Posts

Sweet and Strange: 1

Image
  Bab 1: Pedih     Masa lalu : ISAAC tidak tahu kenapa semua orang bencikan dia. Isaac tidak tahu apa masalahnya menjadi seorang pelajar Jericho High School yang ‘nerd’ dan tidak terkenal seperti orang lain. Like all those school jocks . Isaac Strange ialah seorang pelajar akhir tahun dan dia mahu mempunyai kenangan manis di sekolahnya tetapi, dia tidak pasti jika itu akan terjadi. Seperti sekarang. “ Hey little geek with bowties ,” Jack, salah seorang school-jock menarik tali leher yang teringat kemas pada kolar baju Isaac. Lelaki bertubuh sasa itu tersenyum senget. Ada sesuatu yang dirancang dalam kepalanya untuk Isaac. “ Long time no see, Bowties . Macam mana cuti musim panas kau? Aku dengar, mak bapak kau baru bercerai dan semua orang dapat tahu yang adik kau mengandung. Entah anak siapa.” Isaac tergamam. Wajahnya bertukar merah. Malu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ramai orang tahu tentang status kedua ibu bapanya yang baru bercerai. Dia juga tidak pasti macam man...

Beautiful Fate

Lena tidur aku yang bersambung tadi hampir terhenti apabila aku mendengar ada suara orang membaca al-Quran. Perlahan-lahan aku buka mata aku. Kepala aku terteleng mengikut arah suara itu dan terhenti pada satu figura yang duduk di atas sejadah di lantai tetapi membelakangi aku. Adan? Tidak berani aku bangun dari katil ini kerana aku takut, dia akan sedar yang aku sudah terjaga. Dengan bantuan lampu tidur di tepi sofa yang dekat dengannya, dia menunduk membelakangi aku sambil bibirnya membaca surah. Suaranya halus.. gemersik menyentuh panorama bayu. Bahu tenang mengikut romabakan dadanya. Bunyi nafasnya pada setiap harkat yang dibacanya juga, walaupun tidak sempurna tetapi sudah cukup membuat hati aku berdetik dengan satu rasa. Rasa bersalah. Tiba-tiba sahaja dia berdiri dari duduknya tadi. Aku pura-pura memejam mata dan celikkan sedikit sahaja mata sebelah aku. Lelaki itu mengangkat takbir. “Allahuakbar” Dan bibirnya membaca surah Pembuka. Mata aku pejam sepenuhnya ke...