "Aku semula jadi," dan langkah yang kemas! bola yang nak dilantun dirampas! Zapp!


Bola bertukar tangan. Peluh menitik ke pipi. Para penonton semakin ramai. Cikgu pun tumpang mengintai sama!


Suasana semakin hangat!


King berlari laju! Tangkas! Bersama bola yang menyentuh gelanganggang. Bunyi kuat berdentum dan geseran kaki bersatu. Dia pandang Niall di tepi sekilas. "So the seducer, catch me if you can!"

Dan bola dibaling selamba oleh King yang membelakangi keranjang dan...


"Goallll!"


Ramai bersorak. Nial ternganga. Gila! Membelakang? Mamat ni gila memang gila! Dan semua yang jerit goal tadi tu pun gila! 'goal' tu bukan untuk bola sepak aje ke?! Huh!


"Jangan terkejut, The seducer," King senyum segaris. "We're born to be a winner."


Niall angkat kening. 'We' ?


Dan game bermula semula. Niall dapat bola! laju dan tangkas! Mukanya merah dan berminyak dengan peluh. Bibirnya semakin merah kepanasan.


"Niall sayang! you can do it!" Diana- awek baru dia, memberi semangat.


Dan semangat tu mula datang ! Dia kenyit mata depan Diana. Aku akan menang! Depan awek mana boleh kalah!


King masuk dalam garis pertama. Menahan dan menangkas laju bola tapi Niall lagi tangkas bawa bola jauh dari the death eater.

Niall lari macam Hussein Bolt sebelum...


"Goallllll!!"



Dan kali ini, Niall tak marah mereka yang jerit 'goal' tu dengan alasan 'goal' hanya untuk bola sepak, sebab dia tahu, mata dah masuk. Mata untuk dia.



Dia pandang King dengan senyum sinis. King buat muka cool.


"Aku dah biasa main dekat sekolah lama," King hanya pandang dia tanpa riak sebelum kaki dah keluar dari gelanggang."Dah mengalah ke, The Death Eater?!" menyindir.


King buat derk. Dia ambil botol mineral dan disiram ke seluruh badan.


"Ke kau tak pernah main masa masuk juvana dulu?" Tanpa sedar, si leopard makin galak nak cari gaduh. Guna cara Mikha. Bukan apa, budak Leo ni buat derk je bila dia bercakap, mana tak si Leopard sakit hati.


King buat derk lagi.


"Takkan pembunuh pembuli adik sendiri macam kau ni dah putus asa dengan budak MCKK macam aku kot?"


Dan akhirnya The Death Eater itu pandang dia tajam.


***


"Kau cakap apa?" Bola dilantun dipegang kuat. Mata King pandang Niall. Tajam. "Kau cakap apa?!"



Niall terdiam.  Mati.




"WOII!" King pukul dada budak MCKK itu. "KAU CAKAP APA TADI?!!"



Niall kelu. Mata mamat Leo itu pembunuh semangat nak melawan dia. "Aku.." shit kau Niall, tak cool lah kalau kau kalah depan Leo. Tak gempak. "...kau pembunuh pembuli adik kau takk.."



BUKKK!!




"ALLAH!" Suara Coach.



Dan hakikatnya, satu tumbukan penuh padu dan bersepadu bila lima jari jadi digabung satu ,mampu menggelapkan Niall tanpa saat dalam waktu.



**





"Padan lah muka kau" lembam di muka Niall ditenyeh dengan kain. "Aku dah warning!"




"Sakitlah!" Niall merengus tajam. "Mana aku tahu dia tu gangster nak mati!"



"Dahsyat," Mikha yang sibuk dengan calculator dan algebra itu menggeleng perlahan. "Dia memang pembunuh!"



"Aku benci dia," Niall mendengus. "Itu aku saja aje bagi dia chance tumbuk aku. Hek eleh."



"Poyo lah kau!" Dani juling mata ke atas. "Sekali tumbuk dah tumbang. Muka aje handsome, tapi lemah semangat"



Niall tarik muncung.



"Haa engkau ingat jelita sangat lah tarik muncung macam tu," Dani membakar lagi api. "Tu nasib baik muncung tu tak kena tumbuk sekali, kalau tak jadi Angelina Jolie lah kau."



"Weii!!"



Tawa Dani pecah. Mikha geleng kepala. Budak berdua itu dah memang nampak macam sekepala. Kira macam geng lah juga. Mikha senyum segaris. Bukan 'budak berdua', sebenarnya, bertiga.



Dia pun boleh jugalah masuk sembang bodoh budak berdua yang tak berapa matang itu.



"Amacam, Niall?" Dia angkat kening. "Sedap tak kena makan buku lima Death eater tu?"



Niall mendengus lagi. "Diam ah," dia dah terlentang baring. "Malas nak layan korang. Ada aje modal nak mengena aku" Dani dihujung katil dipandang, "Haa kau ni, dah tak ada kerja nak melepak dekat sini? Pi lah balik rumah kau"



"Ceit!" Dani mencebik. "Halau aku ya, kau. Keji punya saudara seislam!"



"Saudara seislam je. Nenek aku dari Arab, kau jawa. Mana saudara sangat!"


"Bongek!" Bantal dihempuk ke kepala mamat Arab tu. "Aku chiau dulu. Bye sayang semua!"



"Geli do!"



Tawa pecah.




**


Dani masuk bilik. Pintu ditutup. Buat seketika, kelibat King di meja study buat dia dan langkahnya terhenti. "Assalamualaikum..."



"Waalaikumussalam," King tidak angkat wajah. Sibuk dengan sejarah.



"12.30 tutup lampu. Sekarang dah 12 malam." Dani melangkah ke katil. "Sebelum warden cek, baik kau get ready. Kau bukan tak tahu Pak Akob tu. Awal betul dia cek!"



"Lantaklah dia," King mengumam rendah.



Dani geleng perlahan. Selamba dia keluarkan keropok ring dan disumbat ke mulut dia. Dinner, katanya. "Takkan Pak Akob pun kau nak belasah kut?"


Dan King yang sedang kusyuk menelaah itu terhenti pergerakan mata penanya. Dani telan air liur. Gila, apa aku cakap tadi?


"Weh.." dia telan air liur. Kelat. "Sorry lah. Aku bukan nak perli kau ke apa."



Kinf masih diam.



Dani cuba intai wajah death eater itu. Ah, sudah. Gila apa aku ni. Apa aku cakap tadi? Tak pasal-pasal aku pula kena belasah. "Weh.."



"Dia macam mana?" King tak pandang Dani. Kembali pada buku.



"Hah, siapa?"



"Budak MCKK itulah."



Erk? Dani telan air liur lagi. Niall ke? Ling cakap pasal Tengku Daniall Izfans yang berlagak macho itu? "Budak bilik sebelah?"



"Siapa lagi budak MCKK yang berlagak kacak tu," sempat King mengutuk. "Dia okey ke?"



"Maksud kau, okey macam mana tu?" Dani cuba berfikir, 'definisi' soalan King mungkin 'okey?' Dia lain. Bukan 'okey?' Sebab simpati ke apa. King nak bersimpati kepada mangsa dia?


No Mercy, katanya. Selagi boleh tumbuk sampai nyawa ikan, dia cukup mampu.



"Dia okey ke? Maksud aku, keadaan dia tak serius kan?"



O..key. Ini King ke? Dani rasa keropok ring dia bertukar jadi copper powder. Sejak bila Raja Leonard ada sifat kasih sayang?


"Okey je," rendah si hantu keropok ring itu menjawab. "Kenapa kau tanya?"



King tutup buju. "Saja nak tanya," hujung pinggir bibir dia senyum nipis. "Kalau okey, bolehlah aku bagi dia sebijik lagi lain kali," dan lampu belajar ditutup. "Berlagak nak mampus."



Dani tercekik!



Gila betul budak King ini. Kerja nak 'memampuskan' orang aje.




**



King jalan sambil bawa violin dia ke bilik Muzik. Lalu sahaja di hadapan kaki lima depan kantin, mata dia naik merenung wajah seseorang yang bersandar pada tiang di tepi.



Selekeh. Baju terkeluar separuh. Rantai di leher. Gelang skull di tangan. Rantai yang meleret di poket. Sangat menyakitkan mata.


Mikha.



Mikha turut merenung dia tajam. Pandangan bersatu. Langkah dia tetap selamba ke hadapan. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Pride and lethal. Like a lion.


Dan jelingan tajam diberikan untuk mamat itu.


"Such a jerk," Mikha mengumam rendah bila King melepasinya. "Bajet cool. Muka emotionless. Pembunuh."



Dan pada perkataan terkahir itu, King berhenti melangkah.



Mikha senyum.  "Pembunuh," mengumam rendah tapi cukup di dengar oleh telinga singa itu. "Pemb.."



ZAPPP! Sekali nafas, kolar baju Mikha ditarik dan..


PAKKK!



Kepala mamat itu terhentak pada tiang. "Jangan berani panggil aku pembunuh!" King bersuara tajam. "You. Dont. Know. Anything"



Darah mengalir dari hidung Mikha. Dia tidak melawan malah senyum nipis. "Siapa kau nak takutkan aku?" Dia ketawa kecil bersama darah yang mula mengalir ke gigi. "Death eater konon, kau ingat kau tuhan ke?"



"Apa yang kau tak puas hati dengan aku?"




**




"Weh bro","Dani betulkan songkok di kepala. Hari ini hari jumaat, kenalah handsome ala-ala ustaz sikit. "Weh, kau nak solat jumaat dekat mana?"


"Ikut coach ajelah," Niall angkat buku karangan dengan kerutan di dahi. "Weh, mana bilik guru?" Budak baru lah katakan.


"Sama blok dengan kantin," Dani turut sama angkat buku. "Ikut ajelah aku."



"Hai abang!" Satu suara menegur Dani.



Manusia berdua yang sibuk nak ke bilik guru tadi terangkat matanya pada girls berdua yang muncul di hadapan mereka. Budak form 1.



"Abang?" Dani telan air liur. "Kau panggil aku ke?" Budak yang nama Lara yang tertulis di nametag bajunya dipandang pelik.



"Iyelah abang.." Lara sengih manja. "...sayalah yang minta jadi adik angkat abang tu."


Niall nak pengsan!


Dani ada peminat? Budak nerd macam ini? Spek tebal pun boleh jadi penarik? Gila punya Dani. Bila perasan kawan si Lara yang nama, Shida itu (nama dekat nametag) pandang dia semacam, macam nak mengorat, Niall senyum manis pada gadis itu.

Involuntary action ke ini namanya?


"Eh.. adik aku dah banyak," suara Dani menentang keras. "Lagipun, aku terima adik yang sama ovum dari mak aku aje," dia lajukan langkah. "Dah pergi main jauh-jauh!"



"Alaaa, nak jadi adik angkat!" Lara hentak kaki. "Abang jadilah abang angkat saya!"



"Aku ni berat, tak terangkat kau nanti!"



"Alaaaa bang!"



"Nah!" Dani hulur duit syiling pada Lara. Lara sambut dengan dahi berkerut. Dani sengih nakal, "Ni dua puluh sen, kau pergilah beli ais krim Malaysia ke, mercun pop pop ke, dah! Pergi main jauh-jauh!"


"Cinta saya tidak boleh dibeli dengan harta!" Lara dah melelehkan sungai Nil di matanya. "Cinta saya bukan pada dua puluh sen!"



Ah sudah. Dani ketuk kepalanya sendiri.



Niall geleng kepala. Hish mamat ni, memang tidak reti menghormati gadis terindah ciptaan tuhan betul!




"Alaaaa abang!"



"Woi Niall!!" Dani memanggil. "Kau nak adik tak terangkat juga ke? Yang kau tercegat dekat situ apahal!"


Niall tersentak. Cis! "Haa yelah aku datang!" Dia pandang Shida, "Bye awak, saya pergi dulu ya!"



Shidah blushing. "Bye abang..."



Niall sengih sambil kenyit mata pada gadis itu.



***


"Weh!" Niall tarik baju Dani. "King dengan Mikha gaduh!" Mata dia terarah pada satu arah.



"Hah?!"



"Tu!" Baju Dani ditarik, "Jom tolong Mikha! Karang mampus pula si Mikha tu kena belasah dengan King!"



"Wei,  jangan kacau lah!" Lengan Niall ditarik. "Lantak pi dia orang lah"



"Mana boleh!" Mata Niall berapa. "Mikha kawan aku, aku kena tolong!!"



Dan langkah Niall menuju ke medan perang. Dani geleng kepala. Hah sudah! Kalau ke medan perang tapi syahid tak apalah juga!


Ini bukan syahid, ini maut-hid!


***


"WOI! Lepaskan Micahel!" Suara Leopard mengaum.



King pandang ke arah tadi dan..



BUKKK!



Melayang pipinya. "Kau nak bunuh kawan aku ke hah?" Niall bagi sebijik lagj! Darah tersembur dari hidung Leo.




Mikha ternganga. Niall tumbuk King?!




"Gila epik!" Dani di tepinya yang tiba-tiba muncul geleng kepala. "Weh, kau ada popcorn tak?" Dia tanya Mikha.



"Apahal ?" Mikha mengesat dari i hidungnya. King mash sibuk melawan baas dengan Niall. Niall pula tiba-tiba nak jadi hero tamil. Kuat semangat pula dia hari ini.



"Tu haaa.." Dani tunjuk arah peperangan epik perang Leo-Niall 2010.  "Macam filem Troy pula. Ni kalau pekena popcorn ni, best ni!"



"Woiii!" Mikha tumbuk perlahan perut Dani. "Suka hati kau aje kan! Bukan nak tolong kawan!"



Dan walaupun Mikha tumbuk perlahan perut Dani, hakikatnya, Dani yang kepeng itu terasa tumbukan itu sangat kuat! Dia tersentap! "Kau berani tumbuk aku haa?!"



Dan..



BUKKK!



Mikha tersentak. "Kurang ajar kau!"



Maka, peperangan epik mereka bersatu.  Walaupun tanpa meja yang terpatah dua bila hero menghentak si gangster kuat ke meja, ataupun kaca pecah, kotak berterabur mahupun bunyi heroin menjerit seperti dalam filem, hakikatnya..



Budak-budak berempat ini cukup mengepik kan keadaan.



Lagi epik bila cikgu Roslan datang dengan rotan di tangan.



"WOIIII! BERHENTI BERGADUH!"




**




"Ini semua kau punya pasal!" Niall pandang King yang sibuk mop lantai. "Pasal kau aku kena cuci jamban!"



Mikha ketawa kecil. "Diam lah bro, asyik membebel aje," cermin di lap penuh tawaduk. "Cuci ajelah jamban itu!"



"Betul tu," King mengumam perlahan. "Kau ni, poyo sangatlah, cuci jamban aje."



Niall mendengus. Sejak bila pula si Mikha dengan King ini boleh Gu? "Boleh ceritalah, kau orang buat kerja apa aje pun. Aku cuci jamban kot!"


"Weh, aku pun cuci jamban. Kau pulak banyak cerita!" Dani mencelah.



Al-kisah, budak berempat kena cuci jamban. Denda paling mulia dari cikgu Roslan berkepala botak. Bagus punya denda.



Dan kemudiannya masing-masing diam dan kusyuk dengan kerja yang diberi. Tiba-tiba King berhenti mengemop. Dia bersandar pada dinding. Air dalam baldi mopnya dipandang lama.


Dan satu ritma menghadirkan suara.


"You can count on me, like one to three, I'll be there..."  suara Dani menyanyi kecil semakin lama kedangaran jelas.


King senyum kecil. Boleh tahan juga suara mamat sejarah itu. Air dalam baldi dikocakkan mengikut ritma Dani.


Mikha yang masih kusyuk bersihkan jamban berkerut bila ada ranting kayu keras dijolok pada lubang sinki. Siapa punya kerjalah ni! Ranting di ambil dan dipatah dua. Keras jugak ranting ini.


Ranting diketuk-ketuk pada cermin.



Dan ketukan itu mula menjadi 'beat' yang disatukan. Kocakan Jing semakin mengikut rentak. Dani yang tidak sedar ritmanya menjadi acuan muzik semakin kuat suara dia.



Dan Mikha semakin mengikut rentak.



"Weh!" Niall muncul entah dari mana. "Aku jumpa tin!"



Dan dia ternganga kemudiannya. Ternganga sebab segala-galanya di hadapan dia bukan pencuci tandas...


Tapi pemain irama.


Tin di tangan dipandang. Lama. Dan kemudiannya, senyuman dia bersatu dengan irama kecil jejarinya.


Music bound us together.


**




Dan pencuci tandas berempat itu senyum.


"If you ever find yourself stuck in the middle of the sea!" Dani senyum. "I'll sail the world to find you!" Dia menunjuk arah King. Dan mata dia beralih pada Mikha "If you ever find yourself lost in the dark and you can't see, I'll be the light to guide you!"


Ya, aku akan jadi cahaya untuk kau sahabat.


Dan mata dia pada Niall "We find out what we're made of ,When we are called to help our friends in need!"


Beat Mikha dengan tempo! 



Kocak air Leo berjeda.



Dan Niall, "Together!"



"You can count on me like 1, 2, 3
I'll be there!" Suara mereka bersatu. "And I know when I need it ,I can count on you like 4, 3, 2! You'll be there, Cause that's what friends are supposed to do!" Bibir mengalun irama.

"Oh yeah ! Oh, oh yeah, yeah!"


Tawa pecah.


"If you're tossin' and you're turnin'
And you just can't fall asleep!" Niall bawa solo.


"I'll sing a song beside you!" Mikha sambung.


"And if you ever forget how much you really mean to me!" Dani jadi Bruno Mars pula.


Dan masing-masing pandang King. Dia angkat kening tanda, 'kena sambung ke?' 


Dani mengeluh. "Tak sweet ah kau, King!"


Dan..


"Every day I will.." King mengumam rendah. "Remind you..."



Yang lain ternganga. King jadi sweet? Weh, alien ke ni? Niall pandang King, "Tak dengar lah, bro" senyum nakal. "Cer kuat sikit!"


King mengeluh berat. "Aku tak boleh lah sweet-sweet ni! Geli siot." 



Tawa yang bertiga pecah.



"Malu lah tu!" Dani ketuk kepala Singa tu selamba. King pandang dia tajam. Dani sengih aje, "Tak salah nak sweet dengan sahabat,bro. Kita hidup ini kena bersahabat. Kau kawan aku, korang semua kawan aku!"



"Kita kawan?" King  senyum segaris. "Okey, fine," dia pandang Niall. "Start it over again."

Dia hulur tangan pada Niall.

"Nama aku Raja Leonard Iskandar. Tinggi buat masa sekarang baru 175 cm dan berat 66 kg. The Death Eater, mereka gelar aku. Some call me The King."


Niall yang pada awalnya tersentak itu akhirnya menyambut huluran, "Aku Tengku Daniall Izfans, tinggi buat masa ini, 171 cm dan berat 60 Kg. Well, I'm The Seducer!"



"Ehemm.."



Mikha pandang Dani. "Weh sorry lah aku tumbuk kau!"



Dani angguk kecil, "Heleh, tak sakit pun. Aku nak sorry juga!



"Tak sakit konon" Niall juling mata ke atas. King etawa kecil. Wajah Mikha dipandang.


"Michael William," Dia mengumam nama Mikha. "Aku.. minta maaf."


"Aku pun!" Mikha sengih. "So, friend?" Tangan dihulur.



"Yeah!" King sambut huluran tangan. "We're all friends!"


"Tapi kau tumbuk sakit do!"  Niall tumbuk bahu King perlahan. "Kau belajar Tomoi ke hapa?"


"Heleh, dia yang lembik," Mikha ketawa sinis. "Budak tinggi galah ni lagilah lembik nak mati. Sekali tumbuk lembut, dah sentap!" tuju pada Dani.


"Hoh! Kureng kau!" Dani peluku Mikha.



"Sakitlah!"



Kecohlah bilik air itu dengan pencuci tandas kelas atasan, empat bersaudara. Seorang kuat mendebik, seorang lagi kuat memerli, seorang berlagak macho dan seorang lagi sibuk membuat lawak poyo.



We find out what we're made of
When we are called to help our friends in need...


They're The Firaun. The ChaosBreaker.




**





1.30 malam.


Tuk! Tuk!



"Askum!"


King gosok matanya. Dani di katil sebelah dah bangun tegak.



"Askum! Kum ! Kum!"



"Weh," Dani pandang King. "Hantu kum kum mana pula ada dekat asrama kita ni"



"Kau pi tengok" King  dah sarungkan kain pelekat dia. "Pintu dekat dengan katil kau. Kalau betul itu hantu, nanti aku serang dia dengan yasin."



"Lawak mende kau buat ni, King?" Dia buka lampu bilik tapi.. shit! Tak ada elektrik! Patut lah panas semacam aje.  "Weh, tak ada letrik lah"



"Kum kum !"


Bunyi hantu Kum Kum itu lagi. Dani terus buka pintu dan...



"BAAAA!!"



**




"Dahsyat juga penyepak kau ni" Mikha urutkan kaki Niall ikut cara urutan tradisonal China dia.  Niall berkerut tahan sakit. "Tak adalah lembik mana kau ni, Dani!"



"Siapa suruh kau jadi hantu Kum Kum?" Dani geleng kepala. "Bagi salam elok-elok macam saudara seislam tak boleh ke?" Bahagian kaki Niall yang lebam itu dipicit kuat.



"Sakitlah !" Niat terjerit kecil.


King  hanya geleng kepala. Dia sibuk cari torchlight dalam peti harta karun dia.  "Weh, nampak torchlight tak?" Duh! Tak ada pun dalam peti!



"Ni haa.." Niall tunjuk arah Mikha "Bro kita ada torchlight."



"Hah?"


Dan Mikha sengih sambil tunjuk lemon, bekas cawan kaca dan litar ringkas serta mentol. "Voltaic cell and eletrochemistry. Let's make an electrolyte!"



"Gila, mendenya tu?"  Si Niall bertanya. "Advance sangatlah kau ni!"


"He's the new Eistein," King mengumam rendah. "So, let me be your Newton. Kimia form 4 mana kau belajar ni?"


Mikha seyum nakal.




**





"Ni.." dia berbisik perlahan pada Dani. "Aku ciplak dari makmal Kimia. Kau jangan ambil pakai tangan, kau gunalah apa-apa selain tangan kau."



"Ini, amende minyak-minyak ni," Dani pandang Mikha sambil berkerut. Boleh tahan 'jahat' juga si Mikha ini.


"Itu parafin Oil. Prevent the metal from the oxygen. Boleh meletup kalau kena oxygen!" Heleh, meletup kecil aje kot.



"Aku kena buat apa?"



"Masuk aje dalam minuman dia itu. Tapi agak-agaklah, benda ni lambat sikit pagi reaction. Dia bukan lithium. Dia akan berapi warna unggu merah dulu. Ingat! Kau ambil satu aje ! Jangan banyak!"


"Apahal pula?"



"Kau nak dia mampus ke?"


"Memang pun"



**



Dan petang itu, satu sekolah dikejutkan dengan Bella yang hampir menelan pottasium yang nak meletup dalam minuman dia.


Manakala, empat bersaudara itu, menyambut kemenangan di atas berita yang budak Bella itu kena balik rumah sebab demam terkejut dan cedera kecil di bahagian mulutnya.


Waima begitu, panglima empat bersaudara langsung tidak bersedih atas berita tuan puteri Lolipop sekolah yang gering itu. Kalakian, mereka menyambut berita itu dengan makan pelam muda belakang sekolah.


Adapun begitu, si panglima baju biru, mata empat dan rambut selak tepi mengawasi geng panglima mawas itu untuk mendapatkan bukti kejadian untuk dilaporkan kepada si botak..


Cikgu displin.



***



"Gilalah kau!!" Niall tarik telinga Dani sampai mamat itu terjerit. Niall tarik lagi kuat, "Yang kau pegi letak banyak-banyak tu kenapa woi!"



"Sakitlah, gila!"



"Woi, korang tak boleh senyap ke?" King sibuk mengelap violin dia. "Cikgu botak tu datang tangkap kita nanti!"


"Niall ni haa,  bising macam budak kecik. Aku letak gula dalam kicap ini sikit aje pun. Ni kalau tambah belacan ni, sodap ni!" Dani tambah secubit garam ke dalam kicap. "Mikha, apehal kau potong pelam tu macam Niall. Tak tahu ke kawan kau, mamat arab ni pegang pisau pun terbalik!"


"Crap!" Niall lepuk kepala Dani dengan surat khabar- buat lapik pelam.



"Keji punya saudara sebangsa!" Dani mengutuk Niall.



"Mana ada sebangsa. Aku arab campur melayu, kau jawa campur banjar. Tengok hidung kau yang berbunga pun, aku tahu!" Niall bantai gelak di hujung ayat.



"Heleh, macam lah hidung kau ada batang sangat!"



King julingkan mata ke atas apabila melihat Danial dan Daniall bertekak. Patutnya, nama lebih kurang, boleh lah 'gu' sikit. Rupanya....


Meletup dunia ini.


"Diam ah," Mikha jeling Dani tajam sambil sambung buang kulit pelam dengan penuh istiqamah dan tawadduk. "Both of you, shut up and stop being like a jerk. You messed me up," pisau di campak ke tepi. "Shut your bloody mouth," dan Mikha yang sinis dah keluarkan ayat ajaibnya yang ber'bloody'.


Budak berdua tu senyap. Masing-masing kemudiannya sibuk mencicah pelam kecuali King. Tak nak otak kecut, katanya.


"Nikmat gila do!" Niall bersila depan kicap."Mana kau dapat kicap cap kipas udang ni?"


"Aku minta pinjam dengan achik kantin." Mikha yang jawab.


"Macam mana kau gu dengan mak cik tu?" King sibuk tanya. "Bukan dia garang ke?"


"Entah " Mikha sumbat biji pelan yang dimakan secara siaran langsung ke dalam mulutnya. "Aku handsome sangat kot."



"Handsome mendenya.." Dani yang sibuk cicah pelam muda dengan kicap tu menyampuk. "Muka macam botak chin je!"



"Diam lah kau, banjar!" Mikha lawan kutuk Dani.



Niall dah gelak berguling. King hanya senyum segaris (dia memang sentiasa kawal iman bila nak gelak). Dani pula sibuk peluku kepala Botak Chin itu.



Dan dibawah pokok pelam di belakang sekolah, memori mereka bersatu.



**


Enam Tahun Kemudian...



Tengku Daniall izfans mengeluh buat entah berapa kali. Dia merenung gadis yang sedang membawa beg bagasi keluar dari banggunan ofis asrama. Kaki dihayunkan ke arah gadis itu.

Niall mengeluh lagi bagaikan ada masalah besar yang menimpanya.

"Wei," dia menegur gadis yang membelakanginya itu.

Gadis itu tidak berpaling. Masih sibuk membelek kunci asrama di tangannya.

"Farah Hauni."

Apabila nama disebut, gadis itu berpaling pada Niall. Farah sedikit terkejut. Nafasnya terhenti apabila dia sedar siapa yang sedang berdiri di hadapannya.

Niall merenungnya dari atas hingga ke bawah. Hmmm, not bad tapi dia pakai tudung...

"Ibu suruh I tengok-tengokkan you," Niall menutur tanpa nada. Rasa jengkel pula apabila teringat pada pesan Ibu. Dia sambung, "Tapi you ini bukannya budak kecil pun kan nak kena jaga?"

Farah merenung Niall tanpa berkedip.

"Ingat," Niall berjalan mendekati Farah setapak demi setapak. Sampai sahaja di hadapan Farah, dia menunduk dan Farah mendongak.

Niall tersenyum sinis.

"No one can knows that we're engaged," Niall mendengus kasar. Wajah Farah berubah. Sedikit terasa.

Niall merenung tepat pada wajah Farah.

"Pura-pura tak kenal, okay?" Niall menyoal gadis itu.

Farah terdiam. Otaknya cuba mencerna rasa pahit yang bertapa dalam hatinya sebelum dia mengangguk perlahan sebelum menjawab...

"Okay. As you wish..."



***

“Mama, Amaya tt-ttak mahu mm-mmasuk sekolah ini...” gadis bertubuh kecil itu mula merengek pada wanita yang digelar ‘Mama’ di tepinya itu. Gadis bertubuh kecil itu gagap dan dia memakai kaca mata yang tebal. Wajahnya penuh dengan bekas jerawat.



King yang sedari tadi mengintai dari sebalik dinding, terus terdiam. Senario di hadapannya itu benar-benar menarik minatnya.


“Tak apa, sayang. Hari ini kita ambil kunci hostel sahaja. Lusa baru Amaya masuk. Lagi pun kan Amaya dah biasa sekolah asrama sebelum ini. Lusa nanti, Amaya datang sekolah ini daftar seorang-seorang ya? Hari ini, kita daftar hostel sahaja.”

Perlahan-lahan, bibir King menarik senyum.

“Tt-ttapi..”

“Amaya datang sini untuk belajar. Fokus! Jangan risau. Sekolah ini sekolah yang sangat bagus. Sekolah ini ramai anak-anak orang elit dan mama yakin, Amaya akan jumpa kawan yang terbaik!”

Tiba-tiba, dada King rasa sakit.

Tak guna! Dia menyumpah dalam diam. Rasa cemburu yang tidak mahu dia rasa, mula menguasai. Buku lima digenggam. Dia merenung tajam wanita tadi, ibu kepada gadis gagap itu. Dua beranak itu semakin hilang dari pandangan mata King.

Dan seterusnya, mata dia berhenti pada tubuh gadis kecil itu. Lama

“Kenapa kau masukkan anak kau ke sekolah ini?” dia berbisik sendiri.

Kemudiannya, nafas dihela. Dengusan kasar dilepaskan dan kakinya terus berlalu dari situ. Violin yang sentiasa di bawa diheret sekali ke tangki air sekolah.

Sampai sahaja di atas bumbung tangki air itu, King merenung kosong ke arah pemandangan di hadapannya.

Wajah gadis kecil tadi terbayang lagi dan lagi.

Damn!

King menarik rambutnya sendiri. Dia terus terduduk ke lantai dan wajah itu cuba diusir berkali-kali. Dia tidak tahu mengapa dia begini!

Lantas, tangannya menaril Violin dari beg dan diletak pada bahu. Bow mula digeselkan pada string.

Wajah gadis gagap itu diusir berkali-kali!

Sepasang mata hazel itu akhirnya menerkam awanan di atasnya dan melodi mula berlagu. Rasa sedih dan marah miliknya bersatu.

Di atas Kayangan, si hazel mengadu pada awanan yang mendengar dan merindukan bisikan syahdu.


The Kayangan Hazel...



**


"Hah, hello?"


"Hello, senore!"

"Holy Crap! Dante!" Dani terus teruja sendiri. Dia ketawa gembira apabila rakan lamanya di Itali mula menelefonnya. "Where have you been, idiot!"

"Whoa bro, you miss me that much, huh?" Dante ketawa lagi. "I'm sorry, I've been busying myself with Medicci Business and study. Ya know, kill two bird with one stone is really not my thing but I have to do it."

"I thought that maybe some senorita makes you busy, Senora..." Dani memerli rakan lamanya itu. "How did you get my phone number and what the hell that drives you to call me?"

"From your Uncle in Itali," Dante menjawab mudah. "You're invited to my charity ball and birthday party this 14 Febuary. Bring your date!"

"You know, I don't date," Dani menjulingkan matanya ke atas walaupun dia tahu Dante tak akan nampak. "So, can I bring my sister instead?"

Dante ketawa kecil sebelum menjawab, "Of course..."


"What is the theme?" Dani menyoal lagi.


"Hmm, I know this sounds like childish. My family arranged everything for me," Dante kemudiannya mengeluh. "But it's about fairytale."

"So, you're the prince charming waiting for a maiden for you to ask for a dance, huh?" Dani sempat berjenaka.

"Maybe yeah," Dante hanya melayan. Dia ketawa kecil. "Let's hope she doesn't wear glass slipper and is a freak who talks to animal and loves blue."

"Man, you're clichè!" Dani mengutuk kawannya.

"Sì," Dante menjawab setelah tawanya reda. "I hope, my Cinderella would kill me with her charm."

"I'll pray that you don't die."

Tawa masing-masing pecah tanpa mereka sedar, takdir sedang memandang mereka dengan penuh lucu.

Ah, sungguh lucu hidup ini.


**

"Mikha," Niall menegur Mikha yang sedar kusyuk baca sesuatu pada lappy. Berkerut dahi Niall apabila melihat perubahan wajah Mikha apabila dia membaca 'sesuatu' itu pada lappy.

"Mikha, muka kau tu dah kenapa? Macam sembelit aje aku tengok."


Kali ini, Mikha terus merenung tajam Niall yang sudah tergolek atas katil. Screen lappy dipadam dan dia bersandar pada kerusinya sendiri.

"Entahlah. Lately aku suka baca novel melayu dekat blog sebab aku ingat boleh lah aku improve sikit BM aku," Mikha menutur perlahan. Dia kemudiannya mengeluh. "But then, I stuck in this blog! The author is really freaking amazing, siaa..."

Niall merenung Mikha pelik. "Kau baca novel online genre apa?"

"Cinta and thriller."

Dehek? Niall merenung Mikha seperti Mikha ini hantu. "You read malay romance bruh?"

Mikha merenung Niall dengan wajah yang berdialog, 'why not?'

Tawa Niall akhirnya pecah!

"Bapaklah! Jiwang dah kawan aku ini!"


"Wei," Mikha mula tak puas hati. "Masalahnya, cerita dia best gila! Aku rasa cam nak kahwin aje dengan author itu kalau aku jumpa dia!"

"Parah dah kau ni..." Niall menggeleng perlahan. "Kau kenal tak author dia?"

Untuk soalan itu, wajah Mikha kelam.

"Tak," dia menggeleng perlahan. Matanya jatuh pada screen lappy yang sudah gelap. Tiba-tiba, satu senyuman melebar tajam.

Dan dia, berbisik pada dirinya sendiri...

"But for sure, I will find her one day," Mikha tersenyum sinis. "No matter what."

No matter what.



***


New Update:
31/3/2020.

This story is obviously written in few years back with love and sanity. And in 2020, born my hardcopy The Kayangan Hazel, cringe as hell.


So, miss my blog?
Drop commento!















Popular posts from this blog

Beautiful Escape (Full)

Sweet and Strange: 1

Sweet and Strange: 2