Firaun (Excerpt- long!)
Firaun (1) Kakinya maju ke hadapan, selangkah demi selangkah. Derap kakinya berbunyi merdu. Geseran kaki yang bertemu dengan lantai bersatu dengan gaya pra-angkuh lagaknya yang berjalan di antara laluan utama menuju dewan Cahaya. Baju putih tuck in ke dalam. Lengan panjang berlipat separuh hingga ke siku. Kemas. Rambut hitam bersinar apabila disiram percikan matahari. Dan manusia di kiri kanannya terdiam sepi. "Budak baru" bisikan pertama yang dapat disentuh gegendang telinganya. "Form 2 ke tu?" "Macam form 4 aje" "Bapak tinggi!" "Matured gila kot muka" Dia buat bodoh. Pinggir bibir menarik sedikit cebisan senyuman. Penuh gaya. Baru perasaan budak di kiri dan kanannya menjeling-jeling manja. Budak perempuan. Iyelah, kalau budak lelaki, mahu aku terjun banggunan. Gay, Nay! "Hei" dia menegut gadis di pintu dewan sana yang baru nak masuk ke dewan Cahaya. "You tau tak mana class Proto...