Beautiful Pain
“Assalamualaikum, Farah?” Mata aku mengerling ke arah jam. Pukul 4;30 pagi. Mata aku kembali jatuh pada sejadah tempat aku berteleku sedari setengah jam tadi. Hujung tubir mata aku masih bersisa dengan air mata. “Farah, sorry kacau kau tidur..” “Eh tak, aku pun memang tak tidur malam ini. Saja nak bantai study sebelum practicle nanti” Suara Farah di sana seperti masih segar. Aku tahu, dia memang suka study malam buta begini, itu sebabnya aku minta tolong dia. “Kau dekat kuantan lagi ke?” suara aku serak-serak basah. Sesekali, aku berdehem untuk menghilangkan rasa perit di tekak. Aku tak mahu dia perasankan keadaan aku sekarang. “Kalau kau dekat kuantan, kau boleh tolong aku tak?” Setahu aku, minggu ini dia duduk kuantan sekejap sebab mahu melawat rakannya di UIA. Aku harap sangat yang dia boleh bantu aku.. “Kenapa dengan kau ini, Ana?” getaran suaranya berubah. “Kau baru lepas menangis ke ini?” Air mata yang masih menghangat di tubir, aku tahan. “Tttak…” hujung hidung aku p...